Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, September 30, 2011

RM 300 TINGGAL SEHARI SAHAJA!

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....Cepat! FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM : CUPCAKES PRINCES CONTEST hanya tinggal sehari je lagi sebelum ditutup secara rasmi tepat jam 12 malam ini (30 September 2011)...awat dok canguk lagi...pi lekas buat entry....bukan susah pun...bukan kene buat cupcakes pun...tup tup menang wang tunai RM 300....kan...tuah ayam nampak di kaki, tuah korang? haaaa....tu yang kene join tuuuuu....kalau nak join, klik je banner kat bawah ni.....




Aku ni tengah berdebor-debor nak tunggu hari sabtu ni....agak-agak, ape lah yang die orang nak suruh aku masak ea? Ni semua gara-gara Blogger MasterChef....ah, lenjan je la kan....wish me luck ye korang! 


 p/s: dup dap dup dap.....

Wednesday, September 28, 2011

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : BIG TASTE, SEKSYEN 7 SHAH ALAM !



Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....So,untuk segmen Jalan Cari Makan-Makan kali ni...tempat yang telah disantap adalah BIG TASTE, Seksyen 7, Shah Alam. Restoran ni terletak di belakang Jakel Shah Alam. Menu more to western, tapi ade je yang local dish. 









Tuesday, September 27, 2011

BERJAYA MASUK KE SEMIFINAL ASTRO BLOGGER MASTERCHEF!



Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....bukan main gembira lagi aku bila dapat tahu aku telah tersenarai dalam 20 peserta yang layak ke semifinal (kumpulan 1) untuk Astro Blogger Masterchef...alhamdulillah....ini semua gara-gara entry aku ni la: MALAYSIA'S FIRST EVER BLOGGER MASTERCHEF!




So, hari Sabtu ni akan berlangsung semifinals untuk kumpulan satu di mana 20 orang blogger yang otai dalam bidang masakan -kecuali aku sebab aku ni amatuer je...masak pun ikut dan je...tapi mana tahu rezeki kan...terpilih ke peringkat akhir kan....hanya 5 orang je yang akan dipilih untuk beraksi di final Astro Blogger Masterchef yang akan dilangsungkan pada 15 Oktober 2011 nanti....lagi 20 orang blogger akan bersaing dalam kumpulan 2 (8 Oktober 2011) dan hanya 5 orang juga akan dipilih...so, total 10 bloggers akan bersaing di peringkat akhir nanti


Sunday, September 25, 2011

(VIDEO) PRINCIPLE 8: CELEBRATE LIGHT, RESPECT DARKNESS !




Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....kali ni nak share video hasil kerja group aku untuk subject Environment & Sustainable Landscape Construction pulak....video ni adalah salah satu assignment dan kami telah selamat mem-present-kan video ni Jumaat yang lepas! Fisrt Group tuh....peluh-peluh ha...Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar :)


Kami telah mengambil masal lebih kurang 3 hari untuk menyiapkan video ini yang menggunakan teknik stop motion dan lecturer pun kagum dengan hasil usaha kami....siap cakap...selama saya mengajar subjek ni, tak pernah saya tengok video yang macam ni dihasilkan student....syukur alhamdulillah....terima kasih lecturers, Pn. Masbiha dan Cik Marina...dan tak lupa juga pada group members, Anep, Raja, Hanis, Naf dan Shireen...terima kasih di atas kerjasama korang!







Jom kita layan video ni:

KEDAI ALAT TULIS TERBESAR WEST STAR KINI DIBUKA DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM!




Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....perghhhh....kini hidup lebih mudah! Kenapa lebih mudah? Segala-galanya ada di depan mata! Apa yang di depan mata? Ya! Tepat sekali...kedai alat tulis terbesar West Star ataupun dikenali sebagai The Art Shop telah di buka di Pusat Komersial Shah Alam!....




Semua student studio base seperti aku (student LA), termasuklah student Archi danID....dan juga semualah...akan bertepuk gembira kerana kedai alat tulis ini menyediakan pelbagai pilihan alatan melukis, mewarna...mereka model dan macam-macam lagi lah dangan harga yang jauh lebih murah dengan kedai-kedai yang lain! Korang pergi tengok jengah sendiri baru korang tahu.....


Saturday, September 24, 2011

(GAMBAR) MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERKAHWINAN MEMEY SUHAIZA DAN NORMAN HAKIM !



Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....hari ini, 24 September 2011, bakal menyaksikan Norman Hakim dan Memey Suhaiza disatukan dalam satu acara majlis pernikahan yang diadakan di rumah Memey sendiri iaitu di Kota Tinggi, Johor....berikut merupakan gambar majlis pernikahan mereka:




INILAH MASJID BERDINDINGKAN DUA KALIMAH SYAHADAH ! MENAKJUBKAN!



Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....kali ni aku nak share pasal sebuah masjid di Jawa Barat, Indonesia yang begitu aku kagum dengan hasil senibinanya. Walaupun simple, tetapi berjaya memberikan satu persepsi baru dalam senibina moden Islam....it is what we say, less is more :)


Masjid yang diberi nama Masjid Al-Irsyad ini dibina pada tahun 2010 dan direka oleh seorang arkitek Indonesia, M. Ridwan Kamil. Masjid yang berdindingkan dua kalimah syahadah ini, dibina menggunakan susunan batu-bata yang menghasilkan kaligrafi dua kalimah syahadah dan binaan nya seperti kubus dan mirip Bangunan Kaabah di Mekah...Serius, aku memang suka dengan rekaan masjid ni....simple dan elegan....dengan ruang aliran udara semula jadi serta pencahayaan dari lubang yang terdapat dari batu-bata, ianya merupakan sebuah binaan yang boleh diklasifikasikan sebagai  sebuah binaan pintar...






1999.....2000??? TAHNIAH!




Assalamualaikum readers....dan salam 1 dunia....perghhhhhh...sorry la korang sebab aku tak update...busy sesangat la ni....(eleh baru je  2 hari je tak update kot =,= ).....maklumlah....hidup sebagai student landscape architecture ni tak semudah makan nasi....nak makan nasi pun susah sekarang ni kan....sigh.~~~..JPA oh JPA....sila lah beri nafkah aku untuk semester ini....!


Okeh...sebelum aku melalut....aku just nak mention di sini....aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada korang semua yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada blog aku ni....walaupun blog aku ni hanya blog picisan di masa senggang korang...aku amat menghargai jasa dan pengorbanan korang yang sanggup bayar duit broadband bulan-bulan, sanggup bayar unifi bulan-bulan dan even sanggup berusaha mencari wifi di kedai mamak...hanya semata-mata nak bace blog aku...(Ya Allah! Perasan gila aku!....sila abaikan ye baris-baris di atas).....


Diam tak diam, dah 2000 dah yang sudi subcribes blog aku ni (ala, 2000 pun nak kecoh ke? Orang lain dah ribu riban dah) Lantaklah...janji aku terharu gila!...Walaupun usia blog aku sama baya dengan jagung kan....Terima Kasih la korang.....So, aku macam nak bagi hadiah la dekat subscriber  ke 2000 ni...tapi nak bagi sekali yang ke 1999...kalau boleh nak bagi semua.....;tapi apakan daya....hihihihi....okeh....ni la orang yang bertuah tu:




Wednesday, September 21, 2011

CARA NAK TUKAR SETTING FACEBOOK KE PAPARAN ASAL!

Assalamualikum readers....dan salam 1dunia....korang naik meluat dengan perubahan Facebook yang semakin mengada? Rimas dengan segala macam yang telah diarrange oleh Mark? Jangan risau....aku boleh ajar korang macam mana nak setting kembali paparan Facebook korang kepada yang lama punya.


Yang ni paparan baru yang macam gampang! semak gila!

Friday, September 16, 2011

LOW YAT CRAZY SALE: HARGA IPAD 2 RM 750 HANYA SATU PENIPUAN !




Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....semalam, Plaza Low Yat mengadakan satu promosi, Crazy Sale yang diadakan dari 15 September sehingga 18 Septenber 2011...antara gadjet yang ditawarkan yang berjaya menarik perhatian ramai termasuk aku adalah Ipad 2 dengan harga serendah RM750...sape tak nak kan.... 



JALAN CARI MAKAN-MAKAN : MR STEAK HOUSE, SEKSYEN 13 SHAH ALAM !


Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....lama dah tak buat segmen Jalan Cari Makan-Makan...maklumlhakan, bulan puasa mostly berbuka di rumah...air tangan emak is the best food ever in the world! Yeah! So, pada hari rabu yang lepas...aku ade kelas Third Language...bahasa Italy...hahahha...kemain lagi Italy...kelas kau jah! Hari hujan time tu...perut pun tersangat lah lapar...


Eh kejap, aku nk share dengan korang gambar lecturer Italy aku. Nama dia Pier Mauro...baik gile ok dia ni...pandai cakap Melayu...even kadang-kadang memang gelak satu kelaslah bila dia tersalah cakap. Tapi bila kita orang yang salah cakap, dia pulak yang gelak,... =,=

Tuesday, September 13, 2011

RM 300 ???

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...tak perlu cakap panjang lebar...korang nak RM 300? Jon sertai CUPCAKES PRINCES CONTEST anjuran blog aku sempena hasil karya cerpen bersiri aku yg ketiga, CUPCAKES PRINCES... Hadiah yang ditawarkan berjumlah RM 300...rugilah kalau siapa yang tak masuk...memang rugi....nak tahu macam mana nak join? Klik je banner contest kat bawah ni. Senang je..selamat mencuba... :)





atau korang boleh klik link ni:

Friday, September 9, 2011

5 BUFFERED EARNINGS SEKALIGUS DARI NUFFNANG!

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...bile dah sampai Shah Alam ni...rase mcm masuk dalam hutan konkrit...almaklum la kan...dah 4 bulan cuti panjang....bile dah nak start sem baru ni...kene cari spirit baru...So, bile aku bangun je pagi ni...Saje-saje la bukak akaun Nuffnang aku...terkejut aku jah! Dapat 5 BE sekaligus ...selepuk haaaa...Syukur alhamdulillah....



Terima kasih bebanyak Nuffnang dan pihak sponsor :)

Monday, September 5, 2011

ALHAMDULILLAH, MENANG LAGI! TERIMA KASIH TESCO MALAYSIA!




Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...setelah memenangi hadiah utama dalam contest I LIKE NIPPON PAINT baru-baru ni...rezeki aku bertambah murah...syukur alhamdulillah....rezeki syawal idea ramadan....Kali ini aku menang contest PERADUAN TONTON & MENANG RAYA yang dianjurkan oleh Tesco Malaysia....


Ni result yang baru diumukan sebentar tadi dekat Facebook Tesco Malaysia:

UITM LANJUTKAN CUTI SEBULAN LAGI BUAT PELAJAR IJAZAH!




Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....kemain lagi kan student2 ijazah ni bercuti...4 bulan kau...pejam celik, pejam celik...minggu depan dah nak naik dah...ntah mana Student card korang letak kan? Mesti cari tak jumpe...padan muka...


Untuk ambil mood nak naik sem ni...aku pun pergilah beraya kat Student Portal Uitm...nak login...nasib baik ingat lagi Student ID...maklumlah...4 bulan cuti kan...ye dak....(budak diploma sangat jeles ye di sini....)...okeh, dah lepas login, aku pun pergilah dekat main page Student Portal tersebut. Dan alangkah terkejunya tatkala aku membaca baris-baris ayat yang didedikasikan khas buat semua pelajar Uitm:


Sunday, September 4, 2011

CEPAT BELI BERITA MINGGU! ADA MUKA AKU!!! KAH KAH KAH...





Assalamualaikum readers dan salam syawal ke 6...pagi2 lagi, kawan baik aku...Fahim mesej..."muka kau masuk Berita Minggu...kelas kau jahhh..." tersedak die tengah breakfast...aku pun ape lagi...pesan kat ayah aku beli Berita Minggu...excited giler...=,,=


Rupenye berite pasal aku menang dalam pertandingan anjuran Nippon Paint la....tajuk kemain lagi: HABUAN KREATIVITI!

Yeay...nama aku full kot...tak salah eja pun...selalau ade je salah eja...Good job Berita Minggu!!!

ShareThis