Pages

Tuesday, November 8, 2011

(GAMBAR) HIASAN DALAMAN ISTANA NEGARA YANG BARU!

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....


Satu lagi mercu tanda negara, iaitu Istana Negara telah dibina dengan kos yang khabarnya menelan belanja RM 900 juta. Istana Negara yang baru ini terletak di Jalan Duta, bakal menggantikan Istana Negara Malaysia yang lama untuk dijadikan sebagai kediaman rasmi Yang DiPertuan Agong. 


Istana Negara Malaysia yang digunakan ketika ini iaitu di Jalan Istana merupakan sebuah bangunan sejarah yang asalnya kepunyaan jutawan China tempatan yang bernama Chan Wing. Kalau dulu sekitar tahun 1928, Istana Negara ini hanyalah sebuah rumah banglo dua tingkat yang mana selepas tempoh kekalahan Jepun di Tanah Melayu dan berundur, Kerajaan Negeri Selangor telah membelinya. Ia kemudiannya diubahsuai dan dinaiktarafkan untuk menjadi kediaman rasmi Sultan Selangor ketika itu sehinggalah pada tahun 1957.


Akhirnya Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk membeli bagi menjadikannya sebagai Istana Negara Malaysia dan telah mengalami beberapa tempoh pengubahsuaian sehinggalah terdirinya Istana Negara Malaysia yang ada pada hari ini di Jalan Istana. 


Berikut adalah gambar Istana Negara yang baru dari pandangan luar dan juga hiasan dalamannya yang kelihatan begitu eksklusif:


























Jika dilihat di negara lain, mereka seboleh-bolehnya memelihara istana lama kerana nilai warisan dan sejarah yang sangat ternilai. Mrereka hanya menaiktaraf dari segi senibina, sistem keselamatan dan juga sistem pengawasan. Persoalannya disini, mengapakah di Malaysia perkara seperti ini tidak terjadi? Fikir-fikirkanlah....



Apakah yang akan terjadi kepada Istana Negara yang lama ini?


pic credit to: Blogserius



p/s: Daulat Tuanku!





10 comments:

  1. banyak pro dan kontranya...tapi i rasa yg lama tu lokasinya tak sesuai...dah tengelam dengan kesibukan lalu lintas

    ReplyDelete
  2. Hari tu masa belajar world cultural, my proff said that the land of th old palace is belong to chinesse man from China long-long time ago.. Dia(mgkin kturunannya) menuntut hak nye balik .that's why.. Malaysia terpksa buat istana baru kat jalan duta.

    ReplyDelete
  3. sebabnya istana yang digunakan skrg ni adalah rumah taukeh cina yang dibeli oleh kerajaan..rasanya benda tu sendiri pun takda benda yang boleh dibanggakan berbanding kita bina istana kita sendiri.dimasa depan biar anak-anak kita yang berbangga dengan kkejayaan membina istana sendiri daripada renovate rumah org untuk dijadikan istana. fikir fikirkan lah...

    ReplyDelete
  4. http://sitinurathirahbahrum.blogspot.com/2011/11/istana-negara-jalan-duta.html

    ReplyDelete
  5. setuju dgn pendapat hazmin tu.kita hanya ada istana warisan utk sultan kat negeri-negeri.tp tiada istana khas utk YDPA.dan sokong saudara hamizan.istana lama tu hak milik taukeh cina.dan dibeli pula tu.kan lebih baik jika dibina sendiri.

    terima kasih athirah atas perkongsian info itu.

    tuan punya blog : hehe.terima kasih.entri menarik sebab ada persoalan tu buat saya terfikir juga.ehehe.


    ISU : Memerdekakan Seksualiti

    ReplyDelete
  6. dasyat giler...interior dia sarat sgt..tiang marble mesti harga juta2kan..sbb tu lah smpi RM900 million nak bina..

    ReplyDelete
  7. OMG! My jaw was dropped the moment I looked at the interior design of this castle.
    It's majestically beautiful.
    I don't have a clue of why they build this new castle but to me, if the old one still can be used, I don't see why the gov need to spend the huge amount of money on this new one.
    Maybe they can just upgrade things that need to be upgraded and preserve the identity of castle.
    I'm sure it has so much sentimental value to the Malay heritage.

    ReplyDelete
  8. Demi memenuhi ego dan keangkuhan duniawi kita ni, rm900 bilion yg dpt menyumbang kpd pelbagai sektor sosial telah dibazirkan begitu saje. renung2kanlah..

    ReplyDelete
  9. nak beli la istana lama tu, duk sorang2

    DERMA DARA

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha