Pages

V.I.P BLOG KU

Wednesday, March 9, 2011

(GAMBAR) TERBARU JIMMY SHANLEY YANG BERMISAI DAN BERJANGGUT LEBAT AKIBAT KISAH RUMAH TANGGANYA



As salam readers, dunia artis tak pernah lekang dengan kes penceraian. Semakin banyak artis yang kahwin, semakin banyak artis yang cerai (suke hati aku je buat hipotesis macam ni). Yang terbaru, Jimmy Shanley, bekas pengcr Trek Selebriti dan AF8....jom kite ikuti kish Jimmy...


SHAH ALAM: “Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga,” kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan.

Terdahulu, Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mendapati penyerahan saman untuk kedua-dua permohonan dikemukakan Jimmy kepada Nursuhaila tidak sempurna. Saharuddin berkata, tindakan Nursuhaila melantik peguam juga bukan bukti dia menerima saman berkenaan.

“Mahkamah memberi peluang kepada Nursuhaila hadir di mahkamah bagi memfailkan pembelaan dalam kes itu,” katanya.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu. 


Di saat indah perkahwinan gilang gemilang

Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.

Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil lima bulan dan tinggal di rumah keluarganya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika ditemui berkata, butiran lanjut berhubung permohonan perintah kembali taat dan nusyuz hanya akan diketahui apabila kes berkenaan dibicarakan.

“Permohonan ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya isteri kembali mentaati suami. Secara tersirat ada beberapa perkara yang suami arahkan kepada isterinya untuk dipatuhi,” katanya.

Pada prosiding semalam, Jimmy hadir memakai kemeja merah dan bersongkok, manakala Nursuhaila tidak kelihatan sehingga prosiding sebutan selesai. Desas-desus keretakan perkahwinan pasangan itu mula diperkatakan akhir tahun lalu apabila media melaporkan pengacara program Itu Dia di Astro Ria berdepan masalah rumah tangga. Bagaimanapun, keesokan harinya Jimmy menafikan berita itu dan menyifatkan gosip semata-mata.

Jimmy memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila ketika itu disahkan mengandung empat minggu. Bagaimanapun, kelibat Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 11 Januari lalu, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinannya. Artis itu yang dihubungi memberitahu dia enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati keluarga mentua di samping mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka.


credit to Metro


p/s: jodoh pertemuan di tangan Allah...

12 comments:

SyuQ said...

macam2 perihal kisah artis ni

sarah mohamad said...

kesian pulak dekat si jimmy . nampak betul2 serabut dia nih. hope the best for both of them.

Faa Eryna said...

em, semalam tengok berita pasal ni, 1 oct kawen, 21 oct dah tak dok sekali. apa kes lah pempuan macam ni agaknya

Najihah said...

ksian tgk abg jimmy ni..
nmpak mkin xtrurus la skrang,tgk je la pnmpilan abg jimmy skrg ni trutamanya misai n janggut die 2..mkin pnjg la.

sy cdgkan abg jimmy wat la slt istikharah utk diri n isteri beliau.
sy doakn smoga rmh tngga abg jimmy kmbali pulih sperti biasa..amin!

mr.F said...

@SyuQ: betul2

mr.F said...

@sarah mohamad: aminnn

mr.F said...

@Faa Eryna: kite tak tahu ape perkare yg sebenar, jgn mudah serkap jarang...tak baik taw

mr.F said...

@Najihah: amin =)

Najihah said...

assalamualaikum..
sape2 yg kt cni tau e-mail abg jimmy tlg post kn blh?
k tq.

Najihah said...

assalamualaikum..
sape2 yg kt cni tau e-mail abg jimmy tlg post kn blh?

maklumbalas dr anda amat sy hrgai..

xazryx said...

artis klu kahwin ade je masalah .hmm . :|

fazrulnoor said...

apa la sebabnya kan

ShareThis