Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, December 10, 2010

CUTI -CUTI MASAK : ROJAK NUGGET AYAM BANDUNG

Teehee....;D ..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:



Ok, untuk kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat ROJAK NUGGET AYAM BANDUNG, kenape bandung? Sebab orang yg Hot Chef admire study dekat sane...teehee ;D


Seterusnya....

Nampak lazat kan? hahaha...ok kite mulekan dengan kuah rojak bandung ni dulu...bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:

  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 100gram kacang tanah (disangai dan ditumbuk)
  • 5-8 biji cili api (dikisar kasar)
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 cawan susu rendah lemak
  • 1 cawan air
  • sedikit perahan jus lemon
  • 2 sudu besar mentega
  • garam secukup rase

    Care-care nak buat kuah rojak bandung ni senang je:

    1. Panaskan kuali dan masukkan mentega- tumiskan bawang putih dan serai yang telah dikisar sehingga naik bau (ntah, aku pun tak tahu bau boleh naik ke tak).
    2. Masukkan cili padi yang telah digiling (teruihhh), sos cili dan sos plum serta madu- tunggu sehingga naik minyak (masak pun boleh marah ke?)
    3. Masukkan kacang tanah yg telah ditumbuk sehingga lebam ke dalam hospital kuali.
    4. Curahkan air ke daun keladi ( dalam kuali le)...dan biarkan untuk seketika
    5. Masukkan susu rendah lemak dan jus lemon- masukkan secubit garam (ikutla nak cubit berape kali, jangan darah tinggi sudah!)
    6. Siap!

      Nilah hasil kuah rojak Bandung tersebut:

      Super Spicy-gorgeous-hot!
      Ok, bile kuah dah siap, kite sediakan lah isi-isi rojak pulak:

      Nugget Ayam Tempura cap Ramlee M.S yang telah siap digoreng (kalau korang nak try stim nugget ni pun boleh) dan dipotong dada dadu.
      Buah tomato ceri dibelah due (macam pinang dibelah due pulak..teehee) dan timun yang dihiris dan diracik-racik
      Next, campurkan daduan nugget tempura dengan tomato ceri dan timun - last sekali, curahkan kuah rojak Bandung yang telah siap tadi. Untuk lebih sedap, boleh tambah kriuk-kriuk (tepung yang digoreng) atas rojak itu.
      Ni la hasilnye ROJAK NUGGET AYAM BANDUNG yang telah siap digaul rata dan siap untuk disumbat ke dalam perut! yeah!

      Itu sahaja untuk kali ini...semoga berjumpe lagi dalam episod CUTI-CUTI MASAK yang akan datang bersama HOT CHEF dambaan malaya...kah kah kah






       
      SELAMAT MENCUBE & SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!
      .

      11 comments:

      hans said...

      memang nampak lazat weih

      P/S : Rasa Macam Nak Goreng Tepung Jer Operator Pizza Hut Nih

      CikLilyPutih said...

      sedapnya nak cuba lah

      Anis izyan Abd Rahman said...

      pperrghhhh~!!!!
      mencabar kewibawaan menahan nafsu makan~
      eerrr

      iRa~" said...

      mr. F,
      ira yg kenyang pon rasa lapar..:P
      rajinnyaa...bagus la..
      hee..
      keep it up!:)

      mr.F said...

      hehehehe

      Mah@mahu said...

      Sedap nyer rupa nak cuba gak tak kira...

      ♥cik cahya♥ said...

      sedap yew . nk cuba esok la ;)

      lassiegewdix said...

      nyum3

      Anonymous said...

      bce entry anda wat sy geli hati.
      kehkeh..
      angau ae??
      ;)

      _qiqyn

      Anonymous said...

      humm......
      nyaman dan lazat..

      try link ni jumh..

      http://rm50.ibct.my/9

      Mister Joe said...

      tengah lapar ni...tngok ni lagi rase lapar..

      ShareThis