Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, May 31, 2011

JALAN CARI MAKAN-MAKAN: KILLINEY, SHAH ALAM


As salam readers...bertemu kembali dalm segmen JALAN CARI MAKAN-MAKAN. So, kali ni aku pergi menternak lemak lagi dengan kawan aku....So, tempat makan yang aku pilih adelah KILLINEY, Seksyen 13, Shah Alam...ala, yang dekat dengan Naza punye residential tu, kedai ni pun dekat dengan Tutti Fruitti...kalau korang nak tahu ktne, leh cari kat google maps ye....

Thursday, May 26, 2011

CUTI -CUTI MASAK : MAGGI GORENG BUMBU CHIANG MAI

As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. Dah lame rasenye tak masak...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, untuk kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat MAGGI GORENG BUMBU CHIANG MAI, menu khas dan simple untuk sesiape yang sedang menjalani program penurunan berat badan- YE KE? hahahah


Ok, resipi ni sangat mudah, pejam mate pun boleh buat., even hantu kak limah pun boleh buat..hahaha...bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat MAGGI GORENG BUMBU CHIANG MAI  ni adalah seperti yang berikut:

Wednesday, May 25, 2011

I like Nippon Paint because...

















You guys can also click on this link:


to go to Nippon Paint Blobbies Facebook page





p/s: hope my dream will become true =)

Tuesday, May 24, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 05

CUPPIES 05


Berat sungguh rasanya Sofea hendak mengangkat kelopak matanya. Ikutkan hati, mahu saja dia ambil cuti sakit kerana tak mampu menerima apa yang berlaku depan matanya semalam. Harapan yang diberikan kepada insan yang dia sayangi selama ini, telah hancur berkecai bak ombak menghempas badai. Hatinya terasa seperti kaca terhempas ke lantai. Retak seribu.

“Sofea, bangun. Solat subuh,” ujar Yuyu sebaik sahaja mengetuk pintu bilik Sofea.

“Aku cuti la Yuyu,” balas Sofea perlahan.

“Oh, ok,” ringkas Yuyu lalu pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Sofea bingkas bangun menuju ke ruang balkoni biliknya. Disedut udara segar pagi sedalam-dalamnya. Terasa seperti tidak mahu melepaskan kembali udara itu. Ditahan sekuatnya.

Friday, May 20, 2011

KENAPA NUFFNANG?


F.A.Q : BERAPA BANYAK BLOG YANG MENGGUNAKAN NUFFNANG SEBAGAI MEDIUM PENGIKLANAN?


Jawapannya adalah mudah iaitu sebanyak 180,000 blog dan yang paling penting, kesemua iklan dilihat oleh 8 Juta pengunjung setiap hari. Jadi, pada sesiapa yang masih menunggu BE daripada Nuffnang, jawapan yang paling relevan kenapa BE or Buffered Earnings tak sangkut dekat blog korang adalah kerana, blog korang perlu bersaing dengan 179,999 blog lain untuk dipilih oleh pengiklan setelah diproposed oleh Nuffnang. Taddaa...segalanya sudah terjawab...Bagi yang tak dapat BE, berdoalah semoga korang dimurahkan rezeki...

Wednesday, May 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY MY BLOG! FOREVER FEEL FREE TO FLY !



As salam readers...akhirnya...genap setahun aku berblogging...banyak pengalaman yang aku timba bila berblogging ni...nak cerite mesti tak habis...mesti penat korang nak scroll gune tangan kanan sambil menongkat dagu dengan tangan kiri...betul tak?

Okeh, untuk rangkuman setahun aku berblogging, aku akan buat nanti...banyak kerje nak kene list..Mase pulak tak mengizinkan sebab busy dengan kelas memasakmemandu...So, it's takes time...tunggu je la ye ...Now, ape yang aku boleh kongsi adelah evolusi design header blog aku...Meh tengok meh...

Tuesday, May 17, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 04


CUPPIES 04


Perlahan Afry meletakkan Zara di katil comel milik Zara. Diraup lembut muka anak buanhya itu. Rasa kasihan mula timbul tatkala mengenangkan nasib Zara yang masih lagi kecil tapi tidak pernah dapat merasai kasih sayang seorang insan bergelar mama. Afry melangkah ke arah meja kecil di tepi kati Zara. Ditatapnya potret keluarga abangnya suatu ketika dulu. Ketika Zara baru berusia setahun. Dilhat sinar kebahagiaan abangnya disamping isteri tercinta dan satu-satunya zuriat mereka. Tanpa disedari, air mata Afry mula menitik bila mengenangkan takdir yang sudah tertulis.

“Kenapa uncle Afry nangis ni? Uncle sedih ea?” soal Zara, menyentak Afry dari khayalannya. Pantas Afry mengesat air matanya dan meletakkan semula bingkai gambar di atas meja.

“Eh, Zara. Kenapa bangun ni? Bukan Zara dah tidur ke sayang?” ujar Afry cuba mengalih soalan Zara. Dia tidak mahu Zara berasa sedih dengan kehilangan mamanya.

“Zara nak kencing la unclen Afry,” ujar Zara sambil menunjukkan wajah comelnya. Afry hanya tersenyum melihat keletah anak buahnya itu.

“Dah, jom uncle temankan Zara pergi bilik air,”

“Ok,” balas Zara lalu berlari ke arah bilik air. Afry cuba mengejarnya. 

“Dah sudah ke Zara?” soal Afry. Zara hanya diam.

Monday, May 16, 2011

HAPPY BIRTHDAY AMNAN!



Semoga cepat jalan dan bercakap ye....=)

(VIDEO) KHAS SEMPENA HARI GURU 1432 H...

As salam readers...



Saturday, May 14, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 03


CUPPIES 03


Afry melangkah pantas ke dalam Cupcakes Princes. Peluh di dahinya dikesat.

“Kau ni, aku suruh print poster. Bukan suruh kau berlari 100 meter. Yang kau ni pucat macam nampak hantu kenape?” soal Benjy yang sedang menghias Blueberry Cupcakes sambil diperhatikan Zara. Afry masih lagi tercungap-cungap.


Blueberry Cupcakes

“Entah uncle Afry ni. Siang mane ade hantu. Malam ade lah,” ujar Zara bersahaja sambil tekun melihat papanya memicit piping bag.

“Ni bukan hantu. Tapi orang kepala hantu. Macam ni ceritenye bang, aku on the way balik dari print poster. Lepas tu aku tengah nak betulkan rambut. Tibe-tibe je ade sorang mamat ni lalu depan aku. Aku pun tak sempat nak elak, terpakselah aku langgar je mamat tu,” jelas Afry.

“Lepas tu ape jadi?” soal Benjy ingin tahu.

“Kau tahu bang, die mintak aku RM50! Aku langgar bukan sampai die jatuh pun. Setakat bergesel bahu pun dah nak kecoh,” rungut Afry.

“Habis tu, kau bagi lah die RM50 tu?”

Tuesday, May 10, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 02


CUPPIES 02


Silau sinaran mentari dari tingkap membuat Fina terjaga. Digosok matanya, menggeliat semahunya. Jam di dinding sudah menunjukkan 12.30 tengah hari. Fina melangkah lemah keluar dari biliknya. Rasa seperti ada beban di bahunya.

“Awal kau bangun Fina? Ayam berkokok pun sakit tekak nak kejut kau bangun,” sinis Pn. Rose.

“Hai mak, menyidir pun agak-agak lah. Mane ade ayam kat tengah-tengah bandar ni mak. Orang tidur lambat lah malam tadi,” ujar Fina lalu duduk di meja makan. Sebelah kakinya di naikkan ke atas kerusi.

“Kau ni Fina, cube sopan sikit. Kau tu perempuan. Ni dengan rambut pendek kau, baju kemeja lusuh. Kau nak jadi ape ni Fina?” bebel Pn. Rose. Fina hanya diam sambil menyuakan roti jala ke mulutnya. Seperti mencurah ke air keladi sahaja, getus hati Pn. Rose.

“Ala mak ni, asal Fina bangun je, mak bebel. Asal mak bebel je, Fina bangun. Nak jugak rase bile bangun, mak cakap, selamat pagi Fina, meh breakfast dengan mak, meh. Mak masak sedap-sedap untuk Fina hari ni. Kan best kalau macam tu mak,” balas Fina sambil meneguk air milo.

“Aku bebel bersebab. Kau tu, kalau lepas subuh tak tidur, tak boleh ke? Rezeki tertutup kau tahu kalau kau tidur lepas subuh. Cube tolong mak buat sarapan ke, basuh baju ke, kemas rumah ke. Aku suruh kau cari kerja, kau malas. Sampai bile aku nak sara kau ni? Kalau arwah bapak kau ade, mesti kau dah kene tibai Fina. Nasib baik mak ni mulut je jahat, tapi hati mak baik,” ujar Pn. Rose panjang lebar. Fina seperti endah tak endah sahaja dengan kata-kata emaknya.

Monday, May 9, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 01


CUPPIES 01


Afry mengikat rambutnya yang sudah mencecah bahu sambil matanya meliar memerhatikan gadis diluar kaunter yang sudah lama menunggu. Manis orangnya.

“Welcome to Cupcakes Princes. Ade ape yang saya boleh bantu?” Ujar Afry sambil melirikkan senyuman kepada pelanggannya itu.

“Semuenye menarik. Comel-comel la cupcake ni. Susah I nak pilih,” ujar si gadis manis yang terus menatap satu persatu cupcakes yang disusun rapi di dalam ruang pameran. Kelihatan riak keterujaan sebaik sahaja melihat cupcakes tersebut.

“Hidup memang bayak pilihan cik, macam jugak cupcakes kami ni, macam-macam design ade. Ade yang berbunga, ade yang watak kartun, ade yang simple, ade yang complicated. So, terpulang kepada diri kita sendiri untuk menentukannya,” ujar Afry tidak semena-mena.

“Ish awak ni, saye nak pilih cupcakes. Bukan nak cari cara selesaikan masalah,” ujar gadis tersebut sambil merenung tajam ke arah Afry. Tersentak seketika Afry tatkala ditenung sebegitu.

“Maafkan saya cik. Ok, macam ni, cik nak beli cupcakes ni untuk siapa? Saya boleh cadangkan yang terbaik untuk cik,” jelas Afry.

“Untuk boyfriend saye. Hari ni birthday die,” ringkas gadis tersebut.

“Oh, dah ade boyfriend. Ok. Kalau macam tu, saye cadangkan cupcakes yang ni. Red Velvet. Sedapnye tak terkate cik. Design pun simple. Mesti boyfriend cik suke dengan cupcakes ni,” ujar Afry sambil menunjukkan gadis tersebut cupcakes Red Velvet.

Friday, May 6, 2011

NANTIKAN CERPEN BERSIRI TERBARU: CUPCAKES PRINCES : 09.05.2011

As salam dan salam 1M readers...akhirnya aku merdeka!!! Yeay...habis jugak sem 5 ni dengan jayanya...hope result nanti pun ok la kan...hahahaha...InsyaAllah...amin...Ok, memandangkan cuti sem kali ni sangat panjang iaitu selama 4 bulan, macam-macam aku nak buat...so, one of the things, aku nak buat cerpen bersiri aku yang ketiga.

Apekah ramuan dalam cerpen bersiri ini? Sama-sama kita nantikan..

Wednesday, May 4, 2011

HAPPY BIRTHDAY ATI!

As salam readers, just nak share, hari ni Birthday adik aku yg ke 17 tahun...
semoga panjang umur, dan murah rezeki...amin...
Mari kite ramai-ramai wish dekat die!!! 



ShareThis