Assalamualaikum
readers dan salam 1dunia....
Angry Bird..
Salah satu game yang
paling 'legend' antara semua game-game apps Apple yang dimain oleh anak
saudaraku yang berumur 5 tahun. Tak kira peringkat umur, boleh kate memang
semua minat main Angry Birds...tidakkah korang pernah tertanya-tanya?
Kenapa perkara ni
berlaku?
Apa yang best sangat
game ni?
Cam simple je, game
berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri
telur mereka. Sedar tak kita...yang sebenarnya game Angry Birds....dipenuhi
dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah
1) Jihad dan Tadhiyyah
(Pengorbanan)
Antara ciri yang
paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya
sanggup berkorban, menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat
mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup
di akhir permainan.
Mungkin yang merah,
biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan
yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih
pula? sanggup mengorbankan anaknya!
Itu bukanlah satu
pengorbanan yang senang bukan? Menghantar anak yang masih dalam telur ke medan
jihad, segala-galanya untuk mencapai satu matlamat iaitu menjatuhkan
tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu
selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas
"Sesungguhnya
Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan
memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:110)
2) Amal Jamaie
Dalam nak meruntuhkan
tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak
bertindak secara berseorangan. Malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya
jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka,
bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu
3) Tanzim (organisasi)
yang tersusun
Tapi adakah diorang
main langgar je sape yang serang dulu? Tidak...diorang sedar setiap burung
mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza. Setiap burung
mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun sape pergi
dulu, lepas tu sape yang pergi kemudian...
kenapa?
sebab Saidina Ali
mengatakan
"Kebatilan yang
tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"
4) Gerak kerja yang
Muntijah (berhasil)
Bagaimana pula cara
diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? Diorang susun
dengan menilai bagaimanakah cara yang paling cepat untuk meruntuhkan tembok
jahiliyah itu. Maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus
kepada kelebihannya. Yang reti potong kayu pergi serang kayu. Yang boleh
hancurkan batu pg hancurkan batu
Dan menjadi
tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka adalah untuk detect,
apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi
(tentera) yang berbeza-beza, bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk
mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang
paling cepat
5) Taat
Dan sebagai qiyadah,
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk
berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas,
maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan.
Pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan
gelak terkekeh-kekeh
6) Ukhuwah
Lastly, kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat. Itulah teras dan
tunjang utama kekuatan diorang. Mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara
mereka dicuri telurnya. Mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka
kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara...
Seperti mana kita umat
Islam bersaudara...jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita
turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan
saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak
nampak yang menarik kita ke api neraka
kenapa?
Sebab kita menyayangi
saudara kita...sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan
dakwah kasih sayang....kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam. Tidak
akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka.
Begitu juga tidak akan
wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam, jika tidak
wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam....
"Apabila telah
datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia
berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji
Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)
Sedarlah, pertolongan
Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwah dan kesatuan di kalangan umat
Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan
Al-Banna. Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada game kegemaran
ramai, Angry Birds.
Tapi ada satu lagi
pengajaran yang tersirat iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif
Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza....kerana Islam agama yang indah :)
p/s: BB aku takde
Angry Bird...Angry farm je ade...
bagus entry anda..saya suke..:)
ReplyDeletebanyak pengajaran yang boleh dapat... sesuai untuk ibu bapa terangkan kepada anak2 untuk mendidik...
ReplyDeletePok jeragang nak cadangkan penerangan ini disesuaikan menjadi cerita kanak2 tentu lebih menarik.....bebudak boleh senang faham... ada yang nak mulakan projek?
haha. bagus jugak angry bird ni, tapi..cuba fikir kembali, berapa ramai da'ie yang tersangkut kerja2 dakwah sebab main angry bird? LOL
ReplyDeletefeel free to read this:
http://angelwearsgucci.blogspot.com/2011/11/burung-burung-yang-amarah.html
sy suka mian game angry birds nie..tp tak pernah terfikir pasal nie..
ReplyDeletenice entry n nice sharing...(^___^)
tak sangka plak game ni ade maksud tersirat. well, thanx 4 sharing :) very interesting :D
ReplyDeleteWah, yang ni baru best..ada nilai moral. :)
ReplyDeleteaku suka entry ni, boleh copy tak?
ReplyDeleteanak akak yg umhr 5 tahun tue sikit punya suka main..
ReplyDelete@sharul izam tq :)
ReplyDelete@jeragangmelentur buluh biarlah dari rebung nye :)
ReplyDelete@aNdi.Hanin::حنين نظورهade betul jugak tu :)
ReplyDelete@Terbang Bersamakutq :)
ReplyDelete@Rudiey_Sepettengs :)
ReplyDelete@Zul Fattahboleh je :)
ReplyDeleteeh ehh laa junior rupanya. hehe ok silalavisitblogsayaok? nah amik ni http://nakbuatbelogjugak.blogspot.com/
ReplyDeletep/s: amacam part 6?
dulu pernah ada isu yang kata burung warna biru seolah-olah mengucapkan alhamduliilah. ramai yang menganggap game ini seolah-olah mengutuk islam. pendapat anda ex senior? :)
ReplyDeletetak pernah main pun angry bird sebelum ni.. tp, info ni sangat menarik..;)
ReplyDeleteIbu bapa bagus baca post ni. Sambil anak2 diorang main, boleh diorang ajar nilai2 murni kat anak diorang. Lagi senang faham dan hayati nilai murni tu
ReplyDeletedaya penglihatan yang jauh T_T
ReplyDeletethumbs up!