V.I.P BLOG KU

Tuesday, August 2, 2011

CUTI - CUTI MASAK: FRESH FRUITS PAVLOVA

As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, sempena first day puasa semalam, aku tetibe rajin nak buat pavlova...cam best je kan tengok gambar pavlova bile aku google...menarik dan mengancam...nak buat pun senang la jugak...So, meh kite tengok cara-cara nak buat FRESH FRUITS PAVLOVA....





Amacam, tergugat tak??? hahahah...ok, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pavlova adalah seperti yang berikut:



Bahan A:
  • 5 biji putih telur (kuning telur tidak diperlukan untuk membuat pavlova)
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil cuka makanan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar tepung jagung yang diayak
Bahan B:
  • Whipped cream
  • Starwberry yang dibelah dua
  • Kiwi yang dihiris nipis

Ok...cara nak buat pun senang je ye korang:


Mula-mula, putar putih telur sehingga kembang, sebelum itu, pastikan mangkuk bersih dari sebarang benda asing seperti air supaya putih tekur kembang sehingga jayanya - Then, semasa telur diputar, masukkan gula castor sedikit demi sedikit sehingga habis. - Next, masukkan tepung jagung, esen vanilla dan cuka makanan dan putar sehingga berkilat.

Okeh, berkilat seperti ni ye korang....eh kejap, sebelum tu, korang kene lukis dulu bulatan dalam 12cm diameter atas kertas minyak - Then, barulah korang boleh tuang adunan tadi dalam bulatan tadi dan ratakan, and make sure tak terkeluar bulatan ye :) Buatlah bentuk yang korang suke...aku main tepek je ni...hahhaha



Lepastu, bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 100 c dan gunakan api bawah ye...bakar selama 50-60 minit...selepas dibakar sehingga kecoklat cairan (ape jenis bahasa ni) ala, kire brown light2 la..., biarkan pavlova yang telah dibakar sejuk di dalam oven...jangan keluarkan ye sehingga benar-benar sejuk...


Lepas dah sejuk, bolehlah dikeluarkan dan sedia untuk dihiaskan dengan menyapu whipped cream di atas pavlova tadi...then, susun buah strawberry dan kiwi mengikut citarasa korang....lepas tu siap! tunggu sehingga waktu berbuka, barulah boleh makan ye :)



Ha, simple je kan? Korang boleh je nak letak buah lain yang masam sebab nak balancekan kemanisan pavlova tu...seperti buah mangga, passion fruits or buah markisar, blueberry, nak letak Blackberry pun boleh....okeh...





So, meleleh tak air liur? Eh, lap air liur tu, lagi berapa jam ni nak buka, sabar ye....semoga berjumpe lagi dalam episod CUTI-CUTI MASAK yang akan datang bersama HOT CHEF dambaan malaya...kah kah kah


Dan bagi sesiape yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal, ape kate korang try klik banner bawah ni:

how to make an animated gif





 
SELAMAT MENCUBE YE!!!

14 comments:

Beeha B. said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah bagus! beeha baca resepi kt merata blog sumpah x fhm...baca sini baru faham..hehe..

Mohd Khairi Khadzir said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nmpk sedap!! heee sem depan antr kt studio 08 ok (^___^)

mr.F said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Beeha B.tq, selamat mencube :)

mr.F said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Mohd Khairi Khadzirhahhaha...memang berebut la nanti...

Zeera Lana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

woahhh,terliur tengokkk
hehehe :D

Thristhan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wow, looks amazingly tasty :). Love the kiwis.

mr.F said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Zeera Lanahehhehe, lap lap air liur tu..

mr.F said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Thristhan tq :)

Fa-zlyn said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya...nak try buat raya nt la
terima kasih

roha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku suka !!!

Miszyuyu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bole amek resepi sni neh.. yuyuk xpnh try buat pavlova lg =D

aida-myasara said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pavlova dikenali maringue masa kau belajar katering dulu...sedap...aku suka letak oren sunquick...nyum2

~~nAzIrAh aShAr~~ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lowr.senang je wt pavlova ni ek..ak igt susah sgt..hua5..t nk try la ble blk umah..hee..tq share resepi yek flint..hee

sarah mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Suka resipi dari blog ni. Dah la mengancam pastu ada resipi mudah2 jek LIKE LIKE LIKE :D

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...