Pages

V.I.P BLOG KU

Saturday, August 4, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 6



Kotak Kurma 6



Suara Adhan sudah lagi tidak kedenganaran. Qaish cuba membisikkan kalimah syahadah di telingan Adhan. Orang ramai yang berada di kawasan tempat letak kereta mula mengerumuni, ingin melihat apa yang berlaku. Ada di antara mereka yang cuba mendapatkan bantuan. Namun, segalanya sudah terlambat.

“Adhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!” jerit Qaish sekuat hati.

“Pak cik, oh pak cik. Kita dah sampai KL ni,” ujar pemandu bus ekspress sambil mencuit bahu Pak Ngah. Pak Ngah tersedar, matanya digosok. Mengucap panjang dia. Semuanya hanya mainan mimpi sahaja. 

“Encik, ni dekat mana?” tanya Pak Ngah.

“Ni kat Puduraya pak cik. Pak cik nak ke mana sebenarnya? Nampak macam pertama kali datang KL ni,” soal pemandu itu lagi. Pak Ngah mengangguk. Di ambilnya kertas di dalam saku bajunya.

“Pak cik nak pergi rumah anak pak cik. Ini alamatnya,” ujar Pak Ngah sambil menghulurkan kertas kepada pemandu bas tersebut.


“Oh, saya tahu alamat ni. Macam ni pak cik, saya punya shift hari ni dah habis. Esok pagi baru saya bawak bus balik. Apa kata kalau pak cik ikut saya balik, nanti saya boleh tunjukkan rumah anak pak cik ni,” pelawa pemandu bus tersebut dengan nada penuh mesra.

“Tak apa lah nak. Menyusahkan kamu je,”

“Apa yang susahnya pak cik. Lagipun tak salah kita tolong orang dalam kesusahan. Hari ini hari pak cik, esok lusa siapa yang tahu,”

“Kalau kamu dah kata macam tu, pak cik ikutkan saja. Nama anak ni siapa?”

“Orang panggil saya Amad. Nama pak cik siapa?” soal Amad.

“Panggil saja Pak Ngah. Orang kampung semua panggil Pak Ngah. Dari dulu sampailah sekarang,” ujar Pak Ngah sambil mengagkat begnya.

“Eh Pak Ngah, biar saya tolong angkatkan beg Pak Ngah tu,” ujar Amad lalu mengambil beg Pak Ngah dan terus dibawanya keluar dari bas. 

“Kalau tak keberatan, boleh saya tahu nama anak Pak Ngah ni?” soal Amad ingin tahu.

“Nama dia Ramadhan. Dari kecil pak cik panggil Adhan,” ujar Pak Ngah. Amad terkesima seketika. Fikirannya mula menyatakan sesuatu. 



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Theera sedang menangis teresak-esak di sisi katil. Datin Ei’syah cuba menenangkan anaknya itu. Qaish dan Hjh Jamilah sedang membacakan Yassin buat Adhan yang sedang koma. Mata Qaish sudah mula bergenang. Sayu suaranya membacakan surah Yassin. Firmy baru sahaja selesai bertemu dengan Doktor yang merawat Adhan.

“Macam mana Fir? Apa kata doktor?” soal Theera ingin tahu. Walaupun Adhan hanyalah bekas tunangnya, namun memang sukar dia memadam nama Adhan dari lubuk hatinya. Firmy memandang wajah-wajah yang berada di dalam wad. Theera, Datin Ei’syah, Qaish dan uminya. Ditarik nafasnya dalam-dalam. Jelas riak wajahnya menunjukkan rasa kesedihan. Langit di luar mula berarak mendung dan akhirnya rintik-rintik hujan turun, seakan menangisi apa yang telah berlaku.

“Doktor kata keadaan Adhan memang kritikal. Peluru tersebut hampir terkena jantungnya. Mujur kita Adhan cepat medapat rawatan dan pembedahan,” jelas Firmy.

“Habis Adhan ada peluang untuk hidup atau tidak?” soal Qaish.

“Doktor kata, 50-50. Bergantung kepada tubuh Adhan untuk melawan kesakitan. Kita hanya mampu berserah kepada Allah. Doakan yang terbaik buat Adhan,” ujar Firmy sambil menatap wajah Adhan yang terbujur kaku di atas katil. 

“Theera tak sangka perkara macam ni boleh jadi pada Adhan. Siapa yang tergamak nak buat perkara macam ni? Setahu Theera, Adhan tak pernah ada musuh dengan orang,” ujar nada sebak Theera. Air matanya yang dari tadi mengalir mula kering.

“Semua ni salah saya,” ujar Qaish. Kata-katanya membuatkan semua mata memandang tepat ke arahnya. Hjh Jamilah mengerutkan dahinya.

“Kalau Adhan tak tolong saya hantarkan kurma ke kereta, pasti perkara ni tak akan terjadi,” ujar Qaish sambil meletakkan Yassin di atas meja sisi. 

“Bukan Qaish. Ini bukan salah awak. Kebetulan sahaja awak beli kurma dari kami, dan sudah ditakdirkan Adhan mahu menolong awak mengangkat kurma ke kereta awak. Saya rasa, semua ini takdir Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya,” ujar Firmy cuba menenangkan keadaan. Datin Ei’syah mula gelisah. Hatinya mula berdebar. Dia tahu perkara yang berlaku disebaliknya. Cuma mulutnya saja berat untuk berkata-kata.

“Tapi, Theera dapat rasakan. Ada sesuatu yang sudah dirancang di sebalik apa yang telah berlaku. Kita tak tahu, hati budi orang. Nampak sahaja bertudung litup. Hati berselindung disebaliknya. Baik buruk kita tak tahu,” ujar Theera melemparkan tuduhan.

“Awak nak kata sayalah yang rancang semua ini?” soal Qaish. Matanya tepat memandang ke arah Theera.

“Saya tak kata awak. Kenapa awak nak terasa?” balas Theera dengan nada menjengkelkan.

“Habis siapa lagi yang bertudung litup dalam wad ni? Bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Sanggup awak tuduh orang sebarangan, ” ujar Qaish cuba mempertahankan dirinya.

“Terpulang kepada sesiapa yang menilai,” ringkas Theera. 

“Sudah, tak baik nak tuding jari. Cukup. Ini semua Qada’ dan Qadar Allah. Kalau cik Theera nak terus salahkan anak saya. Saya mohon beransur,” ujar Hjh Jamilah sambil menarik tangan Qaish, membawanya keluar dari bilik wad. Firmy hanya terdiam membisu. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Datin Ei’syah mula gelisah. Dia juga meninggalkan wad berkenaan.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Datuk Naqem meletakkan pistolnya di dalam dash board. Dia menghembus panjang nafasnya. Peluh di dahinya dikesat. Volkswagen Passat miliknya diletak di bawah garaj. Blackberrynya berbunyi. Kelihatan nama isterinya di skrin.

“Waalaikummusalam,” jawab Datuk Naqem sebaik sahaja mengangkat panggilan isterinya.

“Abang dekat mana ni?” soal Datin Ei’syah. Datuk Naqem mula berdebar. Dia seakan tahu soalan yang bakal diajukan oleh isterinya itu.

“Saya dekat rumah lah. Baru je sampai,”

“Abang, baik abang mengaku. Abang ke yang lakukan semua ini?” soal Datin Ei’syah serius. Datuk Naqem mula panik. Suaranya mula tersekat. 

“Err…..sebenarnya….”








Bersambung…




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA. 


Cara untuk menyertai:

  1. Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
  2. Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
  3. Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
  4. Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
  5. Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
  6. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.



Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 6, sila klik link di bawah-




Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)


1 comment:

Unknown said...

takde soalan pon? soalan no 5 je ada..

ShareThis