Hari lima…
Kepalanya berdenyut. Bagai terhenti seketika nafasnya. Dengan kekuatan yang ada, Mika cuba membuka matanya. Kelopak matanya terasa berat. Seluruh kudratnya dikumpulkan. Suara tangisan kedengaran. Mika semakin runsing. Apa yang telah berlaku pada dirinya? Masih ada waktu untuknya? Masihkah…?
*************************************************************************************
“Assalamualikum, boleh saya bercakap dengan Datin Ruby?”
“Ya, saya bercakap. Siapa ni?” soal Datin Ruby.
“Saya Inspektor Henry, dari ibu pejabat polis Tebrau. Saya mahu Datin bertenang. Anak Datin, Mikael Iman dimasukkan ke I.C.U. hospital Sultan Ismail. Dia mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan…” belum sempat Inspektor Henry menghabiskan kata-katanya, Datin Ruby rebah. Black Berrynya terlepas dari genggaman.
“Hello Datin! Datin!,” Inspektor Henry panik. Datin Ruby tersedar beberapa minit kemudian. Berkerut dahi Datin Ruby memikirkan tentang Iman. Ya Allah, selamatkanlah anakku!
*************************************************************************************
“ Good job Zaquan. This is your payment,” ujar perempuan berselendang hitam itu sambil menyerahkan sampul surat kepada Zaquan.
“Thanks miss. I can do better than this. You just inform me ok,” balas Zaquan. Perempuan berselendang hitam itu hanya mengangguk.
“It is enough for this time. I puas hati dengan kerja you. Thanks Zaq,” ujar perempuan berselendang hitam itu lalu pergi meninggalkan Zaquan. Zaquan membuka sampul surat. Baki RM20 000.00 kini dalam tangannya. Zaquan tersenyum puas.
*************************************************************************************
Selipar merah yang berdarah dimasukkan ke dalam beg plastik jernih untuk dijadikan sebahagian bahan bukti. Inspektor Henry mengarahkan anak buahnya untuk memeriksa sekitar tempat kejadiaan. Hasil intipan cctv nyata gagal mengesan kenderaan yang melanggar Mikael Iman. No plat Proton Saga Merah ditutup dengan kain. Walaubagaimanapun, segala maklumat yang diperoleh dari saksi semasa kejadiaan sedikit sebanyak membantu siasatan pihak polis.
*************************************************************************************
Kelihatan suasana pilu menyelubungi wad rawatan rapi hospital Sultan Ismail. Datin Ruby yang tidak berhenti-henti menangis cuba ditenangkan Datuk Ismail. Matanya hampir bengkak kerana menangisi nasib malang anak kesayangannya, Iman.
Wazi kelihatan tenang disisi katil, menggenggam erat tangan Mika. Cuba memberi sokongan dan harapan agar Mika sedar. Persahabatan yang terjalin terserlah di saat genting begini. Wazi tidak mahu kehilangan Mika.
“Bangun lah Mika,” seru Wazi perlahan. Akhirnya, air mata Wazi mula mengalir. Pada mulanya Wazi cuba menahan perasaan sebak. Namun, air matanya menitis jua. Melihat keadaan Mika yang tidak sedarkan diri, dengan kepalanya berbalut dan hidupnya bergantung kepada alat bantuan pernafasan, Wazi ingin sekali berkongsi derita yang ditanggung Mika. Jelas terlihat kesakitan yang ditanggung Mika. Namun Wazi hanya insan biasa, tidak mampu melawan takdir yang Maha Esa.
“Wazi, Ruby. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah mahu menguji kita. Sebagai Muslim, kita harus menerima Qada’ dan Qadar. Wazi, kamu boleh balik, penat sangat pak cik nampak,” ujar Datuk Ismail sambil menenangkan Datin Ruby di sisinya.
“Takpelah pak cik. Saya dah ambil cuti 3 hari. Saya nak temankan Mika,”
“Baguslah kalau macam tu. Wazi, pak cik nak balik dulu. Nak bawak mak cik kau ni. Dah teruk sangat keadaannya,”
“Pak cik baliklah dulu. Kesian mak cik tu. Nanti kalau ada ape-ape perubahan pada Mika, saya bagi taw kat pak cik secepat mungkin,” ujar Wazi sambil menyambut salam datuk Ismail dan Datin Ruby. Wazi faham. Hati emak manakah yang sanggup melihat anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Berat sungguh ujian yang menimpa Mika.
*************************************************************************************
Cinta diam mengadap televisyen. Hatinya luluh. Mika tidak datang. Hatinya kecewa. Fikirannya berserabut mencari alasan yang terbaik mengapa Mika tidak datang. Puas dihubungi berkali-kali handphone Mika, tiada jawapan. Bertambah runsing hati Cinta.
“Kau ni kenapa Cinta? Monyok je aku tengok. Muncung kau tu tak boleh panjang lagi ke? Kalau panjang lagi boleh aku pinjam buat ampai,” usik Suri cuba menceriakan hati Cinta.
“Takde ape-ape la you. Cume kawan I tak datang je tadi. Die dah janji kan tengok wayang dengan I. I dah call banyak kali. No respond. I mesej, tak balas. I risau la you,” ujar Cinta. Jelas, riak muka Cinta menunjukkan kebimbangan hatinya. Tidak boleh disembunyikan lagi.
“Nah, minum air ni dulu. Buat penenang hati,” Suri memberi segelas air kosong kepada Cinta. Cinta meneguk. Kelat. Matanya tertancap ke arah televisyen, tetapi fikirannya merawang entah ke mana.
“Buletin 1.30. Anak pengarah Yayasan Budiman koma dilanggar sebuah kenderaan di tempat letak kereta Jusco Tebrau City, Johor Bharu sebentar tadi. Mangsa yang dikenali sebagai Mikael Iman Datuk Ismail telah dimasukkan ke wad rawatan rapi Hospital Sultan Ismail. Polis masih menyiasat punca kejadian…”
Tergamam Cinta mendengar berita tersebut. Betulkah apa yang didengarnya? Hatinya mula berkecamuk. Air matanya yang bergenang mula mengalir.
“Wey, yang kau menangis ni kenape pulak? Peliklah kau ni. Kau kenal ke budak tu?” soal Suri ingin tahu. Cinta hanya mengangguk. Tidak mampu menuturkan kata. Semakin sebak rasanya. Rasa bersalah mula bersarang di hatinya. Kalau Cinta mampu mengundurkan masa, dia tidak akan sekali mengajak Mika menonton wayang. Kalau dia tidak mengajak Mika keluar, mungkin Mika tidak apa-apa. Tanpa disedari, air mata Cinta semakin laju mengalir membasahi pipinya.
“Nak aku hantar kau pergi jenguk di ke? Jom lah,” Cinta hanya menuruti kata Suri. Berjalan dipapahi Suri.
“Kuatkan hati kau Cinta. Everything will be alright dear,” pujuk Suri. Cinta hanya mampu mengelap air matanya. Sebak. Kesal. Silih berganti.
*************************************************************************************
Zaquan tersedar dari tidur. Peluh membasahi seluruh tubuhnya. Riak risau terlihat diwajahnya. Diraup mukanya dengan tangan. Basah! Mimpinya tadi benar-benar menakutkannya. Zaquan mengucap panjang. Zaquan bingkas bangun dari sofa, berjalan ke balkoni apartment mewahnya. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang telah dia lakukan.
“Arrrrggggggghhhhhhhhhhh!!!” jerit Zaquan sekuat hati. Dilontarkan kekesalannya ke kesibukan bandaraya Johor Bharu. Kerana ikutkan nafsu dan mengejar kekayaan dalam tempoh masa yang singkat, Zaquan berani bertindak melakukan perkara yang di luar kawalannya. Kalau Ruby tahu, mati aku! Getus hati Zaquan.
*************************************************************************************
Cinta menolak pintu bilik. Kelihatan Wazi terlena di sisi katil Mika. Tanpa disedari, air mata Cinta mula membasahi pipi. Suri hanya mampu menenangkan kawan baiknya itu.
“Kau masuklah dulu. Aku tunggu dekat luar,” Suri mengarahkan Cinta untuk masuk ke dalam. Cinta melangjah perlahan kea rah Mika.
“Mika, bangun Mika. I datang ni,” ujar Cinta, cuba menyedarkan Mika. Tangan Mika digenggam erat. Semakin erat, kerana ingin memberi seribu harapan dan kekuatan kepada Mika untuk terus hidup. Wazi tersedar dari lelapnya. Berkerut dahi Wazi melihat gadis manis menangis di sisi Mika. Memorinya mengatakan gadis itu adalah Cinta. Salah seorang clientnya.
“Cinta, you buat apa kat sini?” soal Wazi ringkas. Suara Wazi membuat Cinta terkasima.
“Mana you taw nama I Cinta?” Cinta pelik.
“Bukan kita pernah berurusan ke dulu?” Wazi cuba meyakinkan Cinta.
“Urusan apa? I tak pernah jumpa you pun. Ni first time. By the way, you siape?” soal Cinta.
“I’m Wazi, housemate Mika,” Wazi semakin pelik. Ditenungnya Cinta dari atas ke bawah. Saling tidak ubah seperti clientnya.
“Are you sure kite tak pernah jumpa before this? You Cinta kan? A few days before, you ade datang pejabat I atas urusan landscape development dekat your office,” soal Wazi. Dia mahukan kepastian.
“Nama I memang Cinta. Cinta Khadijah. Tapi memang betul I tak pernah jumpe you before. Maybe pelanduk dua serupa kot,” ulas Cinta. Wazi hanya mengangguk.
“I rasa bersalah sangat you,”
“Kenapa pulak you nak rasa bersalah? I tak faham la” soal Wazi, ingin tahu.
“Kalau I tak ajak dia teman I tengok wayang, Mika tak kan jadi macam ni,” esak Cinta.
“Apa hubungan you dengan Mika?”
“I baru nak berkenalan dengan dia. Actually I dah lama admire dengan Mika,” ujar Cinta sambil mengusap lembut muka Mika. Wazi mula sedar. Oh, inilah gadis yang telah membuat hidup Mika tak keruan kebelakangan ini. Memang cantik orangnya, secantik namanya. Cinta.
“Semua ni ketentuan Allah Cinta. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya,” ujar Wazi lembut. Cinta merenung tepat ke arah muka Mika. Mengharapkan Mika membuka kelopak matanya. Tangan Mika rapi di dalam genggaman Cinta.
“Cinta, you tengok kan Mika dulu ye. I nak solat Asar dulu ni, dah nak habis waktu dah ni. If anything happen, just call my number,” ujar Wazi sambil menyerahkan business card kepada Cinta.
“Ok,” balas Cinta. Melihat keadaan Mika yang tidak sedarkan diri. Hati Cinta luluh. Diusap lembut rambut Mika. Kening lebat Mika disentuh lembut. Cinta membisikkan sesuatu di telinga Mika.
“You, I really love you,” ringkas Cinta lalu merebahkan kepalanya di tangan Mika. Bagai mendapat aura positif dari Cinta, tangan Mika mula menunjukkan pergerakkan. Kelopak matanya cuba dibuka. Jelas terpancar suatu sinar yang cukup terang. Mika tidak dapat melihat dengan jelas.
“Cinta,” ujar Mika perlahan.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment
pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha