CUPPIES 02
Silau sinaran mentari dari tingkap membuat Fina terjaga. Digosok matanya, menggeliat semahunya. Jam di dinding sudah menunjukkan 12.30 tengah hari. Fina melangkah lemah keluar dari biliknya. Rasa seperti ada beban di bahunya.
“Awal kau bangun Fina? Ayam berkokok pun sakit tekak nak kejut kau bangun,” sinis Pn. Rose.
“Hai mak, menyidir pun agak-agak lah. Mane ade ayam kat tengah-tengah bandar ni mak. Orang tidur lambat lah malam tadi,” ujar Fina lalu duduk di meja makan. Sebelah kakinya di naikkan ke atas kerusi.
“Kau ni Fina, cube sopan sikit. Kau tu perempuan. Ni dengan rambut pendek kau, baju kemeja lusuh. Kau nak jadi ape ni Fina?” bebel Pn. Rose. Fina hanya diam sambil menyuakan roti jala ke mulutnya. Seperti mencurah ke air keladi sahaja, getus hati Pn. Rose.
“Ala mak ni, asal Fina bangun je, mak bebel. Asal mak bebel je, Fina bangun. Nak jugak rase bile bangun, mak cakap, selamat pagi Fina, meh breakfast dengan mak, meh. Mak masak sedap-sedap untuk Fina hari ni. Kan best kalau macam tu mak,” balas Fina sambil meneguk air milo.
“Aku bebel bersebab. Kau tu, kalau lepas subuh tak tidur, tak boleh ke? Rezeki tertutup kau tahu kalau kau tidur lepas subuh. Cube tolong mak buat sarapan ke, basuh baju ke, kemas rumah ke. Aku suruh kau cari kerja, kau malas. Sampai bile aku nak sara kau ni? Kalau arwah bapak kau ade, mesti kau dah kene tibai Fina. Nasib baik mak ni mulut je jahat, tapi hati mak baik,” ujar Pn. Rose panjang lebar. Fina seperti endah tak endah sahaja dengan kata-kata emaknya.
“Ye la mak, kejap lagi Fina cari kerja. Mak nak kerja ape? Lawyer? Doktor? Ke Arkitek? Nanti Fina pergi cari ye mak,” seloroh Fina. Pn. Rose merenung tajam ke arah Fina.
“Kau kan, kalau mak cakap tak pernah nak ambil serius. Kau ingat cari kerja tu macam beli air milo ais dekat kedai, ikat tepi je ke? Kau kan ade diploma kulinari. Kau pergi lah cari kerja dekat hotel ke, restoran ke. Tak kan itu pun mak nak ajar?”
“Panas lah mak kerja kat dapur. Nanti tangan orang besar sebelah duk kacau kuali,” ujar Fina sambil ketawa. Pn. Rose pun turut tertawa kecil. Sedegil-degil Fina, sayangnya pada Fina tidak berbelah bahagi. Fina adalah satu-satunya anugerah Ilahi hasil perkahwinannya dengan arwah suaminya.
“Mak masak hari-hari Fina. Dari kau sekecil tapak tangan mak, sampai kau besar panjang macam ni. Tiap-tiap hari mak masak nak bagi kau makan. Ade ke kau nampak tangan mak besar sebelah?” soal Pn. Rose cube menidakkan kata Fina.
“Mak lain, Fina lain. Tangan mak lembut, tangan Fina kasar sikit,” balas Fina. Pn. Rose yang semakin geram, terus mendapatkan telinga Fina.
“Kau kan, kalau mak cakap, ade je jawapannya,” ujar Pn. Rose dengan nada geram sambil memiat telinga Fina.
“Ape ni mak? Main piat-piat telinga orang pulak. Sakit tau,” ujar Fina minta dilepaskan telingannya.
“Dah, pergi mandi. Lepas tu pergi cari kerja. Mak malas nak nasihatkan kau lagi. Selagi kau tak dapat kerja, kau jangan balik rumah mak ni,” tegas Pn. Rose. Fina terkesima seketika mendengar amaran emaknya itu.
**********************************************************************************
Sofea menghempas pintu sekuat hati. Yuyu terkejut dengan tindakan rakan serumahnya itu. Hampir terlepas mug hot chocolate di tangannya.
“Kau kenape ni Sofea? Kot ye pun marah tak payah la nak hempas pintu kuat-kuat. Kalau kau ade masalah Sofea, kau cerite lah kat aku. Aku kan pendengar yang setia,” ujar Yuyu.
“Lelaki semue tak boleh pakai!” bentak Sofea sambil menghenyakkan dirinya ke sofa. Amarah di hatinya masih belum berakhir lagi.
“Kau ni pun, start lah dari mule. Ni tibe-tibe bagi conclusion. Mane aku nak faham. Ce citer, ce citer,” ujar Yuyu sambil menghayunkan tangannya seperti Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
“Nantilah aku cerite kat kau Yuyu. Aku tengah panas ni. Dah la dekat luar tu panas, dalam hati pun panas,” ujar Sofea sambil menggetap bibir.
“Kau ni pun. Kalau panas sangat, kau pergi kat dapur, kau bukak fridge. Duduk depan fridge tu sampai kau rase sejuk,” seloroh Yuyu. Sofea yang sedang menahan marah, terus membaling bantal ke arah Yuyu. Mujur Yuyu sempat mengelak.
“Chill la Sofea. Aku gurau je pun. Dah, dah. Aku malas nak kacau kau. Aku pun nak bersiap pergi kerja ni. Kau cool kan lah diri kau tu dulu. Nanti bile suhu kau dah ok, kau cerite la kat aku. Lagi satu, ade lemon cupcakes atas meja makan,” ujar Yuyu lalu pergi meninggalkan Sofea sendirian di ruang tamu.
Lemon Cupcakes |
“Cupcakes lagi?” getus hati Sofea. Bila terdengar perkataan cupcakes, fikirannya terus teringat kejadian sebentar tadi.
“Oh ni kerja you ye! Siape perempuan ni Remy? You kate you sayangkan I. I lah satu-satunye perempuan dalam hidup you! Tapi perempuan ni siapa pulak? Siape Remy!” amarah Sofea kini memuncak sebaik sahaja tembelang Remy pecah. Perempuan tersebut hanya diam seribu bahasa. Cuak dengan situasi yang berlaku.
“I boleh jelaskan Sofea,” pujuk Remy.
“Dah I tak nak dengar ape-ape lagi dari mulut you! Dasar jantan hidung belang! Kau pun same! Dasar perempuan jalang!” bentak Sofea lantas mengambil bungkusan cupcakes di tangan Remy, lalu melemparkannya ke muka kekasihnya itu. Remy tergamam dengan tindakan Sofea.
“Sofea, janganlah macam ni…please,” pujuk Remy sambil mengelap mukanya yang dipenuhi cream cheese cupcakes Red Velvet. Sofea tidak menoleh ke belakang, meneruskan langkahnya meninggalkan apartment Remy. Amarah di jiwa hanya Tuhan yang tahu. Hancur luluh hatinya.
**********************************************************************************
Fina meletakkan skuternya di tepi jalan. Beg diselempangkan di bahunya. Rambut pendeknya dikemaskan sambil mengenakan glasses kerana hari semakin terik. Gaya Fina persis seorang lelaki. Walaupun ada ayu diwajahnya, tetapi ramai yang akan beranggapan Fina adalah seorang lelaki jambu dengan gaya dan perwatakannya yang sebegitu.
“Panasnye hari ni. Ni baru panas dunia, belum panas kat Padang Masyar lagi,” rungut Fina sendirian. Lollypop disumbat ke mulunya. Dia mengatur langkah, mencari sesuatu yang boleh membuka satu lembaran baru dalam kehidupannya. Betul jugak cakap mak, sampai bila mak nak sara aku? Kalau Mak dah takde, macam mane aku nak hidup? Bisik hati Fina. Sedang leka berkhayal, bahu Fina dirempuh seseorang.
“Wei bro, kau jalan mate letak kat mane? Kat lulut ke? Ke kat bontot?” marah Fina garang. Afry terkesima bila ditegur begitu.
“Sorry la bro. Aku nak cepat ni. Aku pun bukan sengaja nak langgar kau pun. Sorry la bro,” pinta Afry sambil membetulkan kemejanya.
“Sorry, sorry. Sorry naik lori la bro. Kau dah langgar aku ni, kau ingat tak kene bayar ke? Ape lagi, bak sini RM50,” ujar Fina sambil menadah tangannya kea rah muka Afry.
“Kau pun bukannya cedera pun. Yang kau pun jalan pakai glasses siapa suruh. Kan dah tak nampak orang jalan,” balas Afry cuba menolak permintaa Fina.
“Kau nak salahkan aku pulak? Banyak kacak muke kau? Dah, dah. Kau jangan banyak cerite bro. Bak sini RM50. Kau bagi aku RM50, lepas tu, baru aku blah” ujar Fina.
“Apehal pulak aku nak kene bagi RM50 kat kau? Dah, aku nak cepat ni. Kalau kau nak RM50 or lebih banyak duit lagi, kau ambil ni,” ujar Afry sambil memberi sehelai risalah kepada Fina lalu pergi meninggalkan Fina.
“Wey, bro! Kau boleh lari macam tu je! Siot betul la mamat ni,” ujar Fina, geram bila lelaki tersebut pantas meninggalkannya. Dilihatnya risalah yang diberi kepadanya.
Bersambung...
p/s: terima kasih kerana sudi membaca. nantikan kisah seterusnya dalam cuppies 2...sebarang komen daripada korang, amatlah dihargai...
p/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah:
CUPPIES 01
p/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah:
CUPPIES 01
xsabarnye xsabarnya..huhu, menariklah cite nih :)
ReplyDelete;)
ReplyDeletenape tetibe aku terbaca citer ni??da kompom kena baca smbungan pahni plak..adoiyai...uncle2..
ReplyDeletehurm.....its like im reading coffee prince..a bit..mcm mana?ade kaitankah?
ReplyDelete-hasifanrun
@Anonymous a bit la...hahha
ReplyDeleteeh ada nama Yuyu lah =p
ReplyDeletemacam Coffee Prince lah plak..
ReplyDeleteHO-ho-ho!
ada 1 pic cupcake...hiii sdg mgira kek sedap...
ReplyDeletebila pulak sofea beli lemon cupcakes..
ReplyDelete