Pages

V.I.P BLOG KU

Wednesday, June 16, 2010

...hari 12


Hari duabelas

Dingin malam yang melatari bandaraya Johor Bharu tidak mampu untuk meredakan kepanasan hati Datuk Ismail. Kesabarannya kini teruji. Tidak sangka susu yang diberi kini dibalas tuba. Penahanan isterinya petang tadi kerana menjadi salah satu suspek pembunuhan Zaquan membongkar rahsia yang selama ini disimpan rapi Datin Ruby. Datin Ruby dilepaskan kerana pihak polis tidak mempunyai bukti yang cukup untuk menuduh Datin Ruby melakukan pembunuhan. Tetapi, Datuk Ismail tetap hampa dan kecewa. Hancur luluh hatinya bila mengetahui isteri yang disayanginya selam 30 tahun itu sanggup berselingkuh dengan lelaki lain. Di mana silapnya dia membimbing isterinya, rumit Datuk Ismail memikirkannya. Wajah isterinya ditenung tajam. Dadanya berombak kencang.
“Abang, maafkan Ruby bang. Ruby berdosa pada abang. Ruby mengaku bang, memang Ruby yang salah. Ikut sangat kata hati, ampunkan Ruby bang…” ujar Datin Ruby sambil melutut di kaki suaminya itu.
“Abang tak sangka Ruby sanggup buat abang macam ni. Apa salah abang? Tak cukup ke ape yang abang dah bagi selama ni? Semua yang Ruby nak abang bagi, tapi kenapa ini yang abang dapat? Kenape Ruby? Kenape?” aju Datuk Ismail yang mahukan kepastian dari isterinya itu.
“Ruby tak tahu bang. Ruby khilaf. Ampunkan dosa Ruby bang, ampunkanlah Ruby…” air mata Datin Ruby mula berderai. Datuk Ismail yang semakin hilang tahap kesabarannya, memegang tubuh Datin Ruby. Direnung mata Datin Ruby dalam-dalam. Semakin membuak amarahnya. Tidak mampu lagi Datuk Ismail mengawalnya, sehingga tangannya singgah ke muka Datin Ruby. Terduduk Datin Ruby di atas katil. Kebas terasa di pipinya. Esakkannya makin kuat.
“Ruby tak payah nak mintak maaf pada abang. Abang mungkin boleh maafkan Ruby, tapi dosa Ruby pada Allah? Bertaubatlah Ruby, sebelum pintu taubat tertutup,” ujar Datuk Ismail. Mika yang sedari tadi menghendap pertelingkahan kedua orang tuannya, kini tidak sanggup melihat emaknya menderita kesakitan. Dikuatkan semangatnya untuk masuk ke bilik orang tuanya itu.
“Sudahlah ayah, buat-buatlah mengucap. Janganlah buat mak macam ni. Kesian dekat mak. Kalau ayah tak kesian dekat mak pun, ayah kesianlah dekat Iman,” ujar Mika tersekat-sekat. Hiba di hatinya kian terasa. Dipeluk erat emaknya itu. Datuk Ismail kini terdiam membisu. Beristighfar panjang.
“Maafkan ayah Iman, ayah tak mampu nak kawal kemarahan ayah. Ruby, abang maafkan Ruby. Tapi untuk kali ni saje. Kalau pisang berbuah dua kali, sampai bila-bila pun abang tak akan maafkan Ruby,” ujar Datuk Ismail lalu keluar meninggalkan dua beranak itu. Mika cuba menenangkan emaknya itu. Jelas terlihat kasih sayang seorang anak kepada emaknya. Pada Mika, walau apa pun yang berlaku, Datin Ruby tetap emaknya. Hanya satu di dalam dunia. Air mata Mika menitis keluar tanpa disedarinya.
“Maafkan mak Iman. Maafkan mak…” rayu datin Ruby.
“Iman maafkan mak. Walau ape pun yang terjadi, Iman tetap sayangkan emak. Mak janganlah menangis lagi, Iman tak nak tengok mak macam ni,” ujar Mika sambil mengesat air mata emaknya. Terharu Datin Ruby dengan tindakan anaknya itu.
*************************************************************************************
Ara tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Sudah beberapa kali dia mengubah posisi badannya. Tidak juga lelap. Fikirannya kini berserabut. Memikirkan apa yang telah dilakukannya untuk membalas dendam kepada bekas kekasihnya, Mika. Mengapa dia tergamak mengupah Zaquan untuk melanggar Mika? Mengapa dia tergamak membunuh Zaquan semata-mata ingin menutup rahsianya? Bertalu- talu soalan menujah fikirannya.
“Tak tidur lagi kak?” soal Cinta yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik Ara.
“Tak boleh nak lelap la Cinta,” balas Ara ringkas.
“Kakak nak share ape-ape problem ke? Cinta sudi mendengar kak,”
“Kau tak boleh nak buat ape Cinta. Aku dah banyak buat dosa. Kalau kau nak tolong aku, tolong keluar dari bilik aku,” tegas Ara. Cinta terpaksa akur dengan permintaan kakaknya itu, lalu melangkah keluar. Ara semakin tidak keruan. Fikirannya kini merawang teringatkan Mika. Tidak dia duga Mika meninggalkannya kerana tidak mahu melihat dia menderita. Begitu sekali sayangnya Mika terhadapnya. Dibuka diarinya. Diselak sehelai demi sehelai. Mata Ara tertancap pada gambar Mika bersama selipar kuning yang diberinya dulu. Teringat kembali saat-saat manis dia bersama Mika. Dikucup lembut gambar itu. Sayangnya pada Mika kini kembali.
*************************************************************************************
Kabus pagi mula menghilang. Sinar mentari yang melatari Pantai Lido dapat disaksikan jelas dari banglo milik Datuk Ismail. Pagi itu tidak seperti biasa. Kehadiran Mika menambahkan lagi keceriaan keluarga Datuk Ismail. Mereka bertiga, duduk semeja ketika bersarapan. Jelas terlihat kebahagiaan di antara mereka. Semua yang terjadi semalam, sudah dibuang jauh-jauh.
“Suke Iman tangok mak dengan ayah dah berbaik,” ujar Mika sambil menyuap mee goreng ke mulutnya. Datuk Ismail dan Datin Ruby hanya tersenyum. Mereka saling berpandangan.
“Sedangkan lidah lagi tergigit Iman, inikan pula suami isteri. Iman akan rasa juga nanti,” ujar Datuk Ismail. Berubah terus air muka Mika.
“Iman nak juga rasa macam mana nikmatnya berumah tangga ayah. Tapi Iman hidup bukannya lama…” belum sempat Mika menghabiskan kata-katanya, Datin Ruby meletakkan jari telunjuknya di mulut anaknya itu.
“Iman jangan cakap macam tu. Jodoh pertemuan, ajal maut, semuanya di tangan Allah. Emak akan pastikan Iman kahwin jugak,”
“Siapa nak dengan orang yang dah nak mati ni mak,” nada sayu Mika kedengaran.
“Cinta Khadijah. Mak berkenan sangat denagn dia,” ujar Datin Ruby. Datuk Ismail hanya mengangguk setuju. Mika mula serabut dengan permintaan Datin Ruby. Tak kan aku nak kahwin dengan adik kembar ex aku sendiri? Macam mana pula dengan Cinta Zaharah yang aku tinggalkan dulu? Getus hati Mika. Kepalanya ligat mencari alasan yang terbaik untuk mengelak permintaan Datin Ruby.
“Kanser ni tak akan membahagiakan dia mak,” ringkas Mika. tersedak Datuk Ismail yang sedang meneguk kopi.
“Dah, dah. Let it ends here. Iman, tak payah fikir tentang perkara ni lagi. Pergi rehat,” ujar Datuk Ismail. Datin Ruby pula terdiam. Terpana dengan renungan suaminya. Dia faham arahan suaminya itu.
*************************************************************************************
“Macam mana cuti bos? Dengar-dengar housemate bos accident. Dah ok ke?” soal Sara sebaik sahaja menghidangkan kopi untuk bosnya itu. Wazi menghirup penuh tenang.
“Cepat ea tersebar cerita ni. Korang ni buat kerja ke bergosip? Hahaha..by the way, die dah sihat dah,” ujar Wazi ceria.
“Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Takde lah bos saye ni susah hati je nanti,” ujar Sara sebelum meninggalkan Wazi. Wazi termenung sejenak. Tak susah hati die kate. Aku ni dah macam ape dah bile dapat tahu Mika ade kanser hati. Bisik hati Wazi. Wazi merenung frame gambar di atas mejanya. Diambil lalu diusap perlahan-lahan. Kenangannya bersama Mika memang banyak. Berkawan baik sejak kecil. Bersekolah sama. Belajar di universiti yang sama. Semua pahit maung mereka hadapi bersama. Kenapa kau harus pergi Mika? Aku tak nak kehilangan kau. Getus hati Wazi. Tanpa disedari, air jernih mula membasahi pipinya. Sayu.
*************************************************************************************
“Risau mama tengok Ara tu cinta. Mama tak tahu lagi nak buat macam mana. Bile mama tegur, cepat je die melenting,” adu Pn. Lisa sambil menghidangkan makan tangah hari.
“Ye ke mama? Takpe, nanti Cinta try cakap dengan die,” ujar Cinta.
“Kamu pergilah panggil die makan sekali. Dah banyak kali mama ajak, tak jugak die keluar dari bilik,” ujar Pn. Lisa.
“Biarkanlah dulu die mama. Fikiran die tengah serabut kot. Kita janganlah pressure die lebih-lebih. Nanti penyakit lame die datang balik macam mane? Bukan mama je yang susah, Cinta jugak susah. So, ape kate, mama duduk, makan dengan Cinta. Cinta pun ade bende nak cerita dengan mama,” ujar Cinta sambil menyenduk kuah asam pedas ke pinggannya.
“Ha, ape benda yang kamu nak cerita dekat mama ni,”
“Malu la nak cakap,” wajah Cinta mula merah.
“Ni mesti anak mama dah jatuh Cinta ni. Dengan siape? Cakap jelah. Tak payah nak berahsia sangat dengan mama,” ujar Pn. Lisa ingin mengorek rahsia Cinta.
“Mikael Iman,” ujar Cinta. Jelas reaksi terkejut dapat dilihat pada muka Pn. Lisa.
“Kamu dah gile ke Cinta. Die bukan ex boyfriend kakak kau ke? Kalau die tahu macam mana? Mama tak nak tengok korang bergaduh. Mama tak setuju,” Pn. Lisa member kata putus.
“Tapi ma…” pujuk Cinta.
“Kamu jangan nak cari pasal. Mama kate no, no la,” tegas Pn. Lisa. Cinta mula mencebik. Hatinya luluh bile cintanya mendapat tentangan mamanya. Cinta bingkas bangun meninggalkan meja makan.
“Cinta, habiskan nasi ni. Sikit-sikit merajuk. Elok lah tu anak dara merajuk,” sinis Pn. Lisa. Ara yang baru keluar dari bilikya terdengar perbualan mamanya dengan Cinta. Ara menggetap bibirnya. Geram apabila terang-terangan adik kembarnya itu menyatakan cintanya pada Mika. Ini tak boleh jadi ni! Getus hati Ara.
*************************************************************************************
Mika merenung Pantai Lido dari balkoni biliknya. Dicampak pandanganya jauh-jauh. Angin yang bertiup, menyapa lembut pipi Mika. Kepalanya ligat berpusing memikirkan perkara yang diajukan emaknya pagi tadi. Bukan dia tidak mahu mengecapi nikmat sebuah perkahwinan. Tetapi, dia buntu dengan pilihannya. Dalam hatinya ada dua Cinta. Cinta Zaharah dan Cinta Khadijah, saudara kembar yang telah mencuri hatinya. Antara kasih lama dan kasih yang baru disemai, Mika tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dicapainya pen dan kertas, diluahkan perasaannya.
“Tulis ape tu bro? sapa Wazi.
“Eh, takde pape la bro. Saje je nak tulis sikit-sikit. Haha… dah lama ke kau sampai? Soal Mika sambil melipat kertas yang sudah ditulisnya.
“Baru je samapi. Aku baru habis kerja ni. Dari office terus shoot ke rumah kau. Nak jengok kawan aku sorang ni. Aku jumpe mak kau kat bawah tadi. Die kate kau ade dekat atas. Aku tak nampak pun abang kau? Mane die?” soal Wazi lalu duduk di kerusi bertentangan dengan Mika.
“Oh, Ali pergi London. Ade urusan kerja dekat sana. By the way, mane barang yang aku pesan tu?”
“Ade ni ha. Dah macam takde selipar lain la kau ni. Selipar kuning buruk ni jugak yang kau nak pakai,” ujar Wazi sambil menyerahkan beg plastik berisi selipar kuning Mika.
“Kau tak tahu betapa aku sayang selipar ni Zi. Buruk die pun, aku lagi sayang,” ujar Mika sambil membelek keadaan selipar kuning kesayangannya.
“Suke la tu dapat balik selipar kuning tu,”
“Suke la. Kau nak tahu tak siapa yang bagi selipar ni?”
“Taw dah. Ex girlfriend kau kan?”
“Yup. Tapi kau tak tahu kan ex girlfriend aku siape?” Wazi hanya menggeleng.
“Siape bro?”
“Cinta Zaharah, kakak kembar Cinta Khadijah,” kata-kata Mika benar-benar membuatkan Wazi terkejut. Berkerut dahinya.
“Biar betul bro? kau tak pernah cakap pun kat aku? Kalau kau nak tahu, Cinta Zaharah tu one of my client,” ujar Wazi.
“Oh ye ke? Tak sangke ea. Kecil betul dunia ni. Pusing-pusing jumpe jugak orang yang same,” ujar Mika ketawa kecil.
“Tapi kenape kau macam ade masalah je? Kau keliru nak pilih yang mana satu ke?” soal Wazi.
“Yup, that’s right. Aku buntu lah bro. Dulu, aku tinggalkan Cinta Zaharah lepas aku dapat tahu yang aku ade kanser. Aku tak nak menghampakan die. Tu yang aku putus dengan die. Tapi, sekarang aku boleh pulak jatuh hati dengan adik kembar die pulak. Aku tak dapat bayangkan perasaan Ara nanti bile dapat tahu aku suke dekat adik die,” ujar Mika menerangkan apa yang terbuku dalam hatinya selama ini.
“Oh, susah aku nak tolong kau bro. Kau kene tanye diri kau sendiri. Siape yang patut kau pilih. Antara Cinta pertama kau atau Cinta baru kau,” ujar Wazi membuat kesimpulan.
“Ntah la Wazi. Aku pun hidup tak lama. Aku just nak rase bahagienya ade isteri. Ade penyeri dalam hidup aku,” nada sebak terdengar dari suara Mika.
“Kau tak nak jumpe dengan Cinta Zaharah ke. Terangkan ape sebenarnye yang ade dalam hati kau tu?” soal Wazi. Mika terdiam memikirkan cadangan Wazi itu. Perlukah aku menemui Cinta Zaharah kalau itu jalan yang terbaik? Bisik hati Mika.
*************************************************************************************
Ara menolak pintu bilik Cinta. Kelihatan Cinta sedang tekun mengadap laptopnya. Ara melabuhkan punggungnya di atas katil Cinta.
“Cinta, kakak ade bende nak cakap dengan Cinta,” ujar Ara.
“Ape die kak? Cakap je la. Kalau Cinta boleh tolong, InsyaAllah Cinta tolong,” balas Cinta.
“Cinta betul-betul sayangkan Mika ke?” persoalan yang keluar dari mulut Ara benar-benar membuatkan Cinta terkesima. Darah Cinta berderau.
“Err…kenape kak?”
“Kau tak payah lah sembunyikan lagi. Aku dah dengar dah semua,”
“Tapi kak…”
“Kau tak payah nak bertapi-tapi. Kalau kau dah suke, aku tak boleh nak halang. Kalau itu memang jodoh kau, aku nak buat macam mane,” nada sayu kedengaran. Cinta berasa pelik dengan ape yang diungkapkan Ara.
“Akak tak marah?”
“Buat ape aku nak marah, cume satu je aku nak. Kau jage lah Mika tu selagi hayat die masih ade. Bahagiakanlah hari- hari terakhir die,” ujar Ara dengan nada yang sebak. Cinta memeluk Ara. Tangisan mula kedengaran.
“Lagi satu Cinta, boleh tak kau bawa aku jumpe Mika buat kali terakhir?” pinta Ara.
“Boleh kak,” balas Cinta ringkas. Tetapi dia pelik mengapa untuk kali terakhir? Berkerut dahi Cinta.

Bersambung…


No comments:

ShareThis