CUPPIES 04
Perlahan Afry meletakkan Zara di katil comel milik Zara. Diraup lembut muka anak buanhya itu. Rasa kasihan mula timbul tatkala mengenangkan nasib Zara yang masih lagi kecil tapi tidak pernah dapat merasai kasih sayang seorang insan bergelar mama. Afry melangkah ke arah meja kecil di tepi kati Zara. Ditatapnya potret keluarga abangnya suatu ketika dulu. Ketika Zara baru berusia setahun. Dilhat sinar kebahagiaan abangnya disamping isteri tercinta dan satu-satunya zuriat mereka. Tanpa disedari, air mata Afry mula menitik bila mengenangkan takdir yang sudah tertulis.
“Kenapa uncle Afry nangis ni? Uncle sedih ea?” soal Zara, menyentak Afry dari khayalannya. Pantas Afry mengesat air matanya dan meletakkan semula bingkai gambar di atas meja.
“Eh, Zara. Kenapa bangun ni? Bukan Zara dah tidur ke sayang?” ujar Afry cuba mengalih soalan Zara. Dia tidak mahu Zara berasa sedih dengan kehilangan mamanya.
“Zara nak kencing la unclen Afry,” ujar Zara sambil menunjukkan wajah comelnya. Afry hanya tersenyum melihat keletah anak buahnya itu.
“Dah, jom uncle temankan Zara pergi bilik air,”
“Ok,” balas Zara lalu berlari ke arah bilik air. Afry cuba mengejarnya.
“Dah sudah ke Zara?” soal Afry. Zara hanya diam.
“Zara? Zara?” Afry meninggikan sedikit suaranya. Risau mengenai keadaan anak saudaranya. Pintu bilik air diketuk berkali-kali. Tiada juga respon dari Zara. Tidak lama kemudian, Zara keluar dari bilik air.
“Zara ok ke Zara? Kenape Zara tak menyahut suara uncle tadi?” soal Afry inginkan kepastian. Dia mahu memastikan tiada apa-apa yang berlaku kepada Zara.
“Uncle Afry, rileks la. Zara ok. Teacher Shasha cakap kat taska tadi, kite tak boleh bercakap dalam toilet. Jadi, Zara diamlah bile uncle Afry panggil name Zara tadi,” ujar Zara dengan bersahaja. Afry hanya mampu mengukirkan senyuman. Dia kemudiannya mengekori Zara yang menuju ke arah balkoni.
“Cantik kan bintang tu uncle Afry. Cantik macam mama kan?” ujar Zara sambil tangannya menunjuk ke arah salah satu bintang yang teserlah kerdipannya.
“Iye lah Zara. Cantik macam mama Zara,” balas Afry, cuba melayan karenah Zara.
“Tapi kan uncle Afry, kenape Allah ambil mama?” soalan Zara benar-benar membuatkan Afry tersentak. Dia mula mencari jawapan yang paling sesuai.
“Sebab Allah lebih sayangkan mama, Zara,” ringkas Afry.
“Habis Allah tak sayang Zara, papa dan uncle Afry la?” soal Zara kembali.
“Kenapa Zara cakap macam tu?”
“Sebab Allah tak ambil Zara, papa dan uncle Afry sekali dengan mama. Betul tak uncle Afry?” soal Zara. Kali ini, Afry benar-benar diduga dengan soalan di luar pemikiran seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun.
“Zara, bukan macam tu. Allah sayang semua ciptaanNya. Tapi, setiap yang hidup, pasti akan mati. Zara tengok pokok kaktus ni. Semalam masih lagi segar, tapi hari ni dah kering. Mati,” jelas Afry, cuba memberi perumpamaan yang jelas bagi memahamkan Zara yang masih lagi mentah. Zara hanya mengangguk.
“Dah, jom masuk tidur. Dah lewat ni. Esok nak pergi taska,” ujar Afry sambil mendukung Zara ke bilik.
“Good night uncle Afry. Assalamualaikum,” ujar suara manja Zara.
“Waalaikumusalam. Good night my little princess,” ujar Afry sambil mengucup lembut dahi Zara. Perlahan Afry menutup tubuh Zara dengan selimut yang dijahit oleh mamanya. Rasa hiba kembali menguasai diri Afry.
**********************************************************************************
Fina bergegas keluar dari biliknya selepas bersiap. Hari ini adalah permulaan hidup yang baru baginya. Penampilan hari ini lebih kemas berbanding hari-hari biasa. Tapi, masih lagi mengekalkan cirri-ciri maskulin.
“Awal kau bangun Fina? Selalunya, Matahari dah tegak atas kepala baru kau nak bangun?” sinis Pn. Rose sambil menyiapkan bihun gorengnya. Fina tidak memperdulikan sindiran emaknya itu. Pantas Fina menyarung kasutnya.
“Kau nak pergi mana ni Fina? Tergesa-gesa je mak tengok kau ni,” soal Pn. Rosa yang mula meragui tingkah laku anaknya itu.
“Fina nak pergi kerja la mak. Mak jugak yang suruh Fina kerja kan,” jawab Fina sambil memakai helmet.
“Kau dah dapat kerje ke? Kerje ape? Kat mane? Gaji berape?” soal Pn. Rose bertubi-tubi.
“Mak ni, orang dah lambat dah ni. Kang tak dapat kang baru mak taw,” rungut Fina sambil menolak skuternya.
“Kot ye pun, salam la mak ni dulu. Ambil berkat. Bertuah punya budak,” ujar Pn. Rose.
“Eh, lupe pulak,” Fina pantas mendapatkan tangan emaknya lalu dikucupnya.
“Mak, doakan yang terbaik buat orang ea,”
“Tiap-tiap hari mak doakan kau, Fina. Eh, kejap. Mak pergi bungkuskan kau bihun goreng. Jimat sikit duit kau,” pantas Pn. Rose ke dapur lalu memasukkan bihun goreng ke dalam bekas.
“Nah, duit tu jimat-jimat sikit ye Fina. Mak ni bukan Gabenor bank Negara,” sempat Pn. Rose menyindir Fina sambil menghulurkan bungkusan bihun goreng. Fina hanya tersenyum kelat.
“Yelah mak. Orang pergi dulu ye. Assalamualaikum,” ujar Fina lalu meluncur laju dengan skuternya. Pn. Rose hanya mampu membalas salam dan melambaikan tangannya. Dapat jugak kau kerja Fina akhirnya, bisik hati Pn. Rose.
**********************************************************************************
Afry membawa keretanya, membelah kesunyian pagi yang hening. Pelik rasanya tatkala abangnya menyuruhnya pergi ke Cupcakes Princes seawal 7 pagi. Bila ditanya sebab kenapa dia perlu pergi awal ke cafe, Benjy hanya tersenyum sahaja. Lagu Awan Nano mula kedengaran dicorong radio.
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitu puitis bait-bait lagu nyanyian Hafiz. Afry teringatkan kembali kedua ibu bapanya yang telah membesarkannya. Walaupun arwah bapanya sudah setahun pergi menghadap seruan Ilahi, segala jasa dan pengorbanan arwah ayahnya tidak pernah dilupakannya. Bagi Afry, walaupun hanya mereka dua beradik, kasih sayang yang diberikan oleh orang tuanya tiada tandingan.
Afry meletakkan keretanya di bahu jalan. Segera dia melangkah ke arah Cupcakes Princes, tetapi langkahnya terhenti tatkala terlihatkan seseorang sedang berpeluk tubuh sambil mata terpejam di hadapan kedainya. Seperti pernah dilihatnya susuk tubuh itu. Ya, benar tekaannya!
“Assalamualaikum. Kau datang nak interview ke?” sapa Afry. Fina terjaga dari lenannya.
“Eh, waalaikumusalam,” Fina hanya mengukirkan senyuman.
“Yang kau nak senyum seposen kat aku apesal? Aku straight ok!” tinggi nada Afry. Fina tersentak dengan tindak balas Afry. Ingin sahaja dia ketawa dengan kenyataan yang diberikan Afry.
“Ok, chill la bro. Aku Arieffin Hardy. Panggil Fin je,” ujar Fina sambil menghulurkan salam tetapi Afry tidak menyambunya.
“Eleh, kerek gile mamat ni!” getus Fina perlahan.
“Ape kau cakap tadi?” soal Afry yang meminta Fina untuk mengulangi semula apa yang disebutnya sebentar tadi.
“Eh, mane ade aku cakap ape-ape,” jawab Fina sambil membuat muka kesian.
“Dah, jom masuk,” arah Afry tegas. Dia cuba memikirkan jalan untuk mengenakan pekerja barunya. Fina hanya mengikuti langkah Afry. Sebaik sahaja Fina melangkah masuk ke dalam Cupcakes Princes, dia berasa kagum dengan sentuhan rekaan dalaman cafe itu. Begitu sempurna di matanya.
“Yang kau duk tercegat dekat situ kenape? Nah, ambil uniform ni. Tukar sekarang,” arah Afry sambil menyerahkan uniform kepada Fina.
“Nak salin kat mane ni?” soal Fina.
“Salin je lah kat sini. Kau kan lelaki. Aku lelaki. Aku dah cakap awal-awal tadi yang aku straight kan?” balas Afry yang bengang dengan soalan yang diajukan Fina.
“Tapi bro, aku penyegan orangnya,”
“Ape bro, bro? Panggil aku Encik. En. Afry,” ujar Afry sambil membuat muka angkuhnya.
“Ok, En, Afry. Tapi boleh tak saya nak salin dekat bahagian dapur?” pinta Fina.
“Kau ni. Baru first day kerja dah banyak songeh kan. Dah, pergi salin dekat dapur tu,” arah Afry sambil menurunkan kerusi dari atas meja. Sebaik sahaja Fina selesai menyalin uniform, dia melangkah keluar dari dapur. Afry memandangnya dari atas ke bawah.
“Kau ni, dah tua pun tak pandai nak butangkan baju kan?” ujar Afry lalu mengenakan butang di dada Fina. Fina cuba mengelak, tetapi tangan Afry lebih pantas. Berderau darah Afry tatkala tangannya di dada Fina. Muka Fina merah padam!
Bersambung...
p/s: terima kasih kerana sudi membaca. nantikan kisah seterusnya dalam cuppies 2...sebarang komen daripada korang, amatlah dihargai...
BEST!
ReplyDeletexsbr nk tggu next episode ;)
@mayra aish♥ heheh...tq for reading and supporting...=)
ReplyDeletebile next episode? i'm waiting for it =D
ReplyDeleteterbyg2 cerita coffee prince.hehehe
ReplyDeleteheeee .. cepat la! cepat la! tak sabor nak bce next episode nih .. heheh
ReplyDeletewaarghh! baca sendiri pon boleh blushing neh wakakaka
ReplyDelete