Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, August 7, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 7



Kotak Kurma 7



Azan Subuh berkumandang. Datin Ei’syah dan Datuk Naqem bersiap sedia untuk mendirikan solat Subuh berjemaah selepas menikmati juadah sahur. Datin Ei’syah tidak berkesempatan untuk menyoal siasat suaminya mengenai hal yang menimpa Adhan. Adakah benar suaminya yang terlibat? Semakin banyak persoalan yang bermain difikirannya.

“Apa yang awak menungkan tu Syah? Sudah, lekas pakai telekung tu,” ujar Datuk Naqem sambil mengenakan songkoknya. Terhenti lamunan Datin Ei’syah. Pantas dia mencapai telekung di atas kerusi lalu dipakainya. Datuk Naqem mengangkat takbir, Datin Ei’syah menjadi makmumnya. Setiap hari, inilah rutin harian mereka sebagai umat Islam.

“Assalammualaikumwarahmatullah,” usai solat Subuh sebaik sahaja Datuk Naqem memberi salam. Tangannya ditadah, doanya dipanjat ke hadrat Ilahi. Menitik air matanya pagi itu. Rasa sebak di dalam dada. Hanya Allah yang tahu.

“Kenapa abang nangis ni bang?” soal Datin Ei’syah sebaik sahaja mengucupi tangan suaminya.


“Mana ada abang nangis?” Datuk Naqem cuba menafikan soalan isterinya.

“Abang tak payah nak tipu saya lah bang. Saya dah kahwin dengan abang bukan setahun dua. Dah nak masuk 30 tahun dah. Cuba abang cerita apa yang dah berlaku semalam?” soal Datin Ei’syah, cuba memulakan penyiasatannya. 

“Apa yang dah berlaku semalam? Yang abang tahu, calon menantu tak jadi awak tu masuk hospital. Lagi, ada apa-apa yang saya tak tahu ke?” Soal Datuk Naqem kembali.

“Eh, orang tanya dia. Dia tanya kita balik pulak. Abang, abang tengok muka Syah ni bang. Cuba abang jujur dengan Syah. Hari baik, bulan baik ni, tak baik kita menipu bang,” duga Datin Ei’syah, cuba memerangkap suaminya.

“Tipu apanya ni Syah. Abang nak tipu apa?”

“Betul abang tak terlibat dengan kes Adhan ditembak?” soal Datin Ei’syah dengan nada serius? Riak muka Datuk Naqem berubah. Dadanya diurut perlahan.

“Astagfirullah….Awak tuduh abang yang lakukan semua ni? Awak dah hilang akal apa? Awak kata, awak dah kahwin dengan saya hampir 30 tahun. Tapi, kenapa awak nak tuduh abang macam ni? Cuba awak bawak mengucap Syah,” panjang penafian Datuk Naqem. Rasa bersalah mula membelenggu perasaan Datin Ei’syah. Tapi, dia masih tidak puas dengan jawapan yang diberikan oleh Datuk Naqem.

“Habis, pistol yang abang cari semalam tu? Abang buat apa? Abang pun sendiri yang cakap, abang akan tembak siapa yang cari pasal dengan abang,” ujar Datin Ei’syah, cuba memberi fakta yang kukuh.

“Syah, abang pergi menembak dengan kawan abang dekat Kelab. Yang cari pasal dengan abang tu, kawan abang la. Dah dia yang cabar abang untuk kalahkan dia. Macam lah Syah tak tahu yang abang ni pantang dicabar kan?”

“Ok, semua ni salah faham lah ya?” 

“Syah yang salah faham. Tak semestinya orang yang asah parang, akan sembelih ayam yang ada dalam rebannya. Mungkin ayam di hutan yang menjadi buruannya,” kias Datuk Naqem.

“Abang ni, berkias-kias pulak dengan Syah. Sudah lah. Saya nak pergi temankan Theera, nak melawat Adhan dekat hospital. Abang nak ikut tak?” pelawa Datin Ei’syah. 

