Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, June 21, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 09


CUPPIES 09

Suasana dalam bilik wad tegang. Hjh Nisa’ membetulkan posisinya di atas katil sambil dibantu Afry. Badannya di sandar ke kepala katil sambil beralaskan bantal. Benjy yang dari tadi diam memeluk Zara di ribanya, akhirnya bersuara.

“Ben tak faham lah mak ape semue ni? Kenape tiba-tiba si Eith ni datang melawat mak dan mengaku yang dia ni anak emak jugak? Ben tak faham mak, Ben tak faham,” aju Ben kepada Hjh Nisa’ yang hanya diam sejak kedatangan Eith sebentar tadi. Eith hanya duduk sambil memegang tangan Hjh. Nisa’.

“Ben, Afry. Sebenarnya dah lama mak nak cakap perkara ni pada kamu berdua, tapi mak nak tunggu masa yang sesuai. Tapi mak tahu bile. Mak tak nak, hati kamu berdua terluka. Mak takut Ben dengan Afry tak boleh terime kenyataan ni,” ujar Hjh Soleha. Matanya mula berkaca.

“Baik mak terus terang je mak siape Eith ni sebenarnya,” ujar Afry. Eith memandang wajah Hjh Nisa’ dan menganggukan kepalanya.

“Baiklah, mak akan terus terang. Mak harap Ben dengan Afry boleh terima Eithan Parker Abdullah ni sebagai abang kandung kamu. Eith ni sebenarnya anak mak. Anak kandung mak. Anak hasil perkahwinan mak yang pertama dengan ayah Eith, Abdullah James Parker. Mak kahwin dengan ayah Eith ni masa mak kerja dengan syarikat datuk Eith. Tapi perkahwinan kami tak kekal lama. Setelah mak lahirkan Eith, ayah Eith terus ceraikan Mak. Ayah Eith lari ke London bawak Eith sekali. Masa tu mak macam hilang arah. Mak tak tahu ape nak buat. Mak hilang punca,” jelas Hjh Nisa panjang lebar.

“Habis macam mana mak boleh jumpe dengan bapak?” soal Benjy. Penjelasan Hjh Nisa’ masih lagi tidak memuaskan hatinya.

“Lepas mak ditinggalkan ayah Eith, bapak kamu datang melamar mak. Dialah lelaki yang paling baik mak pernah jumpa. Susah senang kami bersama. Sampai kamu berdua besar panjang, mak sentiasa ingat kenangan dengan arwah bapak kamu,” jelas Hjh Nisa’ penuh hiba.

“Mak, Afry macam muyskil macam mane mak boleh jumpe Eith ni balik,” soal Afry meluahkan apa yang terbuku di dalam fikirannya. Zara hanya diam sahaja. Dia tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Mata hanya berkelip memandang wajah Eith. Hjh Nisa’ merenung mata Eith. Eith seakan faham dengan isyarat yang diberikan oleh emaknya itu.

“Sebenarnya Ben, Afry, selepas ayah saya meninggal, saya dijaga oleh datuk saya. Datuk saya yang menceritakan hal ini kepada saya. So, saya berusaha mencari emak kandung saya dan alhamdulillah tahun lepas, impian saya jadi kenyataan. Doa saya dimakbulkan Allah. Saya akhirnya berjumpa dengan mak kandung saya yang saya tidak pernah mendapat kasih sayangnya dari kecil,” ujar Eith. Afry mengangguk, seakan menerima penjelasan Eith.

“Tapi kenape nak rahsiakan dari kami berdua?” soal Ben yang masih lagi ada keraguan di hatinya.

“Ini semua permintaan saya. Saya mahu mengenali kamu berdua terlebih dahulu. Itu sebabnya saya mintak kerja dekat Cupcakes Princes atas nasihat mak,” ujar Eith sambil merenung ke arah Benjy dan Afry. 

“Ben, Afry. Mak harap kamu berdua tak terkejut dengan perkara ni. Mak harap sangat-sangat kamu berdua dapat terima Eith seperti abang kandung kamu sendiri. Mak rasa umur mak dah tak panjang lagi dah. Sebelum mak menutup mata, selagi mak masih bernafas, mak nak sangat tengok kamu bertiga hidup gembira bersama, usahakan Cupcakes Princes tu bersama-sama,” pinta Hjh Nisa’.

“Mak jangan cakap macam tu mak. Ajal maut di tangan Allah. InsyaAllah, Ben dan Afry akan anggap Eith macam abang kami mak,” ujar Ben. Air mata Hjh Nisa’ tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya berderai juga tatkala ketiga-tiga anaknya serta Zara memeluknya penuh rasa kasih dan sayang.

“Ingat pesan mak. Hidup berkasih sayang umpama cupcakes, kasih itu cup, sayang itu cakes,” ujar Hjh Nisa’ sambil menitiskan air mata kegembiraannya.


**********************************************************************************


Fina melangkah pantas. Namun Fed juga melajukan langkahnya. Tangannya pantas diletakkan di bahu Fina. Fina memandang ke arah Fed sambil membulatkan matanya.

“Maaf Fed. Saya tak selesa,” ujar Fina lalu menurunkan tangan Fed dari bahunya. Terasa rimas bila diperlakukan sebegitu di depan khalayak.

“Kenape? You malu ke orang tengok kite mesra?” soal Fed lalu mencuit manja pipi Fina.

“Maaf Fed, saya lelaki. Awak pun lelaki. You pernah nampak ke lelaki dengan lelaki jalan dekat mall, depan orang ramai peluk-peluk bahu? Ke you memang...” kata-kata Fina terhenti tatkala terlihatkan Isly di depannya. Pantas langkahnya diatur ke arah Isly yang sedang membelek baju di dalam Butik HNSZLKH, meninggalkan Fed sendirian.

“Wey Isly,” bisik Fina ke telinga Isly. Terkejut Isly dibuatnya.

“Hai Fina, dah lame tak jumpe kau. Kau sihat? Kau buat ape kat sini?” soal Isly lalu memeluk rakannya itu.

“Isly. Kau kene tolong aku wey. Ade mamat gatal nak ngorat aku wey. Meremang bulu roma aku ni. Ishhh, tak boleh aku!” ujar Fina kepada Isly, rakan serumahnya sewaktu zaman universiti dahulu. 

“Kau relax Fina. Yang kau gelabah kalah Mak Jemah ni kenape? Mane lelaki nak ngorat kau tu? Meh aku ajar sikit,” ujar Isly sambil menyingsingkan lengan bajunya.

“Woi, kau tak payah lah nak tumbuk mamat tu. Kalau nak tumbuk, aku dah lame dah tumbuk muke die. Tapi die tu kawan bos aku. Kalau aku tumbuk kang, tak pasal-pasal kene buang kerje,” terang Fina.

“Habis kau nak aku buat ape?”

“Kau menyamar jadi awek aku. Boleh?”

“Ish kau ni. Kau kan perempuan. Tak kan kau nak bagi alasan yang kau ni lesbo?” soal Isly yang inginkan kepastian. Mata Fina meliar ke arah luar butik. Fed masih lagi berdiri di situ.

“Wey, memang tak la. Die ingat aku ni lelaki. Sebab aku menyamar jadi lelaki kat tempat kerja. Tapi aku tak sangka pulak yang die tu songsang,” ujar Fina memberikan penjelasan sehinggan terbeliak mata Isly mendengarnya.

“Kau memang gile lah Fina. Macam mane kau boleh menyamar jadi lelaki ni?”

“Kau jangan banyak tanye boleh tak? Sekarang kau nak tolong aku ke tak ni?” soal Fina. Isly hanya mengangguk. 

“Lagi satu, name aku Fin. Bukan Fina. Kau jangan tersasul sudah,” ujar Fina cuba memberi peringatan kepada Isly. Lalu Fina memegang tangan Isly dan melangkah ke arah Fed yang sedang leka membalas tweet di Blackberrynya.

“Fed, kenalkan ni Isly, girlfriend saya,” ujar Fina sambil tersengih. Fed menghulurkan salam kepada Isly.

“Hye, I’m Fed, Fedrus Ummar,”

“Hye, I’m Isly. Nice to meet you,” ujar Isly sambil melirikkan senyuman manis. 

“Tak sangka you dah ade girlfriend secantik Isly ni. She really beautiful as her name. Tapi I macam pernah nampak you la. Name you Isly Isnainy Mohd Isa kan?” soal Fed. Terkejut Fina dengan kata-kata yang dituturkan Fed. Mamat ni kenal Isly ke? Matilah aku! Getus hati Fina.

“Yup, that is my name. By the way, I pun macam kenal you lah! Fedrus Ummar anak Tan Sri Ibrahim Ali kan? Kita pernah jumpe dekat New Zealand dulu kan? One and a half year if I not mistaken. Masa tu I had a vacation with my sis and you dengan your friends,” ujar Isly.

“Ya, I ingat. Tak sangke boleh jumpe you balik. Kecik rupanya dunia ni kan,” ujar Fed yang kelihatan semakin meminggirkan kewujudan Fina di sisi Isly. 

“Ehem ehem,” Fina berdehem, memberikan isyarat kepada Isly.

“Eh lupa lupak boyfriend dekat sebelah ni. Sorry ye Fina,” ujar Isly sambil memeluk bahu Fina. Fina membulatkan matanya kerana Isly tersalah sebut namanya. Fed mula mengesyaki sesuatu.

“Fina?” soal Fed.


**********************************************************************************


Yuyu melangkah masuk sambil memberi salam.

