Pages

V.I.P BLOG KU

Monday, August 29, 2011

NAK RM 300.00? JOM JOIN CUPCAKES PRINCES CONTEST!





Assalamualikum dan salam 1dunia...tak perlu nak cakap panjang, klik je banner kat bawah ni kalau korang nak tahu macam mana nak join contest terbaru di blog aku,  FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM : CUPCAKES PRINCES CONTEST, HADIAH WANG TUNAI UNTUK DIMENANGI!




Sunday, August 28, 2011

FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM : CUPCAKES PRINCES CONTEST, HADIAH WANG TUNAI UNTUK DIMENANGI!




Assalamualikum dan salam 1dunia readers sekalian. Selepas kejayaan contest pertama blog ini, FEEL FREE TO FLY CONTEST: BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI yang mendapat sambutan hangat, aku nak buat contest lagi...yippie!!! Tujuan contest ini adalah untuk mengeratkan hubungan maya antara rakan bloggers dan juga untuk berkongsi rezeki kemenangan aku dalam contest 'I LIKE NIPPON PAINT' anjuran Nippon Paint dengan kerjasama Nuffnang. Dengan berbesar hatinya, aku nak menganjurkan contest buat kali kedua, yang diberi nama:


FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM : 
CUPCAKES PRINCES CONTEST, HADIAH WANG TUNAI UNTUK DIMENANGI!




Jom sertai FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM : CUPCAKES PRINCES CONTEST, HADIAH WANG TUNAI UNTUK DIMENANGI! Hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang bertuah adalah seperti yang berikut:


1 x Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM 150.00

2 X Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM 50.00

5 X Hadiah saguhati: RM 10.00 cash/top up



MACAM MANA NAK SERTAI???


Friday, August 26, 2011

KAD RAYA GERAK-GERAK KHAS UNTUK KORANG! SELAMAT HARI RAYA!




Assalamualikum readers dan salam 1dunia....ini adalah bingiksan khas aku untuk korang sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi...maaflah ye, kad raya alam maya je, alam nyata takde dah...semuanye dihujung jari-jemari....






Ok, yang ni versi still image...amacam cun tak?? hehehe


Tuesday, August 23, 2011

FILEM PENDEK SEMPENA AIDILFITRI YANG MENYENTUH HATI : DARJAT !



Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...hari raya dan iklan memang tidak dapat dipisahkan...karya yang paling segar dalam ingatan aku adalah iklan raya Petronas, yang mengisahkan susah payah adik-beradik mencari daging lembu untuk emaknya di hari raya, karya Allahyarham Yasmin Ahmad. Memang segar dan mempunyai nilai ketimuran...cukup rempah ratusnya...


Ok, memandangkan hari raya pun sudah menjelang tiba, iklan raya tahun ini aku rase macam tak banyak sangat, baru dapat menonton iklan raya TV3, PTPTN dan TM...bagi aku, iklan raya TV3 berjaya menyampaikan mesej kepada para penonton...

Monday, August 22, 2011

HEADER BLOG BARU SEMPENA MERDEKA RAYA 2011 !

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia. Ha, diam tak diam, dah nak raye rupenye....dan istimewanya raya tahun ini, raya disambut sekali dengan Hari Kemerdekaan Malaysia. So, untuk memeriahkan suasana Merdeka Raya 2011 ini, aku pun mempersembahkan header blog yang terbaru, edisi Merdeka Raya!





Dan ada satu berita baik untuk korang semua! Nantikan contest terbaru dari falihinjasmy.blogspot.com yang menawarkan hadiah yang menarik!!!! ....tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


p/s: ramadan masih ada lagi, perbanyakkanlah amalan ye ....

HASIL RM5,000 DARI NUFFNANG DAN NIPPON PAINT, MEMANG PUAS HATI!




Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...semalam aku dah kongsikan pasal majlis penyampaian hadiah ' I LIKE MY HOME CONTEST' yang dianjurkan oleh Nippon Paint dengan kolaborasi Nuffnang...Kalau belum tengok, leh tengok kat link bawah ni:




So, siang tadi, team dari Nippon Paint telah datang ke rumah aku yang terletak di daerah Ledang (dulunya sebahagian daripada Daerah Muar) yang diketuai oleh Interior Designer, Ben Firdaus (bro ni selalu keluar tv, deko idaman season 1 yang dengan Amy Mastura & Faizal Ismail tuh) dan seorang lagi partnernya, Anuar. So, kerja2 bermula pukul 10.30 pagi dan habis pada pukul 5.30 petang...Jom kita ushar gambar pulak ye!


Ok, perabot dah sampai, direct dari Subang pukul 6 pagi....

Penaja rasmi yang baik hati....Nippon Paint

Ni lah tong2 cat yang digunakan, color code aku tak tahu...hahhaa...tapi cat ni jenis Nippon Paint Satin Glow, Green Choice...mesra alam lah kirenya cat ni...finishing dia ala2 kain satin, berkilat, mudh disapu kalau ade kotoran, anti fungus dan bermacam-macam lagi lah! Kire memang best lah cat Nippon Paint ni!

Barang deko dari IKEA seperti cermin, glass vase, candle, frame, rugs, curtains, bed sheet dan mcm2 lagi lahhh

Ni ID yang merealisasikan bilik idaman ini...

Ni, tengah pung pang pung pang akat barang dalam bilik dan cat...cat lame kot...nak tunggu kering bagai...


Sunday, August 21, 2011

INI KISAHKU: NIPPON PAINT I LIKE MY HOME CONTEST PRIZE GIVING CEREMONY !

Assalamualikum readers dan salam 1dunia....pergh...satu hari aku tak update kan...bile tak update, dapat BE, alhamdulillah...sebenarnye, semalam aku pergi Subang Jaya, ade event dekat Empire Hotel Subang...Event ni la....



Event 'I LIKE MY HOME CONTEST' yang diajnurkan oleh Nippon Paint dengan kerjasama Nuffnang ...majlis ni sekali dengan majlis berbuka puasa...So, aku pergi direct dari Segamat dengan abang aku, dengan akak ipar aku, dengan anak sedara aku sekali, ingat nak angkut semue, tapi tak dapat lah dikkk...

Thursday, August 18, 2011

(GAMBAR EKSKLUSIF) DESIGN IPAD 3 LEBIH NIPIS, LEBIH FEMININ !




As salam readers dan salam 1dunia....diam tak diam, dah nak masuk 18 hari kita berpuasa....kan...baru-baru ni, Apple telah mengumumkan akan mengeluarkan Ipad 3 atas permintaan yang menggalakan dan sambutan hangat yang diterima oleh Ipad 2. Menurut sumber, Ipad 3 datang dalam masa yang sangat terhad dan penggunaannya juga amat terhad. Ini membuatkan Ipad 3 lebih eksklusif daripada biasa.


Design Ipad 3 juga lebih feminin, lembut dan juga selesa digunakan. Kira memang tip top lah! Kini korang tak perlu risau lagi untuk membawa Ipad kerana Ipad 3 ini tersangatlah nipis dan lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Tak perlu nak show of lah, bimbit ke sana ke mari kan...

Wednesday, August 17, 2011

CUPCAKES PRINCES BAKAL DIJADIKAN DRAMA TV !



As salam readers dan salam 1dunia.....So, amacam ending Cupcakes Princes? Dapat jangke ke tak dapat jangke? HAHAHAHA....first of all, thank you lot lot kat korang yang sudi meluangkan masa untuk membace CUPCAKES PRINCES dari CUPPIES 01 sampailah CUPPIES 16...tahniah untuk korang! Aku pun tahu, ade yang jadi silent readers kan kan kan??? -perasan lebey la =,=


Eh kejap...sape-sape yang belum bace habis CUPCAKES PRINCES, gi bace dulu...aku dah siap-siapkan semue link setiap CUPPIES ni ha:

 

Ok, tapi yang paling best nye, CUPCAKES PRINCES ni telah berjaya menambat satu syarikat produksi untuk dijadikan DRAMA TV bersiri....agak-agak boleh challenge Nora Elena tak? Ok...perasan lagi...tapi korang nak tahu tak barisan pelakon yang bakal membintangi drama bersiri CUPCAKES PRINCES ni? Memang dasyat wa cakap sama lu....


Tuesday, August 16, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 16 (AKHIR)

 

CUPPIES 16


Fed terus membawa Fina ke Auckland City Hospital sebaik sahaja tiba di Auckland Airport. Hati Fina masih lagi berdebar-debar kerana pengalaman pertamanya menaiki kapal terbang ke luar negara dan turut ditambah debaran untuk berjumpa dengan bakal emak mertuanya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital tersebut. Pada masa yang sama, dia teringatkan peristiwa yang terjadi di Lapangan Terbang Senai sebentar tadi. Jauh di hati kecilnya, rasa bersalah yang teramat sangat. Tindakan spontannya terhadap Afry memang melampau. Namun, semuanya sudah terjadi. Mustahil baginya untuk mengundurkan masa.

“Fina, my mom tak berapa nak sihat. I hope, you dapat layan dia dengan baik. Apa yang dia cakap, you ikut je ok. Jangan membantah,” ujar Fed sebelum menuju ke kaunter pendaftaran.

“Baik Fed,” ringkas Fina lalu mengekori langkah Fed. Dalam kepalanya, pelbagai persoalan silih berganti. Bagai ada sesuatu yang tidak kena.

“Sorry miss, may I know where is my mom’s room? Her name is Lily Tan Abdullah,” soal Fed kepada jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran.

CUPCAKES PRINCES : THE FINAL CHAPTER RELEASE TODAY !



As salam readers...yang ditunggu-tunggu sudah tiba....apakah kesudahan CUPCAKES PRINCES? Sama-sama kita nantikan....Bagi yang mengikuti CUPCAKES PRINCES dari awal, terima kasih diucapkan di atas kesetiaan korang membacanya....



Thursday, August 11, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 15


CUPPIES 15


Ben mengangkat Zara yang sudah terlelap di dalam kereta lalu diletakkan di atas katilnya. Hatinya menjadi hiba tatkala terlihatkan bingkai gambar arwah isterinya yang sentiasa menemani tidur Zara. Ben mengusap lembut gambar Alys, rindu pada isterinya hanya Allah sahaja yang tahu. Diletakkannya kembali bingkai gambar tersebut dan dikucupnya satu-satunya zuriat hasil perkahwinannya dengan Alys. Penuh rasa kasih dan sayang.

“Kan aku dah cakap, mesti Fina tak terima punya,” bentak Afry sebaik sahaja Ben keluar dari bilik Zara. Eith pula hanya diam seribu bahasa.

“Salah kau jugak Afry. Kau yang lambat nak mengaku yang kau pun suka dekat dia. Mana tahu dia dah ade orang lain ke?” duga Ben.

“Betul kate Ben tu. Aku pun ade perasan jugak yang Fina sejak kebelakangan ni macam pelik semacam je. Tak chill macam selalu. Or maybe dia terkejut kot dengan surprise yang kau rancang ni Afry,” sampuk Eith.

“Entahlah. Memang silap aku kot. Dah lama dia pendam perasaan kat aku. Cuma aku je yang selalu menafikan isi hati aku. Selalu ambil endah tak endah je dengan dia. Salah kita jugak sebab tipu dia yang kita ni dah tahu yang dia tu sebenarnya perempuan,” jelas Afry sambil menekup muka dengan tangannya.

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY (WW) #15 - LISA KE LYNDA? LISA KE LYNDA? LISA KE LYNDA? LISA KE LYNDA? LISA KE LYNDA?

kiri Lisa, kanan Lynda...dua-dua artis MIG...Lynda ni senior aku, student landscape Uitm Shah Alam...baru sign kontrak 5 tahun dengan MIG....kau ade??? =,=



Lynda or nama femesnya, Lynda Roslan ade blog, ni blog die, http://lyndaroslan.blogspot.com/

Or korang boleh like fan page dia dekat Lynda Roslan II



Goodluck both Lynda and also everyone sweeheart, Lisa Surihani.....


Monday, August 8, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 14


CUPPIES 14


Fina melangkah lemah memasuki Cupcakes Princes. Langkanya bagai tidak jejak ke tanah. Kata-kata Fed bermain difikirannya. Apa yang harus aku buat sekarang? Fikiran Fina mula berserabut.

“Bos, boleh tak aku nak ambil cuti half day? Aku tak berapa nak sihat lah bos,” ujar Fina sambil menanggalkan apronnya. Ben hanya memandang ke arah Fina.

“Kau tak sihat ke Fin? Fed ada buat apa-apa ke dekat kau? Aku tengok dia tadi mcam serius gila je dekat kau. Kalau ada apa-apa yang Fed buat kat kau, kau cakap je dekat aku. Nanti tahu lah aku slow talk dengan dia,” soal Ben inginkan kepastian. Fina hanya menggeleng. 

“Kau betul takde ape-ape ni Fin? Muka kau aku tengok pucat semacam je. Ok, kau pergilah balik rehat kat rumah. Tapi malam ni kau jangan lupa ye, ada mesyuarat tergempar pasal Cupcakes Princes. Kau jangan tak datang pulak. Dalam pukul 10.30 mlm,” ujar Ben.

RAYA TAHUN INI TANPA KEK LAPIS SARAWAK!




Thursday, August 4, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 13


CUPPIES 13


Kicauan burung berlagu riang. Matahari mula memancarkan sinarnya. Fina sudah bersiap untuk pergi ke Cupcakes Princes. Kemaja yang dipakainya dikemaskan ke dalam seluar. Tiada sebarang coletan make up pun di mukanya. 

“Fina, meh makan dulu. Mak dah masak kan nasi lemak ni. Favourite kau ni,” ujar Pn. Rose sebaik sahaja Fina menuruni tangga.

“Oh, patutlah menyengat je bau sambal tadi. Rupa-rupanye mak masak nasi lemak lah,” ujar Fina yang begitu teruja.

“Nah, mak dah siap bungkus dalam daun pisang ni ha,” ujar Pn. Rose sambil menghulurkan bungkusan berisi nasi lemak daun pisang kepada Fina.

“Eh, banyak ye mak. Mak perli orang ke ape ni? Tahu lah orang kurus keding macam ni. Tak payah lah nak sindir-sindir sampai macam ni,” ujar Fina sambil merenung tepat ke arah emaknya.

Tuesday, August 2, 2011

CUTI - CUTI MASAK: FRESH FRUITS PAVLOVA

As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, sempena first day puasa semalam, aku tetibe rajin nak buat pavlova...cam best je kan tengok gambar pavlova bile aku google...menarik dan mengancam...nak buat pun senang la jugak...So, meh kite tengok cara-cara nak buat FRESH FRUITS PAVLOVA....





Amacam, tergugat tak??? hahahah...ok, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pavlova adalah seperti yang berikut:

Monday, August 1, 2011

MENU BERBUKA PUASA: SOTONG MENARI-NARI !





As salam readers dan salam 1dunia....Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bepuasa di bulan Ramadhan ini...malam tadi telah selamat menunaikan solat tarawih dan semoga di terima oleh-Nya dan diberi fadhilat kerana setiap malam, ada fadhilatnya yang tersendiri...Nak tahu fadhilat solat tarawih? Korang boleh rujuk sini, FADHILAT SOLAT TARAWIH....ikhlaskan hati kerana Allah, semoga amalan kita di bulan puasa ini dilipat-gandakan pahalanya...amin...


So, untuk berbuka puasa pada petang ini, korang dah fikir ke nak masak ape? or makan kat kedai sahaja or pergi beli dekat bazar Ramadhan je? Aku sekarang tengah masak Pavlova...pada sape-sape tak tahu ap tu pavlova, tunggu....nanti aku upload resepi dan cara nak buat Pavlova ye :) Kalau nak resepi lain, tengok kat sidebar tu, ade macam resepi yang aku pernah try...ce korang try pulak....


Bagi sesiapa yang nak menyediakan menu sotong untuk berbuka puasa hari ni, tapi dah bosan dengan resepi sotong goreng tepung, or sambal sotong, kat sini ade satu resepi yang unik lagi menyelerakan yang diberi nama, Sotong Menari-nari or dlm omputihnya, The Dancing Squid :)





ShareThis