Pages

Sunday, February 27, 2011

APA YANG PERLU ANDA BUAT UNTUK DAPATKAN BUFFERED EARNINGS (BE) DARI NUFFNANG?




As salam readers...korang pernah dapat BE or name penuhnye Buffered Earnings? Tak pernah? Ok, takpe-takpe, aku ade bende nak story kat korang semue pasal macam mane kite boleh dapat BE dari Nuffnang. Caranya nak kate mudah, tak jugak, nak kate susah pun tak jugak...yang penting keikhlasan....har har har..Best kalau dapat BE ni...masyukkk..n now, aku ade satu BE yang tengah naik mencanak...bagi yang tak pernah dapat BE or BE tak pernah lekat kat blog korang, ade jalannye...Nak tahu macam mane nak dpt BE ni? jom ikuti satu per satu step di bawah:


1. Demografi pembaca blogkorang
Jangan malas untuk mengisi dan mengemaskini ruangan survey pada “Edit Blogger Bio Survey” korang secara berkala. Ini kerana pengiklan selalunya mendapatkan maklumat mengenai ‘target audience’ yang mereka kehendaki berdasarkan maklumat yang telah korang isi. Sekiranya pembaca blog korang termasuk dalam kategori yang mereka kehendaki dan sesuai untuk sesuatu kempen, ada kemungkinan mereka akan membeli ruangan iklan di blog korang. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik blog ialah meninggalkan ruangan tersebut begitu sahaja tanpa diisi.


2. Cara penyediaan iklan di blog
Jangan meletakkan sesuka hati unit iklan yang telah diberi. Cuba bayangkan bagaimana agaknya perasaan pengiklan yang bersusah payah menghabiskan banyak wang untuk merekabentuk design dan membeli ruangan iklan sekiranya korang meletakkan unit iklan mereka di tempat yang tidak sepatutnya dan kurang efektif. Untuk itu sila pastikan Skyscraper diletakkan di bahagian side bar, Leaderboard di bahagian header, dan Large Rectangle selepas artikel pertama blog korang. Ingat, jangan salahkan pihak Nuffnang sekiranya pengiklan tidak mahu memberi BE kepada anda akibat kekhilafan remeh yang sengaja korang buat. Perlu diingat korang bukan pemilik tunggal yang beriklan dengan Nuffnang, ada beribu lagi blog yang mungkin sempurna cara penyediaan iklannya di Malaysia.


3. Keahlian eksklusif
Aku rasa semua sudah tahu bahawa hanya mereka yang berstatus glitterati sahaja yang layak untuk dipertimbangkan mendapat iklan BE. Amaran keras! jangan menduakan Nuffnang dengan meletak iklan syarikat pengiklanan yang lain dalam blog yang sama sekiranya anda ingin terus kekal dengan status glitterati. Semakin lama status glitterati anda, maka semakin tinggilah peluang anda untuk mendapat lebih banyak iklan BE kerana Nuffnang mengamalkan sistem penggiliran.


4. Penggunaan unit iklan secara optimum
Pengiklan Nuffnang kebiasaannya memberi perhatian kepada blog yang meletakkan ketiga-tiga jenis iklan iaitu Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle secara serentak di dalam blog masing-masing. (Mungkin disebabkan bajet yang terhad) Cuba bayangkan betapa ruginya pengiklan bila terpaksa menanggung sejumlah kos yang besar akibat membeli ruangan iklan yang terhad daripada pemilik blog yang terlalu ramai. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya dengan memasukkan secara total semua unit iklan yang ada ke dalam blog korang. Biar orang lain kata kita kemaruk iklan, yang penting masyuk.


5. Jumlah pelawat
Traffik blog korang adalah salah satu elemen terpenting untuk mendapatkan lebih banyak iklan BE. Sekiranya blog korang menjadi tumpuan ramai dan menjana traffik yang tinggi, ada kemungkinan produk pengiklan akan turut dikenali dan dilanggan oleh pengunjung. Faktor ini menjadi tarikan pengiklan untuk membeli ruangan iklan korang. Sekiranya blog korang tidak mampu memberikan jumlah pelawat yang tinggi, usahakanlah agar jumlahnya sentiasa konsisten.


6. Kandungan blog korang
Sila ambil perhatian bahawa pihak pengiklan Nuffnang hanya akan memberi BE sekiranya kandungan artikel blog korang bebas daripada artikel-artikel berbau politik, asli dan kerap kali dikemaskini. Oleh itu sentiasa pastikan blog korang bebas daripada kesemua elemen yang telah aku sebut tadi. Berblog biar ikhlas ye...


Okeh, macam mane? boleh? Mesti boleh punye...hanya perlukan sedikit kesabaran, InsyaAllah pasti berjaya...okeh, selamat mencube...


Credit to mamamurai 


p/s: sekadar berkongsi

9 comments:

  1. thank info ni...nak ubah mna yg patut...hehee

    ReplyDelete
  2. haaa..bagus tip ni.lain dari blogpost org lain.

    ReplyDelete
  3. blog aku mcm mustahil jek nk dpt.. haha

    ReplyDelete
  4. T.Kasih seri wangi memang pun ikut tip-tip dari blogger lama, alhamdulillah sekarang dah ada 10 BE cuma nak tunggu lagi RM7.00 nak dpt RM50 kempen, sebenarnya seri wangi taklah tau sgt mcmmana nakkira BE tu, tak kisahlah asalkan dpt seri wangi dah puas hati dan bersyukur. Traffik tu taklah banyak mana pun,taklah sampai ratus-ratus, ribu-ribu, yg pastinya seri wangi memang suka menulis, apa yg ditulis memang asli takda ciplak punya...!

    ReplyDelete
  5. Joint Nuffnang memang berbalai, saya dah cuba joint Mangga dan yg lagi satu tu Adv. tapi....slowlah, rasanya nak joint balik Nuffnang.

    ReplyDelete
  6. singgah jap bc petua nuffnang...:)

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha