Pages

V.I.P BLOG KU

Sunday, June 13, 2010

...hari 9


Hari Sembilan…
Hening fajar subuh mengindahkan lagi panorama bandaraya Johor Bharu. Banglo mewah Datuk Ismail dan Datin Ruby yang tersergam indah di atas Bukit Serene menggamit setiap mata yang memandang. Datuk Ismail yang baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh bersama isterinya, sedang bertasbih dan bertahmid kepada yang Maha Esa. Setulus hati, sejernih harapan pasangan suami isteri ini ingin melihat anak kesayangannya, Iman kembali siaht seperti sediakala. Hati Datin Ruby tersentuh dengan doa yang diungkap suaminya. Sayu. Mengalir air jernih, mengenangkan dosa yang telah dia lakukan. Datin Ruby mengaminkan setiap doa. Sedu sedannya tidak dapat dibendung lagi. Usai berdoa, Datin Ruby terus menghulur salam kepada suaminya.
“Maaf kan Ruby abang. Ruby banyak berdosa pada abang. Ampunkan Ruby bang…” esakan Datin Ruby semakin kuat. Datuk Ismail yang terkesima dengan perlakuaan isterinya itu. Dia cuba menenangkannya.
“Abang maafkan Ruby, sayang. Sedangkan nabi ampunkan umat, inikan kita insan yang kerdil lagi hina ni Ruby. Saling memohon maaf dan saling memaafkan. Manusia memang tidak sempurna. Tetapi Ruby telah menyempurnakan hidup abang. Dah kesat air mata you tu. Buruk la orang tua nangis pagi-pagi ni,” seloroh Datuk Ismail, cuba mententeramkan hati isterinya itu. Datin Ruby membuka telekung, lalu dipeluk seeratnya suaminya itu.
“Abang, Ruby sayangkan abang…” ujar Datin Ruby sambil menitiskan air matanya. Hangat terasa. Datuk Ismail mengucup lembut dahi isterinya. Kasih sayang yang dibina selama 30 tahun, masih kekal sehingga kini.
“Dah, lekas bersiap. Kita nak pergi melawat Iman. Hopefully, he will be better today,” ujar Datuk Ismail. Datin Ruby menurut arahan suaminya, melangkah meninggalkan ruang solat. Datuk Ismail sibuk mengemaskan ruang solat.
*************************************************************************************
“Awal kau bangun hari ni Cinta?” sapa Suri sambil menghulurkan secawan Nescafe kepada Cinta.
“I nak melawat Mika dulu before pergi meeting dengan client,” ujar Cinta.
“Kau tak serik lagi ke Cinta? Nak kene tengking lagi?” ujar Suri, mempersoalkan tindakan housematenya itu.
“I yakin Suri. Mika tak macam tu. Lagipun Wazi yang suruh I datang. Ade benda yang Wazi nak bagi tau I,” jelas Cinta. Suri hanya mengangguk. Dicapainya remote control. Bulletin pagi menjadi tatapan pagi itu.

‘Seorang suspek kes langgar lari anak Datuk Ismail, pengarah Yayasan Budiman telah ditahan di tempat letak kereta Apartment Austin Perdana malam semalam. Suspek yang dikenali sebagai Rafeil Amran, 30 tahun ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan polis…’

Terlopong mulut Suri. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“Wey Cinta, kau tengok ni. Ni bukan lelaki yang kerja dekat Topman tu ke? Tempat Mika kerja?” aju Suri mahukan kepastian dari Cinta.
“Ha’a la. Memang dia. Dia yang tolong pass number aku dekat Mika dulu. Aku tak sangka dia sanggup buat Mika macam tu,” berkerut dahi Cinta.
“Aku pun tak espect yang die ade niat nak bunuh Mika. Die cemburu kot?” teka Suri.
“Nak cemburu pasal ape pulak? Mika kan kawan sekerja die? I tak faham la ape yang you cakap ni Suri,”
“Kau ni, lembab la. Kan kau suke dekat Mika. May be die jelous kot kat Mika sebab dapat perempuan cantik macam kau ni,” jelas Suri. Andaiannya menambahkan lagi kekeliruan Cinta.
“Impossible lah you. Tak kan pasal I sanggup nak bunuh kawan sendiri?”
“Tolong lah Cinta. Ubah la pandangan typical kau tu. Zaman sekarang, semua orang tak boleh percaya seratus peratus. Ade je yang nak khianat. Jangan kau sangke tak de gunting dalam lipatan. Tak de duri dalam daging,” sinis kata-kata Suri. Cinta terdiam. Fikirannya kini berserabut.
*************************************************************************************
Zaquan cemas. Peluh di dahinya semakin banyak. Jiwanya kini kacau. Sesal di atas segala perbuatannya. Berita yang baru ditontonnya sebentar tadi benar- benar mematikan suis hidupnya. Bakai terputus bekalan nyawa. Dia semakin tidak keruan. Bagai cacing kepanasan. IPhone di sisinya tiba-tiba bedering. Nama Cinta Zaharah terpapar di skrin.
“Kau ni dah gile ke? Kau kate semuanya settle. Polis tak dapat kesan la. Itu la, ini la. Sekarang ape dah jadi? Kau nak kite merengkok dalam penjara ke?” tengking Cinta.
“Mana aku taw. Aku dah tutup number plat kereta hari tu. Mana aku taw polis boleh detect,” ujar Zaquan. Terketar-ketar tubuhnya. Seram sejuk.
“Dah, aku malas nak dengar alasan kau. Aku nak kau lari dari Malaysia. Aku dah book tiket pukul 10 pagi ke Bandung. Jumpa kau dekat Senai Airport,”
“Ha, ok. Aku kemas barang dulu. See you soon,” Zaquan mematikan talian. Dia perlu bergegas meninggalkan Malaysia.
*************************************************************************************
Wazi melihat jam ditangannya. Puku 8.15 pagi. Cinta tidak lagi muncul. Hatinya mula risau. Dilabuhkan punggunya di atas sofa. Menunggu kemunculan Cinta.
“Assalamualaikum. Sorry lambat. Jalan jam tadi. Ade ape you nak jumpe dengan I?” sapa Cinta.
“Waalaikumussalam. Ha, dah datang pun. I risau kalau you tak datang. Mika nak sangat jumpe dengan you kat dalam,” ujar Wazi. Berkerut dahi Cinta.
“Mika nak jumpe I? die dah ok ke?” soal Cinta inginkan kepastian keadaan lelaki kesayangannya itu.
“I tak boleh jawab soalan tu. You kene jumpe Mika dulu,” jelas Wazi. Cinta menurut kata Wazi. Pintu bilik dikuak perlahan. Kelihatan Mika sedang menghirup minuman.
“Assalammualaikum, you ape khabar?” salam diaju lembut.
“Waalaikummusalam Cinta. Mari duduk dekat dengan I,” ujar Mika. Cinta terasa sesuatu yang aneh. Terasa bagai dalam mimpi. Dilabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan dengan katil Mika.
“I mintak maaf pasal semalam. I tak sengaja nak tengking you. Fikiran I memang serabut. Memori silam benar- benar menyakitkan I. But now, I feel more better. I dah boleh ingat sikit-sikit. Dah boleh kawal emosi,” jelas Mika sambil meraut lembut rambut Cinta.
“I faham keadaan you Mika. I betul-betul bersyukur yang you dah boleh ingat I. I cinta kan you Mika,” air mata Cinta mula mengalir. Mika mengesat air mata cinta.
“Jangan sesekali mudah melafazkan cinta you. Mungkin cinta akan membawa kesakitan yang amat perit dalam hidup kita,” ujar Mika. Cinta hanya diam membisu.
“By the way, dah lame I nak tanye you soalan ni,”
“Ape die you?”
“You ade ape-ape hubungan ke dengan Cinta Zaharah?” soal Mika inginkan kepastian dari Cinta.
“Dia kakak kembar seiras I. You kenal die ke Mika?
“Lebih dari kenal. It is a part of history. I malas nak ingat lagi dah. One more thing, why you nak kenal sangat dengan I ? I rase macam ade agenda tersembunyi je between both of you,” Mika cuba menguji Cinta.
“ Mana ada. I kenal you pun selepas I bace diary kakak I. I betul-betul jatuh cinta bila kali pertama I tengok gambar you dalam diary kakak I. So, I try my best to find you,” jelas Cinta.
“ You curi- curi bace diary kakak you ke? So you dah tahu la ape yang terjadi?”
“ Yup. I dah tahu semuanya. Semua kebahagiaan dan kesedihan you dengan die. Segalanya I tahu. But satu je yang I tak tahu sampai sekarang, why you tinggalkan die? Kakak I menghidapi tekanan jiwa after you tinggalkan die,“ ujar Cinta menerangkan apa senbenarnya yang terjadi.
“ I tak mahu die menderita Cinta. I tak boleh hidup lama. I ade 3 bulan lagi je untuk hidup. I ade kanser hati. Dah lame I simpan rahsia ni. I bagi tahu doktor jangan bagi tahu sesiapa pun pasal hal ni. Even my parents and Wazi. You lah orang pertama yang I bagi tau,” penjelasan Mika benar-benar mengejutkan Cinta. Berderau darah Cinta. Wazi yang baru sahaja masuk ke dalam bilik wad bersama Datuk Ismail dan Datin Ruby juga terkejut dengan apa yang dikatakan Mika. Terlepas bungkusan makanan yang dibawa Datin Ruby. Seakan cuba menidakkan apa yang dikatakan Mika.
*************************************************************************************
Mini cooper kelabu memasuki ruang letak kereta Lapangan Terbang Senai. Zaquan mematikan enjin selepas meletakkan keretanya di petak parking. Bonet keretanya di buka. Luggagenya dibawa keluar. Baru sahaja dia hendak menutup bonet kereta, satu tusukkan yang amat dalam dirasainya. Darah laju mengalir. Tubuhnya layu menyembah bumi. Nyawanya kini seakan meninggalkan jasad.
“Selesai kerja aku. Mampos kau Zaquan!” ujar perempuan berjubah hitam. Mukanya ditutupi purdah. Pisau yang digunakannya dilap dan disimpan di dalam beg plastic hitam. Begitu juga dengan sarung tangannya. Dia pergi meninggalkan jasad Zaquan terbujur kaku di atas jalan. Satu tugasnya kini selesai. Senyuman puas terukir diwajahnya.

Bersambung…

No comments:

ShareThis