Mentari mula menjengah di ufuk timur. Menunjukkan sinarnya, menerangi seisi alam. Indahnya ciptaan Tuhan tiada tandingan. Sinar mentari pagi memancar di jendela. Mika masih lagi lena diulit mimpi. Wajahnya kelihatan pucat. Wazi yang baru sahaja sampai terus duduk di kerusi di sebelah katil Mika. Ditenungnya muka Mika. Sayu hatinya apabila insan yang selama ini menjadi tempat dia berkongsi segala suka dan duka, akan pergi meninggalkannya. Dia tidak mampu melawan takdir. Hanya mampu berserah, mengharapkan yang terbaik untuk Mika.
“Dah lame ke kau sampai?” ujar Mika sambil menggeliat kecil.
“Baru je bro. Ni aku ade belikan nasi lemak opah. Favourite kau kan? Aku amek lauk sambal paru dan sambal kerang. Dah lame rasenye kau tak makan nasi lemak opah ni kan?” ujar Wazi sambil meletakkan bungkusan nasi lemak di atas pinggan supaya mudah untuk Mika makan.
“Nak aku suap ke?” pelawa Wazi berseloroh.
“Ah kau, jangan nak mengade-ngade. Aku dah sihat dah ni. Aku boleh suap sendiri la. By the way, thanks for such a great food Zi. Dah lame aku mengidam, cume tak tercakap je,” ujar Mika.
“Enjoy your breakfast bro. Aku nak turun beli paper jap,”
“Kau tak makan sekali ke?” pelawa Mika.
“Kalau kau suap nak la. Hahaha.. just joking. Aku dah makan tadi. Kau makan la puas-puas,” ujar Wazi lalu pergi meninggalkan Mika yang sedang asyik menikmati sarapan pagi.
*************************************************************************************
Awal pagi lagi Cinta sudah bangun. Bersiap untuk pulang ke rumah mamanya. Cuti yang diberi akan digunakan sebaiknya bersama ahli keluarganya. Cinta juga mahu pergi ke majlis pengebumian Zaquan. Tidak sangka Zaquan pergi pada usia yang muda. Mati dibunuh dengan kejam. Apa dosa Zaquan sehinnga ada orang membunuhnya? Semuanya masih lagi menjadi tanda tanya di dalam fikiran Cinta.
“Suri, aku nak balik rumah mama aku taw. Kalau ade ape-ape, just text or call me ok,” ujar cinta sambil menarik luggagenya keluar dari bilik. Cinta kelihatan ayu berbaju kurung cotton bunga kecil dan bertambah serinya mengenakan selendang putih.
“Cantik kau hari ni. Nampak manis la bile kau bertudung,” puji Suri.
“Oh, habis selama ni I tak manis lah ye?”
“I mean, kau lebih manis la bile bertudung. Nanti kalau dah sampai, call aku taw. By the way, takziah la atas pemergian Zaquan,” ujar Suri.
“Ok, aku ni pun nak singgah majlis pengebumian Zaquan dulu. Mak aku kate jumpe kat sane,” ujar Cinta lalu mencapai kunci keretanya.
“Drive elok-elok ye Cinta,” pesan Suri. Cinta hanya tersenyum dan mengangguk. Cinta terus meninggalkan kawasan rumahnya menuju ke Tanah Perkuburan Mahmudiah. Maafkan I Mika, I tak dapat nak jemput you keluar dari hospital hari ni. Getus hati Cinta.
*************************************************************************************
Mika yang baru sahaja selesai bersarapan pagi, menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Wazi pula sibuk membelek surat khabar yang baru dibelinya. Tekun dibacanya tajuk berita satu persatu.
“Wey, Mika. Polis dah tahan suspek yang langgar kau la hari tu,” ujar Wazi.
“Ye ke? Siape?” ujar Mika ingin tahu.
“Rafe,” jawab Wazi ringkas.
“Hah? Rafe? Aku rase macam ade yang tak kena la Zi. Aku tak rase Raf yang langgar aku. Sebab mase aku kene langgar tu, shift die jage butik. Mustahil lah die langgar aku. Lagipun, ape point die nak langgar aku pulak?” soal Mika.
