Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, December 7, 2010

MUSLIHAT ( MUKA SEBELAS )





MUKA SEBELAS



                Safwan terbaring lesu. Mukanya pucat. Pak Daud setia menemani Safwan di sisi katil. Jururawat yang bertugas sibuk mengemaskan peralatan. Dr.Ruwaidah masuk sambil menulis sesuatu pada buku log.

                “Safwan, awak kene berehat dahulu. Badan awak masih lemah. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menderma darah untuk Datin Habibah. Saya amat terharu dengan kesudian awak untuk menderma. Tak banyak anak muda sekarang yang nak derma darah,” ujar Dr. Ruwaidah.

                “Baik doktor. Apelah sangat dengan darah saye kalau nak dibandingkan nyawa datin,” ujar Safwan merendah diri. Pak Daud menyuakan air mineral ke mulut Safwan. Bibir Safwan kelihatan kering, mungkin kekurangan air.

                “Doktor, boleh saye tanye sesuatu?” soal Safwan.

                “Boleh Safwan. Awak nak tanye ape?”

                “Kita boleh check guna ujian DNA kan kalau nak tahu kita ada hubungan saudara dengan seseorang?” soal Safwan inginkan kepastian.

                “Boleh Safwan. Kenape? Awak nak buat ujian DNA ke?” ujar Dr. Ruwaidah.

                “Errr...takde ape-ape lah doktor. Saye saje je tanye,” ujar Safwan sambil melirikkan senyuman. Pak Daud hanya diam mendengar.

                “Ok lah Safwan. Saye kene pergi ni. Pak Daud, kalau Safwan nak ape-ape, just inform dekat kaunter ye,” ujar Dr. Ruwaidah, terus melangkah keluar. Safwan kembali ke pembaringannya. Terasa lemah badannya.



**********************************************************************************



                Hjh Soleha menuangkan air teh untuk anaknya. Athir menyuap karipap sardin ke mulutnya dengan penuh bernafsu. Sudah lama dia tidak dapat makan karipap sardin emaknya yang paling sedap di dalam dunia itu. 

                “Safwan kerja dengan sape mak kat JB tu?” soal Athir ingin tahu sambil mulutnya tidak berhenti mengunyah.

                “Kelmarin, die ade telefon mak. Die jadi driver datuk. Sape name datuk tu. Mak lupe lah pulak. Dah tue ni, makin nyanyuk pulak,” ujar Hjh Soleha.

                “Tak kan mak tak ingat?”

                “Ha, Datuk Hambali Hassan!” ujar Hjh Habibah. Athir terkejut. Tersembur air teh yang diminumnya. Pantas Athir mengelapnya dengan tisu. Tiba-tiba dia teringatkan wajah Datin Habibah.

                “Yang kau ni kenape Athir? Main sembur-sembur pulak. Sape la sebut name kau ni sampai tersedak,” ujar Hjh Soleha lalu mengambil kain buruk untuk mengelap air yang tumpah.

                “Err...takde papelah mak. Macam familiar je name tu. Tapikan mak, Safwan tinggal dengan siape kat JB tu?” soal Athir, cube menukar topik perbualan.

                “Dengan bapak kandung die,” ujar Hjh Soleha spontan.

                “Ape? Bukan bapak dah mati ke?” soal Athir hairan. Dahinya berkerut.

                “Memang bapak kamu dah mati. Tapi bapak Safwan tak mati lagi. Hidup lagi sampai sekarang,” jelas Hjh Soleha.

                “Mak cakap ape ni mak? Bapak Athir yang betul-betul memang dah mati. Bapak tiri Athir pun mak kate dah mati setahun lepas. Bapak Safwan siape pulak?” soal Athir yang semakin rumit.

                “Kamu memang anak Hashim. Suami pertama mak. Itu memang pasti. Bile mak kahwin dengan bapak tiri kamu, die dah ade anak dengan bekas isteri die dulu, si Safwan tulah. Tapi, lepas kamu pergi, mak dapat tahu yang Safwan tu bukan anak kandung bapak tiri kamu ,” jelas Hjh Soleha panjang lebar.

                “Ok, ok. Habis Safwan ni anak siape?”

                “Anak Hj. Zakey. Kawan baik bapak kamu,” jawab Hjh Soleha. Sekali lagi Athir terkejut dengan jawapan emaknya.



**********************************************************************************



Andai Ku tahu

Kapan tiba ajalku

Ku akan memohon

Tuhan tolong panjangkan umurku


Andai Ku tahu

Kapan tiba masaku

Ku akan memohon

Tuhan jangan kau ambil nyawaku



                Tanpa disedari, air mata Erham mula menitis. Sayu hatinya mendengar lagu Andai Ku Tahu di corong radio. Sebak hatinya hanya Tuhan yang tahu.

                “Kenape you nangis ni sayang? Yang pergi akan tetap pergi. Kita yang hidup ni mesti kene teruskan hidup Am,” ujar Imani.

                “I sedih Imani. I cube tahan kesedihan I ni. Tapi bila dah sampai satu tahap tu, I dah tak boleh tahan kesedihan I Imani. Lepas satu-satu. Berat betul ujian Allah Imani,” keluh Erham.

                “Allah takkan menduga hambanya kalau hambanya tak mampu menanggungnya Erham. You jugak yang cakap dekat I. Kita kene terime Qada’ dan Qadar. Kita mampu merancang Erham, Tuhan yang menentukan,” ujar Imani lembut.

                “Terime kasih sayang sebab selalu ada untuk I. I tak tahu macam mana keadaan I kalau you takde,” ujar Erham sambil meneruskan pemanduannya meninggalkan Hospital Sultanah Aminah setelah keadaan Datin Habibah stabil.

                “I bersyukur Imani, mama I dipanjangkan nyawanya. I takut kehilangan dia Imani. I dah hilang kasih sayang seorang emak suatu ketika dulu. Tapi, bila papa I kahwin dengan mama I, mama bagi sepenuh kasih sayang die dekat I walaupun I ni hanya anak tiri die,” ujar Erham.

                “Alhamdulillah Am, Allah makbulkan doa kita. Mama you memang baik Erham. Bertuah you dapat mak tiri yang baik. Tak macam I, lagi kecil opah yang jage. Tak pernah dapat kasih sayang dari ayah dan emak kandung,” ujar Imani sayu. Teringat kembali arwah kedua ibu bapanya yang telah lama menyahut panggilan Ilahi akibat kemalangan jalanraya.

                “I harap you sabar Imani. Nanti bila kita dah kahwin, you akan dapat ape yang you tak pernah dapat. Kasih sayang seorang emak, seorang bapak dan yang paling penting, kasih sayang dari seorang suami,” pujuk Erham sambil melirikkan senyuman. Sejuk hati Imani tatkala melihat wajah kekasihnya itu.

                “I pun berharap macam tu Am. Sayang, esok kita dah boleh ambil keputusan ujian HIV tu kan?” Soalan Imani benar-benar membuatkan Erham tersentak. Jantungnya berdegup kencang. Kalaulah Imani tahu yang aku HIV positif, adekah die akan terime aku? Getus Erham di dalam hati.



**********************************************************************************

                Tommy sedang menunggu di dalam kereta. Rokok Dunhill dinyalakan. Disedutnya dalam-dalam dan dihembuskan. Kali ini, sasarannya dua mangsa. Bukan seorang. Telefonnya berbunyi. Tertera nama Ezhan di skrin.

“Hello Tommy, kau dah siap untuk jalankan tugas kau?” 

“Dah bos. Aku dah ade depan Kondo Vistana ni. Tengah tunggu die orang je,”

“Aku nak kau buat baik-baik kali ni Tommy. Kalau die orang tak mati, kau yang mati!”

“Relax bos. Everything gonna be alright. Nanti kalau aku dah sudah, aku call kau balik,”

“Ok,”

                Tommy terus mematikan telefonnya. Dia masih menunggu merpati dua sejoli untuk masuk ke dalam jerat. Sedang Tommy khayal menghisap rokok, seorang lelaki berpakaian gelap dan bertopeng putih membuka pintu keretanya dari sit belakang lalu menjerut leher Tommy dengan dawai. Tommy kaget dan tidak mampu berbuat apa-apa. Nafasnya semakin sesak. Dengan sekuat hati lelaki itu menjerut leher Tommy sehingga nafas Tommy berakhir.



Bersambung...





p/s: kind to leave your feedback and name =) TQ! 

.

5 comments:

nana_oxnort said...

next.next.next.xsabar..haha

mr.F said...

hahhaa...sabar la =)

Anonymous said...

wondering..
huhu =)

-hasifan

Anonymous said...

well. ad persoalan di akhir setiap episod :) kali ni i xbole predict mcm yg lepas :P

-GG_hanis-

Izzul Azri said...

uimak..skit2 bunuh..makin kejam plak kn..lps nih buat cita mcm cita saw plak la..haha

ShareThis