Pages

Friday, June 18, 2010

...hari 14 FINALE



Hari empatbelas (finale)

Sekujur tubuh terbaring. Cahaya yang cukup terang menerangi operasi menyelamatkan satu nyawa. Kelihatan Dr. Jufrey tenang melakukan tugasnya sambil dibantu oleh jururawat dan attendant hospital. Dada mayat itu dibelah penuh hemat, menghormati jasad yang tidak bernyawa lagi. Kelihatan peluh mula menitik di dahi Dr. Jufrey, pantas dilap oleh pembantunya. Dengan perlahan, Dr. Jufrey mengeluarkan hati dari jasad tersebut dan diletakkan di dalam bekas yang telah distrillkan untuk memastikan tiada jangkitan kuman ke atas organ tersebut.
“Nurse, tolong bawak hati ini ke bilik pembedahan 2. Cepat ya,” arah Dr. Jufrey. Pembantunya hanya menurut arahan.
“Baik doktor,” pantas langkahnya diatur menuju ke bilik pembedahan 2 yang bersebelahan dengan bilik pembedahan 1. Dr. Farhana yang dari tadi menunggu, telah mendapat isyarat untuk melakukan operasi pemindahan hati. Semua pembantunya telah bersiap sedia. Tubuh Mika dibius. Akhirnya, Mika tidak sedarkan diri. Disapu iodine di dada Mika. Garisan pembedahan dilukis, segalanya dirancang terlebih dahulu. Dengan lafaz Bismillah, Dr. Farhana membelah dada Mika dengan penuh cermat. Darah mula mengalir. Hatinya yang telah rosak akibat kanser dikeluarkan dan digantikan dengan hati penderma yang sangat mulia. Semoga Mika dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Bisik hati Dr. Farhanah.
“Nurse, tolong ambilkan jarum dan benang,” pinta Dr. Farhanah. Dijahitnya dada Mika dengan penuh teliti. Berdoa pada yang Maha Esa, semoga segalanya berjalan lancar. Akhirnya, semuanya selamat dijalankan. Dr. Farhanah tersenyum puas dan begitu juga Dr. Jufrey.
*************************************************************************************
Di ruang menunggu, kelihatan Datuk Ismail yang sentiasa tenang duduk bersebelahan Datin Ruby. Harapan mereka tinggi mengunung untuk melihat anak kesayangan mereka sihat seperti sedia kala. Penantian satu penyiksaan. Datuk Ismail mengerling jam di tangannya. Sudah 3 jam Iman di dalam bilik pembedahan.
“Doktor, macam mane dengan anak saya?” ujar datuk Ismail inginkan kepastian. Datin Ruby yang sedari tadi runsing memikirkan tentang keadaan Mika turut tidak sabar ingin mendengar jawapan dari Dr. Farhanah dan Dr. Jufrey yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan.
“Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Berkat doa Datuk dan Datin, pembedahan selamat dijalankan. Tetapi Iman perlu berehat dahulu untuk menstabilkan kembali fungsi badannya,” ujar Dr. Farhanah dengan nada gembira. Dr. Jufrey tersenyum lebar. Jelas terpancar riak kegembiraan di muka Datuk Ismail dan Datin Ruby. Syukur anaknya kini selamat. Wazi yang baru menunaikan solat Asar, dengan tenang melangkah ke arah Datuk Ismail dan Datin Ruby.
“Mika macam mana pak cik, mak cik?” soal Wazi penuh tanda tanya.
“Mika selamat Zi. Doktor kate die perlu berehat,” jelas Datuk Ismail. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Gembira di hatinya bukan kepalang. Akhirnya sehabat baiknya itu boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.
*************************************************************************************
Suasana hening menyelubungi Tanah Perkuburan Mahmodiah. Kelihatan sepasang kekasih sedang duduk berdoa disisi kubur yang masih lagi merah tanahnya. Doa dipanjatkan, agar rohnya dicucuri rahmat. Mika mengambil balang berisi air lalu disiramkan ke pusara. Bunga ditabur Mika dengan hati yang sayu atas pemergian orang yang selama ini disayanginya. Nisan yang masih baru itu dipegangnya. Air matanya mula menitis, teringatkan peristiwa yang berlaku tempoh hari.
“Araaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!” jerit Mika sekuat hati. Setiap yang berada di ruang tamu itu tergamam. Sekujur tubuh layu meyembah bumi. Mika yang seakan tidak percaya dengan tindakan Ara yang menembak kepalanya sendiri, pantas medapatkan Ara. Mika memangku Ara diribanya. Air matanya bercucuran. Darah merah semakin banyak mengalir. Terlihat dadanya berombak. Akhirnya, Ara menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Tidakkkkkkk!!!” jerit Mika. Datin Ruby dan Wazi turut menangisi pemergian Ara. Begitu juga dengan Cinta. Tidak sangka kakaknya nekad berbuat demikian. Teringat kembali permintaan terakhir kakaknya. Diari! Ya dia perlu serahkan diari itu kepada Mika nanti. Inspektor Helmi pergi ke arah Mika, mendapatkan pistol yang berada dalam gengaman Ara. Pertama kali dalam hidupnya yang berkhidmat sebagai anggota polis, perkara seperti itu berlaku.
“Wazi, telefon ambulans cepat,” pinta Mika. Air matanya semakin laju mengalir. Akhirnya Cinta pertamanya pergi meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Cinta yang tidak mungkin dia lupakan sepanjang hayatnya.
“You, you nangis ea?” ujar Cinta sambil menghulurkan tisu kepada bakal suaminya itu.
“Eh, mana ade,” Mika cuba menyembunyikan kesedihannya.
“I tak sangka kakak sanggup buat macam ni. Sanggup berkorban untuk insan yang dicintainya,” ujar Cinta sambil menyirami air ke kubur kakaknya itu. Mika meraba dadanya. Terasa berdenyut hati yang diberikan Ara untuknya. Hati yang penuh rasa kasih dan sayang. Hati yang menyambung hayatnya.
“Hati Ara sungguh mulia Cinta. I dapat rasakannya,” ujar Mika. Cinta hanya mengangguk. Mereka berdua berjalan seiringan, meninggalkan pusara Cinta Zaharah. Semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat yang Maha esa.
*************************************************************************************
“Aku terima nikahnya, Cinta Khadijah bte Ibrahim Lee dengan mas kahwinnya RM 22.50 tunai,” tenang Mika melafazkan qabulnya. Sah. Akhirnya, Cinta menjadi isterinya yang sah. Sanak saudara dan kenalan terdekat memenuhi ruang Masjid Sultan Abu Bakar. Meraikan hari bahagia pasangan Mikael Iman dan Cinta Khadijah. Mika pergi mendapatkan Cinta Khadijah untuk menyarungkan cincin di jari manisnya. Dikucup lembut dahi Cinta, sebagai tanda kasih dan sayangnya yang tidak berbelah bahagi. Menitis air mata Cinta, tersentuh hatinya. Kelihatan Pn. Lisa juga menitiskan air matanya di sisi suaminya. Datuk Ismail dan Datin Ruby pula kelihatan gembira malihat anak kesayangan mereka mengecapi apa yang diimpikan selama ini. Semua yang hadir kelihatan gembira dan terharu. Ucapan tahniah silih berganti.
“Tahniah bro. Akhirnya kau kahwin jugak. Nanti tinggal lah aku sorang-sorang je kat rumah,” ujar Wazi sambil memeluk Mika. Tanpa dia sedari, air matanya mengalir.
“Hish, yang kau nangis kenape pulak ni? Aku kahwin je bro, bukannye mati. Dah, lap air mate kau tu. Malu kat orang,” ujar Mika
“Entah la bro. Tibe-tibe rase sebak pulak,” ujar Wazi sambil mengesat air matanya.
“La, nak sebak- sebak pulak. Dah, jom makan,” pelawa Mika sambil memegang tangan isterinya menuju ke ruang makan untuk merai para jemputan. Wazi gembira melihat kebahagiaan yang dirasai Mika. Kalau Mika bahagia, dia turut merasakan kebahagiaannya.
*************************************************************************************
Angin malam bertiup lembut menyapa pipi Mika. Terasa kedinginannya. Kini dia sudah bergelar suami. Mempunyai tanggungjawab kepada isterinya, Cinta Khadijah. Mika meraba dadanya. Terima kasih Ara atas segala-galanya. Getusnya dalam hati. Mika duduk di balkoni biliknya. Menghirup air kopi yang disediakan Cinta. Matanya terarah ke diari kuning milik Cinta Zaharah. Teringat kembali memori-memori silam. Saat manis ketika mereka bercinta suatu masa dulu. Setelah puas menyelak, mata Mika tertancap pada catatan terakhir Ara.

Tarikh: untuk selamanya

CINTA BUAT MIKA…
Bagaimana kita tahu itu cinta?
Sebab kita rasa cinta…
Bagaimana kita rasa cinta?
Sebab kita kenal cinta…
Bagaimana kita kenal cinta?
Sebab pada seketika dalam perjalanan hidup kita, kita belajar tentang cinta!
Dan dari siapa kita belajar tentang cinta?
Dari Asma Ulhusna yang mana dariNya kita belajar erti kasih sayang dan cinta...
Ihsan dan belas...
Semua itu pada dasar cinta...
Umpama seekor kuda yang mengangkat kakinya supaya tidak terpijak anaknya,
Umpama seekor harimau yang mendokong anaknya dengan taring yang membaham mangsanya...
Umpama Adam yang berkongsi tulang rusuknya dengan Hawa...
Dan kenapa diambil tulang rusuk?
Mungkin kerana ditulang rusuk itulah adanya HATI
HATI yang kenal erti cinta yang hakiki
HATI ini hanya untuk mu…
MIKAEL IMAN

Mencintaimu sampai mati,
CINTA ZAHARAH


Tanpa disedari, air mata Mika mengalir tanpa dipinta. Sebak dia membaca catatan terakhir Ara. Terasa sayu dengan setiap bait kata yang ditulis Ara. Syahdu. Kasihnya tidak terperi. Kini Mika menyedari, Cinta Khadijah miliknya di alam nyata dan Cinta Zaharah akan sentiasa dihatinya.
“Abang, dah-dah la tu. Dah malam dah ni. Jom tidur,” ujar Cinta penuh dengan kelembutan. Mika terus menutup diari Ara lalu mengesat air matanya. Bingkas dia bangun mendapatkan isterinya. Dirangkul pinggang isterinya. Lalu dikucup lembut pipi Cinta.
“Abang sayang Cinta,” bisik Mika ditelinga Cinta. Cinta hanya tersenyum. Maka, bermulalah episod baru dalam kehidupan Mika. Cinta Khadijah, kau tetap akan ku sayang sampai akhir hayat ku, selagi hati Cinta Zaharah masih setia bersamaku.


- T A M A T - 

p/s: kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun yang telah mati. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri.
 ___falihin jasmi 2010___


20 comments:

  1. sedih...

    mika berunutng..dia dpt memiliki dua hati yang 2 insan yg berbeza tp berwajah serupa... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    20 THINGS ABOUT NABILAH

    ReplyDelete
  2. jalan cerite nye memang menarik... best... sanggup abiskan bace cerite ni tanpa henti... huhu!~^__^

    ReplyDelete
  3. wah..best cerita ni..
    keep writing dear ^__^

    ReplyDelete
  4. sewiyes cer ni best..
    haha plus love JJ Tebrau..
    JJ tebrau da best mcm cer ni gak..
    keep writing..^^

    ReplyDelete
  5. xpasal-pasala aku terjebak baca cerita nie...huhuhuh.. layan2...

    mika memiliki 2 cinta...huhuhu..so sweet ar...

    ReplyDelete
  6. not bad . sedih tpi bhgia jugk . hihihi .

    ReplyDelete
  7. best laa cerpen u ni :) buat laa lg ok,,gdluck :)

    ReplyDelete
  8. @nabilah_2908 tak semue org akan dpt apa yg dia nak dlm kehidupan...

    ReplyDelete
  9. @kyrullanuar hahhaa, sekali bace, terus jatuh cinta...

    ReplyDelete
  10. cerita yg menarik... tp kalau saya jadik Cinta Khadijah, mesti rasa x best... huu... sbb lelaki tu dok ingat2 lg ex-gf dia. huwaaa.... xmau share...xmau!xmau!

    ReplyDelete
  11. best sangat cite ni, sobssss! br je follow , nice blog :)

    ReplyDelete
  12. unpredictable..egtkn cinta zaharah tembak cinta khadijah,upenya tmbak dri sndr..erm,best2..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. best bro citer ni....
    aku pun tejebak bace citer ni..hehe

    ReplyDelete
  15. Benci dengan watak cinta khadijah!

    1. cinta dengan ex kakak kembar dia sendiri. huh!

    2. lapor dengan polis ttg pembunuhan zaquan. cinta khadijah x pegang janji!

    apapun sy suka hasil tulisan admin, superb bro! err.. pasni boleh tak tolong jadikan Nazim Othman sebagai hero pula :) 'cerri' yg paling sy suka ialah cupcake princes.

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha