Kisah dua hati, kini sudah terpatri....mari kita ikuti kisah hati dua sejoli semasa majlis resepsi pengantin lelaki, Zahiril Adzim.
“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam
tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you –
ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan
puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau”
“Aku pasti punya
masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa,
kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu
satu.
Dan hari ini kau
telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku
kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku
kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku,
percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau
seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan
keselamatan,
Bahaya, ancaman
di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan
menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan
hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan
memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi
isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi
ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat
menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi
pelengkap hidupku.
bace pon da tacin..kalo dgr mesti nk nanges..huwaa :(
ReplyDeletenice gile...
ReplyDeletehttp://tinyurl.com/89wmrc2
baguskan..muda2 dah kahwin.. tak kira pasal populariti.. terutama yg lelaki tue.. bagus betul.. hopefully makin murah rezeki mereka
ReplyDeletei wish dapat husband macam uh so sweet
ReplyDelete