“Mane lah taw die dengki kat kau ke. Manusia, hati lain-lain walaupun rambut sama hitam bro. Polis tahan die sebab dalam rakaman cctv, kereta yang langgar kau tu kereta die. Kau tak perasan kereta yang langgar kau mase tu?” Wazi inginkan kepastian dari Mika.
“Mane nak nampak bro. Tengah aku berlari nak pergi entrance jusco tu, tibe-tibe ade kereta hentam aku dari belakang. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Ape yang aku ingat, semua jadi hitam. Gelap,” terang Mika.
“Oh ye ke? Jadi kau pasti la bukan Rafe yang langgar kau bro?”
“Aku rase memang bukan die. Nanti kau tolong teman aku pergi balai polis ea. Aku nak jamin die,” ujar Mika.
“Ok bro, no hal. Kau pun dah boleh keluar kan tengah hari ni? Barang kau dah kemas?” soal Wazi. Mika hanya menggelengkan kepalanya.
“Dah, biar aku kemaskan, kau rehat lah dulu before parents kau datang,” ujar Wazi sambil melipat pakaian Mika dan memasukkannya ke dalam beg. Mika cuba melelapkan matanya. Tapi tidak boleh. Fikirannya ligat mengimbas kembali keadaan sewaktu die dilanggar. Apa yang pasti, bukan Rafe yang melanggarnya.
*************************************************************************************
Suasana hening menguasai latar Tanah Perkuburan Mahmudiah. Awan mendung yang berarak, seakan menangisi pemergian Zaquan. Sanak- saudara dan kenalan terdekat mula membanjiri majlis pengebumian mangsa bunuh yang mengejutkan ramai pihak. Kelihatan Pn. Lisa dan suaminya, En. Ibrahim Lee sedang mengatur langkah ke arah orang ramai yang sedang menunggu jenazah Zaquan yang hendak dikebumikan. Rintik-rintik hujan mulai turun membasahi bumi, mengiringi van jenazah yang membawa arwah Zaquan. Keranda diusung keluar dari van, disambut oleh sanak-saudaranya. Terdengar sedu-sedan ahli keluarga Zaquan melihat jenazah dikebumikan. Selesai jenazah dikebumikan, terdengar talkin dibacakan. Terasa sayu dalam hati setiap yang hadir.
“Assalamualaikum mama, papa,” ujar Cinta perlahan. Menghormati bacaan talkin yang sedang dijalankan. Cinta bersalamn dengan kedua orang tuanya.
“Baru sampai ke Cinta?” ujar Pn. Lisa.
“Ha’a. Baru je ma. Kakak mana mama?” soal Cinta.
“Die tak datang. Die kate sakit kepale. So, mama tak paksa lah die datang,” jawab Pn. Lisa.
“Oh, ok” balas Cinta. Semua hadirin mula meninggalkan tanah perkuburan selepas tamat bacaan talkin. Pn. Lisa, En. Ibrahim Lee dan Cinta Khadijah berjalan seiringan menuju ke kereta selepas mengucapkan takziah kepada keluarga Zaquan. En. Ibrahim Lee mempercepatkan langkah meninggalkan dua beranak itu untuk mengalih keretanya yang menghalang laluan.
“Mama tak pelik ke kenape Zaquan mati kene tikam? Soal Cinta.
“Mama tak tahu nak jawab la Cinta. Mama rasa macam ade sesuatu yang tak kena dari semalam,” ujar Pn. Lisa.
“Ape yang tak kena ma?”
“Semalam kakak kamu awal-awal pagi lagi dah keluar rumah. Balik rumah dalam pukul 11.30 pagi, pakai jubah hitam. Mama pun pelik la kenape die pakai jubah. Ade event ape. Die kate saje je sebab dah lama jubah yang papa belikan terbiar dalam almari. So, die pakai la,” terang Pn. Lisa.
“Jubah hitam ma? Betul ke?” soal Cinta, inginkan kepastian.
“Ha’a Cinta. Lagi satu mama ade nampak tangan die berdarah, mama tanyelah kenape. Die kate terluka sikit je,” ujar Pn. Lisa. Fikiran Cinta semakin ligat berpusing memikirkan tentang kakak kembarnya itu, Cinta Zaharah. Dia juga teringat berita semalam. Zaquan mati dibunuh oleh seorang wanita berjubah hitam dan berpurdah. Mungkinkah? Ah, mana mungkin kakak yang bunuh Zaquan. Getus hati Cinta, cuba menafikan andaian yang bukan-bukan.
*************************************************************************************
“Terima kasih banyak-banyak doktor,” ujar Datuk Ismail.
“Sama-sama Datuk. Kalau Iman ade rasa sakit, call lah saye. Saye akan datang untuk buat rawatan lanjut. Buat masa ni, biarkan dia berehat dulu. Tenangkan fikiran. Buatlah perkara yang boleh menggembirakan hari-harinya. Jangan sesekali beri tekanan pada dia,” ujar Dr. Jufrey panjang lebar.
“Baiklah doktor. Kami akan jage die baik-baik,” ujar Datuk Ismail sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Doktor Jufrey.
“Dah, Ruby bawa beg Mika tu,” arah Datuk Ismail. Datin Ruby hanya menuruti kata suaminya itu. Wazi memapah Mika keluar dari wad itu. Mereka semua menuju ke kereta.
“Ayah, boleh tak singgah IPD J.B? Iman nak pergi jamin Rafe,” ujar Mika.
“Iman nak jamin orang yang cube nak bunuh Iman ke?” ujar Datin Ruby, mempersoalkan tindakan yang cuba dilakukan anaknya itu.
“Mak, ayah. Rafe tak salah. Bukan die yang langgar Iman. Die kerja mase Iman kene langgar hari tu,”
“Confirm ke Iman?” soal Datuk Ismail pula.
“Confirm ayah. Memang bukan Rafe yang langgar Iman. Percayalah,” ujar Mika, cuba meyakinkan kedua orang tuanya.
“Kalau macam tu, Iman kene beri kenyataan dekat balai polis dulu,” ujar Datuk Ismail. Honda Civic milik Datuk Ismail mula meninggalkan perkarangan Hospital Sultan Ismail menuju ke IPD Johor Bharu. Wazi pula mengekori mereka menaiki keretanya sendiri.
*************************************************************************************
“Assalamualaikum. Kakak sihat? sapa Cinta selepas membuka pintu bilik kembarnya itu. Ara yang sedang menulis sesuatu dalam diarinya terkejut lalu menyisip diarinya di bawah bantal.
“Waalaikumusalam. Yang kau ni masuk tak reti nak ketuk pintu ke? Main redah je,” tinggi nada Ara memarahi adik kembarnya itu.
“Maafkan Cinta kak,” ujar Cinta lembut.
“Ha yela-yela. Mimpi ape kau balik ni ha?” soal Ara.
“La, Cinta balik pun salah ke? Cinta nak tengok kakak la. By the way, takziah la sebab Zaquan,” ujar Cinta.
“Kenape kau nak ucap takziah pulak kat aku? Aku bukan ade kene mengene dengan die pun,” bentak Ara.
“Kak, tak baik cakap macam tu dekat orang yang dah takde,” ujar Cinta sambil melabuhkan dirinya di sisi kembarnya itu.
“Ah kau, macam lah baik sangat. Dah lah rampas ex aku!” tegas Ara.
“Ape maksud kakak? Cinta tak faham la” berkerut dahi Cinta. Cuba berlakon di depan kakaknya itu.
“Kau jangan nak berlakon la Cinta. Aku dah tahu dah semua. Kau cube nak rapat dengan Mika kan? Lelaki yang pernah kecewakan aku dulu? Dah takde orang lain ke Cinta? Lelaki macam tu pun kau nak buat boyfriend!” mendidih darah Ara.
“Bukan macam tu kak. Kakak dah salah faham ni,”
“Kau lah yang salah. Buat ape kau nak kawan dengan orang macam tu? Buat sakit hati je. Lelaki dayus!” jerit Ara.
“Kakak jangan tuduh yang bukan-bukan. Kakak tahu tak yang die tinggalkan kakak sebab tak nak tengok kakak merana. Menderita!” kesabaran Cinta sudah tercabar.
“Tak nak tengok aku menderite konon. Habis yang die tinggalkan aku ni, kire aku tak menderita la ni?” soal Ara, cuba menafikan kata-kata adiknya itu.
