Pages

V.I.P BLOG KU

Thursday, November 11, 2010

MUSLIHAT ( MUKA DUA )



MUKA DUA


                  Suasana sayu menguasai rumah Hjh Soleha. Kelihatan Safwan tergopoh-gopoh mengemas beg pakaiannya. Segala yang ada di dalam almari habis dipunggahnya keluar. Air mata jantannya mula gugur. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya, perkara sebegini terjadi ketika usianya genap 20 tahun. Setelah siap berkemas, Safwan pantas melangkah ke ruang tamu. 

                “Kau nak pergi mana ni Safwan? Tak kan kau nak tinggalkan mak sorang-sorang kat kampung ni?” rayu Hjh Soleha. Air matanya dari tadi tidak pernah lekang dari pipinya.

                “Safwan dah fikir masak-masak mak, biar Safwan yang buat keputusan. Ini hidup Safwan. Terima kasih banyak-banyak mak sebab dah besarkan Safwan selama ni. Safwan banyak terhutang budi dengan mak. Ampunkan segala dosa, silap salah Safwan mak...” jelas Safwan dengan nada tersekat. 

                “Kau buatlah yang terbaik untuk diri kau Safwan. Mak dah tak sanggup bohong kau. Cukuplah 20 tahun mak derita. Mak dah tak sanggup nak simpan rahsia ni lagi. Makin lama mak simpan, makin pedih luka yang terpaksa tanggung,” ujar Hjh Soleha.

                “Safwan mintak maaf mak. Safwan terpaksa tinggalkan mak. Safwan nak cari asal usul Safwan,” ujar Safwan sambil mengucup tangan emaknya itu. Tangan yang telah mengayun buaian, tangan yang telah menyuapkan makanan, tangan yang telah membesarkannya dari sekecil tapak tangan sehinggalah dewasa. Tidak dapat dibendung rasa sedih pilunya. Pantas Safwan mendakap erat tubuh Hjh Soleha.

                “Safwan pergi dulu mak. Assalamulaikum,” 

                “Waalaikummusalam. Kau jangan lupekan mak ye,” air mata Hjh Soleha semakin laju mengalir. Safwan memasukkan beg pakaiannya ke dalam but teksi yang telah lama menunggu di luar rumah. Dengan berat hati, Safwan melambai emaknya buat kali terakhir.


**********************************************************************************


                Rumah banglo rekaan moden milik Datuk Hambali di Setia Eco Park tersergam indah. Dilengkapi dengan rekaan landskap kejur dan landskap lembut yang pastinya menarik setiap mata yang memandang. Kelihatan Datin Habibah sedang asyik menyusun pasu bunganya.

                “Kenapalah bunga ni asyik layu je. Penat aku tanam. Baru nak kembang bunganye, dah layu,” rungut Datin Habibah. 

                “Kenape ni mama? Asyik membebel je,” usikan manja puteri tunggalnya, Liya Nasuha. Gadis tinggi lampai persis seorang model ini adalah anak kesayangan Datuk Hambali dan Datin Habibah. Tutur katanya yang penuh sopan pasti membuat setiap jejaka yang memandangnya buat kali pertama,  tak kan melepaskan peluang untuk memandangnya buat kali kedua.

                “Ni, bunga Hydrangea ni. Mama baru beli minggu lepas. Minggu ni dah layu pulak,” jelas Datin Habibah. 

                “Cuaca panas sangat tak Mama? Bunga macam ni mana tahan panas. Mama, cube mama tanam kaktus. Kurang-kurang tak mati kene panas,” Liya cube berseloroh. Datin Habibah hanya tersenyum sambil mencubit manja peha anak gadisnya itu.

                “Kaktus bahaya. Banyak duri,” ringkas Datin Habibah.

                “At least duri kaktus nampak, duri dalam daging lagi bahaya,” sampuk Ezhan, anak kedua Datin Habibah.

                “Ape maksud abang ni? Tibe-tibe je nak menyampuk,” bentak Liya.

                “Ah kau, buat- buat tak faham pulak. Depan mama pandai kau berlakon kan?” sinis kata Ezhan. Datin Habibah mula mengesyaki ada sesuatu yang tak kena antara dua beradik itu.

                “Ape ni Han? Mama pun tak paham lah ape yang Han cakap ni,” soal Dati habibah inginkan kepastian.

                “Mama tanyalah anak kesayangan mama tu. Die lebih tahu ape yang die buat,” jawab Ezhan lalu beransur ke kereta Mini Cooper miliknya. Air muka Liya mula berubah. Pantas langkahnya di atur menuju ke biliknya, tidak mahu mamanya mengetahui hal yang sebenar. Dihempas sekuatnya pintu bilik. Tanda protes terhadap Ezhan. Datin Habibah hanya mampu menghela nafas panjang.


**********************************************************************************


                Tepat pukul 5 petang, Erham memandu keluar dari pejabatnya untuk mengambil cinta hatinya, Imani. BMW 6 Series miliknya dipandu meninggalkan kawasan parking. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan dengan kekasih hati. Volume radio dikuatkan tatkala lagu kegemarannya, “Just the way you are” nyanyian Bruno Mars berkumandang. 


When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are


                Tersenyum Erham sendirian mendendangkan bait-bait lagu. Iphone 4 miliknya dicapai. Pantas jarinya menghantar mesej kepada kekasih hatinya.

                “Sorry...give me 15 minutes dear. Jalan jam”

                Pantas Imani membalas mesej buah hatinya itu.

                “It’s ok. Drive elok2. =)”

                “Ok dear...I have something special for u =)”

                Erham tersenyum. Persefahaman, tolak ansur dan kasih sayang amat penting dalam menjalinkan sesebuah perhubungan. Segala memori manis bersama Imani tersemat rapi di dalam sanubari Erham. Baru sahaja mahu melayan perasaan, Erham teringat kata-kata Tn. Hj. Zakey pagi tadi.

                “Aku dah malas nak bermusuh dengan keluarga kau. Aku dah tua. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa aku. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab selame ni telah banyak menyusahkan keluarga kau. Tapi aku nak kau tahu, mak kau adalah perempuan jalang ketika masa silam die. Itu je yang aku nak kau tahu,” jelas Tn. Hj. Zakey.

                “Ape hak pak cik nak kate mama saye? Nak hina mama saye?” jerkah Erham dengan nada yang tinggi. Tahap kesabarannya kini tercabar.

                “Kau akan tahu suatu hari nanti. Biar masa yang tentukan,” ringkas Tn. Hj. Zakey lalu melangkah meninggalkan pejabat Erham. Berkerut dahi Erham. Dihempas kesemua failnya ke lantai. Kini, dia memang tidak mampu bersabar dengan karenah Tn. Hj. Zakey.


**********************************************************************************


                Athir memandu keretanya meniggalkan pejabatnya, Greenolic Design. Matanya terpandang ke arah Imani yang setia menunggu di kaki lima. Athir memperlahankan keretanya.

                “Hye. Betul you tak nak I hantarkan you balik ni? Dah lewat dah ni,” ujar Athir mempelawa Imani.

                “Takpe lah you. Lagi pun I dah janji dengan Erham nak pergi dinner. Thanks for inviting. Next time ok,” balas Imani, menolak pelawaan Athir secara lembut.

                “Ok. Tapi kalau ade ape-ape, just text me ok,” ujar Athir sambil mengenyitkan matanya lalu meninggalkan Imani. Imani hanya mampu tersenyum dengan perangai rakan sekerjanya itu.

                “Siape lelaki tu?” soal Erham. Terkejut Imani mendengar suara Erham.

                “You ni, buat I terkejut je. Lain kali, bagilah salam dulu,”

                “Assalamualaikum,” ujar Erham.

                “Waalaikummusalam. Die Athir. My clique. Kenape?” soal Imani.

                “Takde ape-ape. Saje tanye. By the way, here the roses. Special for you, Imani Muslaini," ujar Erham sambil menghulurkan jambangan bunga ros putih.

                “Thanks sayang. I love it. By the way, you park kereta you kat mane?”

                “Dekat blok belakang. I nak wat surprise dekat you. Last- last I pulak yang surprise sebab ade lelaki lain kenyit mata dekat you,” nada cemburu Erham jelas kedengaran.

                “Ala you ni. I mane ade ape-ape dengan Athir tu. We just working mate la. You jelous ea? Kan? Kan?” Imani cuba mengusik Erham.

                “Lelaki mana yang tak cemburu kalau ade orang kacau kekasih die?”

                “You ni, jangan lah serius sangat. Ok, ok macam ni. I belanje you dinner nak?” Imani cuba memujuk.

                “Yelah. Dah memang giliran you pun kan? Or saje buat-buat lupe?” ujar Erham.

                “Oh ye tak ye la. Nasib you ingat,” ujar Imani sambil mencuit manja dagu Erham. Erham mula tersenyum dengan telatah Imani. Sifatnya, perlakuannya benar- benar menambat hati Erham.


**********************************************************************************


                Malam semakin pekat. Dingin malam semakin mencengkam. Tiada bintang dilangit, menandakan hujan akan turun membasahi bumi Johor Bharu. Safwan mengatur langkahnya menyusur jalan demi jalan. Kertas di genggamannya hampir lunyai. Dari satu rumah ke satu rumah Safwan menjengah. Namun belum juga dia temui alamat yang dicari. Rintik hujan mula membasahi bumi. Safwan pantas berlari mencari teduhan.

                “Anak cari siapa?” soal lelaki tua dari keretanya. Safwan memberikan kertas yang tertulis alamat rumah yang dia cari dari petang tadi.

                “Anak ni Safwan Hj Darwis kan?” Safwan mengangguk. Tubuhnya sudah lencun dibasahi hujan.

                “Dah, dah. Mari naik kereta pak cik,” tanpa berlengah, Safwan terus masuk ke dalam kereta Mazda merah itu.

                “Bapak kamu Darwis Ismail kan? Ape khabar die sekarang?”

                “Bapak dah takde pak cik. Dah hampir setahun die meninggal,”

                Innalilahi Wa Inna Illaihi Rajiuun. Maafkan pak cik. Mak kamu, Hjh Soleha ape khabar?” soal orang tua itu lagi. Safwan mula berasa pelik.

“ Macam mana pak cik ni boleh tahu nama bapak dan mak?” getus hati Safwan. Rasa ingin tahu semakin membuak-buak.


Bersambung....


p/s : kind to leave ur feedback and name =)

11 comments:

farell said...

greenolic segale~

areal said...

nme watak hmpir same..~
tp,cmbesh jew nme 2..
hahah~

nursal90 said...

alaa imani musalli sudeyh.. muslaini pulaakkk.. hahahaha :P

y said...

gud job lihin..keep it up dear..:) btw, thanks 4 d tagging k..huhu..:)

mr.F said...

arel & musalli : name watak adalah rekaan semate-mate, takde kene mengena baik yg hidup ataupun yg telah emninggal dunie

kak y: thnks 4 ur supporting

Anonymous said...

tbek r leyhen....
damn gud job.
suka part lirik bruno mars tuh..
hehehe..
nyway,b4 ni aq ingt athir gal daa....~
-farahekyn-

Anonymous said...

haaa...
safwan's part in this story is quite predictable..
i mean..from muka satu to muka dua is predictable lahh so far..
but maybe u have surprises in the middle of this story..
kan? ;)

-hasifan

Anonymous said...

perghhh....stail2....sgt best..naratif episod kedua n teknik penceritaan sgt berkesan...dpt membayangkan ngan jelas situasi yg berlaku...i like it...x kaku n nmpk profesional dlm menulis...hahaha...dah cam juri plak....btw,update on me too ok...

bond -kamen arepeaz (fb)

mr.F said...

naf: tunggu

bond: ok!

Izzul Azri said...

Greenolic =.="

basit said...

maseh biasa lagi falihin...terutamanya kisah cinta imani dgn erham...tapi part yg sindir menyindir tu best...huhu..next~ muka 3

ShareThis