Pages

V.I.P BLOG KU

Monday, November 15, 2010

MUSLIHAT ( MUKA ENAM )





MUKA ENAM

                Kereta Mercedes Benz CL Class meluncur laju menuju ke Gerbang Selatan. Kenderaan menuju ke Singapura agak sedikit. Pak Daud sedang menumpukan pemanduannya sambil diperhatikan Safwan disebelahnya. Begitu tekun Safwan memerhatikan setiap apa yang dilakukan Pak Daud. Datin Habibah dan Liya hanya diam di belakang. Semuanya diam seribu bahasa. Hanya lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan dendangan Shahir berkumandang di corong radio. 

                “Datin, nak saya bawa ke mana dulu ni Datin? Marina Square atau Arab Street?” soal Pak Daud memecah sunyi. Datin Habibah hanya diam membisu. Tidak memberikan apa-apa respon. Fikirannya serabut.

                “Pak Daud bawak kami ke Vivo City dulu,” respon Liya memandangkan mamanya tidak menjawab soalan Pak Daud.

                “Baik Cik Liya,” ujar Pak Daud.

                “Mama kenapa ni? Kita kan nak happy-happy ni. Kenape muke monyok je. Senyum la sikit mama,” pujuk Liya. Datin Habibah melirikkan senyuman walaupun kelat.

                “Takde papelah Liya. Mama pening sikit je ni. Panas kot cuace hari ni. Nanti dah dapat shopping beg ke, kasut ke, baju ke, ok la kot,” ujar Datin Habibah cuba menyembunyikan kerisauannya terhadap nota yang diterimanya tadi.

                “Ha, kan cantik mama Liya senyum macam ni. Baru la best nak shopping,” ujar Liya begitu teruja. Pak Daud memberhentikan Mercedes Benz CL Class betul- betul di hadapan pintu masuk Vivo City, salah satu pusat beli-belah terkemuka di Kota Singa.

                “Pak Daud, datang balik dalam pukul 3 petang. Pak Daud pergilah mane-mane dulu bawak si Safwan tu. Nanti Datuk balik malam ni, biar saya yang ambil dekat airport,” ujar Datin Habibah lalu menutup pintu keretanya. Mampus aku! Getus hati Pak Daud. Rahsia yang Datuk yang disimpan rapi selama ini bakal terbongkar!



**********************************************************************************



                Hjh Soleha termenung keseorangan di beranda rumahnya. Melihat kehijauan pokok-pokok buah yang hampir memenuhi laman rumahnya. Kedengaran bunyi burung, riang berterbangan. Terlihatkan pangkin di bawah pokok rambutan yang dibina arwah suaminya, teringat kembali kenangan manis, suka dan duka kehidupannya bersama arwah suaminya.

                “Kesian abang tengok Leha. Terpakse jage Safwan ni dengan abang,” ujar Hj. Darwis sambil menyusukan anaknya.

                “Takpelah bang, Leha tak kisah. Safwan darah daging abang jugak. Keturunan abang jugak. Walaupun bukan anak Leha, Leha akan jage die macam anak Leha bang. Leha akan tatang die macam minyak yang penuh. Abang jangan lah risau. Safwan masih lagi kecil, baru 3 bulan. Dia tak tahu ape-ape bang. Yang lepas biarkanlah lepas,” ujar Hjh Soleha.

                “Tapi abang nak Leha janji yang Leha akan simpan rahsia yang Safwan ni bukan anak Leha sampai bila-bila. Abang tak nak Safwan tahu pasal emak kandung die. Abang tak nak dia terluka lagi. Cukuplah apa yang Bibah dah buat dekat abang dan Safwan,” ujar Hj. Darwis sambil menghulurkan jari kelingkingnya kepada Hjh Soleha. Hjh Soleha menyambut huluran itu dengan mata berkaca.

                “Leha janji bang. Leha akan simpan rahsia ni. Hidup mati Leha hanya untuk Allah, abang dan Safwan. Biarlah kita miskin harta asal kita bahagia dengan apa yang ada bang,” ujar Hjh Soleha. Akhirnya air matanya mulai tumpah. Dikucup lembut ubun-ubun Safwan penuh kasih sayang. Hj Darwis terus memeluk isterinya itu. Air matanya turut berderai. Sanggup aku menipu Soleha hanya semata untuk menolong Zakey? Rasa kesal mula terbutir dalam hati Hj. Darwis. Biarlah, suatu hari nanti aku akan beritahu Leha siapa sebenarnya Safwan ni. Bisik hati Hj. Darwis.



**********************************************************************************



                Cruise Seri Danga gagah membelah hamparan biru Selat Tebrau. Langit yang cerah, tidak begitu terik sinaran mentarinya. Kelihatan Erham dan Imani sedang menikmati makan tengah hari di dalam cruise. Kemesraan jelas terpancar di wajah pasangan sejoli itu.

 “You, dah 3 bulan kita berkawan. Dah kenal hati budi masing-masing. I rasa dah sampai masanya I nak masuk meminang you,” kata-kata Erham membuatkan Imani benar-benar terkejut. Sudu berisi nasi goreng ketam diletaknya kembali di atas pinggan. 

                “You jangan nak merepek Erham. Janganlah main-main hal macam ni,” ujar Imani.

                “Imani, I tak main-main hal kahwin macam ni. You tengok muke I ni ade muke main-main ke?” ujar Erham sambil merenung tepat ke arah Imani.

                “Erham Datuk Hambali. Kita baru 3 bulan berkawan. Masih baru lagi,” jelas Imani, cuba mencari alasan. Malam tadi dia bermimpi lagi mimpi yang sama. Erham dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan bersama-sama satu lagi jenazah yang masih lagi misteri. Masih lagi menjadi tanda tanya. Imani takut mimpinya akan menjadi kenyataan. 

                “Sayang, walapun baru 3 bulan kita berkawan, I rasa ada keserasian antara I dengan you. You selalu melengkapi I. Susah senang I, you selalu ada” ujar Erham penuh rasa kasih dan sayang.  Imani hanya diam membisu.

“Imani Muslaini sayang, izinkan I memiliki you untuk selama-lamanya? Ujar Erham sambil membuka kotak berisi cicncin emas putih bertakhta sebutir berlian Chopard. Walaupun ringkas rekaannya, tetapi tetap cantik dipandang. Kumpulan muzik yang membuat persembahan di atas cruise menghampiri meja makan mereka. Mereka serentak memainkan irama muzik lagu kegemaran Erham, Just The Way You Are. Begitu romantis suasana yang sedang menguasai ruang Cruise Seri Danga. Imani menitiskan air mata kegembiraannya. Rasa terharu dan sangat dihargai. 

“Imani Muslaini, sudikah kau menjadi yang halal bagiku?” ujar Erham penuh romantis sambil menyarungkan cincin ke jari manis Imani. Imani hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Tidak sangka Erham akan melamarnya dalam suasana yang begitu spontan tetapi indah. Akan dikenang saat ini sehingga ke akhir hayatnya.



**********************************************************************************



                Pak Daud semakin risau panggilan yang dibuat kepada Datuk Hambali tidak berjawab. Kepalanya ligat mencari jalan yang terbaik agar tembelang datuk tidak pecah. Tidak pernah datin sendirian menjemput datuk di airport. Tetapi, kenape kali ni nak ambil pulak? Getus Pak Daud dalam hati.

                “Kenapa pak cik risau semacam je. Ade ape-ape tak kene ke?” aju Safwan sambil menghirup teh tarik. Murtabak Singapore sudah habis dimakannya sepinggan. 

                “Ish takde papelah Wan. Pak Daud pening sikit je ni. Maklumlah, orang tua la katakan,” ujar Pak Daud, cuba menyembunyikan masalah yang bakal timbul.

                “Pak cik, siapa nama datin tu? Pak cik tak kenalkan lagi pun dekat saye,” ujar Safwan.

                “Tadi mood datin tak baik, tu yang pak cik malas nak kenalkan kamu dengan die. Name die Datin Habibah,” jawab Pak Daud Sambil menghabiskan baki air kopinya. Safwan terkejut dengan jawapan pak Daud.

                “Datin Habibah? Sama macam nama arwah mak kandung saye lah pak cik. Kebetulan kan,” ujar safwan.

                “Ha’a. Kebetulan kot,” ujar Pak Daud ringkas. Malas dia hendak melayan Safwan. kepalanya serabut memikirkan mala petaka yang akan berlaku malam nanti.



**********************************************************************************



                Datin Habibah sibuk mencuba pakain di bilik persalinan. Liya pula tidak tahan untuk ke bilik air. Dari tadi dia cuba bertahan. 

                “Mama, Liya pergi toilet kejap ea. Mama tunggu sini taw,” ujar Liya.

                “Ok,” balas Datin Habibah dari dalam bilik persalinan. Liya pantas mengatur langkahnya mencari tandas awam berhampiran. Setelah selesai melunaskan hajatnya, Liya kembali mendapatkan mamanya. Tiba-tiba matanya ternampak susuk tubuh yang amat dikenalinya.

                “Athir!” jerit Liya. Pantas Liya mendapatkan Athir.

                “Eh Liya, you buat ape dekat sini?” soal Athir yang segak berkaca mata hitam Ray Ban, baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat dengan clientnya, Liongate Ltd.

                “Saje jalan-jalan. Teman my mom shopping,” ujar Liya.

                “Your mom ade sekali la ni?” 

                “Yup. Jom I bawak you jumpe my mom,” pelawa Liya sambil menarik tangan Athir. Athir hanya menurutkan saja karenah kekasihnya itu.

                “Mama, kenalkan kawan Liya, Athir. Athir, ni mama I, Datin Habibah” ujar Liya. Baik Athir mahupun Datin Habibah, kedua-duanya tergamam. Bagaikan darah berhenti mengalir, pucat muka kedua-duanya. Terdiam. Terkedu.




Bersambung...




p/s: kind to leave your feedback and name =) TQ! 


8 comments:

Anonymous said...

heee.... athir ngn datin habibah 2 ade hbgn kan??? :P
-kakak mahirah~

mr.F said...

hahaha...ntah
cube bce blik yg lepas2

Nieza Mi-cha said...

woahh.. byk suspen... rase x sabar nak tggu muka tujuh... huhu!~^__^

nursal90/musalli said...

suspen n best, tp yg bhgian imani ngn erham 2 buring siket sbb asek ulang psl mmpi mati..
neway, gud2..

nana_oxnort said...

jeng.jeng.jeng.hahaha

Anonymous said...

haaa....
i dont know if this is just my own feeling or what...
but...
jalan cerita dan hubungkait watak...
kind of the same like 14hari cinta..
ada byk similarity....errrr....

-hasifan

nana_oxnort said...

mano muka 7?

Anonymous said...

nk kiomen ape pon xtaw..xmenarik..

ShareThis