Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, November 30, 2010

NANTIKAN MUSLIHAT MUKA TUJUH




1 DISEMBER 2010  |  3 PM

KEMBALI MENGISI RUANG WAKTU ANDA!


.

Monday, November 29, 2010

A MOMENT TO REMEMBER 2

Sidang Media bersama Vice Canselor Uitm Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar








Terima kasih kepada pihak Uitm Perak!
saat ini akan ku kenang sampai bila-bila....



.

HASIL 3 TAHUN PENUH BERMAKNA!

kejayaan adalah hak milik setiap insan



kerana meraka saya lahir ke dunia




picture by: haziQah

Sunday, November 28, 2010

A MOMENT TO REMEMBER



ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-73
UiTM PERAK

MUHAMMAD FALIHIN BIN JASMI

penerima

  • ANUGERAH NAIB CANSELOR
  • ANUGERAH PELAJAR TERBAIK (DIPLOMA) FAKULTI SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR
  • ANUGERAH PELAJAR TERBAIK (DIPLOMA) JABATAN SENIBINA LANDSKAP


Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia-Nya di atas nikmat dan anugerah yg diberikan


rase famous sekejap bile muke masuk paper kan...


jutaan terima kasih pada pn.emak, Manisah Jaib dan en.ayah, jasmi ab rahman atas segala dorongan, nasihat, pengorbanan dan segala-galanyalah!
terima kasih juga kepada along, angah dan ati di atas bantuan dari segi fizikal dan mental serta kewangan...

terima kasih yg tak terhingga kepada para pensyarah,
en. azrul bahaluddin, en. zul azri, en. zulkefle ayob, en. zulazri ismail, en. zamil, en. izham, en. adham, en. azran, en.nazri
pn.sue, pn. huzei, cik hanim, pn. khalilah, pn. sikin, cik norizan

terima kasih pada kawan-kawan yg sentiasa ada ketika susah dan senang, bantuan dan dorongan dan segala kenangan pahit dan manis bersama korang akan dikenang sampai bila-bila...

tahniah juga kepada kawan-kawan yang telah menerima Diploma masing-masing...
kejayaan adalah milik setiap insan~

terima kasih juga kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan saya..yeah!
semoga kejayaan ini berkekalan dan akan menjadi inspirasi untuk lebih berjaya pada masa depan.




NANTIKAN KEMUNCULANNYA....



ape yang muncul?
nantikan ketibaannya..
semuanya bakal terjawab

Wednesday, November 17, 2010

MY MAGICAL JOURNEY

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader is just around the corner.

 

Let me share MY MAGICAL JOURNEY to NARNIA:

 












 


That is all of MY MAGICAL JOURNEY.

Interested to join? Here is the information:


To win some awesome prizes courtesy of GSC-EON Bank Credit Card, write a blog post titled “My Magical Journey” and share with us which part of the world of Narnia you’d like to explore, and how your adventure would be like there. Use your imagination and your picture editing skills to show us your presence in the world of Narnia, and share your picture in the post! Also, do provide a link to GSC-EON Bank contest minisite at www.gsc-eonbankcard.com. Be sure to leave a comment in this blog post with the permalink of your blog post after you’re done.

So, what exactly is up for grabs? The most creative blog posts will win:

Grand Prize x 1: 1 Brand New Sony Ericsson Xperia™ X10 worth RM1,999

Top 20 : 2 GSC 3-D Premiere Movie Passes to The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader (8 December 2010 starts at 8.45 pm)

Consolation Prize x 90: 2 GSC Premiere Movie Passes to The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader (8 December 2010 starts at 9.30 pm )

The Blog & Win contest is exclusive to Nuffnangers but if you are keen to win more Sony Ericsson mobile phones & Movie passes, just participate in the GSC-EON Bank Credit Card contests such as Capture & Win, Share & Win and Spot & Win contest for The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. You can check all this out in their minisite at www.gsc-eonbankcard.com or Facebook Fan Page: “The Ultimate Movie Card


Don't forget to experience

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

 

 

Synopsis

 

Return to the magic and wonder of C.S. Lewis’ beloved world – via the fantastic Narnian ship, the Dawn Treader. In this new installment of the blockbuster “The Chronicles of Narnia” motion picture franchise, Edmund and Lucy Pevensie, along with their cousin Eustace and their royal friend King Caspian, find themselves swallowed into a painting and on to the Dawn Treader. As they embark on an incredible adventure of destiny and discovery, they confront obstacles beyond imagination.

 

Was it magical enough to win phone or movie tickets? =)




Tuesday, November 16, 2010

MUSLIHAT ( MUKA AKHIR )



MUKA AKHIR


              Langit cerah, awan berarak lalu. Angin bertiup penuh mendamaikan. Suasana kembali tenang. Setenang air di kali. Syukur! Syukur Alhamdulillah. Dikesempatan ini, saya MUHAMMAD FALIHIN JASMI ingin megucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. salam pengorbanan dan salam kasih sayang. Salam penuh muslihat. MUKA AKHIR? hahaha... mane ade, guaru jek. Tunggu sambungan MUSLIHAT : MUKA TUJUH. Pelbagai muslihat akan terbongkar pada fasa kedua penceritaan. Nantikan MUKA TUJUH pada tarikh 23hb NOVEMBER 2010. Selamat bercuti semua!



NANTIKAN PEMBONGKARAN MUSLIHAT!





siapakah Safwan yang sebenar?
apakah yang akan berlaku antara Datuk Hambali dan Datin Habibah?
siapakah sebenarnya Athir?
apakah agenda yang dirancang Ezhan?
adakah impian Erham untuk bersatu dengan Imani akan menjadi kenyataan?
siapakah dalang disebalik semua muslihat yang dicipta?


sama-sama kita nantikan 


23 11 2010
3PM






CUTI -CUTI MASAK : HOMEMADE BLUEBERRY CHEESE TART

Selamat bertemu kembali dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. Dah cube masak

SAVOURY BREAD PUDDING WITH BOLOGNAISE SAUCE FILLING ?

Kalau dah bagus, kalau belum lagi bagus cube try test. !

Ok, untuk kali ni, saye nak berkongsi resipi HOMEMADE BLUEBERRY CHEESE TART yang dibuat oleh pn.emak "HOT CHEF" dan dibantu oleh "HOT CHEF" sendiri sempena PRA HARI RAYA KORBAN...
YUMMY...




Ok, berikut adalah bahan-bahan untuk membuat HOMEMADE BLUEBERRY CHEESE TART:


TART BASED:

200 gm mentega
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar gula kastor

FILLING:

blueberry paste/ jem blueberry

TOPPING:

250gm keju
60 gm gula aising
1 biji kuning telur
20 gm mentega


So, kite mulakan dengan care-care membuat tart based (doh) dulu ye:


masukkan mentega, gula dan sebiji telur puyuh (kalau nak try la)

campakkan sekali tepung gandum yang telah diayak - gaul sehingga sebati dan menjadi dowh! doh

ni lah hasil doh yang telah digaul oleh Pn. Emak

masukkan doh tadi ke dalam bekas yg cute miut yang diperbuat daripada aluminium dan diperbeli oleh Pn. Emak atas desakan Pn. Angah


masukkan blueberry paste ke dalam tart based tadi (ikut la nak letak banyak mane, janji makan sedap!)
untuk topping, nasukkan kesemue bahan - keju, gula aising, sebiji telur dan mentega - pukul sampai lebam kembang seperti dalam gambar.
dah puas pukul keju tadi, masukkan hasil pukulan ke atas blueberry paste tadi - kasi penuh ye! - nak cantik letak la pewarne purple - or boleh letak bunga lavender (kalau ade depan rumah korg la) - masak dalam ketuhar pada suhu 175'C. selame 15 minit

TADDAAA~ inilah hasilnye - cadangan hidangan, letak dalam bekas cawan kertas supaya calon mak mertue LIKE dkt facebook - ACHHHAAA~


So, adunan ini menghasilkan produktiviti yang agak tinggi kire2 100 biji..

Cadangan keju yang sesuai digunakan adalah:

say CHEEESSSEEEEEEEEEEEEEE


Itu sahaja untuk kali ini...semoga berjumpe lagi dalam episod CUTI-CUTI MASAK yang akan datang bersama HOT CHEF dambaan malaya...kah kah kah




 
SELAMAT MENCUBE & SELAMAT HARI RAYE KORBAN!

Monday, November 15, 2010

MUSLIHAT ( MUKA ENAM )





MUKA ENAM

                Kereta Mercedes Benz CL Class meluncur laju menuju ke Gerbang Selatan. Kenderaan menuju ke Singapura agak sedikit. Pak Daud sedang menumpukan pemanduannya sambil diperhatikan Safwan disebelahnya. Begitu tekun Safwan memerhatikan setiap apa yang dilakukan Pak Daud. Datin Habibah dan Liya hanya diam di belakang. Semuanya diam seribu bahasa. Hanya lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan dendangan Shahir berkumandang di corong radio. 

                “Datin, nak saya bawa ke mana dulu ni Datin? Marina Square atau Arab Street?” soal Pak Daud memecah sunyi. Datin Habibah hanya diam membisu. Tidak memberikan apa-apa respon. Fikirannya serabut.

                “Pak Daud bawak kami ke Vivo City dulu,” respon Liya memandangkan mamanya tidak menjawab soalan Pak Daud.

                “Baik Cik Liya,” ujar Pak Daud.

                “Mama kenapa ni? Kita kan nak happy-happy ni. Kenape muke monyok je. Senyum la sikit mama,” pujuk Liya. Datin Habibah melirikkan senyuman walaupun kelat.

                “Takde papelah Liya. Mama pening sikit je ni. Panas kot cuace hari ni. Nanti dah dapat shopping beg ke, kasut ke, baju ke, ok la kot,” ujar Datin Habibah cuba menyembunyikan kerisauannya terhadap nota yang diterimanya tadi.

                “Ha, kan cantik mama Liya senyum macam ni. Baru la best nak shopping,” ujar Liya begitu teruja. Pak Daud memberhentikan Mercedes Benz CL Class betul- betul di hadapan pintu masuk Vivo City, salah satu pusat beli-belah terkemuka di Kota Singa.

                “Pak Daud, datang balik dalam pukul 3 petang. Pak Daud pergilah mane-mane dulu bawak si Safwan tu. Nanti Datuk balik malam ni, biar saya yang ambil dekat airport,” ujar Datin Habibah lalu menutup pintu keretanya. Mampus aku! Getus hati Pak Daud. Rahsia yang Datuk yang disimpan rapi selama ini bakal terbongkar!



**********************************************************************************



                Hjh Soleha termenung keseorangan di beranda rumahnya. Melihat kehijauan pokok-pokok buah yang hampir memenuhi laman rumahnya. Kedengaran bunyi burung, riang berterbangan. Terlihatkan pangkin di bawah pokok rambutan yang dibina arwah suaminya, teringat kembali kenangan manis, suka dan duka kehidupannya bersama arwah suaminya.

                “Kesian abang tengok Leha. Terpakse jage Safwan ni dengan abang,” ujar Hj. Darwis sambil menyusukan anaknya.

                “Takpelah bang, Leha tak kisah. Safwan darah daging abang jugak. Keturunan abang jugak. Walaupun bukan anak Leha, Leha akan jage die macam anak Leha bang. Leha akan tatang die macam minyak yang penuh. Abang jangan lah risau. Safwan masih lagi kecil, baru 3 bulan. Dia tak tahu ape-ape bang. Yang lepas biarkanlah lepas,” ujar Hjh Soleha.

                “Tapi abang nak Leha janji yang Leha akan simpan rahsia yang Safwan ni bukan anak Leha sampai bila-bila. Abang tak nak Safwan tahu pasal emak kandung die. Abang tak nak dia terluka lagi. Cukuplah apa yang Bibah dah buat dekat abang dan Safwan,” ujar Hj. Darwis sambil menghulurkan jari kelingkingnya kepada Hjh Soleha. Hjh Soleha menyambut huluran itu dengan mata berkaca.