“Assalamualaikum,” ujar Yuyu lalu meletakkan wedgesnya di rak kasut. Dilihatnya Sofea sedang leka menonton televisyen di ruang tamu.

“Assalamualaikum Sofea,” bisik Yuyu ke telingan Sofea. Tersentak Sofea dari khayalannya.

“Waalaikumussalam, yang kau ni tibe-tibe nak bisik-bisik kat telinga aku kenape?” soal Sofea sambil mencapai remote Astro.

“Kau lah Sofea. Suke sangat berangan. Kalau pencuri masuk rumah pun kau tak sedar. Tahu-tahu, barang dah hilang, duit dah lesap,” bebel Yuyu.

“Ala, dah memang habit aku macam tu. Nak buat macam mane. Yang kau ni balik lambat kenape?” 

“Aku ade dinner dengan client tadi. Handsome gile client aku Sofea. Kalau kau tengok, mesti kau cair,” ujar Yuyu penuh teruja.

“Kau ni kan. Pantang jumpe lelaki handsome sikit. Mula la datang ulat bulu kau naik satu badan. Habis si Eith tu lau nak campak mane?” 

“Ala kau ni pun. Aku saje je nak kagumi keindahan ciptaan Tuhan. Eith tu kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok. Dah la malas aku cakap pasal die. Yang kau ni, aku tengok macam ade masalah je. Sofea, kalau kau ade masalah, just share dengan aku. Mane tahu aku boleh tolong ke kan, ringan sikit beban kau,” ujar Yuyu yang sentiasa mengambil berat keadaan rakan serumahnya itu.

“Mane ade Yuyu. Aku ok lah. Dah la, aku nak masuk bilik. Nak tidur. Dah lewat dah ni, esok nak kerje,” ujar Sofea lalu melangkah ke dapur untuk mengambil segelas susu rendah lemak. Dilihatnya di dalam fridge, masih ada lagi Raspberry Choc cupcakes. Lalu diambilnya sekali bersama segelas susu.


Raspberry Choc cupcakes

“Ha, elok lah tu tinggal aku sorang-sorang macam ni kan. Aku ade banyak cerite nak kongsi dengan kau ni Sofea,” jerit Yuyu.

“Ala, esok-esok je lah. Tak pun, kau pergi update blog kau, nanti aku bace kisah hidup kau dekat blog kau. Nanti boleh aku klik iklan dekat blog kau tu nanti,” sinis Sofea.

“Kau ni macam faham-faham je kan. Tu yang aku sayang kau lebih Sofea,” 

“Ha ye la, kau kan memang melimpah-ruah dengan kasih sayang,”
“Dah la Sofea, baik aku mandi. Layan kau, kalau dapat duit takpe, ni dapat dosa kering je,” ujar Yuyu seakan terasa dengan kata-kata Sofea. Sofea hanya tersenyum sinis lalu masuk ke dalam biliknya.

Gelas berisi susu diletakkan di atas meja. Raspberry Choc cupcakes disuap ke mulutnya. Sedap tak terkata. Esok aku nak ke Cupcakes Princes lagi lah, dah la cupcakes sedap, orang yang jual pun sedap mata memandang. Bisik hati Sofea lalu merebahkan dirinya ke atas tilam empuk. Mulutnya masih lagi menguyah. Rahsia mamanya yang menghantui fikirannya seakan hilang tatkala menikmati keenakan Raspberry Choc cupcakes.


Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca. nantikan kisah seterusnya dalam cuppies yang berikutnya ...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 



13 comments:

MIDA MIDOT said...

alaa .comelnya .header pun comel . . .
comel sesangat gamaknya :D

mr.F said...

@MIDA MIDOTbiaselah, tuan blog pun comel gamaknya :D

fieylif said...

opppsss..amboi en lihin..comel ke??hahaha

Anonymous said...

okay..epi kali ni, more relax i guess..keep it up ok ;)

-hasifan

dunia_kecik_ku said...

cup cakes dlm cita nie la yang buat aku nak beli cup cakes hari2... kayo la kakak yang juai cup cakes tue...

jalilah afifah said...

mr flint, bila nak sambung lagi ni.
menarik.

mr.F said...

@jalilah afifah tungguuu

lulu said...

next ep!! huhu!! sukanya kalo fina & afry tu together, and fed org ke-3! :p

Anonymous said...

smabongannnn lmbad lgy ke ?

Daya said...

bila ade smbungan nye wahai Mr F ? :)

Natasya Sharin said...

Macam coffee prince drama Korea pun ade jugak !! Terbaek sngt ! :))

mr.F said...

sambungan Cupcakes Princes akan tiba....nantikan ye :)

Miszyuyu said...

kasih itu cup, sayang itu cakes.. Yuyu sgt cool ekekeke =)

ShareThis