Kotak Kurma 7
Azan Subuh
berkumandang. Datin Ei’syah dan Datuk Naqem bersiap sedia untuk mendirikan
solat Subuh berjemaah selepas menikmati juadah sahur. Datin Ei’syah tidak
berkesempatan untuk menyoal siasat suaminya mengenai hal yang menimpa Adhan.
Adakah benar suaminya yang terlibat? Semakin banyak persoalan yang bermain
difikirannya.
“Apa yang awak
menungkan tu Syah? Sudah, lekas pakai telekung tu,” ujar Datuk Naqem sambil
mengenakan songkoknya. Terhenti lamunan Datin Ei’syah. Pantas dia mencapai
telekung di atas kerusi lalu dipakainya. Datuk Naqem mengangkat takbir, Datin
Ei’syah menjadi makmumnya. Setiap hari, inilah rutin harian mereka sebagai umat
Islam.
“Assalammualaikumwarahmatullah,”
usai solat Subuh sebaik sahaja Datuk Naqem memberi salam. Tangannya ditadah,
doanya dipanjat ke hadrat Ilahi. Menitik air matanya pagi itu. Rasa sebak di
dalam dada. Hanya Allah yang tahu.
“Kenapa abang
nangis ni bang?” soal Datin Ei’syah sebaik sahaja mengucupi tangan suaminya.
“Mana ada abang
nangis?” Datuk Naqem cuba menafikan soalan isterinya.
“Abang tak payah
nak tipu saya lah bang. Saya dah kahwin dengan abang bukan setahun dua. Dah nak
masuk 30 tahun dah. Cuba abang cerita apa yang dah berlaku semalam?” soal Datin
Ei’syah, cuba memulakan penyiasatannya.
“Apa yang dah
berlaku semalam? Yang abang tahu, calon menantu tak jadi awak tu masuk
hospital. Lagi, ada apa-apa yang saya tak tahu ke?” Soal Datuk Naqem kembali.
“Eh, orang tanya
dia. Dia tanya kita balik pulak. Abang, abang tengok muka Syah ni bang. Cuba
abang jujur dengan Syah. Hari baik, bulan baik ni, tak baik kita menipu bang,”
duga Datin Ei’syah, cuba memerangkap suaminya.
“Tipu apanya ni
Syah. Abang nak tipu apa?”
“Betul abang tak
terlibat dengan kes Adhan ditembak?” soal Datin Ei’syah dengan nada serius?
Riak muka Datuk Naqem berubah. Dadanya diurut perlahan.
“Astagfirullah….Awak
tuduh abang yang lakukan semua ni? Awak dah hilang akal apa? Awak kata, awak
dah kahwin dengan saya hampir 30 tahun. Tapi, kenapa awak nak tuduh abang macam
ni? Cuba awak bawak mengucap Syah,” panjang penafian Datuk Naqem. Rasa bersalah
mula membelenggu perasaan Datin Ei’syah. Tapi, dia masih tidak puas dengan
jawapan yang diberikan oleh Datuk Naqem.
“Habis, pistol
yang abang cari semalam tu? Abang buat apa? Abang pun sendiri yang cakap, abang
akan tembak siapa yang cari pasal dengan abang,” ujar Datin Ei’syah, cuba memberi fakta
yang kukuh.
“Syah, abang
pergi menembak dengan kawan abang dekat Kelab. Yang cari pasal dengan abang tu,
kawan abang la. Dah dia yang cabar abang untuk kalahkan dia. Macam lah Syah tak
tahu yang abang ni pantang dicabar kan?”
“Ok, semua ni
salah faham lah ya?”
“Syah yang salah
faham. Tak semestinya orang yang asah parang, akan sembelih ayam yang ada dalam
rebannya. Mungkin ayam di hutan yang menjadi buruannya,” kias Datuk Naqem.
“Abang ni,
berkias-kias pulak dengan Syah. Sudah lah. Saya nak pergi temankan Theera, nak
melawat Adhan dekat hospital. Abang nak ikut tak?” pelawa Datin Ei’syah.
“Takpa lah. Awak
pergi lah dulu. Abang ada urusan sikit dekat pejabat. Nanti petang, kalau abang free, abang
akan singgah,” balas Datuk Naqem lalu melipat sejadahnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Pak Ngah duduk
dulu, saya nak panaskan enjin kereta,” ujar Amad lalu meninggalkan Pak Ngah di
ruang tamu rumahnya.
“Kamu tak bawak
bus ke hari ni Amad?” soal Pak Ngah.
“Tak. Kebetulan
kawan saya nak tukar shift. So, hari ni boleh lah saya bawak Pak Ngah jumpa
dengan anak Pak Ngah tu,” balas Amad sambil membawa akhbar yang dibeli pagi
tadi.
“Surat khabar bila tu Amad?”
“Hari ni punya Pak Ngah. Pak Ngah nak baca ke?” Soal
Amad. Pak Ngah mengangguk.
“Nah surat khabar.
Pak Ngah boleh bace ke tanpa cermin mata? Kuat mata Pak Ngah ni ye,” puji Amad.
“Kau jangan
pandang aku sebelah mata. Aku ni orang kampung. Makan semua yang segar-segar
dari hutan. Sayur-sayur semua aku tanam sendiri. Sebab tu, mata aku tahan lama,”
balas Pak Ngah sambil menatap muka depan akhbar di tangannya. Lama dia
memerhati tajuk besar akhbar tersebut.
“SUSPEK CUBAAN MEMBUNUH DITANGKAP”
Mengucap panjang
Pak Ngah sebaik sahaja meneliti tulisan wartawan yang menyatakan anaknya,
Ramadhan Ali Mubarak cedera parah ditembak semalam. Dadanya diurut laju. Dia
cuba menenangkan dirinya. Amad seakan sedar dengan perubahan yang berlaku pada
diri Pak Ngah.
“Kenapa ni Pak
Ngah? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Amad yang begitu prihatin dengan keadaan
Pak Ngah.
“Ini anak aku
Amad. Anak aku!” ujar Pak Ngah dengan nada bergetar. Dia begitu terkejut dengan
nasib yang menimpa anaknya itu. Amad pantas mengambil akhbar di tangan Pak
Ngah. Dibaca nama mangsa yang terlibat. Memang betul. Tepat sangkaannya! Gambar
kecil yang dipamerkan juga sama! Akhirnya terjawab persoalan yang selama ini
membelenggu hidupnya!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Firmy yang
menemani Adhan di wad semalaman sudah mula bersiap untuk pulang ke rumah. Dia
harus ke pejabat. Ada urusan yang masih belum diselesaikan. Dia menatap wajah
sahabat baiknya dari sekolah menengah lagi. Baik buruk perangai Adhan, semuanya dia sudah
kenali. Sudah lali. Segala pengalaman pahit dan manis dilalui bersama. Namun, apa yang
menimpa Adhan kali ini, sedikit sebanyak memberikan seribu satu persoalan dalam
fikirannya. Mengapakah Adhan diuji sedemikian rupa? Apa salahnya? Siapa yang
menjadi dalang disebalik kejadian ini? Satu demi satu persoalan, silih berganti
dalam fikirannya.
“Assalammualaikum,” sapa Qaish dari belakang, sebaik sahaja melangkah ke
dalam wad.
“Waalaikummusalam,” jawab Firmy. Ditoleh ke
belakang, wajah ayu Qaish ditatapnya.
“Awal awak
sampai,” soal Firmy sambil mengerling mata ke arah jam tangannya.
“Dah
tanggungjawab saya. Saya perlulah amanah,” balas Qaish sambil meletakkan bunga
ros putih dan bunnga carnation biru di dalam pasu.
“Tanggungjawab?”
soal Firmy, pelik dengan kata-kata Qaish.
“Sebenarnya.
Adhan ni abang kandung saya,” ujar Qaish ringkas sambil mengusap lembut dahi Adhan.
Firmy terkejut dengan apa yang diperkatakan dan perbuatan Qaish!
Bersambung…
Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA
SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS
KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA.
Cara untuk menyertai:
- Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
- Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
- Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
- Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
- Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.
Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 7, sila klik link di bawah-
Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)
No comments:
Post a Comment
pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha