Pages

Sunday, August 12, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 8



Kotak Kurma 8



Datin Ei’syah kehairanan sebaik sahaja melihat tajuk akhbar di depan matanya. Suspek sudah ditahan? Tapi kenapa suami aku masih ada di rumah lagi? Jadi, bukan dia yang buat semua ni? Getus hati Datin Ei’syah, cuba membuat kesimpulan.

“Mama, mama termenung ke? Theera tengok mama ni sejak dua menjak macam tak keruan. Cuba mama ceritakan dekat Theera, mama. At least, ringan sikit beban yang mama tanggung tu,” ujar Theera lalu duduk di sebelah mamanya.

“Entah lah Theera. Mama hairan,” 

“Apa yang mama hairankan,”

“Cuba Theera baca paper ni,” ujar Datin Ei’syah sambil menghulurkan akhbar di tangan kepada Theera.

“Alhamdulilah, Allah maha berkuasa mama. Akhirnya orang yang tembak Adhan dah kene tangkap. Tapi kenapa mama nak hairan pulak?” soal Theera inginkan kepastian.

“Kalau mama cakap, Theera jangan terkejut ya,”


“Kenapa pulak Theera nak terkejut ni mama. Ala mama ni, suka sangat buat suspen je,” ujar Theera sambil mencubit pipi mamanya.

“Mama serius ni Theera. Sebenarnya, orang yang tembak bekas tunang kamu tu…” kata-kata Datin Ei’syah tidak dihabiskan. Semuanya bagai tersekat di tekak.

“Siapa mama?”

“Papa kamu,” balas Datin Ei’syah ringkas. Theera benar-benar terkejut dengan apa yang didengar dari mulut mamanya itu.

“Betul ke apa yang Theera dengar ni mama? Are you serious? Benda macam ni, mama jangan buat main-main mama,” ujar Theera yang inginkan penjelasan dari mamanya. Datin Ei’syah hanya menggangukkan kepalanya.

“Kalau betul papa yang buat, apa motif papa? Kenapa orang lain yang kena tangkap? Dan bukannya papa? So, terbuktilah bukan papa yang tembak Adhan kan mama?” ujar Theera seakan tidak dapat menerima kata-kata mamanya.

“Itu yang mama pelik. Tapi, papa kamu hari tu ada cari pistol dia. Mama tanya nak buat apa, dia kata nak selesaikan hal dengan orang yang cari pasal dengan dia, dan kebetulan, hari tu adalah hari yang sama Adhan ditembak,” jelas Datin Ei’syah.

“Theera tak percaya papa yang buat semua ni. Mustahil mama. Theera kenal papa. Papa tak sejahat tu,” ujar Theera yang mahu membela papanya.

“Mama lagi kenal papa kamu Theera,”

“Habis mama tetap nak tuduh papa yang lakukan semua ni?” Kenapa mama? Kenapa?” soal Theera dengan nada yang tinggi. Datin Ei’syah mula mengalirkan air matanya.

“Suatu hari, kebenaran pasti akan terbukti” ujar Datin Ei’syah sebak.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Maafkan saya Pak Ngah, boleh saya tahu macam mana hubungan Adhan dengan Pak Ngah?” soal Amad ingin tahu. Dia meneruskan pemanduannya. Radio diperlahankan.

“Macam orang lain juga. Hubungan kami anak-beranak macam biasa. Adhan selalu telefon Pak Ngah. Kalau boleh, tiap-tiap hari dia nak telefon Pak Ngah. Dia memang manja dengan Pak Ngah dari dulu lagi,” ujar Pak Ngah sambil membetulkan kopiahnya. 

“Memang selalu la Adhan balik kampung Pak Ngah?”

“Eh selalu. Dalam sebulan, 2 kali dia balik. Setiap kali balik, dia siap beli barang dapur untuk Pak Ngah. Adhan memang anak yang baik,” ujar Pak Ngah memuji anaknya itu.

“Untunglah Pak Ngah ada anak macam Adhan kan,” balas Amad. Hatinya berbisik, lain benar dengan Adhan yang aku kenal selama ni. Adhan sendiri yang kata, dia anak yatim. Tiada emak, tiada bapa. Kedua-duanya telah meninggal dunia. Habis Pak Ngah ni siapa? Bukan ayah Adhan ke? Getus hati Amad. 

“Pak Ngah, memang betul ke Adhan tu anak kandung Pak Ngah?” soal Amad inginkan kepastian.

“Betul la Adhan tu anak aku. Kenapa kamu tanya soalan macam ni?” soal Pak Ngah kehairanan. Riak mukanya mula berubah.

“Eh, takdelah Pak Ngah, saya cuma tanya je,” ujar Amad cuba menyembunyikan keraguaannya.

“Ramadhan Ali Mubarak, satu-satunya anak aku dengan bekas isteri aku. Satu-satunya anugerah terindah dari Allah buat aku,” ujar Pak Ngah. Amad berdiam diri. Ini kalau Pak Ngah tahu yang selama ini Adhan mengaku yang ayahnya sudah meninggal, mahu sentap orang tua ni, bisik hati Amad. Dia memandang jam di tangannya, sudah pukul 1.30 tengah hari.

“Pak Ngah, kita berhenti solat Zuhur dulu boleh? Dah masuk waktu ni. Nanti lepas solat kita terus ke hospital,” ujar Amad mahukan persetujuan Pak Ngah.

“Ikut kamu la Amad. Aku naik kereta kamu. Mana kamu bawak, situlah aku pergi,” balas Pak Ngah ringkas. Azan Zuhur sudah berkumandang, melaungkan kalimah kebesaran. 



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Macam mana dengan keadaan Adhan Doktor?” soal Qaish.

“Dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mentalnya mengalami sedikit gangguan akibat tembakan tempoh hari. Cik Qaish berdoalah banyak-banyak. InsyaAllah, dengan izin Allah, semuanya akan selamat,” ujar Dr. Thaqief sambil mencatat sesuatu di atas borang rekod kesihatan. Wajahnya yang tampan sedikit sebanyak melengkapkan dirinya sebagai seorang lelaki berketerampilan dan berkerjaya. 

“Dalam berapa hari lagi ya Adhan boleh sedar, doktor?” soal Qaish inginkan kepastian. Memang dia risau dengan keadaan abangnya itu.

“Itu semua bergantung terhadap tindakbalas tubuh badan dia untuk melawan kesakitan yang dialami. Berapa hari saya tidak boleh jamin. InsyaAllah, Adhan akan sedar berkat bulan yang mulia ini,” ujar Doktor Thaqief lalu melirikkan senyuman. Sejuk hati Qaish memandang senyuman doktor muda itu.

“Ok lah Qaish. Saya nak keluar dulu. Ada pesakit lain yang perlu saya periksa. Assalammualaikum,” 

“Waalaikummusalam,” jawab Qaish sambil tersenyum manis. Hatinya mula menyatakan Dr. Thaqief memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya. 

“Eh kejap. Cik Qaish free petang ni? Kalau free, saya nak ajak Cik Qaish berbuka puasa,” pelawa Dr. Thaqief yang akhirnya berjaya memberanikan dirinya. Pucuk dicita, ulam mendatang. Getus hari Qaish.

“InsyaAllah,” ujar Qaish menandakan dia setuju menerima pelawaan Dr. Thaqief.

“Ok, kalau macam tu, petang nanti kita jumpa. Cik Qaish suka Kenny Rogers atau Nandos?” soal Dr. Thaqief lagi.

“Eh, doktor bukan ade patient yang perlu dirawat ke?” sinis Qaish. Dr. Thaqief hanya mampu tersengih.

“Anyway, my favorite are macaroni cheese and chocolate muffins Kenny Rogers,” ujar Qaish. Dr. Thaqief mengangkat ibu jarinya tanda setuju lalu beredar meninggalkan Qaish dan Adhan. Qaish tersenyum sendirian. Wajah Adhan ditenungnya, memang ada persamaan sedikit dengan wajahnya. Wajah lembut Adhan yang masih tidak sedarkan diri itu diraup lembut.

“Eh, perempuan. Kau buat apa ni ha? Bulan-bulan puasa buat perangai tak elok? Kalau kau dah sangap sangat, tak kan lelaki yang tak sedarkan diri ni pun jadi? Harap je bertudung, tapi perangai macam haram,” jerkah Theera yang baru sahaja sampai. Qaish terkejut dengan kata-kata Theera. Hati lembutnya terguris. Air matanya mula bergenang.

“Maafkan saya cik Theera. Sebenarnya….”

“Sudah, aku tak nak dengar penjelasan kau! Just take your handbag and go out! I don’t want to see your face anymore,” ujar Theera dengan nada yang agak kasar. Datin Ei’syah cuba menenangkannya. Qaish pantas mengambil beg tangannya.

“Saya tak semurah yang cik Theera sangkakan,” ujar Qaish sebaik sahaja melintasi Theera dan melangkah laju meninggalkan wad.





Bersambung…




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA. 


Cara untuk menyertai:

  1. Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
  2. Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
  3. Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
  4. Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
  5. Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
  6. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.



Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 8, sila klik link di bawah-




Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)


3 comments:

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha