Pages

V.I.P BLOG KU

Wednesday, November 10, 2010

MUSLIHAT ( MUKA SATU )


MUKA SATU 


             Peluh membasahi tubuh Imani. Seluruh bajunya lencun. Mukanya diraup. Dikesat peluh yang mengalir di dahi luasnya. Berkerut dahi Imani mengingati apa yang berlaku dalam mimpinya. Erham akan mati dibunuh? Tidak! Jerit hati Imani. Sudah beberapa kali dia mendapat mimpi yang sama di mana kesudahannya Erham mati di bunuh dengan kejam. Tetapi Imani tidak berani menceritakan hal mimpinya kepada orang lain kerana mimpi hanyalah mainan tidur. Imani bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil whudu’.

“Kenape aku selalu mimpi pasal Erham mati dibunuh?” getus hati Imani. Sudah hampir tiga bulan Imani menjalinkan ikatan cinta dengan Erham, lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya untuk bercinta selepas cinta pandang pertamanya gagal. Ikutkan hati Imani, dia sudah serik bercinta. Cukuplah hatinya dilukai oleh lelaki yang bernama Kherul Rizki. Namun, kehadiran Erham berjaya mengubah pendirian Imani.

“Mainan mimpi je kot,” bisik hati Imani, cuba mententeramkan hatinya. Telekung disarung dan sejadah dibentang. Hatinya semakin bahagia sejak bertemu dengan Erham. Syukur kepadaNya dia atas segala nikmat yang dikecapinya selama ini. Imani mengangkat takbir, menunaikan solat sunat hajat dan tahajjud penuh tertib. Usai memberi salam, Blackberry Imani berbunyi. Pantas Imani menyambarnya. Terpapar raut wajah Erham yang cukup sempurna di skrin Blackberrynya.

“Assalamualaikum sayang. Maaf menggangu pagi- pagi buta ni,” ujar Erham lembut.

“Waalaikumusalam. Mana ade you ganggu I. Kebetulan I baru habis solat sunat ni. You kenape tak tidur lagi ni? Esok kan kerja?” Soal Imani.

“I dah cube lelapkan mate. Tapi bile I pejam mate je, I teringatkan you. Dah puas I guling-guling atas katil ni. Tak jugak nak lelap mate ni,” jelas Erham. 

“Ala you ni, mengade lebih la. Nanti after kerja esok kita jumpa la. Kalau jumpe hari-hari I takut you bosan pulak nanti”.

“Mana ade I kate I bosan tengok you. Orang cantik macam you ni, ade satu je dalam hati I. You la segale-galenye buat I, Iman,” ujar Erham dengan suara penuh menggoda. Cair hati Imani. Berbunga- bunga hatinya. Semakin mekar cinta yang disemainya. Imani mula khayal. Tetapi khayalan Imani terganggu dengan mimpi buruknya sebentar tadi.

“Sayang, kenapa senyap ni? You tertidur ke?” ujar Erham inginkan kepastian.

“Eh eh. Mana ade. I tak tidur lagi la Am. Cuma I ade sesuatu nak cakap dengan you. Penting,” Imani mula menyusun katanya supaya tidak mendatangkan kebimbangan pada Erham.

“Ape yang you nak cakap kat I? I tak sabar ni”

“Emmmm. Esok je la i cerita dekat you. I pun dah mengantuk ni,” Imani cuba berdalih.

“Oh ok. By the way, I love you sayang,” ujar Erham penuh manja.

“I love you too Am” balas Imani.

“I love you three, four, five six, seven eight nine ten!” seloroh Erham.

“Tengok, you dah start merepek. Dah dah. You pergi tidur dulu. Take care Am. Good night!”

“Hahaha…I gurau je lah. Okey, kite jumpe petang nanti ye. I ambil you dekat depan pejabat you. Night sayang. Mimpi ingat I taw. Assalamualaikum,”

 “Waalaikumusalam,” jawab Imani ringkas.


**********************************************************************************


            Azan subuh memecah hening pagi. Sayu dan merdu laungan bergema, mengajak umat manusia bangkit dari lena dan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Embun pagi mula membasahi Kg. Parit Zin. Kedinginan yang dirasai Hjh Soleha tidak mematahkan semangatnya untuk bangun untuk mengambil wudhu’. Dilihat disisinya, tiada siapa menemani. Arwah suaminya, Hj. Darwis, telah setahun menyahut panggilan Ilahi. Kini, dia keseorangan menghabiskan sisa hidupnya. Nasiblah ada Safwan, anak bungsunya yang masih setia menjaganya.

           “Safwan, bangun nak. Dah masuk Subuh ni. Bingkas bangun,” ujar Hjh Soleha sambil mengoncang tubuh anak terunanya itu. Bagaikan sudah terbiasa, anak bungsu kesayangan Hjh Soleha yang baru selesai menamatkan pengajian di Matrikulasi Ledang, mudah sahaja bangun dari baringannya. Pantas Safwan menuju ke bilik air.

            “Mak tunggu dekat ruang tamu ye,” ujar Hjh Soleha.

            “Baiklah mak,” balas Safwan ringkas. Pantas langkah Safwan menuju ke bilik air. Disentuhnya air di dalam kolah.

            “Uihhh...sejuknye,” respon Safwan. Tanpa membuang masa, Safwan bersugi dan mengambil wudhu’. Biarlah sesejuk mana air, tanggungjawabnya terhadap Maha Pencipta perlu dilunaskan.

           “Allahuakbar,” laung Safwan, mengimamkan Solat Subuh. Setelah Hj. Darwis meninggal dunia, Safwan lah yang menggantikan tempat bapanya itu. Sesudah membaca doa, Safwan mencapai tangan Hjh Soleha lalu dikucup lembut tangan ibunya yang telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang walaupun dalam serba bersederhana. Bagi Safwan, emaknya adalah segala-galanya. Tiba- tiba, air mata Hjh Soleha mengalir membasahi pipinya.

            “Kenapa mak nangis ni?”

            “Mak teringatkan arwah bapak kamu nak,” ujar Hjh Soleha sambil dalam nada perlahan.

            “Yang pergi tetap akan pergi mak. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang bermula, pasti akan berakhir. Biarlah arwah tenang di sana mak. Semoga roh bapak dicucuri rahmat,” ujar Safwan cuba menenangkan emaknya itu.

           “Tapi mak rasa bersalah sangat Safwan,” esakkan Hjh Soleha semakin kuat. Air matanya semakin pantas mengalir.

            “Kenapa mak nak rasa bersalah pulak?” berkerut dahi Safwan inginkan kepastian.

            “Sebenarnya, dah lama mak simpan rahsia ni. Arwah bapak kamu tak benarkan Mak bagi tahu kamu tentang perkara ni. Tapi, mak tak mahu sepanjang hayat kamu hidup ditipu,” ujar Hjh Soleha. Tersekat-sekat suaranya.

            “Sebenarnya ape mak? Safwan tak faham lah. Cube mak terus terang je dengan Wan,” pinta Safwan. Hatinya semakin berdebar. Hjh Soleha menghampiri Safwan lalu dipeluk erat tubuh anak bungsunya itu. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Safwan. Bagai gugur jantung Safwan mendengar apa yang dituturkan emaknya. Dunia seakan gelap gelita. Pandangannya semakin kabur.


**********************************************************************************


            Kesibukkan bandaraya Johor Bharu memang tidak boleh disangkal lagi. Setiap pagi pastinya kesesakkan lalu lintas menjadi lumrah kehidupan. Jalan raya padat dengan kenderaan. Athir memperlahankan Lancer Biru miliknya. Dia mengeluh sendirian.

            “Tiap-tiap hari nak jem. Cuba lah satu hari tak jem tak boleh ke?” bentak Athir. Imani disebelahnya hanya mampu mendengar ceramah pagi Athir.

            “Athir, cuba jangan marah-marah. Nanti rezeki tak masuk. Sabarlah sikit,” pujuk Imani. Senyum mula terukir di wajah Athir. 

“Kalau hari-hari macam ni kan bagus,” ujar Athir perlahan.

“You kate ape tadi? I tak berape nak dengar lah,” pinta Imani.

“Mane ade I kate ape-ape,” you salah dengar ni.

“Ape-ape lah you,” rajuk Imani.

“You dah call Mr. Lim yang kita nak datang ni?” soal Athir cuba mengubah topik perbualan.

“Sudah. Semalam petang I dah call setiausaha die. Mr. Lim dah tak sabar-sabar nak dengar proposal kite untuk banglo die dekat Setia Tropika tu. By the way, you dah siap colour ke board tu?” soal Imani inginkan kepastian.
 
“Sudah. Ade dekat sit belakang tu. Tengoklah,”

“Superb la you, patut la bos sayang dekat you. Good work lah!” tinggi melambung pujian Imani terhadap rakan sekerjanya. Athir hanya mampu tersenyum. Memang tidak dapat dinafikan kehebatan Athir dalam mereka landskap. Apa sahaja yang dilukisnya pasti menjadi. Sejak bekerja di bawah satu bumbung, Athir lah tempat Imani membuat rujukan. Setiap persoalan yang membelenggu dalam dirinya, pasti Athir akan ada untuk membantu.

“Imani, you dengan Erham ape cerita sekarang?” Imani hanya diam.

“Sorry la. I tak patut Tanya you soalan macam tu kan?” ujar Athir.

“It’s ok you. I dengan Erham ok je. Kami bahagia,” ringkas Imani. Jelas riak kebimbangannya. Teringat kembali mimpinya malam tadi. Athir yang sempat menjeling wajah Imani, sedar akan perubahan air muka Imani.

“Kenapa muka you pucat ni? You fikir pasal ape ni?”

“Tak de ape-ape la you. Just continue your driving,” ringkas Imani. Athir memecut laju selepas berjaya keluar dari kesesakan lalu lintas menuju ke Wilayah Pembangunan Iskandar.


**********************************************************************************


            Menara City Square yang menempatkan pejabat Erham tersergam indah melatari panorama bandaraya Johor Bharu. Sudah dua tahun Erham mengambil alih tugas bapanya sebagai CEO Mega Holdings. Suasana pejabat yang agak tenang dengan rekaan dalaman pejabat yang begitu cantik dan praktikal, sudah pasti menyediakan suasana yang kondusif untuk bekerja. Kelihatan pekerja-perkerja Erham begitu komited dengan kerja. Masing- masing sibuk dengan tugas masing- masing.

“En. Erham, ada orang nak jumpa En. Erham dekat luar,” ujar setiausaha Erham yang masih lagi belum berkahwin. Mia Sarah. Cantik orangnya. Tinggi lampai. Baik budi pekerti
.
            “Siapa?” soal Erham.

            “Tn. Haji Zakey. Ada urusan penting katanya,” ujar Mia Sarah sambil meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya itu. Berkerut dahi Erham.

             “Apa lagi yang orang tua ni nak? Tak cukup lagi ke nak menyusahkan keluarga aku?” bentak Erham di dalam hati.

             “Panggil dia masuk Mia,” pinta Erham.

            “Baik En. Erham,” pantas Mia Sarah mengatur langkah. Fikiran Erham kembali buntu. Apa yang orang tua ni nak pagi-pagi ni? Tak cukup ke dia nak jatuhkan papa dulu? Tak cukup ke dengan segala fitnah yang dia taburkan semata-mata nak menutup periuk nasi papa? Soalan demi soalan muncul dalam fikiran Erham. Pintu yang tertera nama ‘ERHAM DATUK HAMBALI, CEO MEGA HOLDINGS’ diketuk. 

             “Masuk,” pinta Erham. Kelihatan seorang lelaki tua melangkah masuk ke dalam ruang pejabat Erham. Erham mendongakkan kepalanya. Pelik. Langkah Hj. Zakey tidak segagah dulu. Kini dia bertongkat. Mukanya juga pucat. 



Bersambung...


p/s: kind to leave ur feedback and name =)


17 comments:

zulazri said...

owh, jln cerita menarik......

Dr.Senbe said...

dude x nk try tnye ade publisher yg interested x?
after btulkn spelling jd proper BM/BI, serious g a try publish =Dvv

mr.F said...

thnks en...
lepas ni lagi menarik

mr.F said...

dr.senbe: dayah kan??
hahaha..nanti aku cube

rien's said...

besh...!!!
cepat continue taw...
ade sedikit suspen nih...ngeee

Anonymous said...

susah nak baca background color sama ngan tulisan..

blub blup...

Anonymous said...

yup..the background does distract the reading a lil'bit..

hurm..its getting exciting....
suitable for a not-so-heavy reading..
keep it up ;)

-hasifan

Anonymous said...

1.bes gler...
bgn pg wjib bce..
hehehe..
2.suspen yer psl safwan tuh..
ank angkat ker???
3.tulisan r leyhen...
sakit mata..
lbeyh krg sme kaler ngn background.
4.aq lah pmbce setia tuh..
5.nak lagi,nak lagi...
-farah ekyn-

nursal90 said...

memuaskan

mr.F said...

YE KE? AKU PUNYE WARNE PUTIH JE...

Anonymous said...

Nice... sronok baca... cuma dialog anak dgn mak cam formal sket/cam bahasa buku... other than that...GOOD JOB!
Z.A - Seri Iskandar

farell said...

=) good starting chronology.

y said...

gud n nice starting lihin.. keep it up dude... u've my support...hiks.. ^_^

Nieza Mi-cha said...

serius best..!! gud job...^__^

basit said...

em, maseh biasa biasa saja...yeah...seterusnya...

ahmad athir said...

nama aku ahmad athir..

ahmad athir said...

nama saya athir

ShareThis