“Takpa lah. Awak pergi lah dulu. Abang ada urusan sikit dekat pejabat. Nanti petang, kalau abang free, abang akan singgah,” balas Datuk Naqem lalu melipat sejadahnya.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Pak Ngah duduk dulu, saya nak panaskan enjin kereta,” ujar Amad lalu meninggalkan Pak Ngah di ruang tamu rumahnya.

“Kamu tak bawak bus ke hari ni Amad?” soal Pak Ngah.

“Tak. Kebetulan kawan saya nak tukar shift. So, hari ni boleh lah saya bawak Pak Ngah jumpa dengan anak Pak Ngah tu,” balas Amad sambil membawa akhbar yang dibeli pagi tadi.

“Surat khabar bila tu Amad?”

“Hari ni punya Pak Ngah. Pak Ngah nak baca ke?” Soal Amad. Pak Ngah mengangguk.

“Nah surat khabar. Pak Ngah boleh bace ke tanpa cermin mata? Kuat mata Pak Ngah ni ye,” puji Amad.

“Kau jangan pandang aku sebelah mata. Aku ni orang kampung. Makan semua yang segar-segar dari hutan. Sayur-sayur semua aku tanam sendiri. Sebab tu, mata aku tahan lama,” balas Pak Ngah sambil menatap muka depan akhbar di tangannya. Lama dia memerhati tajuk besar akhbar tersebut.


“SUSPEK CUBAAN MEMBUNUH DITANGKAP”


Mengucap panjang Pak Ngah sebaik sahaja meneliti tulisan wartawan yang menyatakan anaknya, Ramadhan Ali Mubarak cedera parah ditembak semalam. Dadanya diurut laju. Dia cuba menenangkan dirinya. Amad seakan sedar dengan perubahan yang berlaku pada diri Pak Ngah.

“Kenapa ni Pak Ngah? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Amad yang begitu prihatin dengan keadaan Pak Ngah. 

“Ini anak aku Amad. Anak aku!” ujar Pak Ngah dengan nada bergetar. Dia begitu terkejut dengan nasib yang menimpa anaknya itu. Amad pantas mengambil akhbar di tangan Pak Ngah. Dibaca nama mangsa yang terlibat. Memang betul. Tepat sangkaannya! Gambar kecil yang dipamerkan juga sama! Akhirnya terjawab persoalan yang selama ini membelenggu hidupnya!



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Firmy yang menemani Adhan di wad semalaman sudah mula bersiap untuk pulang ke rumah. Dia harus ke pejabat. Ada urusan yang masih belum diselesaikan. Dia menatap wajah sahabat baiknya dari sekolah menengah lagi. Baik buruk perangai Adhan, semuanya dia sudah kenali. Sudah lali. Segala pengalaman pahit dan manis dilalui bersama. Namun, apa yang menimpa Adhan kali ini, sedikit sebanyak memberikan seribu satu persoalan dalam fikirannya. Mengapakah Adhan diuji sedemikian rupa? Apa salahnya? Siapa yang menjadi dalang disebalik kejadian ini? Satu demi satu persoalan, silih berganti dalam fikirannya.

“Assalammualaikum,” sapa Qaish dari belakang, sebaik sahaja melangkah ke dalam wad. 

“Waalaikummusalam,” jawab Firmy. Ditoleh ke belakang, wajah ayu Qaish ditatapnya. 

“Awal awak sampai,” soal Firmy sambil mengerling mata ke arah jam tangannya.

“Dah tanggungjawab saya. Saya perlulah amanah,” balas Qaish sambil meletakkan bunga ros putih dan bunnga carnation biru di dalam pasu.

“Tanggungjawab?” soal Firmy, pelik dengan kata-kata Qaish.

“Sebenarnya. Adhan ni abang kandung saya,” ujar Qaish ringkas sambil mengusap lembut dahi Adhan. Firmy terkejut dengan apa yang diperkatakan dan perbuatan Qaish!





Bersambung…




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA. 


Cara untuk menyertai:

  1. Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
  2. Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
  3. Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
  4. Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
  5. Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
  6. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.



Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 7, sila klik link di bawah-




Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)


No comments:

ShareThis