"SIAPA YANG MENJADI IDOLA ANDA?"
1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Perdana menteri Malaysia yang pertama ini
dilahirkan pada 8 Februari 1903. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara
sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970. Beliau mendapat Gelaran
Bapa kemerdekaan
2. Tun Abdul Razak bin Hussein
Beliau adalah perdana menteri kedua
Malaysia. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga
tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa
kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan
Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana
menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada
keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai kepada
bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.Beliau mendapat Gelaran Bapa Pembangunan.
3. Tun Hussein bin Dato’ Onn
Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang
ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau
memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun
Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani
isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Tun Hussein
adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar.
4. Tun Mahathir bin Mohamad
Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali
dengan nama penanya, Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun
Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana
yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi
pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai
seorang yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun
Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia
Tenggara.Beliau mendapat gelaran Bapa Pemodenan.
5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. Tun
Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan
Lepas, Pulau Pinang.Beliau memperkenalkan Pendekatan pembangunan bersepadu
Islam Hadari. Beliau juga memperkenalkan koridor ekonimi dalam rancangan
Malaysia ke-sembilan. Sempat menjawat pengerusi persidangan Islam OIC.Bapa
Pembangunan Modal Insan.
p/s: Dato' Sri Najib xde :(
wah,hebat.sampai kad pengenalan pon jumpa ye
ReplyDeletegeledah almari perdana menteri la tu..
ReplyDelete