Pages

Friday, June 4, 2010

...hari 2


Hari dua…
Hati rasa berdebar. Jantung semakin kencang mengepam darah ke setiap kapilari. Nafas seakan menemui nokhtah. Kenapa gadis berbaju kurung putih persis Cinta memberi senyuman kepada ku? Semakin aku renung, semakin jelas. Sah! Memang Cinta. Mika semakin menghampiri Cinta. Tangannya diulis lembut. Romantis.
“Kau dah takde keje lain ke wey? Tangan aku pun ko bantai usap-usap ni woi! Geli lah!” bentak Wazi.
“Huih, yang kau pun satu. Pegi layan pahal? Sengal! Potong stim betul la…” keluh Mika sambil menggeliat. Terasa sentuhan Cinta. Tapi itu semua mainan mimpi. Hanya mimpi.
“Dah, dah. Bangun. Solat Subuh. Nasib la ko duduk serumah dengan orang yang baik. Kalau kau duduk dengan si Refa tu, jangan kate Subuh gajah, subuh atok moyang gajah pun belum tentu jumpe. Lekas lah Mikael Iman!” tegas Wazi lalu pergi ke dapur menyediakan sarapan pagi.
Bagai tangan dirantai tali, liat sungguh Mika hendak bangun dari tilam  Sultan empuk. Baru beli dari Ikea. Hasil titik peluh selama 3 bulan bekerja. Minat Mika terhadap seni hiasan dalaman memang tidak dapat dinafikan. Masakan rumah bujang kemas sentiasa. Segalanya teratur. Dari ruang tamu ke bilik tidur, semuanya bagai ada suri di rumah.
*************************************************************************************
“Sedapnye mee ni. Pandai kau masak kan Zi!”
“See the legs la bro. Kau ade? Hahaha!” tawa Wazi memecah hening pagi. Suasana fajar pagi hari di Setia Tropika memang damai. Sedamai alam ciptaan yang Maha Esa.
“Kau tak kerje ke Zi? Siap boleh masak mee goreng lagi,”
“Kerja. Ade site inspection pukul 11 nanti. Yang kau M.C lagi ke hari ni? Set date dengan siape lak hari ni?” sinis Wazi.
“Mulut kau dengan longkang saling tak tumpah kan! Busuk! Kau ingat aku takde mase depan ke? Aku kerje la hari ni. Cume baju je belum gosok,”
“Eleh, relax la bro. Jangan marah-marah depan rezeki. Tak elok. Dah, mane baju kau? Bak sini aku tolong gosokkan”
“Ni yang aku sayang kau lebih Zi. Baju ade kat atas kerusi tu. Thanks bro,”
“Kawan-kawan, apa adehal…” juih bibir Wazi. Mika terus khusyuk menyambung sarapan pagi. Bukan senang nak makan sarapan kat rumah bujang. Nasib duduk serumah dengan Wazi. Ringan tulang. Walaupun fizikalnya sedikit berisi, tetapi itu bukan jadi halangannya untuk berjaya. Memang sejak dari universiti lagi Wazi memang rajin berusaha. Tapi bagi Mika, Wazi memang genius. Masakan Wazi boleh memiliki firmanya sendiri dalam masa hanya 4 tahun? Rimbun Permai Sdn. Bhd. Konsultan landskap terkenal di Johor Bharu.
*************************************************************************************
“Cinta, bangun. Kau nak tunggu ayam berkokok ke? Nasib sampai ke tue la kau nak dengar ayam berkokok kat J.B ni. Dah, bangun lah!” jerit Alya.
“Ape marah-marah ni sayang. I baru nak lelap ni. Malam tadi tidur lewat la,”
“Ah kau. Facebooking je la kerje kau. Tak pun layan kuehtart.com la, ohtidak la…” bebel Alya. Cinta hanya menekup bantal ke telinganya. Ingatkan dah duduk jauh dari emak, kurang sikit kene bebel. Kini, baton telah bertukar tangan. Alya lah yang selalu membebel di rumah. Dari celik mate, sampai pejam balik, tak terkire berape banyak amilase yang dirembesnya. Tak cukup bebel di jaga, tidur pun Alya mengigau. Cinta tersenyum nipis mengimbas kembali momen Alya mengigau. Kelakar!
“ Mak aih, boleh senyum simpul pulak minah ni. Aku simpul mati senyum kau nak tak?”
“Alaaa, jap lagi la I mandi. You pergi la bersiap. Kalau bedak tak seinci, tak sah,” perli Cinta.
“Aku lain. Perempuan melayu. Lain la kau. Pan asia bagai. Tak payah solek pun dah cantik. Natural beauty kan?”
“Whatever lah you. I nak mandi ni” ujar Cinta sambil mengambil tuala pink lembut lalu berjalan ke bilik air. Alya terus ke bilik memulakan operasi make-up nya.
*************************************************************************************
“Sihat dah bang? Demam teruk ke? Uih, panasnya!” seloroh Rafe sambil meletakkan tangannya di dahi Mika.
“Sihat la. Kalau tak, takde maknenye aku nak datang kerje. Kesian pulak kau kene jage sorang-sorang je butik ni. Si buncit mane?”
“Oh, kau kate bos buncit ea? Hahaha..die off today. He is in the mood for holiday. Kau pun taw kan die nak pergi holiday kat Bandung. Aku dah tempah a few shirts kat die. Bosan la asyik ngadap baju Topman je. Kau tak nak ke?” soal Rafe.
“Takpe la. Aku duit takde. Gaji tak masuk lagi kan,” ringkas Mika sambil meyelak baju yang masih di dalam bungkusan.
“Ni siape punye paper bag ni Raf?”
“Kau punya lah. Ade minah mane ntah admire kat kau bagi. Aku lupe nak tanye name die siape,”
“Oh, kalau aku tak selak baju ni, alamatnye, tak jumpe lah paper bag ni kan?”
“Sorry dowh. Aku terlupe nak pass kat kau,” ujar Rafe terus ke stor untuk menguruskan bahagian stok.

“ For my sweet Mika”
- C –

“ Cinta?” riaksi muka Mika terus berubah. Kelat air liur ditelannya. Sepasang selipar merah menyala kini di tangan Mika.
“Selipar?” berkerut dahi Mika.
*************************************************************************************
“Macam mana bos? Ok tak progress kat site?”
“Eh you ni, sepatutnye you yang kene pegi site kan? Kate anak tak sihat?”
“Hehe..Takpe bos. Semuenye dah settle. Mak mertue kana ade. Saye hantar Fariq kat nenek die. Itu kelebihan duduk dekat dengan orang tue ni bos. Senang kalau ade ape-ape emergency,” ujar Sara, janda anak satu. Kesian mude-mude dah jande. Qada’ dan qadar Allah S.W.T. Suaminya menemui ajal ketika kemalangan jalan raya ketika ke tempat kerja.
“By the way bos, ade client nak jumpe you dekat waiting room” ujar Sara.
“Suruh die masuk bilik I 5 minit lagi. Ok,”
“Baik bos,” Sara berlalu ke waiting room memanggil client yang sudah lame menunggu En. Wazi.
*************************************************************************************
“Assalamualaikum,” lembut Cinta memberi salam.
“Waalaikummusalam. Masuk lah. Jemput duduk.”
“Thanks En. Wazi because you can spend your time with meet me. I have a few topic that we need to discuss,”
“It’s my pleasure to have a beautiful lady in this hot noon. Am I right?” Cinta hanya melirikkan senyuman, menjawab soalan nakal En. Wazi. Perbincangan diteruskan seperti biase. Professional.
“Thanks En. Wazi for spending your time for me,”
“Kan I dah kate tadi tak payah berencik- encik dengan I. just call me Wazi,”
“Oh, ok. Thanks again Wazi. By the way, may I ask you one more question?”
“Never mind. Ape die?”
“Ape hubungan you dengan lelaki dalam gambar tu?” ujar Cinta sambil menunjuk frame gambar di atas meja.
“My housemate. Why? You kenal ke?”
“Takde lah. I just tanye je,” ujar Cinta lalu keluar dari bilik Wazi. Tersenyum lebar. Sasaran semakin hampir. Jalannya semakin mudah.

Bersambung…

3 comments:

  1. thanks nana..
    dah bace yg hari 1?

    ReplyDelete
  2. errr MIKA tu xsuke CINTA ke??? ouhhh btw,kt johor,, jusco TC,,tmpt hangout i&kwn2 neyhh :)

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha