Pages

Sunday, June 13, 2010

...hari 8


Hari lapan
Laju meluncur Perodua Myvi hitam menyusuri lebuhraya Tebrau. Kesedihan jelas terlihat pada wajah Cinta. Apa salahnya sehingga diperlakukan begitu? Ditengking oleh insan yang baru dia cintai. Cinta bingung. Volume radio diperlahankan. Fikirannya betul-betul terganggu. Tanpa disedari, air matanya mula menitis kembali. Sedih. Pilu. Kesal.
*************************************************************************************
“Mika, kenape kau tengking  Cinta? Kau tak sayang dekat die ke?” soal Wazi mahukan kepastian di atas tindakan luar kawalan Mika. Jambangan bunga putih Cinta diletakkan di dalam balang kaca.
“Siape perempuan tu? Aku tak pernah kenal pun. Ape lagi sayang. Pergi mampos!” tegas nada Mika. Berombak kembali dadanya. Datin Ruby mula merasakan sesuatu tidak kena pada anaknya.
“Wazi, sudah-sudahlah tu. Biarkan Iman rehat dulu. Mungkin dia penat tu,” ujar Datin Ruby lembut. Mika memicit kepalanya. Seakan mahu pecah.
“Mak, tolong ambilkan ubat Iman mak,” pinta Mika. Datin Ruby pantas mencapai botol ubat di atas meja sisi. Diberinya 2 biji kapsul kepada Mika dan segelas air. Selepas beberapa minit, Mika terlelap. Datin Ruby membetulkan posisi Mika supaya lebih selesa.
“Mak Cik macam pernah nampak la muka budak perempuan tadi. Tak silap mak cik, mak cik pernah nampak gambar dia dalam bilik Iman dulu. Tapi, bila mak cik tengok betul-betul, ade lain sikit la tang hidung dia. Mancung sikit. Hang tau ka siapa dia Zi?” soal Datin Ruby. Wazi terdiam dengan persoalan Datin Ruby. Tidak tahu dari mana dia mahu mulakan cerita.
“Sebenarnya mak cik, Mika baru je kenal Cinta. Dalam beberapa hari lepas. Mika ada kata yang Cinta ade iras-iras first love die dulu. Cinta jugak namanya,” terang Wazi. Berkerut dahi Datin Ruby.
“Mak cik tak pernah tahu pun yang Iman pernah bercinta? Bila mak cik Tanya dia, dia kata tak da yang berkenan la, tak da yang sesuai la. Tu yang dok membujang sampai la ni. Macam hang jugak la,”
“Biasa lah mak cik, Mika bukan suka sangat bercerita. Itu pun puas saya mengorek rahsia dia. One more thing, hari tu, ade seorang client ni datang office saye. Muka dia pun sebijik macam Cinta. Nama pun Cinta. Tapi nama kedua je berbeza. Sorang Cinta Khadijah, sorang lagi Cinta Zaharah,” ujar Wazi cuba menerangkan perkara yang selama ini terbuku di benaknya.
“Yang baru masuk sat tadi Cinta yang mana?”
“Cinta Khadijah,” balas Wazi ringkas.
*************************************************************************************
Rafe sibuk melayan pelanggan yang mengunjungi butik Topman. Ramah dilayannya karenah setiap orang. Erwin pula sibuk menjaga kaunter bayaran.
“Wey Rafe, macam mane dengan keadaan Mika?” Soal Erwin.
“Cam tu lah bos. Dah sedar dari koma. Tapi still kene tahan dekat wad lagi. Bos tak nak pergi tegok die ke?” soal Rafe.
“I’m busy la lately. Esok flight I ke Bandung. If anything happen, just roger me ok Raf,” ujar Erwin sambil menyusun stok yang baru tiba semalam.
“Ok bos. Jangan lupe ye t shirt dari bandung. Pilih yang design baru. Colour biar striking,”
“Order air liur, dapat air liur balik lah..haha,” tawa Erwin, cuba berseloroh dengan pekerjanya.
“Ala bos, gaji belum masuk, you pakai duit you dulu la,”
“Yela- yela. My dad memang kerja cop duit” semakin galak Erwin memerli Rafe.
“Cop lebih sikit la cakap kat your dad..hahaha,” gegak mereka berdua ketawa.
“Mesra nampak,” ujar Tompi.
“Jelouslah tu..hahaha..baguslah kau dah datang. Ingat dah lupe dah shift kau petang ni,” sinis Rafe.
“Takde maknenye aku nak jelouslah. Dah, pergi lah balik. Tak sabar sangat kan tadi. Call aku bagai nak rak. Aku taw la nak datang kerja,” tegas suara Tompi.
“Eik, marah ke bro? Chill la. Nanti saham turun,” seloroh Rafe sambil mencapai kunci kereta dan beg sandangnya. Pantas langkahnya menuju ke tempat letak kereta.
*************************************************************************************
Suri sibuk mengemas dapur. Cinta pula dari tadi tidak keluar dari biliknya. Suri mula merasakan sesuatu berlaku pada Cinta. Hatinya tidak sedap. Pintu bilik Cinta cuba dibukannya. Kunci!
“Cinta, Cinta. Bukak pintu ni yang. Kau ni kenape ha? Dari balik tadi tak keluar-keluar bilik. Kau ok ke?” ujar Suri sambil mengetuk pintu berkali-kali. Cinta yang terbaring di atas katil, cuba menguatkan tubuhnya untuk bangun.
“I ok Suri. You tak kerja ke?” soal Cinta.
“Aku half day je hari ni. Penat la. Tak berapa sihat. Kau ok ke wey? Apesal mata kau lebam ni? Kau nangis ea? Why? Siapa buat kau macam ni Cinta?” bertalu soalan Suri.
“Takde ape-ape. Aku just kecewa dengan Mika. Dia tengking aku dekat wad tadi. Terkejut aku. He said that he didn’t know me. Habis I kene marah depan mak and kawan die,” jelas Cinta.
“Oh ok. Kau tak sempat tanya ke kenape die marah?”
“Dah kene halau mane la sempat I nak tanye ape-ape Suri. Lepas I keluar dari bilik die, housemate die, Wazi kejar I. He told me that Mika had mental disorder. Sebahagian dari memory die hilang,” ujar Cinta.
“And you is a part of his lost memory right?”
“Yup, I think so. Tu lah yang buat I sedih Suri,” nada suara Cinta jelas menyatakan perasaan kecewanya. Suri memeluk Cinta.
“Kau kene sabar Cinta. Banyakkan doa pada Allah. Hope die boleh ingat balik and sembuh seperti biase,” pujuk Suri. Air mata cinta membasahi baju Suri. Dapat dirasainya kesedihan Cinta.
*************************************************************************************
“Kau ambil duit pendahuluan ni dulu. RM 5,000. Balance nanti aku bagi after kau selesaikan job kau” ujar perempuan berselendang hitam sambil menyerahkan sampul surat putih kepada Zaquan.
“Kau nak aku buat ape lagi ni ha? Aku tak sanggup lagi la,” protes Zaquan.
“Kau nak aku pulih balik kan? Kau ikut je kate aku,”
“Mak kau lantik aku untuk pulihkan keadaan kau. Bukan buat kerja- kerja terkutuk ni,” Zaquan cuba membantah.
“Oh baru sekarang kau kate kerja ni terkutuk! Kau ingat bagus sangat lah kerja kau tu? Therapist konon. Aku dah bosan lah Zaquan. Just take away this money and do your job. Kau kate dekat family aku yang aku dah sihat. And one more thing, aku nak kau hapuskan Cinta!” terkejut Zaquan dengan arahan yang diterima dari pesakitnya itu. Zaquan tiada pilihan lain. Dia terpaksa menuruti kata-kata pesakitnya itu kerana semua rahsianya bakal terbongkar jika dia mengingkari arahan.
*************************************************************************************
Kedinginan malam kian terasa. Bandaraya Johor Bharu dibasahi hujan. Melewati malam yang kian pekat, Wazi setia menemani Mika pada setiap saat. Sayangnya pada Mika tiada berbelah bagi. Wazi mengambil selimut lalu menutupi tubuh Mika yang kesejukkan. Wazi merebahkan kepalanya di sisi lengan Mika.
“Kau balik lah dulu Zi. Aku dah sihat dah ni,” ujar Mika perlahan.
“Takpe lah Mika. Aku nak teman kau sampai kau betul-betul sihat. Sampai kau boleh ingat semuenye Mika,” jelas Wazi lalu lena di kerusi dengan kepalanya diletakkan di lengan Mika. Mika membiarkannya. Kesian dan terharu dia melihat Wazi yang sanggup mengambil cuti semata-mata ingin menjaganya.
“Aku sayang kau Mika,” ujar Wazi tanpa sedar. Berkerut dahi Mika!
*************************************************************************************
Kereta Proton Saga merah memasuki perkarangan kawasan letak kereta Apartment Austin Perdana. Rafe mematikan segera mematikan enjin. Hatinya berlagu riang. Esok cuti. Ligat kepala memikirkan apa yang akan dia lakukannya esok. Dicapainya bungkusan McDonald McValue yang dibelinya tadi di seat belakang. Langkahnya di atur ke arah lif. Tiba-tiba bahunya ditepuk.
“Maafkan saya En. Rafe. Saya terpaksa menahan encik atas tuduhan kes langgar lari,” ujar Supt. Hadi.
“Tapi saye tak bersalah Tuan!” tegas suara Rafe. Tangannya kini digari. Rafe meronta minta dilepaskan. Dia terus dibawa ke kereta peronda polis. Kepalanya ligat memikirkan apa yang telah dilakukannya. Kereta peronda polis mula meninggalkan kawasan apartment Austin Perdana. Di suatu sudut bangunan, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki. Zaquan terkejut melihat apa yang berlaku.

Bersambung….

No comments:

Post a Comment

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha