Pages

Wednesday, December 28, 2011

(REVIEW FILEM) PAPA I LOVE U : LISA SI PENJUAL JAMBU BATU YANG CANTIK!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"Syurga di bawah telapak kaki papa"


Biasanya kita dengar syurga di bawah telapak kaki ibu kan? Tapi, bagi filem ke 52 terbitan MIG Production, Papa I Love U, kasih sayang dan pengorbanan 2 orang ayah bagi mendapatkan yang terbaik untuk anak tunggal mereka telah diangkat menjadik tema penceritaan filem ini. Filem yang dibarisi oleh pelakon hebat, Lisa Surihani (dah nak kahwin dah =____=), peakon cilik yang comel, Miasara Nasuha dan juga penampilan sulung hero yang boleh dikategorikan sebagai lelaki yang ke 1001 perempuan minat, bak kata Mejar David Teo la...Zhalif Sidek...



Berikut merupakan sinopsis filem Papa I I Love U:


Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.



So, malam tadi, aku sempat ke malam tayangan perdana filem Papa I Love U...thanks kepada Jimmy Neutron sebab menang tiket ni dan ajak aku ke tayangan perdana filem ni. Aku excited la sebab nak jumpe Lisa Surihani face to face...hahhaahaha...Lepas tebus tiket, MIG ade sediakan jamuan, ape lagi, perut pun kosong, masa untuk menternak lemak....


Tiket ni si Jimmy Neutron yg menang contest yg dianjurkan oleh MIG Online...aku tak menang...hahaha

Simply the best.... :D

Mejar David Teo...baru dapat gelaran Mejar ...hebat!

Mia lapar sangat sampai nak makan mic...

Pengarah filem Papa I Love U, Hashim Rejab...ni filem kedua beliau. Filem pertama adalah filem Sekali Lagi yang dibarisi pelakon utama yang sama, Lisa Surihani dan MiaSara

Mase ni semua orang asyik gelak dengar speech dan pantun Mejar David Teo...Yang penting confident level tinggi!

Ya, itu dia, Lisa sudah ada...datang dengan Yusry, mak Yusry dan mak Lisa sekali....sweet-sweet...

Ok, overall cerita ni adalah sesuai untuk tontonan keluarga. Kisah di antara kasih sayang dan pengorbanan ayah atau papa atau bapa etc, yang mahukan yang terbaik untuk menambat hati anak. Komedi yang disampaikan memang best. Berikut merupakan antara yang best dalam filem ni:


  • Zhalif Sidek memang seorang papa yang comel...sempoi...dapat anak MiaSara...memang double comel la kot...
  • MiaSara memang semakin hari semakin pandai berlakon la...aku suka part dia terkejut sebab Lisa, lepas tu terut sebut astagfirullahalazim... astagfirullahalazim... astagfirullahalazim... :)
  • Lisa sebagai penjual jambu batu yang cantik...kalau ade kat seksyen 7 ni, hari-hari aku makan jambu LOL!
  • Part love at the first sight antara Lisa dengan Zhalif....lepas tu duk feeling-feeling pegang tangan...semua orang dalam panggung dah wooo woooo woooo....Yusry jeles la tuh kan....hahahaha
  • Tengah duk feeling jatuh cinta, ade kakak kebaya datang nak beli jambu...pastu dorang ni buat layan tak layan, kakak kebaya tuh boleh pulak potong jambu tu, lepas tu jual...sambil jerit: Jambu amal jariah, jambu amal jariah....so ramai la yang datang kan...
  • Cam shoot filem ni cantik wooo...especially dari shoot atas...naissss!
  • ending filem ni? Dah boleh agak...cume kalau nak lebih best, maybe kene twist sikit la kan...baru ade umpphhhh


Ok, cukup, kang cerite lebih kang dah tak best pulak. Terus terang, aku lebih suka filem arahan Hashim Rejab yang first, Sekali Lagi, tapi Papa I Love U ni tak kurang hebatnya, better dari segi shoot setiap scene la...Kalau korang nak tengok, korang kene bawak ayah korang sekali dan korang akan tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ayah dalam mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak....
Lepas habis movie, aku duk la tunggu kat luar, snap-snap gambar sikit...(padahal berharap nak ambil gambar dengan Lisa kannn...)



Dan finally, dapat jugak bergambar dengan Malaysian Sweet Heart ni:


comel kan Lisa....mata aku pulak buat hal....maklumlah tak cukup tidur buat final project dan construction =___=



p/s: Lisa dengan Yusry sweet la!

3 comments:

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha