Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, June 3, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 06


CUPPIES 06


Zara menggalas beg Barbie Doll bewarna pink sambil berlari menuju ke kaunter sebaik sahaja van sekolah menurunkannya di hadapan Cupcakes Princes. Langkahnya terhenti tatkala melihat Fina yang sedang leka mendengar lagu dari iPod miliknya. Mata Zara tidak berkelip melihat Fina. Fina baru tersedar yang dirinya diperhatikan oleh Zara.

“Hye adik comel. Adik ni mesti Zara kan? Anak Abang Benjy? Betul tak?” soal Fina. Zara hanya mengangguk. Kekeliruan muncul di dalam fikirannya.

“Kejap. Awak ni abang or kakak? Zara pening la,” rungut Zara meluahkan apa yang berada dalam fikirannya sebaik sahaja melihat wajah Fina.

“Saya abang la. Zara boleh panggil abang, abang Fin,” pantas Fina berdalih. Suaranya digaraukan. Bahaya jika pembohongannya ini terbongkar. Boleh hilang kerja aku! Getus Fina di dalam hati.
“Kenape muke abang Fin ni macam perempuan ea? Cantik la Zara tengok,” puji Zara sambil duduk di atas kerusi.

“Ala Zara ni. Jangan la puji abang Fin macam tu. Ramai dah orang kate muke abang Fin ni jambu,” jelas Fina. Banyak tanye pulak budak ni. Bisik hati Fina.

“Hah? Muke jambu? Kenape muke jambu pulak abang Fin? Kenape tak muke buah lain? Strawberry ke? Blueberry ke? Apple ke?” soal Zara sekali lagi. Kali ni Fina sudah tidak tahan. Kepalanya ligat memikirkan helah.

“Zara, Zara nak makan Apple Caramel Cupcakes tak? Uncle Zara yang buat ni. Sedap,” ujar Fina sambil menghidangkan Apple Caramel Cupcakes kepada Zara. Zara pantas mengambilnya lalu disuakan ke dalam mulut.

Apple Caramel Cupcakes

“Ish, sedap la Apple Caramel Cupcakes ni. Patutlah takde muke orang macam apple, sebab uncle Afry dah buat cupcakes rupenye,” kesimpulan awal yang dibuat oleh Zara.

“Nasib baik takde cupcakes jambu kan Zara? Kalau tak, mesti muka abang Fin dah tak jambu lagi dah,” seloroh Fina sambil mencuit manja hidung Zara. Zara turut tertawa kecil. Afry yang baru keluar dari bahagian dapur sambil membawa dulang berisi Apple Caramel Cupcakes memerhatikan keletah Zara yang dilayan pekerja baru itu. Dia juga memikirkan perkara yang sama seperti Zara. Bukan sahaja Zara yang perasan, tetapi Fed juga perasan. Tapi dia yakin yang pekerjanya itu adalah lelaki!

“Uncle Afry, sedaplah Apple Caramel Cupcakes ni. Pandai uncle Afry masak,” puji Zara sambil menunjukkan isyarat bagus. Fina hanya tersenyum.

“Tengok la siape yang masak Zara. Ni uncle Afry la. Chef pastri terkenal di Malaysia,” ujar Afry sambil menyusun Apple Caramel Cupcakes ke dalam ruang pameran.

“Tak baik riak tau uncle Afry. Teacher Shasha cakap, kalau orang puji ke, ejek kite ke, kite senyum je,” ujar Zara sambil melirikkan senyuman. Fina juga turut tersenyum. Kali ni kau pun terkene dengan budak kecil ni Afry!

“Baiklah Zara, uncle senyum je la ye,” balas Afry sambil tersenyum. Tetapi senyumannya terhenti tatkala melihat wajah Fina.

“Eh, Fin! Yang kau tercegat layan si Zara kat situ kenape? Tolong aku susun cupcakes ni. Banyak cantik muke kau nak curi tulang pulak,” tegas Afry. Fina hanya menurut perintah.

“Tengok, uncle Afry pun kate Abang Fin cantik,” ujar Zara.

“Bile mase uncle cakap muka Abang Fin cantik ni Zara? Zara ni memandai je,” 

“Tadi yang uncle cakap, banyak cantik muke kau nak curi tulang pulak,” ajuk Zara meniru gaya Afry. Afry terkedu. Fina hanya mampu tersengih sambil menyumbat kembali telinganya dengan earphone. 


**********************************************************************************


“Tahniah Eith. Awak diterima bekerja di Cupcakes Princes,” ujar Benjy sambil menghulurkan tangan kepad Eith. Eith menyambutnya dengan senyuman. Seperti ada satu aliran yang mengalir sebaik sahaja mereka berjabat salam. Pantas Benjy melepaskan tangan Eith.

“Encik Benjy tak ape-ape ke?” soal Eith.

“Eh, aku ok. Aku ok. Cume yang saya pelik, kenape kau beria sangat nak kerja dekat cafe yang tak seberapa tu? Kalau aku tengok dari kelayakan kau, kau boleh jadi manager dah,” soal Benjy sambil mengambil minuman di atas meja.

“Saya dah agak Encik Benjy mesti akan tanya pasal perkara ni. Saye sebenarnya, kalau diikutkan kelayakkan yang saya ada, memang saya dah boleh jadi manager. Even saya boleh bukak cafe saya sendiri dengan harta peninggalan arwah kedua ibu bapa saya. Cuma saya lebih suka menimba pengalaman bekerja dari bawah. Hanya pengalaman dapat menjadikan seseorang itu lebih dewasa,” jelas Eith panjang lebar. Benjy hanya mengangguk setuju.

“Alangkah bagusnya kalau semue anak mude dekat Malaysia ni macam kau Eith. Takdelah jadi macam sesetengah golongan muda yang berpendidikan tinggi, terus dapat pangkat tinggi. Tahu bagi arahan je,” tambah Benjy.

“Saya setuju dengan Encik Benjy. Contohlah kan, sorang mamat ni baru habis belajar d ekat oversea, terus dapat jawatan tinggi. Masuk office bukan main berlagak lagi. Siap ditengking secretary kalau salah bagi fail. Cuba die yang kerja susun fail tu. Baru die tahu langit tinggi ke rendah,” ujar Eith sambil menyuakan Mochachinno Cupcakes yang dibawa Benjy.

Mochachinno Cupcakes

“Kau ni Eith, cakap macam ade pengalaman je,” duga Benjy. Eith hanya tersenyum.

“Encik Benjy, bile saye boleh mula bekerja?” soal Eith cuba mengalihkan topik perbualan.

“Esok kau dah boleh bekerja dekat Cupcakes Princes dan lagi satu, tak payah nak berencik-encik dengan aku. Panggil Ben je sudah,” 

“Baiklah Ben, kalau tak ade ape-ape, saya nak mintak diri dulu sebab ade hal penting nak diuruskan. Assalamualaikum,” ujar Eith lalu menghulurkan salam kepada Benjy.

“Waalaikummusalam,” balas Benjy sambil melihat Eith berlalu pergi. Dari riak muka Eith, semacam pernah aku berjumpa. Tapi di mana ya? Soal Benjy di dalam hati.


**********************************************************************************


“Ya Allah, kau kenape ni Sofea? Habis baju kau ni ha. Koyak sane, koyak sini,” jerit Pn. Suri bila melihat keadaan anaknya yang keluar daripada kereta. Esakkan Sofea semakin kuat.

“Remy mama, Remy,” hanya itu yang mampu diungkapkan Sofea. Air matanya tidak mampu dibendung lagi. 

“Kenape dengan Remy, Sofea? Cube Sofea cakap dengan mama. Biar mama ajar die cukup-cukup,” geram nada Pn. Suri walaupun dia tidak tahu hujung pangkal cerita. Tetapi hati seorang insane bergelar ibu memang tidak dapat dinafikan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pn. Suri cuba menenagkan Sofea. Diusap lembut kepala Sofea.

“Mama, kenape Remy sanggup buat Sofea macam ni mama? Kenape semue lelaki same je mama? Papa tinggalkan mama untuk perempuan lain, dan kali ni Remy menduakan Sofea mama,” jelas Sofea dengan suara yang tersekat-sekat.

“Sabar Sofea, sabar nak. Orang lelaki memang macam tu. Susah nak percaya. Manis hanya di bibir. Tetapi, tak pernah nak hargai kemanisan yang dikecapi. Mama faham perasaan Sofea dan mama nak Sofea lupekan je si Remy tu. Calon menantu ape macam tu? Perangai macam hantu!” amarah Pn. Suri. Sofea hanya mampu mengalirkan air mata kekecewaannya.

“Tapi yang baju kau koyak sane-sini ni kenape Sofea? Ape yang Remy dah buat kat kau ni?” hati Pn. Suri mula gelisah, takut Remy telah melakukan sesuatu yang melampaui batas terhadap anaknya. Sofea cuba menahan air matanya daripada berhenti mengalir. Satu persatu kisah diceritakannya.

“Ni semue si Remy punya pasal la mama. Sofea on the way nak pergi kerja. Turun je lif, muka dia dah tercegat depan pintu lif. Before that, Remy terkantoi dengan Sofea. Dia ade perempuan lain dekat apartment dia. So, Remy datang sebab nak minta maaf pada Sofea. Tapi Sofea tak nak. Sofea pulangkan cincin yang dia bagi dulu. Lepas tu, entah syaitan mana rasuk, Remy peluk Sofea kuat-kuat. Sofea cuba melawan tapi...” kata-kata Sofea terberhenti di situ.

“Remy buat sesuatu yang tak baik pada Sofea ke?” duga Pn. Suri. Minta dijauhkan perkara yang tidak baik daripada berlaku ke atas Sofea.

“Tak sempat mama. Sofea cube tekan loceng kecemasan. Lepas tu security pun datang dan terus bawak Remy keluar. Tu yang baju Sofea koyak ni,” jelas Sofea dengan nada sayu. Jelas riak kelegaan di wajah Pn. Suri kerana Sofea tidak diapa-apakan oleh si Remy. Pn. Suri tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukup dia sahaja yang menanggungnya. Keperitan yang dialami masih lagi terasa. Parut luka di kulit boleh dihilangkan tetapi parut di hati? Hanya Tuhan saja yang tahu.

“Kenapa mama nangis ni mama?” soal Sofea pelik dengan reaksi spontan Pn. Suri. Pantas Pn. Suri mengesat air matanya.

“Takde ape-ape lah Sofea. Mama gembira melihat kamu selamat,” dalih Pn. Suri. Biarlah rahsia yang disimpannya kemas selama 22 tahun, tersimpan rapi. Sofea tidak boleh tahu akan kebenaran yang amat menyakitkan itu.


Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca. nantikan kisah seterusnya dalam cuppies 2...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 


 

6 comments:

Anonymous said...

ala-ala coffea prince eh ? best ^^

Anonymous said...

suke cupies...

* salam kenalan dari fazilzurakil ..

** jom terjah Fazurybeuteq.blogspot.com

mr.F said...

@Novelgurl essence tu ade, tapi more to malaysia culture..

mr.F said...

@fazilzura tq =)

~~nAzIrAh aShAr~~ said...

falihin oi..cpt2la sikit wt cter ni sampai habis!!hahahahahhaa..xsabar nk bce yg ending..btw ble ak bce ko ye entry cter ni mst wt ak tliur..trase nk mkn cupcakes!haish!

Miszyuyu said...

wah apple caramel tu nampak sedap.. xpenah jmpa lg cupcakes ni..

ShareThis