CUPPIES 05
Berat sungguh rasanya Sofea hendak mengangkat kelopak matanya. Ikutkan hati, mahu saja dia ambil cuti sakit kerana tak mampu menerima apa yang berlaku depan matanya semalam. Harapan yang diberikan kepada insan yang dia sayangi selama ini, telah hancur berkecai bak ombak menghempas badai. Hatinya terasa seperti kaca terhempas ke lantai. Retak seribu.
“Sofea, bangun. Solat subuh,” ujar Yuyu sebaik sahaja mengetuk pintu bilik Sofea.
“Aku cuti la Yuyu,” balas Sofea perlahan.
“Oh, ok,” ringkas Yuyu lalu pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Sofea bingkas bangun menuju ke ruang balkoni biliknya. Disedut udara segar pagi sedalam-dalamnya. Terasa seperti tidak mahu melepaskan kembali udara itu. Ditahan sekuatnya.
“Arghhhhhhhh!!!,” jerit Sofea sekuat hati. Rasa kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Hati mana yang tidak sakit jika diperlakukan sebegitu rupa. Dipandangnya cincin yang tersarung di jari manisnya. Teringat kembali detik dan saat manis ketika gelora cinta mula melanda hidupnya dahulu.
“Sayang, you tahu kan yang I tak boleh hidup tanpa you? Sesaat you takde depan mate I, I rasa dunia I kosong, Sofea,” ujar Remy sambil merenung tajam ke arah wajah ayu Sofea. Sofea menyisir rambutnya kebelakang.
“I pun Remy. Sejak dari sekolah lagi, I tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki. Papa I ceraikan mama I sebab dia nak kahwin dengan perempuan lain. Sejak waktu tu, I dah tak percaya pada mana-mana lelaki dah. I memang kecewa dengan tindakan papa I. Lelaki semua sama je. Lepas apa yang dia orang dapat, mereka buat perempuan macam sampah! Tapi, semenjak you hadir dalam hidup I, pintu hati I mula terbuka kembali untuk menerima insan bergelar lelaki. You memang sempurna di mata I, Remy,” jelas Sofea. Tanpa disedari, air matanya mengalir perlahan. Pantas Remy mengesatnya.
“You jangan menangis sayang. I janji pada you, I akan jaga you sampai ke akhir hayat you. I janji I akan buat you bahagia seumur hidup you,” lancar Remy menyusun kata janji. Sofea mengangkat jari telunjuknya dan diletakkan di mulut Remy.
“You, cukup. Jangan mudah berjanji sesuatu yang tak pasti. Dulu, papa I pun cakap benda yang sama dengan mama I. Now, janji hanya tinggal janji Remy,”
“Tapi I memang sayangkan you Sofea. Selagi kita menghirup udara yang sama, selagi itulah I akan sayang you Sofea,” ujar Remy. Sofea memandang wajah Remy. Dilihat kejujuran jelas terpancar. Dia memang menaruh harapan yang tinggi kepada Remy.
“Sudahlah Sofea. Jom kita makan,” ujar Remy sambil menghulurkan Vanilla Turquoise cupcakes kepada Sofea.
“Ape ni sayang?” soal Sofea.
“Cupcakes la. Your favourite,”
“I tahu la ni cupcakes, tapi yang atas cupcakes ni ape?” soal Sofea mahukan kepastian.
Vanilla Turquoise Cupcakes |
“Cincin la,” ringkas Remy sambil menyuakan cupcakes ke mulutnya.
“Cincin untuk apa sayang?” kali ini Sofea benar-benar mahukan kepastian. Remy mengambil cincin di atas cupcakes itu lalu disarungkan di jari manis Sofea.
“Sofea, sudikah you jadi suri hidup I?” ujar Remy sambil melutut di depan Sofea. Sofea berasa sangat terharu bila diperlakukan begitu. Orang ramai yang lalu lalang kini berhenti menyaksikan saat manis sepasang kekasih. Muka Sofea mula merah padam. Lantas senyuman diukir dan kepalanya diangguk tanda setuju. Semua yang berada di situ bertepuk tangan melihat kejayaan si arjuna melamar kekasih hatinya.
**********************************************************************************
Afry mengambil apron lalu dikenakan ditubuhnya. Rambutnya diikat rapi. Fina terpesona melihat ketampanan yang dimiliki Afry. Tidak berkelip matanya.
“Yang kau tengok aku macam tu ape hal? Seram pulak aku dengan kau ni. Ok Fin, ni first test kau. Kau nampak semua cupcakes yang ade dalam fridge ni? Aku nak kau susun dalam display booth. Sambil-sambil kau susun tu, aku nak kau hafal semue nama cupcakes yang ade dalam kedai ni. Ade 35 jenis semuanya. Aku bagi kau 10 minit je untuk hafal. Kejap lagi aku nak dengar,” ujar Afry.
“Gile lah bos, mane cukup mase nak hafal semue name ni. Dah la ade yang slang French, mane cukup 10 minit En. Afry,” ujar Fina cuba menagih simpati dari Afry.
“Kau nak kerje ke tak kat sini? Aku suruh hafal, hafal je la,” tegas Afry. Fina terkedu.
“Ala En. Afry, please,” Fina mencuba sekali lagi. Afry hanya meneruskan langkahnya ke dapur.
“Ok, setengah jam aku bagi kau masa untuk hafal, but make sure, aku tak nak ade satu salah pun,” ujar Afry lalu menutup pintu dapur. Fina hanya mengeluh kecil. Pantas dia membuka fridge, dilihatnya cupcakes yang sudah tersedia. Cantik-cantik semuanya. Tapi nak menghafal satu persatu, memang mustahil.
“Assalamualaikum, morning guys,” satu suara kedengaran sebaik sahaja pintu cafe dibuka. Kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa melangkah ke dalam kaunter.
“Maaf encik, kedai tak bukak lagi. Tapi, ade ape-ape yang boleh saye bantu encik?” sapa Fina.
“Boleh, saya nak nak Carrot Cupcakes 10pcs?” ujar lelaki tersebut. Fina panik. Matanya melilau mencari Carrot Cupcakes di dalam fridge.
Carrot Cupcakes |
“Maaf cik, Carrot cupcakes ade tinggal 6 pcs je encik. Boleh tak kalau saya recommend cupcakes yang lain?”
“Tapi saya nak Carrot Cupcakes jugak. Isteri saye mengidam ni,” tegas lelaki tersebut. Fina tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Pantas dia menuju ke ruang dapur.
“Encik Afry, ade customer datang nak beli Carrot Cupcakes. Tapi yang tinggal tak cukup. Ade 6 pcs je. Customer tu nak 10 pcs,” jelas Fina. Afry melihat ke arah Fina.
“Yang kau berpeluh macam nampak hantu ni kenapa. Rileks la. Biar aku settlekan hal ni,” ujar Afry lalu pergi ke kauter.
“Ya Allah Fed, bile kau sampai ni?” jerit Afry lalu memeluk erat lelaki yang bernama Fed itu.
“Aku sampai KLIA malam semalam. Pagi-pagi lagi aku dah shoot terus ke sini. Macam mana business? Ok?” soal Fed.
“Macam ni lah bro. Business kecik-kecik,”
“Oklah ni. Style ape. At least impian kau mase belajar dulu-dulu nak buka cafe cupcakes tercapai ape. Ben mane? Lame tak dengar cerite pasal die. Aku cari kat facebook, tak jumpe pun akaun die,” jelas Fed.
“Lah, memang lah tak jumpe. Die tu bukan suke letak name sebenar. Dia gune nama Prince B. Sampai kiamat lah kau cari, memang tak jumpe. Kau kat New Zealand ok? Takde bawak balik bini mat salleh ke?” seloroh Afry.
“Banyak lah kau bini. Even aku dah 5 tahun makan buah kiwi, durian kat Malaysia ni jugak yang terbaik,” balas Fed.
“Eh, kejap. Tadi kau nak Carrot Cupcakes 10 pcs ke? Kejap aku pergi ambil,” ujar Afry.
“Wey, tak lah bro. Aku saje-saje je nak mainkan ko punye staff tu. Comel gile aku tengok,” ujar Fed sambil tersenyum gatal.
“Wey bro. Tak kan kau kat oversea dah jadi songsang? Astagfirullah...ape nak jadi dengan kau ni Fed. Tak sangke aku kau ni minat kaum sejenis,” Afry mengucap panjang. Fed terkejut dengan apa yang dikatakan Afry.
“Sorry la bro. Aku bukan macam tu ok. Aku still lurus lagi la. Kenapa kau kate aku songsang pulak?” soal Fed inginkan kepastian.
“Staff aku tu lelaki. Arieffin Hardy,” jelas Afry.
“Huh?” Fed terkejut dengan jawapan Afry.
**********************************************************************************
Sofea melangkah longlai menuju ke lif. Kakinya terasa berat. Sebaik Sahaja pintu lif dibuka, Remy muncul di depan mata. Sofea cuba untuk menutup semula pintu lif. Tetapi kudrat Remy lebih kuat menahannya. Remy pantas melangkah ke dalam lif.
“Sofea, cuba you dengar penjelasan I sayang,” rayu Remy dengan sepenuh perasaan. Sofea hanya berpeluk tubuh. Tidak sedikit pun mukanya memandang ke arah muka Remy.
“Tak ade ape yang you perlu jelaskan Remy. Cukuplah papa I sorang hampakan I. Sekarang you pulak. Semuenya dah terang Remy. Tak perlu nak bersuluh lagi. Benang yang dah basah, tak payah lah you nak luruskan,” sinis Sofea.
“Tapi, Sofea. Memang I salah, memang I mengaku I salah. Tapi, you tak boleh bagi second chance ke dekat I?”
“You ingat I ni ape? Perempuan murah macam perempuan jalang dekat rumah you semalam? Sorry Remy. It’s over,” ujar Sofea sambil menyeluk sesuatu dalam beg tangannya. Cincin yang diberi Remy dipulangkan.
“Sofea, I betul-betul insaf dengan kesalahan yang I dah buat Sofea. Please forgive me Sofea,” rayu Remy. Sofea hanya berdiam diri.
“I maafkan you, but it’s enough for me to accept any guys in my life. Lebih baik you mintak maaf dengan Allah Remy,” sinis teguran Sofea. Remy kini tidak mampu lagi mengawal fikirannya. Dia terus merangkul tubuh Sofea. Sofea panik! Butang lif cuba ditekan, tapi tangannya tidak sampai. Dengan segala kudrat yang ada, Sofea cuba menekan butang loceng kecemasan.
KRRIIIIINNNGGGGGGGGGG!!!
Bersambung...
p/s: terima kasih kerana sudi membaca. nantikan kisah seterusnya dalam cuppies 2...sebarang komen daripada korang, amatlah dihargai...
p/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah:
4 comments:
menariks ni...
*rubbing palms*
tak sabar tunggu yg seterusnya
waaaaahh ! sweet !
tak sabar nak menunggu cuppies 06..cpat mencoret-coret cerita..haha,i can't wait
terbayang2 muka si Arieffin hardy ni..hahaha
Post a Comment