                “Leha janji bang. Leha akan simpan rahsia ni. Hidup mati Leha hanya untuk Allah, abang dan Safwan. Biarlah kita miskin harta asal kita bahagia dengan apa yang ada bang,” ujar Hjh Soleha. Akhirnya air matanya mulai tumpah. Dikucup lembut ubun-ubun Safwan penuh kasih sayang. Hj Darwis terus memeluk isterinya itu. Air matanya turut berderai. Sanggup aku menipu Soleha hanya semata untuk menolong Zakey? Rasa kesal mula terbutir dalam hati Hj. Darwis. Biarlah, suatu hari nanti aku akan beritahu Leha siapa sebenarnya Safwan ni. Bisik hati Hj. Darwis.



**********************************************************************************



                Cruise Seri Danga gagah membelah hamparan biru Selat Tebrau. Langit yang cerah, tidak begitu terik sinaran mentarinya. Kelihatan Erham dan Imani sedang menikmati makan tengah hari di dalam cruise. Kemesraan jelas terpancar di wajah pasangan sejoli itu.

 “You, dah 3 bulan kita berkawan. Dah kenal hati budi masing-masing. I rasa dah sampai masanya I nak masuk meminang you,” kata-kata Erham membuatkan Imani benar-benar terkejut. Sudu berisi nasi goreng ketam diletaknya kembali di atas pinggan. 

                “You jangan nak merepek Erham. Janganlah main-main hal macam ni,” ujar Imani.

                “Imani, I tak main-main hal kahwin macam ni. You tengok muke I ni ade muke main-main ke?” ujar Erham sambil merenung tepat ke arah Imani.

                “Erham Datuk Hambali. Kita baru 3 bulan berkawan. Masih baru lagi,” jelas Imani, cuba mencari alasan. Malam tadi dia bermimpi lagi mimpi yang sama. Erham dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan bersama-sama satu lagi jenazah yang masih lagi misteri. Masih lagi menjadi tanda tanya. Imani takut mimpinya akan menjadi kenyataan. 

                “Sayang, walapun baru 3 bulan kita berkawan, I rasa ada keserasian antara I dengan you. You selalu melengkapi I. Susah senang I, you selalu ada” ujar Erham penuh rasa kasih dan sayang.  Imani hanya diam membisu.

“Imani Muslaini sayang, izinkan I memiliki you untuk selama-lamanya? Ujar Erham sambil membuka kotak berisi cicncin emas putih bertakhta sebutir berlian Chopard. Walaupun ringkas rekaannya, tetapi tetap cantik dipandang. Kumpulan muzik yang membuat persembahan di atas cruise menghampiri meja makan mereka. Mereka serentak memainkan irama muzik lagu kegemaran Erham, Just The Way You Are. Begitu romantis suasana yang sedang menguasai ruang Cruise Seri Danga. Imani menitiskan air mata kegembiraannya. Rasa terharu dan sangat dihargai. 

“Imani Muslaini, sudikah kau menjadi yang halal bagiku?” ujar Erham penuh romantis sambil menyarungkan cincin ke jari manis Imani. Imani hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Tidak sangka Erham akan melamarnya dalam suasana yang begitu spontan tetapi indah. Akan dikenang saat ini sehingga ke akhir hayatnya.



**********************************************************************************



                Pak Daud semakin risau panggilan yang dibuat kepada Datuk Hambali tidak berjawab. Kepalanya ligat mencari jalan yang terbaik agar tembelang datuk tidak pecah. Tidak pernah datin sendirian menjemput datuk di airport. Tetapi, kenape kali ni nak ambil pulak? Getus Pak Daud dalam hati.

                “Kenapa pak cik risau semacam je. Ade ape-ape tak kene ke?” aju Safwan sambil menghirup teh tarik. Murtabak Singapore sudah habis dimakannya sepinggan. 

                “Ish takde papelah Wan. Pak Daud pening sikit je ni. Maklumlah, orang tua la katakan,” ujar Pak Daud, cuba menyembunyikan masalah yang bakal timbul.

                “Pak cik, siapa nama datin tu? Pak cik tak kenalkan lagi pun dekat saye,” ujar Safwan.

                “Tadi mood datin tak baik, tu yang pak cik malas nak kenalkan kamu dengan die. Name die Datin Habibah,” jawab Pak Daud Sambil menghabiskan baki air kopinya. Safwan terkejut dengan jawapan pak Daud.

                “Datin Habibah? Sama macam nama arwah mak kandung saye lah pak cik. Kebetulan kan,” ujar safwan.

                “Ha’a. Kebetulan kot,” ujar Pak Daud ringkas. Malas dia hendak melayan Safwan. kepalanya serabut memikirkan mala petaka yang akan berlaku malam nanti.



**********************************************************************************



                Datin Habibah sibuk mencuba pakain di bilik persalinan. Liya pula tidak tahan untuk ke bilik air. Dari tadi dia cuba bertahan. 

                “Mama, Liya pergi toilet kejap ea. Mama tunggu sini taw,” ujar Liya.

                “Ok,” balas Datin Habibah dari dalam bilik persalinan. Liya pantas mengatur langkahnya mencari tandas awam berhampiran. Setelah selesai melunaskan hajatnya, Liya kembali mendapatkan mamanya. Tiba-tiba matanya ternampak susuk tubuh yang amat dikenalinya.

                “Athir!” jerit Liya. Pantas Liya mendapatkan Athir.

                “Eh Liya, you buat ape dekat sini?” soal Athir yang segak berkaca mata hitam Ray Ban, baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat dengan clientnya, Liongate Ltd.

                “Saje jalan-jalan. Teman my mom shopping,” ujar Liya.

                “Your mom ade sekali la ni?” 

                “Yup. Jom I bawak you jumpe my mom,” pelawa Liya sambil menarik tangan Athir. Athir hanya menurutkan saja karenah kekasihnya itu.

                “Mama, kenalkan kawan Liya, Athir. Athir, ni mama I, Datin Habibah” ujar Liya. Baik Athir mahupun Datin Habibah, kedua-duanya tergamam. Bagaikan darah berhenti mengalir, pucat muka kedua-duanya. Terdiam. Terkedu.




Bersambung...




p/s: kind to leave your feedback and name =) TQ! 


Sunday, November 14, 2010

ALAM 2011 : PECAH RUYUNG!

just mengisi masa lapang. sila tinggalkan feedback =) TQ


MUSLIHAT ( MUKA LIMA )




MUKA LIMA

                Mata Erham merenung mata Imani. Sejuk mata Erham melihat raut wajah kekasihnya itu. Imani pula yang dari tadi hanya membisu, hanya tersenyum. Bayu laut Pantai Lido yang menyapa, seakan tidak terkesan kedinginannya pada diri mereka berdua.

                “Kenapa you tengok I macam tu?” soal Imani.

                “Why? I nak tengok orang yang I sayang pun tak boleh ke?” soal Erham kembali.

                “Bukan tak boleh. Boleh. Tapi I risau lah you,”

                “You risau pasal mimpi you lagi? Kan I dah cakap. Benda tu semua mainan tidur. You tak payahlah nak percaya sangat,” ujar Erham sambil merapatkan tubuhnya kepada Imani. Kepala Imanni disandarkan ke dadanya.

                “Tapi you, mimpi I kali ni lain sikit. Last time yang I cakap dekat you, I nampak jenazah you dikebumikan right? Tapi kali ni, I tak nampak jenazah you lagi. Tapi...” suara Imani seakan tersekat.

                “Tapi ape you?” Erham semakin teruja. Erham seakan dapat mengagak apa yang bermain di fikiran kekasihnya itu.

“Tapi I nampak ade dua jenazah. Tapi I tak pasti lah siapa,” jelas Imani. Ya, betul telahan Erham. Ada dua jenazah. Sama seperti mimpinya!



