Pages

Friday, March 8, 2013

RESEPI CARAMEL CINNAMON ALMOND FLAKES!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...




"SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!"







Ok, sempena hari wanita, aku nak share resepi yang boleh membahagiakan wanita di sekeliling korang dan semestinya menambat hati kerana kemanisan dessert ni. Resepi ni adelah resepi on the spot, means...ape yang ade kat dapur rumah aku, aku tabur-tabur dan siap! Nak buat Caramel Cinnamon Almond Flakes ni memang senang gila! Budak tadika kemas pun boleh buat tau :)






Bahah-bahan:

1/2 cawan kepingan kacang badam
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar madu 
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis


Tengok bahan die je dah tahu manis ye dak? So, cara nak buat Caramel Cinnamon Flakes ni pun senang:


1. Panaskan frying pan. Masukkan susu pekat dan gula. Kacau sampai sebati dan memekat.
2. Masukkan  madu dan juga serbuk kulit kayu manis. Kacau sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan kepingan badam dan gaul rata. Pastikan campuran tidak hangus. Matikan api.
4. Dengan perlahan, letakkan campuran tadi di atas plastik jernih (yang buat bungkus kuah) dan ratakan ikut ketebalan yang anda suka. Biarkan sejuk di dalam suhu bilik selama 10 minit.
5. Masukkan campuran tadi ke dalam bahagian sejuk beku dan biar selama 3-4 jam. Keluarkan dan potong atau patahkan secara random. 




Sebenarnya, kalau korang perasan, resepi ni adelah inovasi dari kuih tradisional, kuih bepang. So yang ni kira modern punya version. Selamat mencuba ye :)




p/s: kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman :)

7 comments:

  1. mudah..ringkas..harus cuba

    mekasih utk resepi:)

    ReplyDelete
  2. Tumpang tanye skit.. Agak2 thn lame ke ye.. Sbb xbakar kan..pastu mmg kene simpan dlm fridge la eh klu xabis mkn

    ReplyDelete
  3. Tumpang tanye skit.. Agak2 thn lame ke ye.. Sbb xbakar kan..pastu mmg kene simpan dlm fridge la eh klu xabis mkn

    ReplyDelete
  4. Tumpang tanye skit.. Agak2 thn lame ke after kluarkn dr fridge or mmg kene simpan dlm fridge je

    ReplyDelete
  5. @A.Y.U.Z.A.I.N.I yup...simpan dlm fridge..sebab yg ni versi sticky punya... boleh jugak guna option bakar dalam oven... tapi tak pernah cuba lagi :)

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha