Pages

Thursday, June 17, 2010

...hari 13


Hari tigabelas

Dingin menyelubungi malam itu. Mika mengelamun jauh di balkoni biliknya. Kesejukkan malam semakin menggigit tulang. Terasa sakit di bahagian hatinya. Dia tidak mampu bertahan lagi. Kesakitannya makin mencengkam. Dia memicit-micit dadanya. Dia tidak mampu lagi untuk berdiri, lalu rebah ke bumi. Kesakitannya hanya Allah sahaja yang tahu. Pandangannya semakin kabur. Terasa nyawanya bakal menemui noktah. Hanya berserah. Dadanya berombak kuat. Nafasnya kian tersekat.
“Ya, Allah!” jerit Mika sekuat hati. Peluh membasahi seluruh tubuhnya. Terus dia bingkas dari baringannya. Dia meraup mukanya. Syukur dia masih bernyawa. Mainan mimpi tadi membuatkan dia benar-benar insaf. Mika terus bangkit dari katil mengambil wudhu’ dan menunaikan solat sunat taubat. Memohon keampunan segala dosa yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya. Mika terus bangkit menunaikan solat sunat seterusnya, solat sunat Istikharah. Memohon petunjuk dari yang Maha Esa. Memohon yang terbaik untuk dirinya. Mika berdoa penuh syahdu. Menerima ketentuan yang sudah tertulis. Tanpa disedari air matanya mengalir.
Usai mengerjakan solat sunat, Mika kembali ke kamarnya. Dicapai IPhone miliknya. Ade mesej yang masih belum dibaca. Dari Cinta.

‘Salam. How r u? I hope u r allright dear. If u free tomorrow, I want to visit u with someone special’
Sender: Cinta Khadijah

Someone special? Siape? Getus hati Mika. Mika segera membalas mesej dari Cinta.

‘Alhamdulillah, everything is fine. I’m free tomorrow, just can’t wait to see u dear’

Mika menunggu balasan dari Cinta. Lama dia menanti. Mungkin sudah tidur agaknya. Mika meletakkan IPhonenya disisi. Cuba melelapkan mata. Namun tidak boleh. Hatinya tidak sedap. Resah memikirkan ape yang bakal terjadi esok.
*************************************************************************************
Cinta Zaharah sedang bersiap untuk bertemu dengan kekasih lamanya. Kekasih yang pernah meninggalkannya. Mikael Iman. Ditenung wajahnya di cermin, mensyukuri ayunya wajah kuniaan Allah. Dipegang parut besar dilehernya. Teringat kembali sewaktu dia kecewa dalam percintaan. Dia nekad membunuh diri. Dikelar lehernya. Nasib baik tindakan pantas papanya berjaya menyelamatkan nyawanya. Dia menyesal dengan apa yang telah terjadi. Begitu cetek akal fikirannya. Bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibat. Ara mencapai compact powder miliknya lalu disapu rata menutup parutnya.
“Dah siap kak?” ujar Cinta dari luar bilik Ara.
“Kejap. Lagi sikit,” jerit Ara. Dia mencapai selendang putih dan mengenakannya. Sungguh cantik dan sepadan dengan kurung cotton yang dipakainya. Tangan Ara terus mengambil beg tangan Prada dan terus melangkah keluar dari bilik.
“Wah, cantiknya akak hari ni. Berseri-seri Cinta tengok,” usik Cinta.
“Ish mane ade. Biase jelah. Kau pun same jugak,”
“Kalau dah kembar, memang dua-dua sama cantik. Sama ayu,” sampuk Pn. Lisa yang baru sahaja selesai menghidangkan sarapan pagi.
“Dah, mari makan dulu. Nanti lapar,” pelawa Pn. Lisa.
“Baik mama,” serentak kembar itu menyahut. Sudah lama Pn. Lisa tidak melihat kedua-dua anaknya bermesra. Syukur dia panjatkan ke hadrat Ilahi, akhirnya doanya selama ini di makbulkan Tuhan.
“Cinta, Ara. Mama gembira tengok kamu berdua macam ni. Rasa lapang dada mama. Nanti, jangan lupa sampaikan salam mama pada Mika ye,” ujar Pn. Lisa.
“Insya Allah mama,” jawab Cinta. Mereka bertiga kelihatan bahagia menikmati sarapan bersama. Satu suasana yang sudah lama hilang, kini muncul kembali.
*************************************************************************************
Wazi meletakkan keretanya di perkarangan banglo milik Datuk Ismail. Dia melangkah masuk ke dalam kediaman mewah yang tesergam indah itu. Salam diberi. Mika menyambut kedatangan kawan baiknya itu penuh mesra.
“Masuklah bro,” pelawa Mika.
“Ade ape kau suruh aku datang ni? Emergency la, ape la. Ape yang penting sanagt ni? Aku sanggup cancel meeting dengan client tahu tak?” soal Wazi ingin mengetahui tujuan sebenar Mika.
“Kalau ye pun, minumlah air ni dulu,” ujar Mika. Wazi menghirup teh yang telah sedia terhidang di atas meja.
“Aku sebenarnya dah dapat petunjuk. Aku solat Istikharah malam tadi. Memohon yang terbaik untuk aku. Antara Cinta Zaharah atau Cinta Khadijah,” ujar Mika.
“Ha baguslah kalau macam tu. Siapa yang kau pilih?” soal Wazi inginkan jawapan dari Mika. Mika menerangkan segala-galanya pada Wazi. Bersungguh Mika bercerita.
“Jadi. Confirm lah kau pilih die?”
“Yup. Dialah jodoh yang terbaik untuk aku Zi,” jawab Mika.
*************************************************************************************
Kereta Perodua Myvi hitam meluncur laju membelah lebuhraya Pasir Gudang. Cinta dan Ara diam membisu sejak menaiki kereta. Hanya radio yang memecah kesunyian.
“Cinta. Aku sebenarnya tak sanggup nak cakap dengan kau Cinta,” akhirnya Ara bersuara. Ingin membuka segala rahsia yang disimpannya selam ini. Rahsia yang benar-benar menghantuinya.
“Akak nak cakap ape? Share je lah denagn Cinta” soal Cinta.
“Kau tahu tak siape yang bunuh Zaquan sebenarnye?” berkerut dahi Cinta mendengar soalan dari Ara.
“Manelah Cinta tahu kak. Tapi yang bunuh Zaquan tu memang kejam kak. Akak tahu ke siape?”
“Aku,” ringkas Ara. Jawapan Ara benar-benar menyentak Cinta. Hampir hilang kawalannya memandu. Jadi betullah andaiannya selama ini. Perempuan berjubah yang menikam Zaquan seperti yang dilaporkan adalah kakak kembarnya sendiri! Berderau darah Cinta.
“Kenapa akak bunuh die? Die kan therapist akak?” soal Cinta.
“Aku tak nak rahsia aku terbongkar Cinta,”
“Rahsia ape pulak ni?” semakin memuncak perasaan ingin tahu Cinta.
“Zaquan yang sebenarnya langgar Mika,” Cinta semakin terkejut dengan jawapan kakaknya.
“Macam mana kakak tahu Zaquan yang langgar Mika?”
“Aku tahu sebab aku yang upah Zaquan untuk langgar Mika,” sekali lagi Cinta terkejut. Dia hilang kawalannya. Kereta Perodua Myvinya tersasar ke bahu jalan. Mujur tiada apa-apa yang berlaku. Kedua-duanya mengucap panjang. Cinta seakan tidak percaya denga apa yang dikatakan oleh Ara.
“Kenapa akak sanggup buat semua ni?”
“Aku tertekan Cinta. Aku pun tak tahu ape yang aku dah buat,” Ara menekup mukanya. Air matanya mula mengalir. Cinta memulakan kembali pemanduannya.
“Dah la kak. Semuanya dah terjadi. Kita tak boleh nak ulang masa yang lalu. Yang penting, akak kena mohon maaf pada keluarga Zaquan dan Mika. Mana tahu mereka boleh maafkan,” pujuk Cinta.
“Aku tak rase mereka akan maafkan aku. Mati hidup balik pun mereka tak kan maafkan aku. Cume satu je yang aku mintak pada kau. Kau simpan rahsia aku ni. Jangan bagi tahu sesiape pun,” Cinta hanya mengangguk permintaan kakaknya itu.
“Janji?” soal Ara tegas.
“Er…janji..” tersekat-sekat nada suara Cinta.
“Lagi satu, kau tolong sampaikan ni pada Mika nanti,” Ara menghulurkan diarinya kepada Cinta. Cinta mengambilnya lalu diletakkan di seat belakang.
*************************************************************************************
Kelihatan Mika dan Wazi sedang bersembang di luar banglo. Mereka duduk di halaman banglo yang direka indah oleh Wazi. Segalanya kelihatan teratur dan mempesonakan setiap mata yang memandang. Sentuhan ajaib tangan Wazi dalam mereka laman memang tidak boleh dinafikan lagi.
“Lama lagi ke Cinta nak sampai Mika?” aju Wazi sambil menghirup teh.
“Die kate pukul 10 pagi. Kejap lagi sampai la tu,” balas Mika. Betul jangkaan Mika, Perodua Myvi hitam kini berada di hadapan rumahnya. Pintu pagar dibuka. Cinta mematikan enjin. Ara keluar terlebih dahulu. Terkesima Mika melihat kehadiran cinta pertamanya itu. Semakin ayu berbaju kurung.
“Assalamualaikum,” ujar Ara lembut. Wazi dan Mika menjawab salam. Tidak berkelip mata Mika memandang Ara. Mana mungkin dia melupakan Cinta pertamanya.
“Mika ape khabar? Sihat?” soal Ara mesra.
“Sihat,” balas Mika ringkas.
“You masih pakai selipar kuning ni?” soal Ara sambil menunjukkan tangannya ke arah selipar yang dipakai Mika.
“Mestilah. I selesa dengan selipar ni,” ujar Mika. Mika mempelawa kembar seiras itu masuk. Ini kali pertama Mika melihat mereka berdua pada waktu yang sama. Memang tidak dapat dibezakan kalau tidak melihat dengan teliti.
“Mak, ni Cinta Zaharah. Kakak kembar Cinta Khadijah,” Mika memperkenalkan Ara kepada Datin Ruby.
“Apa khabar mak cik?” salam dihulur Ara disambut mesra Datin Ruby. Cinta juga berbuat perkara yang sama.
“Kamu semua duduklah dulu. Mak cik nak ke dapur sekejap,” ujar Datin Ruby lalu meninggalkan mereka berempat di ruang tamu.
“Maafkan I Ara, I tak bermaksud nak tinggalkan you dulu,” ujar Mika.
“I dah tahu semuanya Mika. Sekarang baru I tahu sampai begitu sekali you sayangkan I. Dulu hati I hancur Mika. I hilang kewarasan. I mengalami tekanan perasaan. Tapi bile I dah tahu perkara yang sebenar, mungkin ada kebahagiaan dalam perpisahan kita, Mika,” ujar Ara. Wazi dan Cinta hanya diam setia mendengar.
“Betul kata you tu. Ade hikmahnya kite berpisah. Now, I dah temu kebahagiaan yang selama ini I cari. I dah jumpe cinta I yang sebenar,” ujar Mika. Datin Ruby menghidang air untuk tetamunya.
“Siapa pilihan Iman? Mak tahu sangat la. Habaq kat mak la,” ujar Datin Ruby begitu teruja.
“Ish mak ni. Tak sabar pulak. Iman pilih Cinta,” Cinta Zaharah dan Cinta Khadijah berpandangan. Keliru.
“Cinta yang mana satu Iman? Hang ni jangan dok main-main dengan mak Iman. Ada dua Cinta kat sini ha,” ujar Datin Ruby inginkan kepastian.
“Cinta Khadijah,” tersedak Ara yang sedang meneguk air. Habis basah bajunya. Ara meminta diri untuk membersihkan bajunya di bilik air. Cinta hanya mampu tersenyum dengan jawapan Mika itu. Wazi yang sudah tahu keputusan Mika juga tersenyum lebar. Datin Ruby pula begitu gembira dengan keputusan Mika.
“Baguslah Iman. Minggu depan boleh la mak hantar rombongan meminang,” ujar datin Ruby yang begitu teruja untuk mendapat menantu.
“Mak ni. Janganlah tergopoh-gopoh sangat,” pinta Mika.
“Benda baik Mika. Tak elok dilambat-lambatkan,” ujar Wazi. Berderai ketawa mereka.
*************************************************************************************
Air mata Ara tidak berhenti mengalir. Dia cuba menahan sebaknya. Dia tidak sangka apa yang dia runsingkan selama ini menjadi kenyataan. Luluh hatinya. Dikecewakan untuk kali yang kedua. Cinta hatinya kini menjadi milik adiknya sendiri. Ara menggetap bibir. Cuba menahan tangisnya dari berterusan. Dia harus kuat untuk menghadapi semua ini. Dikuatkan langkahnya keluar dari bilik air. Air matanya dikesat. Tidak mahu menunjukkan kekecewaannya.
*************************************************************************************
Bunyi loceng memberhentikan kerancakkan mereka berbual di ruang tamu. Wazi melangkah keluar rumah untuk melihat siapa yang datang. Kelihatan kereta peronda polis di hadapan banglo Datuk Ismail. Wazi membuka pintu pagar kecil.
“Assalamualaikum, saye Inspektor Helmi,” ujar Inspektor Helmi memperkenalkan diri.
“Ye inspektor, ade ape-ape yang boleh saye bantu?” soal Wazi.
“Kami mendapat aduan dari saudari Cinta Khadijah bahawa suspek utama pembunuhan Zaquan Hairi ada di rumah ini. Saya harap saudara dapat memberi kerjasama dengan pihak polis untuk membenarkan kami masuk untuk membuat penahanan ke atas saudari Cinta Zaharah untuk disoal siasat,” ujar Inspektor Helmi panjang lebar. Jelas riak terkejut di wajah Wazi.
“Ha? Ye ke Tuan?” soal Wazi inginkan kepastian.
“Ya,” ujar Inspektor Helmi ringkas. Wazi membawa Inspektor Helmi dan dua orang pegawainya masuk ke dalam banglo Datuk Ismail. Berdebar hati Wazi bila mengetahui perkara yang sebenar.
*************************************************************************************
Kesemua yang ada di ruang tamu pelik dengan kehadiran pihak polis. Masing-masing saling berpandangan sesama sendiri. Ara semakin cuak. Dapat dia rasakan sesuatu yang tidak kena. Ara merenung tajam ke arah Cinta. Geram dihatinya bukan kepalang.
“Cinta Zaharah, kami perlu menahan kamu untuk siasatan lanjut mengenai kes pembunuhan saudara Zaquan Hairi tempoh hari,” ujar Inspektor Helmi. Datin Ruby dan Mika tekejut dengan apa yang dikatakan oleh Inspektor Helmi. Kedua- dua pegawai Inspektor Helmi mendapatkan Ara. Ara yang bagai dirasuk syaitan, meronta-meronta menggunakan segala kudratnya yang ada. Pegangan pegawai polis itu terlepas. Dengan pantas Ara bertindak mengambil pistol yang tersisip di pinggang pegawai polis itu dan…
“PAAANNNNNNNNNGGGGGGGG,” bergema bunyi tembakan di banglo Datuk Ismail. Semuanya terkejut dengan apa yang berlaku. Rebah sekujur tubuh menyembah ke bumi. Darah merah pekat mengalir.

Bersambung…


3 comments:

  1. first time sy smpai ke sini..best cerita ni...siapa yg mati...?

    tk sbr nk tunggu sambungnnya... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    ADDICTED TO BLOG

    ReplyDelete
  2. tq...bace la dari hari first
    kalau nak tahu siapa mati, tgu finale esok

    ReplyDelete
  3. sedang merangkak2 baca episod 1.. :)
    esok dh final...? hmm..ok..akan di nntikan.. :)

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha