Pages

V.I.P BLOG KU

Wednesday, June 15, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 08


CUPPIES 08


Matahari semakin meninggi. Fina sudah terpacak di depan Cupcakes Princes. Dilihat jam di tangannya, sudah pukul 9 pagi. Namun, batang hidung majikannya pun tidak nampak. Baik Benjy mahupun Afry, kedua-duanya masih lagi belum sampai. Fina mengelap peluhnya.

“Dah lame tunggu?” suara lelaki menyapa Fina dari arah belakang. Namun tiada respon dari Fina. Telinganya disumbat dengan earphone. Lelaki tersebut menepuk perlahan bahu Fina. Terkejut Fina yang sedang mendengar lagu dari iPodnya.

“Eh, encik ni buat saye terkejut je. Kalau saye ade sakit jantung, boleh mati tahu tak?” tegas Fina sambil merenung tajam ke arah Fed.
“I’m sorry,” ujar Fed sambil menghulurkan salam dan melirikkan senyuman kepada Fina. Jelas kelihatan baris giginya yang tersusun cantik. Fina menyambut salam dari Fed.

“Eh, encik ni kawan Encik Afry yang datang hari tu kan? By the way, saye Fina,” lancar mulut Fina memperkenalkan dirinya sebagai Fina.

“Eh, name you Fina?” soal Fed kehairanan. Fina terkedu. 

“Mane ade encik. Nama saye Fin la, encik salah dengar la. Telinga encik dah lame tak korek ke?” seloroh Fina, cuba menutup rahsianya.

“Oh ye, lame jugak saye tak korek telinga ni. Yang you ni, tak payah la nak berencik-encik dengan I. Just call me Fed. Fedrus Ummar,” ujar Fed, memperkenalkan dirinya kepada Fina. Matanya tidak berkelip melihat Fina.

“Oh, Fedrus Ummar. Sedap name encik Fed. Eh, silap. Fed,” ujar Fina sambil melihat ke arah lelaki bertubuh sasa di hadapannya itu. Susuk tubuh yang dimiliki Fed, pasti menjadi idaman mana-mana wanita yang melihatnya. Cara pemakainya yang sentiasa kemas dan bergaya, menambahkan lagi ciri-ciri seorang lelaki maskulin.

“Kenape mate you tak berkelip tengok I ni?” soal Fed. Dia cuba menduga Fina. Muka Fina mula merah padam kerana Fed sedar akan perlakuannya itu.

“Mane ade Fed. Saye cume kagum je dengan Fed ni. Dah la kacak, bergaya pulak tu,” puji Fina. Tidak salah rasanya seorang lelaki memuji kekacakkan lelaki lain, getusnya dalam hati.

“You pun ape kurangnya. Comel je. Geram pulak I tengok you ni,” kini giliran Fed pula memuji. Meremang bulu roma Fina tatkala dipuji Fed begitu. Dia ni “bengkok” ke? Kan aku ni berlagak jadi lelaki. Tak kan die ni minat lelaki? Ke dia tahu aku ni perempuan? Pelbagai soalan mula bersarang di fikirannya. Tiba-tiba, handphone Fina berbunyi. Nama Afry tertera di skrin.

“Excuse me Fed,” Fina meminta izin untuk menjawab panggilan. Fed hanya mengagguk. Fina melangkah ke tempat yang tersorok sedikit.

“Assalamualaikum Fina, aku Afry ni,”

“Waalaikummusalam, bos. Mane bos ni? Dah sejam saye tercegat depan Cupcakes Princes bos ni. Kalau saye masak Maggi, boleh habis berape banyak bungkus dah,” sinis Fina.

“Mulut kau longkang jugak kan, tapi takpe. Now, aku nak bagi tahu kau, Cupcakes Princes tutup hari ni. Aku dengan Ben balik kampong. Ade emergency. Mak aku sakit. Aku mintak maaf sebab lambat bagi tahu kau Fin,” jelas Afry.

“Oh, ok bos. Saye gurau je tadi. Kirim salam dekat mak bos ye, semoga cepat sembuh. Kirim salam sayang dekat Zara sekali ye,” ujar Fina.

“Ha, ok. Lagi kau nak kirim salam siape lagi? Dah, dah, habis kredit aku ni kang. Ok, bye,” balas Afry lalu mematikan talian. Fina terkedu dengan sindiran Afry.

“Siapa tu Fin?” soal Fed yang masih lagi menuggu Fina sehingga habis menjawab panggilan telefon.

“Afry lah. Cupcakes Princes tutup hari ni. Mak die orang sakit,” jelas Fina.

“Jadi you free lah kan hari ni? Jom ikut I. I belanje makan ke, tengok wayang ke,” pelawa Fed. Sekali lagi bulu roma Fina meremang. Bagai ade sesuatu yang tidak kene pada renungan Fed.

“Erm, boleh jugak lah Fed,” jawab Fina teragak-agak.

“Ha, cun. Jom lah,” ujar Fed lalu pantas memaut bahu Fina dan berjalan menuju ke arah Honda Jazz miliknya. Fina terkejut dengan tindakan Fed. Tapi, Fina hanya diam sahaja. Dia tidak mahu Fed mengesyaki sesuatu pada dirinya.


**********************************************************************************


Sofea melangkah keluar dari biliknya. Baju kurung yang dikenakan menambahkan ayu diwajahnya. Sesiapa sahaja yang melihat kecantikkan Sofea, pasti tidak berkelip mata. Pantas dia menuruni tangga menuju ke meja makan. Langkahnya terhenti tatkala terdengar perbualan telefon mamanya dengan seseorang.

“Kau boleh tak jangan ganggu aku dengan Sofea lagi?” bentak Pn. Suri. 

“Aku dah menyesal dengan perbuatan aku dulu Suri. Aku mengaku, memang aku yang salah. Memang salah aku abaikan kau dengan Sofea, tapi aku terdesak Suri,”

“Aku tak nak dengar ape-ape alasan dari kau lagi. Cukup penderitaan yang aku alami ni. Kau dah tak bermakna lagi dalam kehidupan aku lagi! Kita dah takde ape-ape hubungan lagi. Faham?” tinggi nada Pn. Suri lalu mematikan talian telefon.

“Siapa tu mama?” soal Sofea.

“Eh, Sofea. Tak perasan pulak Sofea dah turun. Cantik Sofea hari ni. Dah lame mama tak nampak Sofe pakai baju kurung. Manis je mama tengok,” puji Pn. Suri, cuba menukar topik perbualan.

“Mama, mama jangan nak ubah topik. Baik mama cakap ape yang berlaku sebenarnya. Sofea dah dengar semuanya mama,” pinta Sofea sambil merenung mata mamanya. Pn. Suri berasa serba salah. Diluah mati bapak, ditelan mati emak.

“Sofea, mama ok je. Cume kawan lama mama je telefom tadi. Takde ape-apelah Sofea. Jom makan. Mama dah masak lauk kegemaran Sofea ni. Asam pedas ikan pari,” ujar Pn. Suri sambil menarik tangan Sofea ke meja makan.

“Mama, kalau mama ade ape-ape masalah, mama bagitahu lah Sofea. Mane tahu Sofea boleh tolong ke,” ujar Sofea sambil mencedok nasi ke pinggan ibunya.

“Sofea makan dulu nak. Nanti dah tibe mase yang sesuai, mama akan bagi tahu Sofea. Untuk sekarang, kite makan dulu. Sofea jangan fikir pasal mama. Sofea pun baru je berpisah dengan Remy. Sofea rehat dulu. Mama tak mahu ganggu fikiran Sofea,” ujar Pn. Suri sambil menyuakan nasi ke mulutnya.

“Sofea takde mood lah nak makan macam ni. Sofea dengar perbulan mama tadi. Mama macam ade masalah besar je ni,” protes Sofea. Pinggannya ditolak ke tepi.

“Tak baik buat macam tu Sofea depan rezeki,” lembut suara Pn. Suri. Air matanya mula menitis membasahi pipi. Sofea pantas memeluk mamanya. Rasa kesal mula menguasai dirinya.

“Maafkan Sofea mama. Sofea janji tak buat macam tu lagi,” ujar Sofea lantas mengelap air mata Pn. Suri.

“Baiklah Sofea. Mama akan cerita,” ujar Pn. Suri perlahan.

“Kalau mama tak bersedia lagi. Tak perlulah cerita. Sofea paham perasaan mama,”

“Tidak Sofea. Mama dah bersedia. Sebenarnya....” kata-kata yang keluar dari mulut Pn. Suri membuatkan Sofea benar-benar terkejut. Tangannya ditekup ke mulut, seakan tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh mamanya.


**********************************************************************************


“Opah, bangunlah opah. Jangan lah tidur aje. Zara datang ni Opah,” ujar Zara sambil menggerakkan badan opahnya yang terlantar di atas katil.

“Zara, biarlah opah rehat dulu. Opah penat tu,” pujuk Benjy tatkala melihat anaknya sejak dari tadi tidak berganjak dari kerusi di sebelah katil opahnya.

“Papa, Opah nak ikut mama pergi jugak ke?” soal Zara. Afry yang berada di sebelah Benjy terus memeluk Zara.

“Zara, jangan cakap macam tu. Zara doa lah kepada Allah, supaya Opah cepat sembuh. Zara sayang Opah tak?” soal Afry. Zara hanya mengangguk.

“Ok, kalau Zara sayang Opah, Zara doalah banyak-banyak supaya Opah cepat sembuh,” ujar Afry sambil mendukung anak buahnya itu. Benjy hanya memerhati keletah anaknya itu. Zara masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Afry meminta izin Benjy untuk membawa Zara ke cafeteria Hospital. Benjy hanya mengangguk tanda setuju.

Benjy melihat emaknya, Hjh Nisa’, yang terlantar di atas katil. Dikucup lembut dahi emaknya itu. Diusap lembut pipi Hjh Nisa’. Sudah banyak pengorbanan yang telah dilakukan untuk membesarkan mereka dua beradik, selepas arwah bapanya pergi mengadap Ilahi.

“Mak, bangun mak. Ben bawak cupcakes pisang kesukaan mak ni. Mak, bangunlah mak,” pinta Benjy sambil mengusap kepala emaknya. Mata Hjh Nisa’ mula bergerak.

Banana Cream Cupcakes

“Kamu dah sampai nak?” ujar Hjh Nisa’. Berat rasanya untuk membuka kelopak mata.

“Benjy dah sampai mak, Afry dan Zara pun ade ni. Mereka ade kat luar tu,” ujar Benjy sambil merenung wajah emaknya dengan penuh rasa simpati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

“Panggil Afry dengan Zara masuk Ben. Mak nak jumpe dengan mereka,” lemah nada Hjh Nisa’. Lantas, Benjy melangkah ke pintu lalu membukanya. Alanglah terkejutnya tatkala melihatkan Eith berdiri di depan pintu sambil tersenyum.

“Assalamualaikum bos,” sapa Eith lalu melangkah masuk ke dalam bilik wad.

“Waalaikumusalam. Kamu buat ape dekat sini Eith?” soal Benjy kehairanan.

“Saya nak jumpa mak saya la,” ujar Eith ringkas, lalu mengucup tangan Hjh Nisa’. Sekali lagi Benjy terkejut! Terkesima dengan apa yang berlaku di depan matanya.


Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca. nantikan kisah seterusnya dalam cuppies yang berikutnya ...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 


8 comments:

shindosai said...

i love cupcakes!

CN said...

episode 9? kne besabar lagi..huhu

mr.F said...

@CN ade. tungguuuuuuu

fieylif said...

lihin,xpyh pos ckit2 la cerita ni..pos semuanye smpai habis..tertanya2 taw x..hahaha

Anonymous said...

waaaaaa that is so unexpected!wowwoe =)

-hasifanrun

mr.F said...

@fieylif nak jugak sikit2....rase cm nak post word by word...hhahha

mr.F said...

@Anonymous well, cerite kene ade flow kan...hehehe, btw, tengs for reading naf :)

Miszyuyu said...

aikkkkkkkk?

ShareThis