Pages

V.I.P BLOG KU

Showing posts with label cuti-cuti masak. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti masak. Show all posts

Friday, March 8, 2013

RESEPI CARAMEL CINNAMON ALMOND FLAKES!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...




"SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!"







Ok, sempena hari wanita, aku nak share resepi yang boleh membahagiakan wanita di sekeliling korang dan semestinya menambat hati kerana kemanisan dessert ni. Resepi ni adelah resepi on the spot, means...ape yang ade kat dapur rumah aku, aku tabur-tabur dan siap! Nak buat Caramel Cinnamon Almond Flakes ni memang senang gila! Budak tadika kemas pun boleh buat tau :)



Monday, August 13, 2012

BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL WITH PINEAPPLE SAUCE!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



"HANYA PERLUKAN SECUBIT KREATIVITI, KESEDAPAN PRODUK myChef  JELAS TERBUKTI"


Ok, hari ni aku nak berkongsi resepi yang telah diolah dari salah satu produk myChef iaitu signature dish Chef Liza, BEEF KEEMA MASALA. Idea untuk menghasilkan resepi ini datang secara tiba-tiba. So, sebagai seorang lelaki bujang, aku lebih suka sesuatu yang simple tapi sedap. Maka, terhasillah resepi, BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL WITH PINEAPPLE SAUCE. 




Ok, untuk menyediakan BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL WITH PINEAPPLE SAUCE ni sangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:


BAHAN UNTUK BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL:

  • 1 bungkus myChef BEEF KEEMA MASALA
  • 10 keping roti
  • 1 biji kentang yang dihiris nipis
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • Lada  merah yang dihiris
  • Daun ketumbar yang dipotong halus
  • Keju chedar
  • Nenas yang dipotong dadu
  • Gula melaka


BAHAN UNTUK PINEAPPLE SAUCE:

  • Nenas yang dipotong dadu
  • 6 biji baby tomato
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos cili
  • 1/2 cawan susu rendah lemak
  • Gula Melaka
  • Garam



Ok, kita pergi kepada cara untuk menyediakan BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL:


Panaskan Produk myChef BEEF KEEMA MASALA di dalam microwave mengikut cara yang sedia tertera di bungkusan.



 Panaskan minyak zaitun dan gorengkan kepingan kentang sehingga separuh masak. Angkat dan tuskan minyak.



Sekarang untuk caramelize kan nenas yang telah dipotong. Untuk itu, masukkan 3 sudu gula melaka dan biarkan cair. Selepas beberapa ketika, masukkan nenas dan kacau. Masukkan sedikit serbuk kayu manis untuk menambahkan perasa. Selepas siap, biarkan seketika.



Ambil kentang yang telah digoreng tadi dan susun menjadi dasar kepada BAKED BEEF KEEMA MASAL ROLL di dalam bekas.



 Ambil roti dan dibuangkan bahagian tepinya. Letakkan myChef BEEF KEEMA MASALA yang telah dipansakan tadi dan gulung. Buat sehingga 10 gulungan.



 Susun gulungan myChef BEEF KEEMA MASALA tadi di atas lapisan kentang.



 Taburkan nenas yang telah di-caramelized-kan di atas gulungan myChef BEEF KEEMA MASALA. Kemudian, pecahkan 2 biji telur dan kacau bersama 1 cawan susu segar dan tuang ke atas susunan gulungan myChef BEEF KEEMA MASALA.



 Selepas itu, untuk hiasan, taburkan hirisan lada merah dan hirisan daun ketumbar serta keju chedar. Masukkan ke dalam microwave dan panaskan pada suhu medium high selama 7-8 minit.



Ok, untuk menyediakan PINEAPPLE SAUCE, cara-caranya ialah:


Kisarkan nenas yang telah dipotong dadu, bersama baby tomato, bawang putih dan 1 sudu gula melaka. Masukkan kesemuanya di dalam kuali dan panaskan. Kemudian masukkan 2 sudu sos cili dan kacau sehingga sekata. Masukkan 1/2 cawan susu segar untuk memekatkan sos. Masukkan garam secubit rasa dan siap!



Ok, keluarkan BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL tadi dan hidangkan bersama PINEAPPLE SAUCE dan hias mengikut kreativiti masing-masing. Serlahkan kreativiti, pasti terliur orang yang melihatnya :) Hidangan ini sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka puasa dan juga rumah terbuka di Aidilfitri yang bakal menjelang nanti.





Entry resepi ini adalah penyertaan di dalam peraduan yang dianjurkan oleh MyChef. Sila lawati Facebook MyChef untuk maklumat lanjut dengan klik gambar di bawah:




Dan jangan lupa untuk like entry saya di Facebook MyChef ya degna klik link di bawah:

RESEPI FALIHIN JASMI


Terima kasih dan selamat mencuba!


Beef Keema Masala memang terbaik,
Produk myChef terbukti berkualiti tinggi,
Resepi diolah tambah daya penarik,
Pasti terliur tetamu di Aidilfitri nanti.



p/s: resepi orang bujang :)


Saturday, August 11, 2012

RESEPI BISKUT RAYA: MINI CHOCOLATE TART WITH STRAWBERRY SAUCE FILLING!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....

"BISKUT RAYA HOME MADE SEBENARNYA LAGI SEDAP DARI KAT KEDAI"


Betul, serius... sebab ade air tangan emak dan kita sendiri....So, untuk hari raya kali ni, aku mulanya malas nak buat biskut raya sebab sibuk untuk persiapan semester akhir degree aku. Tapi, aku luangkan masa untuk buat sesuatu untuk raya tahun ini. Maka, fuhhhhh.... terjadilah Mini Chocolate Tart with Strawberry Sauce Filling... setiap gigitan, ada kejutan :)





Ok, ni resepi Chocolate Tart ni... kalau korang suka, boleh cuba. Kalau tak pun, share lah resepi ni kat FB korang, butang share ade dekat bawah post ini. Ok, straight to the point, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Sunday, November 6, 2011

MENU ISTIMEWA AIDILADHA !

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...


Salam aidiladha....


Apa menu istimewa korang hari ni? Ni menu istimewa aku sempena hari raya korban tahun ini:




1. FEEL FREE TO FLY NASI MINYAK BERSAMA SATE GORENG





Wednesday, November 2, 2011

CUTI - CUTI MASAK: FEEL FREE TO FLY PAN GRILLED CHICKEN

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....


Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Waaa....dah lama tak update pasal masak-memasak kan...last aku masak masa Final MasterChef Blogger... itu pun aku tak habis lagi cerite pasal final tu...tapi kali ni, seperti yang aku dah janji, aku nak share resepi yang membawa aku ke final Astro MasterChef Blogger iaitu, FEEL FREE TO FLY PAN GRILLED CHICKEN.... jujur aku cakap, aku main campak-campak je mase buat resepi ni time semi final....Alhamdulillah...menjadi favourite judges....





Bahan-bahan:

Tuesday, August 2, 2011

CUTI - CUTI MASAK: FRESH FRUITS PAVLOVA

As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, sempena first day puasa semalam, aku tetibe rajin nak buat pavlova...cam best je kan tengok gambar pavlova bile aku google...menarik dan mengancam...nak buat pun senang la jugak...So, meh kite tengok cara-cara nak buat FRESH FRUITS PAVLOVA....





Amacam, tergugat tak??? hahahah...ok, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pavlova adalah seperti yang berikut:

Monday, August 1, 2011

MENU BERBUKA PUASA: SOTONG MENARI-NARI !





As salam readers dan salam 1dunia....Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bepuasa di bulan Ramadhan ini...malam tadi telah selamat menunaikan solat tarawih dan semoga di terima oleh-Nya dan diberi fadhilat kerana setiap malam, ada fadhilatnya yang tersendiri...Nak tahu fadhilat solat tarawih? Korang boleh rujuk sini, FADHILAT SOLAT TARAWIH....ikhlaskan hati kerana Allah, semoga amalan kita di bulan puasa ini dilipat-gandakan pahalanya...amin...


So, untuk berbuka puasa pada petang ini, korang dah fikir ke nak masak ape? or makan kat kedai sahaja or pergi beli dekat bazar Ramadhan je? Aku sekarang tengah masak Pavlova...pada sape-sape tak tahu ap tu pavlova, tunggu....nanti aku upload resepi dan cara nak buat Pavlova ye :) Kalau nak resepi lain, tengok kat sidebar tu, ade macam resepi yang aku pernah try...ce korang try pulak....


Bagi sesiapa yang nak menyediakan menu sotong untuk berbuka puasa hari ni, tapi dah bosan dengan resepi sotong goreng tepung, or sambal sotong, kat sini ade satu resepi yang unik lagi menyelerakan yang diberi nama, Sotong Menari-nari or dlm omputihnya, The Dancing Squid :)





Monday, July 25, 2011

CUTI - CUTI MASAK: NASI BERINGIN LIMAU DAN AYAM MASAK LEMAK KANTAN BERSERAI





As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, dah lame rase tak masak sebab busy je memanjang...kali ni pun sebab terpakse masak sebab parents balik kampung...So, kalau tak masak, kebulur la nampaknye =,= ...Kali ni, aku masak special sikit sebab aku masak nasi special...hahaha, resepi kali ni adelah NASI BERINGIN LIMAU dan AYAM MASAK LEMAK KANTAN BERSERAI...Kemain panjang lagi name resepi aku ni kan...




So, first of all, kite tengok dulu macam mane nak masak NASI BERINGIN LIMAU ni...Sangat simple giler...so, bahan-bahan yang diperlukan adelah seperti yang berikut:

Sunday, June 19, 2011

CUTI - CUTI MASAK: LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING





As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, sempena hari bapa kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING, satu resepi desert yang sangat mudah dan sesuai untuk semue, ala-ala semanis kurma....



Untuk resepi LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING, kite ade 2 portion iaitu, LEMON SORBET dan MANGO PUDDING. So, jom kite mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING adelah seperti yang berikut:

Wednesday, June 1, 2011

CUTI - CUTI MASAK: FETTUCCINE CARBONARA WITH HONEY LEMON MEATBALLS

As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:
Ok, untuk kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat FETTUCCINE CARBONARA WITH HONEY LEMON MEATBALLS, menu itali yang simple untuk disediakan oleh sesiape sahaje...kire pejam sebelah mate la boleh buat....-pejam 2-2 mate confirm xleh!


Resepi kali ni memang cukup mudah, as easy as abc! Okeh readers sekalian, jom kite tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan FETTUCCINE CARBONARA WITH HONEY LEMON MEATBALLS :

ShareThis