“Dia ade kanser hati kak. Tinggal 3 bulan lagi je die boleh hidup. Tu yang die tekad tinggalkan kakak. Die tak mahu kecewakan kakak,” ujar Cinta menjelaskan perkara yang sebenarnya. Terduduk Ara bila mendengar apa yang dikatakan oleh kembarnya itu. Terdiam membisu. Wajahnya sudah berubah. Air matanya mula mengalir. Terkenang kembali saat indah ketika dia bersama Mika melayari detik indah bercinta.
*************************************************************************************
“Terima kasih banyak-banyak bro sebab kau jamin aku. Kau lah sahabat dunia akhirat aku,” ujar Rafe, terharu selepas dibebaskan dengan ikat jamin.
“Aku tahu memang kau tak salah Raf,” ujar Mika. Mereka berdua berpelukan. Datuk Ismail, Datin Ruby dan Wazi hanya melihat kegembiraan itu.
“Boleh aku tanye kau satu soalan tak Raf? Soal Mika.
“Ha ape die?”
“Kau kerje kan time aku kene langgar?”
“Ye la. Mase tu kan shift aku. Dah la aku jage butik sorang-sorang je, ade mase pulak aku nak langgar kau,” ujar Rafe dalam nada berseloroh.
“Tapi kereta yang langgar aku tu memang kereta kau kan?”
“Kalau ikut ape yang polis tunjuk rakaman cctv dekat aku, memang aku mengaku kereta tu memang kereta aku. Tapi…” tersekat suara Rafe.
“Tapi ape bro?”
“Tapi mase tu kereta aku Zaquan pinjam. Kawan aku,”
“Jadi die la yang langgar aku?” soal Mika.
“Might be. Ape motif die, aku tak tahu. Tapi bile aku bagi tahu polis, die orang kate yang Zaquan tu dah mati kene bunuh,” terang Rafe.
“Kene bunuh? Kenape?” soal Mika inginkan kepastian.
“Die mati kene tikam dekat airport Senai. Polis still cari suspek pembunuh die,” jelas Rafe. Datin ruby yang dari tadi mendengar perbualan mereka berdua tiba-tiba bersuara.
“Rafe, boleh mak cik tanye. Zaquan kawan Rafe tu ape name penuh die?” soal Datin Ruby inginkan kepastian.
“Zaquan Hairi, mak cik,” ujar Rafe. Bagai gugur jantung Datin Ruby mendengar nama yang disebut Rafe. Memang die kenal sangat Zaquan Hairi. Lelaki yang pernah menjadi anak ikannya suatu ketika dulu.
“Kenape mak cik?” soal Rafe.
“Err…takde papelah. Mak cik just nak tahu je,” pucat muka datin Ruby. Mereka berlima terus melangkah ke tempat letak kereta. Mika memohon bantuan Wazi untuk menghantar Rafe ke apartmentnya manakala Mika dan kedua orang tuanya mahu terus balik ke rumah kerana Mika berasa kurang sihat. Kereta Wazi pergi meninggalkan perkarangan IPD Johor Bharu terlebih dahulu. Diikuti kereta Datuk Ismail.
“Assalamualaikum Datuk Ismail, boleh matikan enjin kereta Datuk tak,” ujar pegawai polis yang mejaga pondok kawalan polis di pintu utama.
“Kenapa ya encik?” berkerut dahi Datuk Ismail mendengar arahan pegawai polis itu.
“Sila beri kerjasama Datuk. Kami terpaksa menahan isteri Datuk Ismail, Datin Ruby untuk membantu siasatan kes pembunuhan saudara Zaquan Hairi semalam,” ujar pegawai polis berkenaan. Bagai tercabut nyawa Datin Ruby mendengar apa yang dikatakan oleh pegawai polis itu. Pucat lesi! Riak terkejut juga jelas terlihat pada muka Datuk Ismail dan Mika. Mereka berdua saling berpandangan.
NIE KISAH cinta tiga segi kah??????
ReplyDeletegua ingatkan mika nie pelakon cerita adamaya tu!!!
>>______________<<
...
GUA ADA PERSOALAN, ANDA YANGBAIK HATI BOLEH BAGI JAWAPAN TAK???? PLLZZZZZZ!!!!!!
>>__________<<
ni cinta bersegi-segi
ReplyDeletetq for the comment
bestla ceta ni.sory da bce without permission
ReplyDelete