Pages

V.I.P BLOG KU

Wednesday, December 15, 2010

PLANET NIBIRU TAK LANGGAR BUMI

Planet Nibiru yang dikatakan akan melanggar planet Bumi pada tahun 2012


KUALA LUMPUR - Kerajaan menolak dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, NASA juga mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya.

Seterusnya....



"Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen di sini semalam.



*sumber berita dari KOSMO online



p/s: Semuanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T...buatlah amal sebanyak mungkin kerana kita memang umat di akhir zaman.

2 comments:

Unknown said...

ah mcm2 kt media skrg ni.. hahaha...

dwatyKNY said...

dah macam movie 2012 plak...

ShareThis