Pages

V.I.P BLOG KU

Sunday, December 5, 2010

MUSLIHAT ( MUKA SEPULUH )




MUKA SEPULUH



                “Bibahhhhhhhhhhhhhhhh!!!” jerit Datuk Hambali sekuat hati. Air matanya kini berderai. Bibah kini bertarung nyawa dalam pangkuannya. Darah merah pekat mengalir. Kelihatan Datin Habibah cuba mengungkapkan sesuatu.

                “Maafkan Bibah bang,” ringkas Datin Habibah.

                “Abang maafkan Bibah. Mengucap Bibah, mengucap,” ujar Datuk Hambali sambil membisikkan kalimah syahadah ke telinga Datin habibah. Ambulans yang baru sahaja sampai, segera membawa Datin Habibah ke Hospital Sultanah Aminah. Datuk Hambali setia menemani isterinya itu. Tangannya tak pernah lekang dari membelai rambut Datin Habibah. Kini, Datin Habibah tidak sedarkan diri. Hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

                “Bibah, jangan tinggalkan abang, Bibah. Abang sayangkan Bibah,” ujar Datuk Hambali sayu. Sebak di dadanya melihat suri hatinya kini tenat. Air matanya seakan tidak mampu lagi mengalir. 

**********************************************************************************



                Tommy yang berpakaian serba hitam pantas mendaki anak tangga menuju ke atas bangunan. Peluh di dahinya bagaikan tidak mahu berhenti mengalir. Jantungnya kini berdegup kencang. 

                “Yang kau ni tercungap-cungap kenape? Kau dah buat ape yang aku suruh?” Soal Ezhan.

                “Tak sempat bos!” ringkas Tommy sambil mengurut dadanya.

                “Ape yang kau cakap ni?” bentak Ezhan.

                “Bos, sumpah aku pelik bos. Aku baru nak tembak die, tapi ade orang lain dah tembak die dulu. Aku panik, aku terus blah la dari situ,” ujar Tommy tercungap- cungap.

                “Hah? Kau cakap betul betul Tommy. Karang ade yang mati free je ni!” gertak Ezhan.

                “Sumpah! Demi Allah! Die dah kene tembak dengan sorang lelaki naik motor. Tapi yang aku perasan, nombor plat motor tu ditutup. Mama kau rebah, papa kau panik. Huru-hara kat petronas tadi.

                “Shit! Siape yang buat semue ni? Aku rase macam ade yang tak kene lah! Dah due kali bende ni jadi. Entah-entah kau yang ade agenda lain Tommy,” duga Ezhan sinis. Tommy mula berkerut.

                “Bos cakap ape ni bos? Selame aku kerja dengan kau, ade ke yang aku tak buat? Sanggup kau tuduh aku macam tu,” 

                “Ni bukan tuduh. Aku teka je. Yang kau nak terase lebih kenape pulak? Takpe, at least kerja aku jadi lebih mudah,” ujar Ezhan.

                “Tak lah. Aku cume tak nak kau hilang kepercayaan kat aku. Aku rase, ade orang yang ade muslihat yang sama macam kite ni bos,” ujar Tommy.

                “Kali ni kau betul, pandai kau cakap gune otak,” puji Ezhan tajam.

                “Habis kite nak buat ape lepas ni? Liya dah mati. Mama kau dah kene tembak. Lepas ni sape pulak mangse kau?” soal Tommy ingin tahu. Ezhan diam berfikir. Melontarkan jauh pandangannya ke kesibukkan Bandar raya Johor Bharu.

                “Kau nampak merpati due ekor kat hujung bangunan sane?” soal Ezhan sambil meluruskan tangannya ke arah dua ekor merpati tersebut. Tommy mengangguk.

                “Nampak bos. Bos nak bunuh burung pulak ke?” soal Tommy hairan.

                “Aku baru puji sikit tadi, kau dah lembab balik. Ape sengal kau ni. Penat mak kau lahirkan kau? Dapat anak bodoh nak mampos!” ujar Ezhan garang.

                “Bodoh-bodoh aku pun, kau suruh aku jugak yang bunuh kan?”

                “Ha, ye la. Kau nampak burung merpati due ekor tu kan? Nampak macam bahagie kan mereka?” soal Ezhan. 

                “Bos, boleh tak straight to the point. Aku tak fahamlah orang berkias-kias ni. Kau nak aku bunuh siape ni,”keluh Tommy.
                “Erham dan Imani,” ringkas Ezhan.



**********************************************************************************



                Athir melangkah keluar dari Lancer miliknya. Lemah dia mengatur langkah ke arah halaman rumah. Dilihatnya pangkin di bawah pokok rambutan penuh sayu, terimbas segala kengan silam.

“Assalamualaikum mak,” ujar Athir. Hjh Soleha yang sedang menyapu sampah, terberhenti seketika, berpaling ke arah suara yang biasa dia dengar suatu ketika dulu.

“Waalaikummusalam...Athir....anak emak...,” ujar Hjh Soleha lalu memeluk erat anak sulungnya itu. Athir membalas dakapan emaknya yang selama ini dia abaikan. Segala rindu dilepaskan. Air mata mula menyulami pertemuan dua beranak yang telah lama terpisah. Athir mencium pipi emaknya berkali-kali. Sayang pada oarng yang telah melahirkan dan membesarkannya memang tidak akan hilang. Air yang dicincang manakan putus.

“Maafkan Athir mak. Athir berdosa sangat dengan mak dengan bapak. Emak ape khabar? Sihat?” soal Athir.

“Emak sihat nak. Emak dah lame maafkan kamu Athir. Tiap-tiap hari mak doa kamu balik ke rumah mak ni. Alhamdulillah, akhirnya kamu balik jugak Athir. Mak rindukan kamu nak,” air mata kegembiraan mengalir di wajah Hjh Soleha. Begitu gembira tatkala darah dagingnya yang selama ini menghilang, muncul semula.

“Bapak mane mak?” soalan Athir membuatkan Hjh Soleha mengalirkan air mata lebih deras.

“Bapak kau dah takde Athir. Dah setahun die pergi,” jawab Hjh Soleha. Athir terduduk. Mukanya diraup. Terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut emaknya itu.

“Ye ke mak? Innalilahi Wa Inna Illaihi Rajiuun. Maafkan Athir mak. Athir tak sempat nak mintak maaf dekat bapak,” ujar Athir sayu.

“Ye nak. Nanti mak tunjukkan kubur arwah bapak kamu. Selame kamu pergi Athir, bapak kamu tak putus-putus usahe die nak cari kamu nak. Tiap-tiap hari die cari kamu nak. Dah, jom masuk dalam. Mak nak masakkan yang sedap-sedap untuk anak emak ni” ujar Hjh Soleha. Jelas kelihatan riak muaknya yang penuh kegembiraan itu. Athir hanya mengikut kehendak emaknya itu. Dilihat basikal tua yang tersadai di bawah bangsal, memori lama tersingkap. Dengan basikal itulah, Hj. Darwis membawanya bersiar-siar keliling kampung. Namun, semuanya kini hanya tinggal kenangan.

                “Sunyi je mak rumah ni? Safwan mane mak?” soal Athir. Hjh Soleha terdiam. Riak mukanya brubah.



**********************************************************************************



                Suasana hiba menyelubungi wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah. Datuk Hambali tidak senang duduk. Erham hanya diam membisu. Imani tetap setia di sisi Erham. Masing- masing masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah takdir yang menimpa keluarga Datuk Hambali.

                “Macam mana boleh jadi ni papa?” soal Erham akhirnya membuka mulut setelah lama terdiam kerana terkejut dengan khabar buruk itu.

                “Masa tu, Safwan pergi bayar kat kaunter. Pak Daud pergi toilet. Mama pulak baru nak pergi toilet. Bila mama keluar darri kereta, terus ade orang tembak mama,” jelas Datuk Hambali.

                “Papa ade kat mane?”

                “Papa ade dalam kereta. Lepas tembakan kuat tu, papa nampak mama dah rebah. Papa terus pergi dapatkan mama,” ujar Datuk Hambali.

                “Papa, Erham rase ade sesuatu yang tak kenelah,” ujar Erham.

                “Papa pun rase Erham. Liya kene tembak malam tadi. Pagi tadi pulak, mama. Papa rase keluarga kita macam ade orang nak khianat,” duga Datuk Hambali. Erham mengangguk setuju. Perbualan dua beranak itu terhenti tatkala pintu bilik rawatan kecemasan dibuka.

                “Macam mane dengan keadaan isteri saye doktor?” soal Datuk Hambali ingin tahu.

                “Alhamdulillah, datin selamat. Tapi dia masih tak sedarkan diri sebab banyak kehilangan darah kerana terkene tembakan. Datin memerlukan penderma darah yang sesuai sebab kami tiada stok untuk darah yang sama jenis dengan darah datin,” ujar Dr. Ruwaidah.

                “Saya boleh doktor. Ambillah darah saya,” ujar Datuk Hambali.

                “Kami dah lihat rekod kesihatan ahli keluarga datuk, hanya Liya sahaja yang memiliki darah yang sama jenis dengan datin. Boleh saye berjumpe dengan Liya datuk?” pinta Dr. Ruwaidah.

                “Liya dah meninggal malam tadi doktor. Jenazahnya baru selamat dikebumikan pagi tadi,” ujar Erham. 

                “Nampaknya, susah sikitla kalau macam ni,” keluh Dr. Ruwaidah.

                “Boleh saye tahu darah datin jenis ape?” soal Imani.

                “Jenis O,” ringkas jawapan Dr. Ruwaidah.

                “Oh, ok. Tapi darah saye jenis A,” Imani kecewa. Harapannya untuk dapat membantu menyambung nyawa bakal ibu mertua berkubur.

                “Saya darah O,” satu suara yang datang dari arah belakang. Semuanya memandang, mencari siapakah gerangannya.




Bersambung...





p/s: kind to leave your feedback and name =) TQ! 

.

6 comments:

Mknace said...

:):):)
nice story

nana_oxnort said...

ahaa...mesti tu suara safwan..hahaha

Nieza Micha said...

safwan kan anak nye... mestilah darah same... huhu!~

Musalli Qanitah said...

sy darah o juge..

Anonymous said...

safwan maybe?
huhaaaa..and maybe yg bunuh2 pun ada kaitan dgn family..entah..
keep up the good work =)

-hasifan

scha al-yahya said...

citer yang best.......x sabr nak tunggu bahagian setrusnya......

ShareThis