MUKA TIGA BELAS (AKHIR)
Dada Erham berombak kencang. Degupan nadinya semakin pantas. Adakah rahsia yang selama ini dia simpan akan terbongkar? Getus Erham dalam hati. Imani tenang di sebelah menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut Dr. Syukur.
“Ni keputusan ujian HIV awak berdua. Tahniah saya ucapkan. Kamu berdua bebas dari HIV dan saya berharap kamu akan kekal sampai ke akhir hayat dan dapat membina keluarga sakinah dan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah,” ujar Dr. Syukur sambil menyerahkan sampul surat keputusan ujian HIV kepada Erham. Jelas kelihatan riak muka Erham terkejut. Imani memanjatkan kesyukuran, impiannya untuk bersatu dengan Erham bakal menjadi kenyataan.
“Doktor pasti doktor dah buat ujian ni betul-betul?” soal Erham inginkan kepastian. Dr. Syukur mengangguk.
“Alhamdulillah Erham. Awak berdua memang bebas dari jangkitan HIV,” ujar Dr. Syukur memastikan tiada keraguan dalam hati Erham. Erham bingung memikirkannya. Dia pernah membuat ujian HIV sebelum ini di pusat perubatan swasta yang sama dan disahkan HIV positif.
“Doktor pasti?” soal Erham sekali lagi.
“Betul Erham. Kamu sebenarnya pernah buat ujian HIV sebelum ni kan?” soal Dr. Syukur. Erham mengangguk.
“Dan saya disahkan HIV positif kan?” ujar Erham. Dr. Syukur mengangguk, mengiyakan kata-kata Erham.
“Saya memohon maaf bagi pihak klinik ini. Doktor pelatih yang membuat ujian HIV En. Erham masa tu telah tertukar sample darah En. Erham dengan seorang lagi pesakit. Kami ingin memohon maaf atas kelalaian pihak doktor pelatih tersebut. Doktor pelatih tersebut juga telah diberikan penalti. Terserah pada En. Erham untuk tindakan lanjut. Tapi saya berharap, En. Erham dapat memaafkan kesilapan doktor pelatih tersebut,” ujar Dr. Syukur, menerangkan keadaan yang sebenar.
“Alhamdulillah. It’s fine to me Dr. Syukur. Saya tak kan ambil tindakan kerana saya rase tak ade gunanya saya nak saman ke atau marah die sekalipun. Apa yang penting, saya dan bakal isteri saya bebas dari HIV,” Erham menekup mukanya. Syukur kerana perkara yang sebelum ini membelengguinya hanya satu kesilapan. Imani hanya tersenyum. Begitu juga dengan Dr. Syukur.
**********************************************************************************
Seterusnya....
Mata Safwan tak lekang melihat wajah Datin Habibah yang masih tidak sedarkan diri. Dilihat raut wajah Datin Habibah. Terasa dekat raut wajah Datin Habibah dalam dirinya. Dibelai lembut rambut Datin Habibah. Alangkah bahagianya kalau emak masih hidup. Getus hati Safwan. Tanpa disedari, air matanya mengalir. Pantas Safwan mengesatnya.
“Macam mane Safwan? Datin ade tunjukkan ape-ape reaksi?” soal Datuk Hambali sebaik sahaja memasuki bilik rawatan rapi. Safwan hanya menggeleng.
“Datuk dari mana ni? Lambat datuk datang?”
“Saya baru balik dari tanah perkuburan,” jelas Datuk Hambali.
“Datuk ziarah kubur arwah Cik Liya ke?”
“Bukan. Ezhan meninggal malam tadi. Jatuh dari tingkat lapan. Kes masih lagi dalam siasatan pihak polis. Andaian awal, Ezhan ditolak seseorang dari tingkat atas kerana di badannya ada kesan lebam sebab dipukul,” jelas Datuk Hambali. Safwan benar-benar terkejut dengan kematian Ezhan. Masih terasa lagi bekas tumbukan Ezhan di pipinya.
“Innalilahi Wa Inna Illaihi Rajiuun. Tak sangka En. Ezhan menyusul pemergian Cik Liya. Saya harap, datuk banyakkan bersabar. Ini semua ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan kita sebagai seorang muslim. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, datuk,” ujar Safwan tenang. Datuk Hambali hanya diam membisu.
“Betul kata-kata awak tu Safwan. Semua ni berlaku mungkin disebabkan kesalahan saya pada waktu silam. Banyak sungguh dosa-dosa saya Safwan. Alam seluas ini, tidak akan dapat menutupi segala dosa yang telah saya lakukan Safwan,” ujar Datuk Hambali dengan nada kesal. Penyesalan yang tiada berpenghujung.
“Allah itu Maha pengampun lagi Maha mengasihani datuk. InsyaAllah, selagi pintu taubat kita masih belum tertutup, selagi nyawa tidak dikerongkong, kita masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan,” ujar Safwan penuh hemat. Datuk Hambali mengangguk setuju. Tiba-tiba, telefon Safwan berbunyi.
“Assalammualaikum Safwan, Pak Daud ni,”
“Waalaikummusalam. Ye Pak Daud, ade ape?”
“Pak Daud nak Safwan bersabar. Hj. Zakey meninggal dunia pagi tadi. Jenazahnya akan dimandikan dan dikafankan di Masjid As-Syakirin sekejap lagi,”
“Innalilahi Wa Inna Illaihi Rajiuun. Baik Pak Daud, saya akan datang sekarang,”
“Kenape Safwan?” soal Datuk Hambali kerana riak muka sedih jelas terpancar di muka Safwan.
“Pak Cik saye meninggal dunia. Saye nak mintak izin dulu datuk. Nak pergi uruskan jenazahnya,” jawab Safwan.
“Innalilahi Wa Inna Illaihi Rajiuun. Baiklah Safwan, kamu pergilah. Biar saya yang jaga isteri saya ni,” ujar Datuk Hambali.
“Terima kasih datuk,” ujar Safwan ringkas sebelum melangkah pantas meninggalkan wad rawatan rapi.
**********************************************************************************
Suasana hening menyelubungi Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Orang ramai mula meninggalkan perkarangan tanah perkuburan. Hanya Safwan, Pak Daud, Hjh Soleha dan Athir yang masih berada di pusara Hj. Zakey yang masih merah tanahnya. Air mata Hjh Soleha tidak henti mengalir tapi Safwan cukup tabah dengan apa yang telah ditakdirkan.
“Sudahlah Safwan, mari kite balik,” ujar Pak Daud. Mereka berempat melangkah seiringan menuju ke kereta.
“Safwan, ni aku ade jumpe surat ni,” ujar Athir sambil menghulurkan sampul surat yang dijumpainya di rumah Hj. Zakey. Safwan mengambilnya lalu membukanya dengan penuh cermat.
Assalammualaikum W.B.T
Safwan, begitu berat untuk ayah terangkan perkara yang sebenar pada Safwan. Ayah harap Safwan dapat menerima apa yang bakal ayah nyatakan di sini.
Ayah memohon ampun dan maaf kerana tidak pernah memberi Safwan peluang untuk memanggil ayah sebagai ayah semasa hayat Safwan. Ayah tak mampu untuk melihat Safwan keciwa kerana ayah bukanlah ayah yang terbaik untuk Safwan. Ayah alpa dan lalai dengan amanah yang Allah S.W.T berikan pada ayah.
Safwan, Ayah memohon kemaafan dari Safwan kerana terpaksa menyerahkan Safwan di bawah jagaan Hj. Darwis dan Hjh Soleha yang Safwan panggil bapak dan emak sejak dari kecil lagi sehingga Safwan matang seperti sekarang. Ayah benar-benar kusut ketika itu kerana emak kandung Safwan yang sebenar, Datin Habibah, pergi meninggalkan ayah dan Safwan yang baru sahaja lahir kerana mengejar harta kekayaan dunia. Ayah benar-benar kecewa dengan sikap emak kamu Safwan.
Sebenarnya Safwan, ayah yang menembak emak kamu, Datin Habibah tempoh hari supaya kamu tahu yang kamu adalah darah dagingnya dan dia tahu yang kamu ni anak kandungnya yang dia tinggalkan dahulu. Ayah tahu kamu dua beranak memiliki jenis darah yang sama. Ayah terpaksa melakukannya Safwan.
