Pages

V.I.P BLOG KU

Saturday, January 28, 2012

HARGA TIKET LEGOLAND MALAYSIA !

Assalammualaikum readers dan salam 1 dunia....


"KALAU HARGA MACAM NI, KAU MAMPU?"







OK, korang tahu kan kat Wilayah Iskandar, Johor ade Legoland? Ya, taman tema yang menggunakan lego untuk membentuk sesuatu benda yang boleh menarik sesiapa sahaja yang melihatnya... Legoland Malaysia merupakan yang ke-6 di dunia dan yang pertama di asia pasifik...Taman tema ini dijangka akan dibuka pada hujung tahun 2012.... tapi mampu kah korang if harga nak masuk Legoland Malaysia macam ni?


Saturday, January 21, 2012

NANTIKAN CERPEN BERSIRI TERBARU: TIGA DUDA !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia.....


"TIGA DUDA"
Bila hidup tak semudah yang dijangka...




Nantikan kemunculannya...


Hanya di...



http://falihinjasmy.blogspot.com/

Friday, January 20, 2012

MENANG IPOD SHUFFLE DARI STABILO!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"EVERYDAY I'M SHUFFLING....."



Alhamdulillah, setelah mencuba buat kali ketiga, percubaan yang berhasil....Contest kali ini adalah contest I LOVE STABILO BONANZA....dengan hanya bermodalkan RM4.99 dan slogan yang kreatif, akhirnya dapat jugak iPod Shuffle yang cute miut ni....dapat conso :) Tahniah jugak buat Azwan Azri sebab menang jugak :)





Sumber : Stabilo FB

Wednesday, January 18, 2012

23 TAHUN DI ATAS DUNIA...ALHAMDULILLAH !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


Semalam...17 Januari 2012, pukul 2.12 petang...genaplah bayi yang dilahirkan atas dasar cinta dan kasih sayang sepasang suami isteri, En Jasmi dan Pn Manisah....Bayi yang seberat 3.95 kg itu kini sudah berusia 23 tahun...ya...23 tahun...dan bayi tersebut semakin membesar dan membesar.....





Ya....sedang bermonolog dalaman....mmmm...23 tahun...10 tahun lagi masa yang aku tetapkan untuk berumah tangga dan berlif segala bagai...ya....lama lagi....kali ini, aku sambut dengan along, isterinya, Kak Lin dan anak mereka, Danny serta adik aku...pn. emak dan en. ayah? Pn. emak menemani en. ayah yang baru menjalani minor operation (laser batu karang) di Putra Specialist Hospital, Melaka....Mohon doa kalian semua agar en. ayah cepat sembuh seperti sedia kala...amin....

Sunday, January 15, 2012

FINAL PROJECT SEMESTER 06: CADANGAN PEMULIHARAAN LANDSKAP BUDAYA DI KAMPUNG TABOH NANING, ALOR GAJAH, MELAKA!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"TIADA YANG LEBIH BAHAGIA BILA HARI-HARI MENDATANG TIDAK LAGI SESIBUK MENYIAPKAN KERJA BERTIMBUN"




Yeay! Alhamdulillah, finally its over! Habis sudah semester 06 aku dengan pembentangan final project Cultural Landscape Study yang berlangsung semalam...lepas ni boleh buat rutin sebagai manusia normal....Ok, malas cakap banyak, aku nak share design aku ni, CADANGAN PEMULIHARAAN LANDSKAP BUDAYA DI KAMPUNG TABOH NANNING, ALOR GAJAH, MELAKA....ade 4 board je...sustainable....ngeh....meet the needs...kan...



Cadangan ini adalah bertujuan menonjolkan warisan budaya Kampung Taboh Naning melalui pemeliharaan kawasan arkeologi dan pemuliharaan dan pembinaan semula struktur yang mempunyai signifikasi dan identiti tersendiri dalam memperkenalkan budaya masyarakat melayu kepada masyarakat lain. Kampung Taboh Naning untuk pengetahuan korang adalah tempat di mana Makam Dato' Dol Said ditempatkan dan berhampiran dengan exit tol Simpang Ampat.



Board kali ni aku guna mix media...Adobe Photoshop, Graphic Pen dengan Luna color pencil....aku tunjuk before print dengan after print ok...



Before

After:



Thursday, January 12, 2012

MENANG PERFUME SALVATORE FERRAGAMO, YEAY!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


Fuhhh...lama sungguh tak update...maklumlah sibuk dengan final exam dan final presentation...Alhamdulillah, paper semue baru je habis, tinggal presentation Cultural Study je esok...Wish me luck guys :)



So, back to the topic, baru je habis exam, aku bukak FB sambil makan-makan, tengok-tengok ade orang tag la kat post, bile buka link tu, keluarlah benda ni....






Sunday, January 8, 2012

EZANI JUARA MASTERCHEF MALAYSIA PERTAMA!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...



Setelah 10 minggu MasterChef Malaysia bersiaran di Astro RIA, kini tibalah masa yang ditungu-tunggu...malam penentuan...malam penuh debaran...malam Santapan Penamat...dan pemenang bakal membawa pulang RM 100, 000.00 beserta peluang menerbitkan buku masakan sendiri...ya...pertembungan antara junior vs senior, doktor gigi vs pekebun....



dan pemenangnya adalah....






kita tunggu dan lihat sahaja malam ini....

Tuesday, January 3, 2012

AMALINA 17A1 ATAU AMALINA DANGDUT ASYIK ASYIK ASYIK?

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"Bukan kacang lupakan kulit, cuma kulit tak boleh nak makan sekali, nak buat macam mana,"



Heboh lah sana-sini pasal si Amalina yang satu ketika dulu pernah memahatkan namanya sebagai pelajar cemerlang SPM 2004 dengan mendapat kejayaan 17A1 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. pergh...hebat tak hebat la kan...




Dah lama dia ni menyepi, now dah jadi trending kat twitter...kat facebook pulak orang duk share profile FB dia...macam tiba-tiba je...aku pun klik lah FB dia...aku hanya boleh cakap, wow...is this really Amalina? My Idol dulu time SPM 2006? Apa dah jadi ni? Why seksi sangat ni? Dulu bukan bertudung ke? (bisik aku dalam hati sambil menatap gambar terbaru beliau)...serius aku confius mana satu Amalina 17A1 dengan Amalina asyik asyik asyik...(mana pergi amalina dangdut ni ea? buat A level jugak ke?)




Tapi, ada aku jalan-jalan kat blog orang, aku jumpe satu komen ni:

Sunday, January 1, 2012

(VIDEO) AKIBAT RADIASI, MAK CIK MENGALAMI GANGGUAN PSYCHOLOGY?

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...


"Adakah ini masa depan kita? Jangan biarkan radiasi memusnahkan diri!"




Selamat datang 2012....semoga korang semua semakin berhati-hati dalam kehidupan...lebih mengambil berat terhadap persekitaran dan juga alam sekitar. Cuba bayangkan, akibat kealpaan manusia yang rakus dalam mengejar kemajuan, mungkin akan berlakunya kesan radiasi seperti yang ditunjukkan dalam video ini:







ShareThis