V.I.P BLOG KU

Friday, July 5, 2013

KESUDAHAN DRAMA SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA LAIN DARI NOVEL!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....




"SANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI"






Pasti ramai yang menunggu episod akhir drama lakonan Izzue Islam (Firash) dan Tizz Zaqyah (Syaf), Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) malam ini. Adakah rating episod akhir SSID dapat mengalahkan rating episod akhir Teduhan Kasih? So, for that, untuk naikkan rating, kesudahan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia telah diubah dari jalan cerita asal yang terdapat di dalam novel. Pasti ramai yang ternanti-nanti kesudahan ikatan perkahwinan antara Firash dan Syaf.



Seperti di dalam novel, di mana Syaf akhirnya kembali bersatu bersama Firash, lain pula ceritanya di dalam drama. Kesudahan cerita ini telah diubah bagi menarik lebih ramai penonton untuk mengikuti kesudahan kerana ianya tidak sama seperti di dalam novel. Apa thrill jika menonton drama yang kita sudah tahu jalan ceritanya bukan?



Berikut adalah sinopsis ringkas episod akhir Sebenarnya Saya Isteri Dia:




Ketika Syaf sudah sedar tempatnya adalah di sisi suami tercinta iaitu Firash, dirinya diuji dengan satu berita yang bakal mengubah nasib hidupnya. Berita yang disampaikan oleh doktor begitu memberi kejutan bagi dirinya. Di saat cinta kembali berputik untuk disemai bersama Firash, hasrat Syaf terhalang kerana dia mengidap kanser hati tahap kritikal. Dia membuat keputusan untuk tidak kembali kepada pangkuan Firash kerana tidak mahu Firash menderita seperti mana dia menderita selepas kematian Farish (Abang Firash). 




Hanya Qimi (lakonan Qi) sahaja yang mengetahui hal ini. Syaf meminta bantuan Qimi untuk merancang sesuatu agar Firash melepaskan Syaf dengan cara yang baik. Qimi memberitahu Firash yang Syaf sudah tidak mahu meneruskan ikatan perkahwinan yang telah dibina atas dasar terpaksa. Syaf akan berkahwin dengan Qimi dalam masa yang terdekat. Firash tidak dapat menerima kenyataan. Akibar sifat panas barannya, Firash melepaskan amarah kepada Qimi dan berlaku pergaduhan. Akibat tidak tahan menyembunyikan perkara sebenar, Qimi menceritakan segala-galanya yang telah terjadi pada Syaf.




Adakah Firash dapat menerima ketentuan takdir? Adakah Firash dapat membahagiakan hari-hari terakhir Syaf sebagai isterinya? Adakah Firash akan mendermakan sebahagian hatinya pada Syaf? Sama-sama kita nantikan jawapannya malam ini.


Babak di saat Firash cuba membahagiakan Syaf buat kali terakhir








p/s: hebat gak aku buat skrip ni...hihihi

2 comments:

adzren rere said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

how sweet . . biarlah ending dia sama mcm dlm drama tu , klau ikut dlm novel , dah kompen2 rmai penonton nangis :D

Mashitah Rosli's said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

happy ending tp mcm x brape gempak...best la citernya...blog ni pun syok..latest info..mcm2..anwy..singgah2 la blog kite..

http://mashitahrosli.blogspot.com/

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...