Pages

Monday, October 31, 2011

BELAJARLAH DARI KESILAPAN DIRI SENDIRI...

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....


Alhamdulillah, akhirnya lepas jugak ujian nak buat report yang setebal 200++ pages... even group work, memang mencabar minda dan juga perasaan...tak cukup tidur wey...Terima kasih kepada ahli group yang sangat berdedikasi....susah-senang bersama-sama...korang memang best... Tinggal nak present je hari Khamis ni...hope everything will be fine....Walau ape pun yang terjadi, it is a learning process...betul kan?



Tapi apa yang aku dapat hari ini, adlaah pengajaran yang sangat berharga iaitu, belajarlah dari kesilapan diri sendiri, dan sedarlah atau akuilah kesilapan yang telah kita buat.... Dalam dunia ni, no body perfect tapi tak salah kalau kita berusaha mencari kesempurnaan. Bila kita tahu apa yang terjadi atas kesilapan dan kealpaan diri sendiri, kita akan lebih tenang dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan. Jangan sesekali menuding kepada orang lain atas kesilapan yang kita sendiri lakukan, sama ada sedar atau tidak....



Biasa dengar bila korang tuding jari kepada orang lain, baki jari yang lain akan menuding kembali kepada diri korang sendiri?



Dan lebih baik korang gunakan tangan korang untuk tampar diri sendiri untuk bebaskan diri korang dari belenggu amarah...atau boleh minta orang berdekatan dengan korang untuk melakukan perkara ini...

Jangan biarkan diri sendiri dibendung perasaan marah, dengki dan segala perasaan yang mempunyai aura negatif... Kerana setiap yang berlaku, ada hikmahnya... Aku amat berterima kasih kepada seorang sahabat yang telah memberikan aku teguran dan keprihatinan terhadap apa yang aku lakukan, apa yang aku tuturkan dan apa yang aku sampaikan...semoga dia dirahmati Allah S.W.T dan dimurahkan rezekinya....



Dan lagi satu, jangan terlalu ego sehingga amarah menguasai diri dan jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman....kerana disebalik apa yang berlaku, ada dua cerita disebaliknya, satu yang tersurat, dan satu lagi yang tersirat... Tak salah kalau kita rendahkan ego kita supaya ada sifat rendah diri dalam diri kita... Aku pun tidak sempurna, tapi mahu berpesan-pesan sesama manusia atas dasar ihsan dan juga mencari keberkatan....Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri aku sendiri....



p/s: ini luah dari hati....

6 comments:

  1. bukan selamanya tuhan turunkan hujan,di penghujungnya mesti ader pelangi yang cantik keluar...
    tuhan uji sebab dia syg n na tgk macammana hambanya hadapi...mungkin tuhan na bagi yang lebih baik...aperpon gudluck pezen

    ReplyDelete
  2. thanks utk entry ni sy tgh mrh sy tampar dri so dh ok :D hahah

    ReplyDelete
  3. While one person hesitates because he feels inferior, the other is busy making mistakes and becoming superior. ~Henry C. Link

    www.kisah-dan-kasih.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. kalau aku dah marah.. aku diam je.. kadang2 seminggu aku x bcakap..
    lpas tu, org yg buat salah dgan aku, mai r mintak maaf.. hehe, senang je

    ReplyDelete
  5. experience...
    always the best teacher... :)

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha