Pages

Sunday, May 13, 2012

ESEI KEMENANGAN DALAM PERADUAN JACOB'S IBUKU INSPIRASIKU!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"IBUKU, INSPIRASIKU!"



Ok, hari ni hari ibu dan buat pn. emak ku tersayang, Pn. Manisah Jaib, inifniti terima kasih buat emak di atas segala-galanya... Uda akan buat yang terbaik untuk membalas segala jasa emak dan juga ayah... amin....(baca dalam mood sayu~~~)


Ok, untuk hari ibu ni, aku nak kongsi esei yang aku karang yang telah memenangi hadiah mingguan dalam peraduan yang dianjurkan Jacob's Malaysia sempena hari ibu. Cerita ini adalah cerita sebenar dan ada sedikit tokok tambah bagi menyedapkan lagi jalan cerita... (sila baca dengan nada semangat+sayu) 



Emak selalu berpesan, kalau mahu berjaya dalam hidup, pengambilan makanan dan minuman perlulah dijaga. Sejak kecil, emak telah mendidik kami empat beradik supaya menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengelak dari mengambil makanan segera. Usia emak kini sudah menjangkau 54 tahun dan tubuhnya masih sihat. Emak merupakan suri rumah sepenuh masa dan setiap dari kami mendapat kasih sayang sepenuhnya.
 
Emak selalu bercerita mengenai pengalamannya ketika di bangku sekolah. Katanya, setiap hari emak akan berjalan kaki ke sekolah yang terletak kira-kira 2 kilometer dari rumah. Emak bukannya dari keluarga berada dan dari situ emak selalu berfikiran positif di mana berjalan kaki merupakan salah satu senaman yang akan menjadikan tubuh emak lebih sihat. Setelah memasuki zaman sekolah menengah, barulah emak dapat menaiki basikal yang dibeli menggunakan wang simpanannya setiap hari. Kata emak, berbasikal juga dapat menjaga stamina tubuh supaya dapat menjadi lebih segar di dalam kelas.
 
Memandangan emak mempunyai 9 orang adik-beradik, maka segala apa yang mereka ada, mereka akan saling berkongsi antara satu sama lain. Ini termasuklah makanan. Kata emak, sikit sama sikit, banyak sama banyak. Yang penting kasih sayang yang dikongsi sesama adik beradik akan menjamin ikatan kekeluargaan. Emak selalu memberikan kami makanan yang berkhasiat termasuklah biskut Jacob’s sebagai kudapan harian. Sebungkus biskut Jacob’s emak agihkan sama-rata antara kami empat beradik. Begitu adil dan saksama kasih sayang emak kepada kami adik-beradik.

Setelah saya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Perak dalam bidang Senibina Landskap, emak selalu berpesan kepada saya untuk membeli biskut Jacob’s Hi-Cal Vegetable menggunakan wang saku yang diberinya. Ini kerana, saya kurang gemar untuk mengambil sayuran dalam menu harian. Setiap hari, saya akan membawa sekurang-kurangnya sebungkus pek individu biskut Jacob’s Hi-Cal Vegetable ke kelas. Ternyata, biskut Jacob’s Hi-Cal Vegetable telah memberikan saya khasiat dan vitamin yang terkandung dalam sayuran.
 
Di universiti, saya selalu mengeluh sendirian kerana terpaksa berjalan kaki dari kolej ke fakulti memandangkan saya tidak mempunyai sebarang kenderaan. Setiap kali saya mahu menyatakan hasrat untuk memiliki kenderaan kepada emak, saya pasti tidak sampai hati kerana terkenangkan kisah sewaktu emak berlajar dahulu. Oleh itu, saya hanya pendamkan hasrat itu dan cuba berfikiran positif. Selain dapat membina tubuh yang lebih sihat dengan berjalan, saya juga berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga. Setiap kali saya memandang biskut Jacob’s yang berada dalam beg sandang, saya pasti akan teringatkan emak. Emak merupakan inspirasi saya untuk berjaya.
 
Pada bulan November 2010, saya telah membuktikan bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk berjaya. Saya telah membuatkan emak dan ayah saya gembira dengan kejayaan yang dirai. Selain mendapat Anugerah Naib Canselor, saya juga menerima dua lagi anugerah iaitu Anugerah Pelajar Terbaik Program Senibina Landskap dan Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur. Emak saya merupakan insan yang paling gembira kerana berkat kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan pesanannya untuk mengambil makanan yang seimbang, telah membuahkan hasil.
Perkara yang membuatkan emak dan ayah bertambah gembira adalah berita mengenai kejayaan saya telah dipaparkan di berita televisyen dan juga akhbar tempatan. Emak membisikkan ke telinga saya, “sejuk perut emak mengandung”. Kini, saya telah melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti di Selangor. Sehingga kini, biskut Jacob’s sentiasa menjadi kudapan saya setiap hari. Pesanan emak akan saya pegang sampai bila-bila. Emak merupakan inspirasi saya dalam mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan cemerlang. Semoga saya dapat menyampaikan pesanan yang sama dan akan menjadi inspirasi kepada generasi saya di masa hadapan.


Haaaa.... macam mana? inspired enough? hehehhe.... ok, yang penting, pn. ema sangat gembira menerima hadiah sempena hari ibu ini... terlihat di wajah beliau bukan?




p/s: emakku, inspirasiku :)

2 comments:

  1. mmmm.. akak pun tgh fikir nak letak esei akak kat belog..

    ReplyDelete
  2. letak la kak ila, akak punya lagi best sebab menang hadiah utama :) contest pun dah habis, so kira sharing is caring la kan :)

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha