V.I.P BLOG KU

Monday, May 13, 2013

GAMBAR EKSKLUSIF MAJLIS PERKAHWINAN LYNDA ROSLAN DAN AIZUL MARCELLO !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....




"SAMA CANTIK, SAMA PADAN"




Ya, selamat pengantin baru buat senior aku time study Diploma in Landscape Architecture (Uitm Perak) and Bachelor of landscape Archietcture (hons) di Uitm Shah Alam. Tak lain tak bukan, artis naungan MIG, Lynda Roslan, yang juga merupakan pemilik butik online Her by Lynda Roslan, finalis Dara.com 2012 dan juga pernah menjadi model untuk Radiusite. Pasangannya, tak lain tak bukan, salah seorang blogger yang famous amous di Malaysia, Aizul Marcello (abang kepada Irine Nadia Marcello yang juga merupakan seorang blogger). FYI, Aidid Marcello tiada kena mengena ya :) Meraka telah selamat diijabkabulkan pada malam ahad yang lalu.


Berikut merupakan beberapa keping momento yang telah diambil oleh photog, Shahrul Idaham (senior aku jugak) yang merupakan founder kepada Photophenomgraphy Studio. Persalinan untuk majlis bersanding Lynda dan Aizul juga telah disediakan khas oleh Renjis Boutique (owner dia jugak senior aku time diploma) ... pergh.... memang satu company nampaknya :)





Friday, May 10, 2013

KERABU HASHBROWN GWIYOMI !

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...




"PERNAH MAKAN HASHBROWN?"


Ok, mesti semua pernah makan hashbrown at least once in your life right? Tapi pernah tak anda terfikir untuk melakukan inovasi terhadap hashbrown yang biasanya di makan ketika sarapan pagi? Apa kata kita ubah selera dan cara menikmati hashbrown. Oleh itu, aku nak kongsi resepi ciptaan aku yang menggunakan salah satu produk keluaran Simplot, iaitu Kerabu Hashbrown Gwiyomi.





So, bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Kerabu Hashbrown Gwiyomi ni adalah seperti berikut:





Bahan-bahan:

Simplot Popcorn Hashbrown 
Leggo's Napoletana Sauce
Dada ayam
1 labu bawang merah yang dihiris nipis
20 gram kepingan badam 
50 gram ikan bilis (digoreng)
20 gram kismis
3 biji cili padi (dihiris nipis)
1 biji tomato yang dipotong dadu
1/2 batang timun yang disagat halus
1/2 batang lobak merah yang disagat halus
Kepingan salad coral hijau dan merah (dipotong kasar)
100 gram Suhun yang telah dicelur dengan air panas
5 sudu besar jus limau kasturi
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
1 sudu besar mentega 
Minyak masak untuk menggoreng




Bahan-bahan dah tahu, so now, cara untuk menyediakan Kerabu Hashbrown Gwiyomi:



Perap dada ayamg dengan Leggo's Napoletana Sauce dan biarkan selama 10 minit.



Panaskan frying pan dan cairkan 1 sudu mentega. Masukkan dada ayam yang telah diperap dan grill sehingga masak.



Dada ayam yang telah siap di-grill diangkat dan disiat untuk dimasukkan ke dalam kerabu.



Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan Simplot Popocorn Hashbrown dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan.



Untuk menyediakan kerabu, masukkan hirisan bawang merah, 1 sudu besar minyak zaitun, hirisan cili padi dan suhun ke dalam mangkuk.



Kemudian, masukkan tomato yang dipotong dadu, hirisan timun, hirisan lobak merah dan gaul sehingga sebati.



Masukkan ikan bilis yang telah digoreng, ayam yang telah disiat, kismis dan kepingan badam. Selepas itu, masukkan jus limau kasturi dan gaul sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa.



Masukkan daun salad coral hijau dan merah yang telah dipotong untuk menambahkan khasiat pada sajian dan juga menambah warna sebagai daya penarik.



Dan akhir sekali, masukkan Simplot Popcorn Hashbrown yang telah digoreng tadi dan gaulkan semua bahan sehingga mendapat rasa yang sekata.



Ok, dah siap dah Kerabu Hashbrown Gwiyomi. Senangkan? 



Untuk menghidang dengan cara yang lebih menarik, bolehlah disajikan dengan Telur Dadar Popcorn Hashbrown. Macam mana nak buat? Simple sangat!



Hanya perlukan Simplot Popcorn Hashbrown yang telah digoreng dan sebiji telur, secubit garam dan minyak untuk menggoreng.



Panaskan minyak dan letakkan acuan benjo untuk menghasilkan telur dadar yang lebih comel. Curahkan telur yang telah dipukul bersama secubit garam ke dalam acuan. Letakkan Simplot Popcorn Hashbrown ke dalam acuan dan tunggu sehingga masak. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama Kerabu Hashbrown Gwiyomi dan sedikit Leggo's Napoletana Sauce yang telah dipanaskan terlebih dahulu.







Mesti anda tertanya-tanya kenapa nama resepi ni Kerabu Hashbrown Gwiyomi kan? Kalau nak tahu, lepas rasa kerabu ni, anda pasti terdorong untuk melakukan Gwiyomi sebab variasi rasa dan tekstur dalam kerabu ni. Tak percaya? anda cuba try test. 


Ok, selamat mencuba ye semua :)



p/s: you are what you eat. Eat healthily, be healthy!  

Wednesday, May 1, 2013

RAKAM VIDEO GWIYOMI VERSI ANDA DAN MENANG!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...





"ANDA RASA ANDA CUTE? ANDA RASA ANDA CUN? ANDA RASA ANDA JAMBU?"



Apa lagi yang ditunggu, inilah masanya untuk anda serlahkan bakat anda untuk melakukan aksi Gwiyomi yang paling best dan kemungkinan menjadi viral dan dikongsi hampir ke seluruh dunia.... apa yang and perlu lakukan hanya rakan video Gwiyomi anda dan hantar ke Buddyz Gwiyomi contest yang dianjurkan DiGi... handiahnya sangat menarik. Untuk maklumat lanjut, sila klik iklan di bahagian atas blog ini:



Klik kat situ :)



Berikut merupakan antara contoh video Gwiyomi yang mungkin boleh dijadikan inspirasi anda. Let's check it out!


Versi Perempuan


01



02



Versi Lelaki

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...