Assalammualaikum readers dan salam 1dunia
"SALAM RAMADHAN"
Sedar tak sedar, dah nak masuk hari ke-7 Ramadhan. Sedar tak sedar, dah lama aku tak upload blog. Kenapa? Aku sendiri pun tak tahu kenapa. So, untuk mengubati kerinduan, aku nak share mengenai Muslim Tour ke Korea yang aku menangi melalui peraduan yang dianjurkan oleh Secret Recipe. Boleh tengok
sini.
Aku bawak pn. emak untuk trip ke Korea ni. Semua ditanggung oleh pihak Secret Recipe yang bernilai lebih dari RM7k. Travel agent yang dilantik adalah Malaysian Harmony dan tour guide dari Malaysia adalah Miss Jun. Kami hanya perlu sediakan duit belanja untuk shopping di sana. Flight Korean Air, pukul 11.35 malam, 8 Jun 2014. Tempoh masa penerbangan adalah selama 6 jam dan masa di Korea adalah lebih cepat 1 jam berbanding di Malaysia.
|
#kekoreakekita |
|
Nasib ada ni, banyak movie baru boleh tengok. So, 6 jam takdelah bosan sangat (padahal tengok 1 movie tak habis lagi pun dah tido...zzzz) |
|
Stewardess Korean Air - Mr. Mr satu kali! |
|
2 jam sebelum landing, dorang serve American breakfast... tapi yang ni khas untuk Muslim :) |
Landed kat Incheon Airport kira-kira 6.20 pagi waktu Korea. Everything settle dalam pukul 7.15 pagi. Then kami dibawa berjumpa dengan tour guide Korea, Miss Jennifer Shin a.k.a Jen yang boleh berbahasa Malaysia. Dia sempat buat lawak yang akak dia Siti Nurhaliza, nama melayu dia Siti Jamilah. Nama international dia Jennifer Lopez :P Lupa nak cakap, tour ni ada 21 orang termasuk aku dengan pn. emak.
|
Korean Air- Service memang tip top! |
|
Muka tak mandi - gosok gigi saja dari kit yang Korean Air bagi |
|
Our tour guide- Miss Jennifer ... cuba teka umur dia berapa? She's 38 ..tapi tak nampak macam 38 -_- Still single and available |
|
Salah satu pemandangan sepanjang perjalanan ke Seoul. Ni Sungai Han... yang dalam Running Man duk seberang sungai guna kotak cardboard je... ade banyak jambatan yang merentasi Sungai Han...kalau tak silap 27 buah jambatan |
Then kami dibawa ke sebuah istana warisan Korea, Gyeongbok Palace yang terletak di bandar Seoul. Perjalan menaiki bas pelancong mengambil masa 1 jam dari Incheon Airport. Tapi, tengok keadaan trafik jugak la.
|
Laman Istana, kebanyakan pokok kat sini dari Pine sp. dan Gingko Sp. Memang cantik :) |
|
Tadi cuaca ala-ala sejuk je kan... now musim panas, tapi tak sepanas Malaysia... panas dia berangin |
|
Gendang ni dipalu semasa anak raja berkhatan.... ok... tipu |
|
Bangunan dalam Istana ni banyak, tetapi semua repetition. Lebih kurang sama...kau rasa macam dah macam inception dah....eh tadi bukan yang ni ke? eh tadi bukan yang ni ke? |
|
Sebenarnya beli monopod before pergi Korea siap shutter dengan fish eye, wide lens semua... last-last malas nak setting phone...leceh... so kita guna je la kederat manusia yang ada di sekeliling... kalau perasan, tulisan pada bangunan tu, tulisan cina...sebab semasa Gyeongbok Palace ni siap, tulisan Korea masih belum dicipta... apatah lagi Kpop |
|
Dalam istana... if tak silap, ni tempat bersemayam.... |
|
Suka detailing dia... colourful :D |
Selepas tu, kami semua dah lapar. Then kami dibawa makan di salah sebuah restoren tempatan. Jen kata makanan hari first special sebab makanan yang dihidang adalah untuk maharaja. Dalam kepala aku dah bayangkan ayam golek korea dah -____-
Tapi kalau kau beli barang, kau jangan convert, nanti sakit hati...hahahah... After makan, kami dibawa ke Pulau Nami. Pulau yang popular dengan drama bersiri Winter Sonata. Perjalanan adalah dalam 1/2 jam dari tempat makan tengah hari.
|
Naik feri ke Pulau Nami... dalam 5-8 minit je... ramai gila orang... ramai jugak coule yang datang ke Pulau Nami ni... Jen bagitahu, couple kat Korea ni memang suka pakai attire yang sama from head to toe. |
|
Sampai dah... then tour guide bagi briefing, untuk solat, boleh solat di Library Cafe, dorang ade sediakan ruang untuk solat. Jennifer ni bagus orangnya... guide kami sampai ke tempat solat. Memang dia dah biasa dengan pelancong dari Malaysia. |
|
Adela 10 minit berjalan nak ke tempat solat. Sepanjang jalan, ada street planting yang memang cantik, redup dan ini adalah salah satu setting dalam Winter Sonata. Kalau musim luruh memang cantik kat sini |
|
Tudia... ada bear celah pokok |
|
Dah sampai kat Library Cafe, bawah Cafe, tempat solat dekat tingkat dua.... bila naik, nampak la tiang yang diperbuat daripada buku ni... first word aku... gigihnya.... |
|
Ni kalau kat Malaysia memang dah ada dah tangan gatal yang tarik keluar buku-buku yang disusun... |
|
Feature wall cafe dari buku-buku cerita |
|
Tauke cafe ni adalah tokoh anugerah nilam 1999... ok jangan percaya -_- |
|
Pn. emak feeling jadi heroin Winter Sonata |
|
F&S by JanuarHaikal |
Orang Korea ni creative... banyak guna barang recycle untuk hiasan taman.
|
Rim basikal |
|
Wall dari recycle tin yang di compressed jadi block .. yang ni aku suka gila |
|
Bagi zoom sikit |
|
Teddiiiaaaaaaa.... |
|
Pn. emak dengan salah seorang mak cik yang menyertai trip ni |
After free and easy dekat Pulau Nami... then kami dibawa ke hotel penginapan hari pertama di Sorak Kumho Resort. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam. Apa lagi masing-masing sambung tido la... semua penat + dah kong sebab tak mandi-mandi lagi.
|
After check in, masuk bilik, rupanya aparment ade 2 bilik, siap ruang tamu dan dapur lagi + bilik air. Memang luas. Tidur ala-ala tradisi Korea, tidur atas lantai beralaskan toto dan comforter. Tapi memang selesa + sejuk. Aku ambil bilik yang ade sliding door. |
|
Yang ni bilik master, pn. emak yang punya. So, if family vacation, Sorak Kumho Resort ni memang sangat2 sesuai :) |
|
Ade dapur dengan alatannya sekali. So, boleh masak. Apa lagi, masak maggi la! Memang kebulur sebab lunch tadi memang tak boleh telan lauknya. So, kalau lidah yang memang lidah made in Malaysia, bawak lah maggi banyak2... |
Dekat bawah resort ni ade groceries 24 hour. So belilah air mineral. Air mineral kat sini yang kecik paling murah 700W, kira-kira RM2++. Ok, bersambung untuk hari kedua dalam MUSLIM TOUR TO KOREA (PART 2)!
Annyeonghaseyo!
p/s: part 2 ade cerita pergi Mt Sorak, teddy bear farm dan.......
4 comments:
wahhh.. best nya!! Teringin jugak nak pergi korea T.T Saya memang tekak melayu sejati. Dah pernah try kimchi. Tapi.....
Syoknya..... salah satu destinasi idaman
@wanieydush2 sama la kita :)
@Zuraida Rahim amin...moga jadi kenyataan :D
Post a Comment