**********************************************************************************



                Athir memandu Mitsubisi Lancernya menuju ke parking Aeon Tebrau City. Hatinya berbunga gembira tatkala kekasih hatinya sudi menemaninya menonton wayang malam ini. Langkah diatur penuh bergaya. Athir kelihatan segak biarpun hanya berseluar pendek dan kemeja jalur slim fit. 

                “Hye sayang. Dah lama tunggu? Sorry la. I ade hal cikit dekat rumah tadi,” ujar Athir sambil melirikkan senyumannya.

                “Masuk kali ni, dah 4 kali you lambat. You memang la. Cakap tak serupa bikin. I janji I tak buat lagi, I janji  I datang awal,” ujar Liya mengajuk gaya Athir. Athir hanya mampu ketawa kecil.

                “Ala sayang, baru 10 minit je lambat. Tak kan tu pun you dah marah?” Athir cuba membela dirinya.

                “Athir, you pandai tengok jam ke tak? You janji dengan I nak jumpe pukul 8. Now, dah 8.30. 10 minit apenye? Or you nak cakap yang jam mahal you tu rosak?” sinis Liya. Pedas sekali kata-kata yang keluar dari mulutnya.

                “Ye la, ye la. Ok. I mengaku I salah. I’m really sorry sayang,” ujar Athir. Satu kucupan mesra singgah di pipi gebu Liya. Liya terkejut dengan tindakan Athir itu, tetapi hanya mampu berdiam diri. Pandai Athir memujuknya. Athir tahu Liya akan cair bila diperlakukan begitu. Liya seakan dalam khayalannya sendiri. Merawang fikirannya selepas dikucup Athir.

                “Ehem. Liya, Liya. You kenape ni?” ujar Athir sambil menggerakkan tangannya di depan muka Liya. Liya tersedar dari lamunannya akibat tindakan Athir.

                “Eh, I ok. Takde papelah sayang. Jom. Movie pun dah nak start ni,” ujar Liya. Athir terus mendapatkan kekasihnya itu lalu merangkul pinggang Liya. Jelas kemesraan di antara mereka berdua. Saling usik-mengusik, bertepuk tampar. Begitu serasi.



**********************************************************************************



                Sinar mentari mula menjengah di ufuk timur. Mengambil alih tugasnya dari bulan, menyinari alam, memberi sinar dan harapan kepada kehidupan. Safwan melangut ke langit. Memandang keindahan ciptaan Allah. Begitu sempurna ciptaan Allah. Safwan memanjatkan kesyukuran kerana masih lagi berpeluang untuk menghirup udara, berjalan di atas muka bumi ini.

                “Ape yang kau menungkan tu?” soal Hj. Zakey, mematikan lamunan Safwan.

                “Takde ape-ape pak cik. Just menghayati keindahan ciptaan Allah,” ujar Safwan lalu duduk di meja makan.

                “Pak cik. Kalau mak saya dah meninggal, boleh tak pak cik tunjukkan kuburnya? Saye teringin sangat nak jumpe die pak cik. Walau bukan jasad, nisan die pun jadi la pak cik,” sayu hati Safwan. 

                “Nanti pak cik bawakan kau pergi kubur die bile ade kelapangan. Kamu tak nak kerja ke Wan? Kalau kamu nak kerja, pak cik boleh tolong carikan. Alang-alang kamu dah ade dekat JB ni, baik kamu cari duit. Sekurang-kurangnya boleh tolong mak kamu kat kampong tu,” ujar Hj. Zakey, cuba mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu Safwan mengetahui hal yang sebenar.

                “Memang saye nak cari kerje pak cik. Tapi saye ni ape ade, SPM teruk. Dapat masuk Matrik, result pun cukup-cukup makan je,” sayu hati Safwan mengenangkan nasibnya. Hj. Zakey seakan bersimpati dengan Safwan.

                “Kamu ade lesen kereta?” soal Hj. Zakey.

                “Ada, kenape pak cik?”

                “Baguslah kalau macam tu. Sebenarnye, kawan pak cik, Pak Daud tengah cari orang untuk gantikan die jadi driver sorang datuk ni. Pak Daud dah tue, asyik sakit je. Die nak cari orang mude yang boleh gantikan die. Kau minat tak nak jadi driver ni? Gaji boleh tahan la jugak sebab datuk tu pemurah orangnye,” jelas Hj. Zakey.

                “Boleh jugak pak cik. Asalkan rezeki halal. Tapi saye mane tahu jalan dekat Jb ni. Nak ke datuk tu terime saye?” rungut Safwan.

                “Takpe, tu kau tak perlu risau. Pak Daud akan train kau. Kalau kau setuju, pak cik call Pak Daud kejap lagi,” ujar Hj. Zakey sambil menuangkan air kopi ke dalam cawan Safwan.

                “Saye ikut je lah pak cik. Syukur Alhamdulillah kalau saye dapat kerja,” Safwan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.



**********************************************************************************



                Pintu pejabat Ezhan diketuk. Seorang lelaki serba hitam dan berbadan sasa memasuki ruang pejabat Ezhan.

    “Nah bos. Ni semue yang bos mintak,” ujar Tommy sambil menyerahkan sampul surat kepada Ezhan. Ezhan menyambut sampul surat itu sambil ketawa.

                “Hahahaha. Bagus Tommy. Kau memang licik. Kerja kau memang terbaik. Ni duit baki seperti yang aku janjikan,” ujar Erham sambil menyerahkan sampul surat berisi wang tunai RM3000 kepada Tommy. Tommy tersenyum puas.

                “Thanks bos. Kalau ade ape-ape job lagi, just roger me ok!” ujar Tommy sambil mencium bau wang tunai yang baru diterimanya. 

                “Ok Tommy. No problem,” ringkas Ezhan. Tommy melangkah keluar setelah mendapat habuannya. Senyuman di bibir Ezhan semakin lebar sampai ke telinga. Agenda yang disusun rapi diharap dapat dijalankan seperti yang direncanakan. Jerat tak pernah lupakan pelanduk. Getus hati Ezhan.



**********************************************************************************



                Datin Habibah sibuk mencantas pucuk-pucuk bonsai miliknya. Dia tidak mahu bonsai miliknya seakan tidak terurus. Selang dua hari, pasti dia akan mengemas kini keadaan bonsai kesayangannya. 

                “Hye mama. Buat ape tu?” soal Liya.

                “Mama tengah sulam baju ni ha Liya,” seloroh Datin Habibah.

                “Ish mama ni. Bergurau pulak,” ujar Liya sambil menepuk manja bahu mamanya itu. Jelas kelihatan keakraban hubungan ibu dan anak. Hubungan darah dan daging yang sama.

                “Liya tak pergi kolej ke hari ni?”

                “Tak mama. Kuliah cancel. Prof ade meeting,” jawab Liya.

                “La ye ke? Kalau macam tu, Liya teman mama pergi shopping nak tak? Dah lama mama tak shopping ni. Bolehlah Liya,” rayu Datin Habibah. Sudah lama dia tidak dapat keluar berdua dengan anak gadisnya itu.

                “Ok mama. Liya on je. Pukul berape mama nak keluar? Liya nak siap-siap ni. Tapi mama, bukan Pak Daud cuti sakit ke? Habis siape nak bawak kite pergi shopping ni mama?” soal Liya.

                “Pak Daud memang lah cuti. Tapi die dah ade pengganti. Budak lagi. Takde pengalaman. Tapi mama dah call Pak Daud, suruh bawak budak tu sekali. Boleh die ajar selok-belok jalan dekat sini,” ujar Datin Habibah.

                “Oh ok. Liya naik dulu ea mama,” pantas Liya menuju ke biliknya untuk bersiap. Sedang asyik Datin Habibah mengemas saki baki pucuk yang telah dicantasnya, kedengaran bunyi kaca berkecai di hadapan rumah. Pantas Datin Habibah menuju ke halaman depan rumahnya. Tingkap rumahnya pecah dibaling botol kaca. Mata Datin Habibah tertancap kea rah kertas putih yang bergulung di dalam botol. Dibukanya gulungan itu.





Bersambung...



p/s: kind to leave your feedback and name =) tq~

ShareThis