Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, December 7, 2010

CUTI -CUTI MASAK : STRAWBERREO CHEESE CAKE

Teehee....;D ..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, untuk kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat  STRAWBERREO CHEESE CAKE, sedap kan name resipi ni? hak hak hak...


Cmne nak buat? pegi secret recipe memang xde la nk order cake ni..hahaha...Ok, kite start dengan bahan-bahan die ye:


Untuk bahan lapisan biskut:
  • 2 bungkus biskut OREO ( buangkan cream di tengahnye dgn kaedah; putar, jilat dan celup!)
  • 125gm Lepa Susu Istimewa ( rujuk gambar di atas..hahahaha)
Cara menyediakan lapisan biskut ini adalah seperti berikut:


Hancurkan biskut OREO tadi dengan lesung batu moden ( blender ) dan cairkan mentega dengan mengunakan penunu bunsen besar ( atas dapur la ye~)

Campurkan kedue-due bahan tadi dan gaul sehingga menyerupai seperti yang di atas

Masukkan campuran tadi ke dalam acuan dan ratakan serata-ratanya dan sejukkan di dalam freezer sebentar...(lagi lame simpan, boleh jadi biskut OREO balik)

Lapisan biskut dah siap, now kite buat lapisan keju pulak:

Buah Stawberry segar atau yg dried strawberry pun boleh dan jem strawberry (untuk sauce)

500 gm krim keju yg telah dibiarkan pada suhu dapur (sebab buat kat dapur, bukan bilik, so xnk gune suhu bilik), 1 cup Mixed Berry yogurt (jgn gune jackfruit yogurt sudah~), 300 ml susu rendah lemak (menyahut kempen diet), 1/2 cawan gula dan 2 sudu serbuk gelatin

Ok, care-care menyediakan lapisan keju yg lemak lagi berkrim adalah seperti berikut:


  1. Putar krim keju dan gula sehingga kembang semangkuk.
  2. Masukkan susu rendah lemak dan yogurt dan kacau dalam kadar perlahan (nak try kacau laju-laju boleh jugak, tengok la campuran tu tersembur ke tidak~hahaha)
  3. Masukkan serbuk gelatin yg telah dicairkan  dan dikacau rata
  4. Masukkan adunan yang telah dipukul tadi ke dalam loyang/tray dan taburkan bunga rampai strawberry yg telah dipotong dadu. Masukkan ke dalam freezer dan biarkan selame semalaman.
Lepas tu pegi tido sebab nak tunggu beku memang lame...sabar itu sebahagian drpd iman....

6.50am: dah lepas solat subuh, pergi tengok dalam freeze...tadaaa dah siap pun STRAWBERREO CHEESE CAKE...boleh keluarkan dan dihidangkan dengan strawberry paste dan juge white chocolate.. taburkan sedikit kelape kering bagi nampak exotic sikit...(suka hati korg la nak tabur ape...janji sedap)




Itu sahaja untuk kali ini...semoga berjumpe lagi dalam episod CUTI-CUTI MASAK yang akan datang bersama HOT CHEF dambaan malaya...kah kah kah





 
SELAMAT MENCUBE & SALAM MAAL HIJRAH!
.

12 comments:

Anonymous said...

LIKE~
taknak cube sndri, u buat bgi kt kitoranggg lahhh ;pp

-naff

Anonymous said...

sy stuju ngn naffxx..
=pp
_qiqyn

Kembang Perawan 3288 said...

mcm best.tp malas nk buat. hoho

ika honey bunny said...

marveles lah falihin

Ika Barika said...

oooooooooooo....nak cuba!

nurfarehanrazali said...

pas sket kt ak.uma kta kan dkt je.huhu...

nOratika nOrdin a.k.a BeyDah said...

menarik n senang nak try!!!!
(actlly sy mmmg suke cube recipe bwu)
thanks coz tnjk an care n bhan..so mudah nk cari..>_<

fatimah said...

adunan keju td tuang di dlm tray yg ada oreo tu kan?pastu mcm mn nak buat sos strawberry tu?mcm buat sndri je..atau memang jem yg ada dlm botol tu?

mr.F said...

@fatimahyup. adunan tuang dalam loyang yg dah letak biskut oreo tu...

sos tu guna jem tu je :)

eencyweency said...

adui bak mai sepotong sini..dah la dr aritu terliur cheesecake!

mr.F said...

@eencyweencyhehehe.... wawa punya cake lagi sedap kot :)

Anonymous said...

blh x tunjukan gelatin 2???

ShareThis