Pages

V.I.P BLOG KU

Monday, April 30, 2012

MENANGI IPAD3, GPS DAN 100 UNIT THUMBDRIVE!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"HIDUP SALING MEMBANTU, REZEKI ALLAH, SIAPA YANG TAHU :) "


Ok, korang mesti mahu memiliki sebuah New Ipad seperti gambar di bawah ni kan? Apatah lagi kalau ada orang nak bagi secara percuma, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan kan? Ya, impian korang itu bakal menjadi realiti jika korang dengan seikhlas hati memberikan undian kepada ShahabudeenJalil.com untuk kategori Most Promising Webprenuer of the Year dan Beautifulnara.com untuk kategori Fave Kay Poh dalam Digi WOW Awards 2012!







1. ShahabudeenJalil.com : Blog Usahawan kepada Usahawan




ShahabudeenJalil.com adalah sebuah blog untuk usahawan yang baru bertatih dalam perniagaan dan juga bagi usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan. Blog ini menyediakan anda dengan tips perniagaan, video perniagaan, infografik dan pelbagai maklumat lain yang anda boleh gunakan untuk perniagaan anda.



 KLIK VOTE SEPERTI GAMBAR DI BAWAH:








2. Beautifulnara.com : Marilah Bergosip secara Berhemah





Blog yang menghimpunkan gambar, gosip dan perkembangan terkini selebriti tanah air dan antarabangsa.




KLIK VOTE SEPERTI GAMBAR DI BAWAH:





Hadiah yang ditawarkan bagi pengundi bertuah adalah sangat lumayan:

New Ipad x1,
GPS x 1
Thumbdrive x 100


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hal ini, korang boleh refer di SINI.


Semoga dengan bantuan yang tidak seberapa ini dapat merealisasikan impian ShahabudeenJalil.com untuk menjadi the Most Promising Webprenuer of the Year dan Beautifulnara.com untuk menjadi Fave Kay Poh. Amin....



p/s: dah lame impikan ipad, hope kali ni ade rezeki :)

Wednesday, April 18, 2012

PHOTO MANIPULATION TECHNIQUE!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"PHOTO MANIPULATION; MANIPULATE THE PHOTOS"


Korang pernah dengan Photo Manipulation? Ok, Photo Manipulation ni merupakan salah satu teknik meng-edit beberapa gambar dan disatukan untuk menggambarkan sesuatu yang kita mahu. Untuk lebih jelas, berikut merupakan definisi photo manipulation yang dipetik dari Wikipedia:


Photo manipulation is the application of image editing techniques to photographs in order to create an illusion or deception (in contrast to mere enhancement or correction), through analog or digital means.


Ok, ni adalah hasil photo manipulation yang aku buat...ini merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk menggambarkan apa yang kita fikirkan. Concept untuk photo manipulation di bawah adalah Agro Theme Park.



Monday, April 16, 2012

INI REALITI, BUKAN FANTASI!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"SESUNGGUHNYA, ALLAH S.W.T ADALAH PENCIPTA YANG TERHEBAT DAN TIADA TANDINGANNYA"








Apa perkataan pertama yang keluar dari mulut korang bila tengok gambar ni? Subahanallah...cantiknya....kan? Ok, gambar tersebut bukanlah hasil edit-an mana-mana software, tapi ianya adalah gambar asli yang ditangkap di Hutan Buluh Sagano Buluh yang terletak di Barat Laut, Kyoto Basin, Jepun, yang meliputi kawasan seluas 16 km persegi. 

Saturday, April 14, 2012

BETTER LANDSCAPE, BETTER LIFE: STARHILL GALLERY, JALAN BUKIT BINTANG!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"BETTER LANDSCAPE FOR A BETTER LIFE"


Ok, ni merupakan salah satu segmen baru dalam blog ni. Memandangkan aku tak selapang dulu dari segi masa untuk mengupdate... tapi aku gagahkan juga. Hope korang dapat sokong segmen ini dan memberikan komen yang bernas pada setiap idea yang aku ketengahkan...Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat buat semua dan bukanlah untuk menunjuk siapa hebat atau sebaliknya. Jika ada yang berfikiran sedemikian, terpulanglah. Jika mahu menjadi penonton sahaja, aku tak kisah. Tapi jangan membuat andaian yang bukan-bukan. 



Untuk site pertama, aku telah memilih kawasan Starhill Gallery. Dulu kawasan Starhill Gallery ini pernah menjadi salah satu site final project aku masa diploma. Korang boleh refer sini. Sekarang, bangunan Starhill Gallery ini telah diberikan nafas baru dari segi senibinanya yang lebih moden seperti gambar di bawah:



courtesy of Google


Ok, ini adalah versi "Better Landscape, Better Life". Harap korang semua dapat memberikan sedikit pandangan mengenai apa yang aku cadangkan ini.

Tuesday, April 10, 2012

10 PETUA UNTUK BERJAYA!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"10 PETUA UNTUK BERJAYA"



Kenapa 10? Sebab ada banyak sebenarnya.... ya, macam-macam petua dan cara untuk kita berjaya...di dunia dan juga di akhirat...Setiap orang ada cara masing-masing, maklumlah, lain padang, lain belalang, rambut sama hitam, hati lain color *tetibe* So, untuk ayat-ayat yang berikutnya, adalah dari point of view aku la ye... Korang nak kata apa, katalah...DIC? Never....~

Ok...actually, ada junior aku tanya dekat FB, macam mana nak jadi berjaya macam abg? *ceh abg konon* ....berjaya? Alhamdulillah...semuanya rezeki Allah... kalau kita berusaha dan ikhlas kerana Allah....semuanya akan dipermudahkan...InsyaAllah...


Ok, ni petua yang pertama:

Saturday, April 7, 2012

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : LAKSA KING SEKSYEN 7, LAKSA JOHOR MEMANG POWER!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"LAKSA JOHOR ADALAH LAKSA PALING CLASS SEBAB PAKAI SPAGHETTI ..."





Ok, korang mesti minat laksa kan? Kat Malaysia ni banyak betul laksa....kalau boleh, setiap negeri nak ada laksa masing -masing...dan antara laksa yang memang aku suka adalah laksa terengganu dan juga laksa sarawak....and the most important thing, laksa Johor memang berada di carta nombor satu laksa tersedap di dunia...muahahahha.....

Tuesday, April 3, 2012

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : SENGKUANG CALIT SEKSYEN 7 MEMANG TERBAIK!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"PERGH, FIRST TIME RASE SENGKUANG CALIT, TERUS JATUH HATI!"


Ok, Sengkuang calit ni senior aku yang duk gebang dekat office, dia kata sedap gila...Ok, aku try pergi depan Giant Seksyen 7, Shah Alam (dekat dgn i-City)...tadi....kedai kecil yang jual sengkuang calit tu bukak pulak...aku beli satu nak try...So, balik rumah, aku rase sekali...perghhhhhhh memang terbaik la bro! Thanks Amin sebab kongsi antara makanan yang sedap di alam semesta....


Duk cerita dari tadi, korang mesti tertanya-tanya macam mana rupa sengkuang calit ni kan??? Ok..ini lah sengkuang calit...Sengkuang lagi besar dari tapak tangan...Sengkuang die aku cakap kau, memang sedap...rangup dan sejuk! Sambal die memang meletup ditambah kacang tumbuk yang membuatkan mata anda terpejam sambil menikmati saat indah bersama sengkuang calit!




ShareThis