Pages

V.I.P BLOG KU

Monday, May 9, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 01


CUPPIES 01


Afry mengikat rambutnya yang sudah mencecah bahu sambil matanya meliar memerhatikan gadis diluar kaunter yang sudah lama menunggu. Manis orangnya.

“Welcome to Cupcakes Princes. Ade ape yang saya boleh bantu?” Ujar Afry sambil melirikkan senyuman kepada pelanggannya itu.

“Semuenye menarik. Comel-comel la cupcake ni. Susah I nak pilih,” ujar si gadis manis yang terus menatap satu persatu cupcakes yang disusun rapi di dalam ruang pameran. Kelihatan riak keterujaan sebaik sahaja melihat cupcakes tersebut.

“Hidup memang bayak pilihan cik, macam jugak cupcakes kami ni, macam-macam design ade. Ade yang berbunga, ade yang watak kartun, ade yang simple, ade yang complicated. So, terpulang kepada diri kita sendiri untuk menentukannya,” ujar Afry tidak semena-mena.

“Ish awak ni, saye nak pilih cupcakes. Bukan nak cari cara selesaikan masalah,” ujar gadis tersebut sambil merenung tajam ke arah Afry. Tersentak seketika Afry tatkala ditenung sebegitu.

“Maafkan saya cik. Ok, macam ni, cik nak beli cupcakes ni untuk siapa? Saya boleh cadangkan yang terbaik untuk cik,” jelas Afry.

“Untuk boyfriend saye. Hari ni birthday die,” ringkas gadis tersebut.

“Oh, dah ade boyfriend. Ok. Kalau macam tu, saye cadangkan cupcakes yang ni. Red Velvet. Sedapnye tak terkate cik. Design pun simple. Mesti boyfriend cik suke dengan cupcakes ni,” ujar Afry sambil menunjukkan gadis tersebut cupcakes Red Velvet.



Red Velvet Cupcakes


“Em, boleh la. Bagi saye yang regular, 12 pcs,” 

“Baik cik,” pantas Afry mencapai kotak cupcakes dan mengisinya dengan cupcakes Red Velvet.
“Berapa semuanya?” soal gadis tersebut.

“RM 45.60 cik,” ujar Afry sambil menghulurkan beg kertas berisi kotak cupcakes. Gadis tersebut mengambilnya lantas memberi not RM50 kepada Afry lalu keluar dari premis tersebut.

“Cik, ni balance duit cik!” jerit Afry sebaik sahaja gadis tersebut melangkah keluar. Afry pantas mengejar gadis tersebut.

“Cik, ni duit balance cik,” ujar Afry sebaik sahaja mendapatkan gadis tersebut.

“Oh, terlupa pulak I nak ambil balance. Terima kasih ye,” ujar gadis tersebut sambil melirikkan senyuman manis. Bagai gugur jantung Afry bila melihat senyuman gadis tersebut. Peluh yang membasahi dahinya dilap. Senyumannya semanis cupcakes! Bisik hati Afry.


**********************************************************************************


“Oi, kau pergi mane ha? Aku suruh jage kaunter kejap pun tak boleh. Kalau customer datang siape nak layan?” Bentak Benjy sambil meletakkan helmetnya di atas meja. Zara hanya diam melihat papanya seakan marah kepada unclenya.

“Chill la bro. Aku pergi kejar customer tadi. Die lupe nak ambil balance die. Tak kan itu pun kau nak marah,” jelas Afry.

“Aku bukan marah. Cume aku pelik bile aku masuk tadi takde orang dekat kedai kite ni. Kalau ape-ape jadi, siape yang susah? Aku susah, kau susah. Semue susah tahu!” tegas Benjy.

“Papa, janganlah marah uncle Afry. Cikgu kate, tak baik marah-marah. Nanti cepat tua,” ujar Zara yang baru sahaja mencapai umur 5 tahun tetapi petah bercakap.

“Betul tu kan Zara. Tak baik marah-marah orang kan,” ujar Afry sambil mendukung Zara sambil mencium pipi Zara, anak saudaranya yang bermata bundar itu. Benjy hanya diam bila melihat kemesraan Zara dengan Afry.

“Baiklah Zara. Papa tak marah lagi,” ringkas Benjy lalu memakai apron dan pergi ke ruang dapur.

“Zara nak cupcakes tak?” soal Afry. Zara mengangguk pantas.

“Zara nak yang ade stramberry taw uncle Afry,”

“Baiklah lah tuan puteri,” ujar Afry sambil mencuit manja hidung Zara. Zara cuba mengelak sambil tertawa. Afry mencapai piring dan mengambil cupcakes Chocolate Moist Strawberry lalu diberikan kepada Zara. Zara menikmatinya dengan penuh berselera.


Chocolate Moist Strawberry Cupcakes


“Afry, kau dah siap buat poster iklan untuk interview pekerja baru ke?” soal Benjy sambil menatang dulang yang berisi cupcakes Lovely Lavender lalu menyusunnya ke ruang pameran. Begitu kreatif seni persembahan cupcakes yang dihasilkan Benjy. 

“Lagi sikit bang. Ade nak kene touch up sikit,” jelas Afry sambil memerhatikan si comel Zara menikmati  cupcakes Chocolate Moist Strawberry.

“Kan aku dah suruh buat minggu lepas. Tak kan tak siap-siap lagi? Ni la kau, suke sangat buat kerja last minutes. Dari sekolah bawak ke universiti, dan sampai kau dah kerja pun kau suke buat kerja last minutes kan. Nasib baiklah aku abang kau, kalau tak, dah lame aku buang kau kerje,” bebel Benjy.

“Ala abang ni. Aku dah siap dah. Just nak bagi cantik sikit je lagi. Petang karang aku pergi print dan tampal. Abang jangan lah risau, aku tahu lah kerje aku,” jelas Afry sambil mengusap lembut rambut Zara.

“Papa, tadi bukan papa kate tak nak marah-marah lagi ke?” soal Zara. Benjy terdiam.

“Mane ade papa marah, Zara. Papa bagi nasihat je kat uncle Zara tu,” jelas Benjy, cube menjaga hati anaknya. Zara cuma tersenyum sambil menyuapkan cupcakes ke mulut Afry.


**********************************************************************************


“Happy birthday Remy!” ujar Sofea sebaik sahaja pintu apartment Remy dibuka. Kelihatan Remy yang masih mamai cube membuka matanya dan menggeliat. Dia hanya memakai boxer ketika membuka pintu.

“Eh, Sofea! Ape yang you buat kat rumah I ni?” soal Remy kaget.

“Hari ni kan birthday you. So, I nak buat surprise la dekat you. Ni I ade belikan cupcakes Red Velvet untuk you. Mesti you suke kan,” ujar Sofea sambil menghulurkan beg kertas Cupcakes Princes kepada Remy.

“Thanks sayang,” ujar Remy.

“You tak nak ajak I masuk ke?” soal Sofea.

“Eh, tak manis kalau anak dara masuk rumah orang bujang. Nanti jiran nampak, ape kate die orang nanti,” ujar Remy cuba menghalang Sofea daripada masuk ke dalam unit apartmentnya.

“Ok, I tunggu dekat bawah je la. You pergi mandi dulu, busuklah,”seloroh Sofea sambil menutup hidungnya.

“Siape datang tu sayang?” satu suara perempuan kedengaran dari dalam rumah Remy. Remy mula panik. Sofea mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Pantas Sofea menolak pintu, lalu masuk ke dalam rumah Remy.



Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca. nantikan kisah seterusnya dalam cuppies 2...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...



13 comments:

miss suju said...

excited nk baca cerita selanjutnya..^^

mr.F said...

@miss suju: tq sebab support =) tunggu cuppies 02 ok!

jamie writes said...

nice story! anticipating for the next 'episode' :D

miss suju said...

Welcome :)
I'll support, penulisan kamu mmg best..idea mencurah2 ke blog..yeayy ^^

Cik Mus said...

nice !elemen cupcakes membuatkan cerita ni nampak comel :)

Fify said...

cepat update yg seterusnyer!!!!xsabar..heheh..;) best2..

~~nAzIrAh aShAr~~ said...

Cter ko ni wt ak nk g bli cupcakes skrg!!waa!! Eh cptla update cter ko ni..besh!

Coretan.Hati.zaydatur said...

Sangat sweet :) siap ada gambar ;)''Sedap tak terkata'' hahaha ! very like that line..rasa macam Afry and Sofea sangat comel..uhuhuh..waiting for next,mr F :)

Twinx said...

interesting..teruskan menulis..:)

CN said...

cepat sambung!! cepat sambung!! tak sabar nak bace dah ni..huhuhu..nak bace lagi..

p/s: gian sudah :)

beena said...

LIKE+LOVE+MARVELLOUS+OHSEM= <3 <3 <3

Miszyuyu said...

nice! hihi

Mama Ishazah said...

d sini ada 2 pic cupcake..

ShareThis