Untuk pengetahuan Safwan, ayahlah juga yang menembak Liya sehingga mati dan menolak jatuh Ezhan dari tingkat atas bangunan. Ayah lakukan semua ini hanya untuk Safwan supaya Safwan dapat mewarisi harta Datuk Hambali. Mereka adalah duri dalam daging Safwan. Sebenarnya, Ezhan juga mempunyai muslihat untuk membunuh Datin Habibah, Erham, Imani, Liya dan Datuk Hambali. Ayah tahu dari orang suruhannya, Tommy yang juga merupakan kenalan rapat ayah. Tapi, Tommy telah mati dibunuh dengan kejam oleh Ezhan.
Ayah tahu yang semua ini seperti tidak masuk akal dan terlalu rumit untuk Safwan terima. Ayah juga tahu yang Safwan akan bencikan ayah. Tapi, ayah lakukan semua ini hanyalah untuk kebahagiaan Safwan. Kebahagiaan yang Safwan patut kecapi sejak Safwan kecil. Ayah teringin melihat Safwan bahagia dengan mak kandung Safwan. Ayah mohon supaya Safwan dapat maafkan ayah dan menjaga emak Safwan sehingga akhir hayatnya. Jangan dicincang air kerana ianya tidak akan pernah putus Safwan. Sesungguhnya, Ayah terlalu sayang kamu Safwan.
Tangan ayah digantung ke langit, kaki ayah dipasak ke bumi Safwan. Ayah tak boleh lari dari masalah yang ayah cipta sendiri. Oleh itu, di saat Safwan membaca catatan ayah ini, ayah sudah tidak lagi bernafas di muka bumi ini Safwan. Maafkan ayahmu ini anakku...
Meyesali segala yang berlaku,
Hj. Zakey Ismail.
Tanpa disedari, air mata Safwan mengalir. Terharu dan keliru. Segala persoalan kini terjawab. Orang yang selama ini berada di depan matanya adalah ayah kandungnya sendiri dan isteri majikannya adalah emak kandungnya yang selama ini hilang tanpa berita. Tapi, sebagai manusia biasa, jiwa Safwan benar-benar inginkan kepastian. Pengesahan atas setiap apa yang berlaku.
“Mak, betul ke Safwan ni anak Hj. Zakey?” soal Safwan inginkan jawapan dari Hjh Soleha. Hjh Soleha tunduk membisu.
“Betul nak. Mak terpakse rahsiakan perkara ni sebab permintaan ayah kandung kamu, Hj. Zakey. Maafkan mak Safwan,” ujar Hjh Soleha lantas memeluk tubuh Safwan. Safwan hanya berdiri kaku. Athir dan Pak daud hanya memerhati. Sedih dan pilu bila segala persoalan kini terjawab.
“Mak kandung Safwan Datin Habibah?” soal Safwan lagi. Hjh Soleha hanya mampu mengangguk. Benarlah kata hati Safwan selama ini. Sejak pertama kali melihat wajah Datin Habibah, bagaikan ada sesuatu pertalian yang menghubungkan dia dengan Datin Habibah. Walaupun Safwan masih terkejut, Safwan redha dengan Qada’ dan Qadar. Segala-galanya telas tertulis.
**********************************************************************************
“Aku terima nikahnya, Imani Muslaini binti Ismail Hafiz dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai,” tenang Erham melafazkan kabul. Kini, Imani Muslaini menjadi miliknya yang sah. Semua yang hadir memenuhi banglo milik Datuk Hambali tersenyum, berkongsi kegembiraan pasangan merpati dua sejoli. Terlihat riak kegembiraan di wajah Datin Habibah yang berkerusi roda sambil disorong anaknya, Safwan. Begitu juga Datuk Hambali yang memanjatkan kesyukuran di atas segala limpah dan kurnia yang Maha Esa.
“Maafkan emak Safwan. Mak bersalah pada Safwan,” ujar Datin Habibah.
“Mak, jangan cakap macam tu mak. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya mak. Setiap orang memiliki muslihat masing-masing. Keinginan masing-masing. Cuma ke arah kebaikan atau sebaliknya. Bagi Safwan, kasih sayang seorang emak kandung yang Safwan cari selama ini lebih bermakna dari segala-galanya mak,” ujar Safwan. Tenang hati Datin Habibah melihat perwatakan Safwan. Sejuk perutnya mengandungkan Safwan.
“Mama, Safwan, kami nak pergi ke hotel dulu. Nak bersiap-siap untuk majlis reception malam nanti,” ujar Erham lalu mengucup lembut tangan mamanya. Begitu juga dengan Imani yang terlihat seri pengantin di wajahnya.
“Mama, Imani pergi dengan abang Am dulu ye,” ujar Imani lalu mengucup tangan emak mertuanya. Safwan hanya memerhati.
“Nak Safwan hantarkan ke abang?” pelawa Safwan.
“Takpelah Safwan. Safwan jage je mak dulu. Nanti kalau semue tetamu dah balik, baru Safwan datang bawak mama dengan papa,” ujar Erham lalu membawa Imani ke arah kereta BMWnya. Imani memasuki kereta dan melambaikan tangan ke arah keluarga mertuanya. Pantas Erham meninggalkan perkarangan rumahnya menuju ke Pacific Hotel.
“Terima kasih sayang sebab sudi menjadi suri hidup abang,” ujar Erham sambil mencapai tangan Imani lalu memberikan kucupan lembut. Terasa kehangatannya.
“Hidup dan mati I hanya untuk Allah dah you Erham,” ujar Imani lembut lantas melirikkan senyuman yang paling manis. Sedang asyik dilambung hangatnya asmara, Blackberry Erham berbunyi. Erham menyerahkannya kepada Imani.
“Mesej dari Safwan,” ujar Imani.
“Bacalah,” pinta Erham.
“Selamat pengantin baru dan terimalah hadiah paling bermakna dari aku – tali brek kereta putus!” terkejut Imani membacanya dan begitu juga Erham yang mendengar. Tiba-tiba, kereta yang dipandu Erham hilang kawalan. Brek ditekan sekuat hati dan......
-TAMAT-
Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.
Hak milik terpelihara®
_falihin jasmy | 2010_
.
ok ko mmg makin kejam..hahah
ReplyDeletepanjang betui citer nie
ReplyDeleteoooiitt.nape ending nk suspen.lepuk kang
ReplyDeletehahaha u ended it so fast lahh cik lihinnnnn..laju pulak tu ending bgrak..teheeeee.. ;p
ReplyDeletetp best..well done ! =)
-hasifan-nafisah-
akhirnya erham dan imani pun mati....hua3.....
ReplyDeleteakhirnya erham dan imani pun meninggal dunia.......the end~~~
ReplyDeletecontinue writing ;)......
ReplyDeleteSaya tak tahu macam mana boleh tercampak ke blog awak ni. Tak sangka boleh habiskan baca citer MUSLIHAT ni, membuang kebiasaan dok asyik melayan FB. syok jugak. tapi kenapa ending nya tak sama ngan prolog ye. ke ada sambungan lagi ni. best!
ReplyDeletemule2 mcm malas nak bce... tapi lame2 bes lak,, gudjob!! MALAYsia Memerlukan penulis sebegini! Tahniah!
ReplyDeleteHope ade cerita lain yang muncul! I wait!
@takkan melayu hilang di dunia tq for the compliment, dh ade siri yg terbaru, CUPCAKES PRINCES, ade link dkt side bar....hope u will enjoy it =)
ReplyDeleteadoi.. aper neh.. nak tao saper bunuh !! cepat lah !! :(
ReplyDeleteamboi, mmg bermuslihat sungguh la cte ni . -.-
ReplyDeletetp, mcm tak ptt je , safwan 2 karakter die baik , tak tggl solat sume , then tbe2 sanggup m'bunuh org , nng mcm tk ptt. anyway , it juz a story ait?
thx 4 the great story . :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletejln cter u mmg besh en falihin jasmi,tp tang ending 2 x mmuaskn la..tp xpe apepown ur story mmg byk MUSLIHAT la..sye rse lpas nim msti sye akn jd pgkowt stia awk..god job n keep it up k..
ReplyDeletehahaha,,suka cite cmni..tak banyak jiwang,,cemas je lebih..thumbs up!
ReplyDeletemmmmmm..... ending yang mmg tragik....
ReplyDeletemenci tol..ingatkan tau la yg hantar msg tu..bro, you mmg saje kasi saspen kan..
ReplyDelete