Pages

V.I.P BLOG KU

Monday, June 27, 2011

FLORIA 2011, PUTRAJAYA : ROSES ARE FOREVER



As salam readers..."cantik" kan poster Floria tahun ni yang bertemakan ROSES ARE FOREVER...aku pun tak tahu kenape ros menjadi pilihan sebagai bunga rasmii Floria tahun ni sedangkan Malaysia ni merupakan salah satu kawasan tanah yang panas kan...Adekah kerana isteri PM bernama Datin ROSmah Mansor???..emm emmm emmmmmmm.....


Tapi aku cakap siang-siang, poster tu bukan aku yang buat...orang Putrajaya lah yang buat...Korang tahu ke Floria ni ape? Floria ni adelah festival bunga dan taman peringkat kebangsaan yang melibatkan banyak pihak termasuklah peserta dari seberang laut...dan tahun ni, aku diberi peluang untuk merasmikan Floria 2011...eceh ceh ceh... berangan lebih pulak....sebenarnya, aku diberi peluang untuk mewakili Uitm Shah Alam untuk salah satu pertandingan antara IPTA/IPTS...nak tahu design ktorg macam mane? Kene tunggguuuu.....

Sunday, June 26, 2011

JALAN CARI MAKAN-MAKAN: DAGAN RENGIT KOPITIAM, CARREFOUR BATU PAHAT



As salam readers...bertemu kembali dalm segmen JALAN CARI MAKAN-MAKAN. So, kali ni aku pergi menternak lemak lagi dengan en. Ayah dengan pn. Emak....So, sebenarnya time ni teman mak aku pergi beli langsir, al maklumlah, nak pindah rumah kan, so, semue bende nak baru...Tempat makan pilihan ktorg kali ni adelah DAGAN RENGIT KOPITIAM, CARREFOUR, BATU PAHAT. Jangan risau, kopitiam ni HALAL ye...


Tuesday, June 21, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 09


CUPPIES 09

Suasana dalam bilik wad tegang. Hjh Nisa’ membetulkan posisinya di atas katil sambil dibantu Afry. Badannya di sandar ke kepala katil sambil beralaskan bantal. Benjy yang dari tadi diam memeluk Zara di ribanya, akhirnya bersuara.

“Ben tak faham lah mak ape semue ni? Kenape tiba-tiba si Eith ni datang melawat mak dan mengaku yang dia ni anak emak jugak? Ben tak faham mak, Ben tak faham,” aju Ben kepada Hjh Nisa’ yang hanya diam sejak kedatangan Eith sebentar tadi. Eith hanya duduk sambil memegang tangan Hjh. Nisa’.

“Ben, Afry. Sebenarnya dah lama mak nak cakap perkara ni pada kamu berdua, tapi mak nak tunggu masa yang sesuai. Tapi mak tahu bile. Mak tak nak, hati kamu berdua terluka. Mak takut Ben dengan Afry tak boleh terime kenyataan ni,” ujar Hjh Soleha. Matanya mula berkaca.

Sunday, June 19, 2011

CUTI - CUTI MASAK: LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING





As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, sempena hari bapa kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING, satu resepi desert yang sangat mudah dan sesuai untuk semue, ala-ala semanis kurma....



Untuk resepi LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING, kite ade 2 portion iaitu, LEMON SORBET dan MANGO PUDDING. So, jom kite mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING adelah seperti yang berikut:

KEPADA S.M JASMI AB RAHMAN, SELAMAT HARI AYAH!

As salam, entry ini khas untuk ayah, S.M Jasmi Ab Rahman...


Terima kasih buat segala-galanya ayah...pengorbanan dan kasih sayang ayah selama ini, amat bermakna buat ude...

Terimalah rekaan tee Oreo sempena Hari Ayah...


dengan penuh rasa kasih dan sayang,



.
Uda doakan kebahagiaan dan keselamatan buat ayah, di dunia dan di akhirat...



ikhlas,

U D E

Friday, June 17, 2011

ALHAMDULILLAH, ANUGERAH DEKAN SEKALI LAGI!

Gambar hiasan- aksi tipikal ketika konvo

 As salam readers...hari ni gembire sangat sebab dah dapat result...kali ni aku nak puji uitm sebab bagi result seawal 2 pagi kat email...tak payah nak memaki hamun macm time diploma dulu...bukan main sesak gile student portal dengan student uitm yang berape ratus ribu satu Malaysia ni...Tapi sekarang, semuenye via email...pada yang tak dapat tengok result sebab tak buat SuFo, sabor je lah, lain kali, orang suruh buat, buat je la, bukan sush sangat pun...tekan butang send je (tak bace pun kriteria tu, bagi 5 je semue) hahaha....


Ok, dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pn. emak, Manisah hj Jaib dan en. ayah, Jasmi Hj Ab Rahman, kerana telah banyak berkorban untuk membesarkan saya, kepada family yang terus memberi sokongan moral dan keewangan, maklumlah, kos landscape architecture banyak pakai duit...tsk tsk tsk

Wednesday, June 15, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 08


CUPPIES 08


Matahari semakin meninggi. Fina sudah terpacak di depan Cupcakes Princes. Dilihat jam di tangannya, sudah pukul 9 pagi. Namun, batang hidung majikannya pun tidak nampak. Baik Benjy mahupun Afry, kedua-duanya masih lagi belum sampai. Fina mengelap peluhnya.

“Dah lame tunggu?” suara lelaki menyapa Fina dari arah belakang. Namun tiada respon dari Fina. Telinganya disumbat dengan earphone. Lelaki tersebut menepuk perlahan bahu Fina. Terkejut Fina yang sedang mendengar lagu dari iPodnya.

“Eh, encik ni buat saye terkejut je. Kalau saye ade sakit jantung, boleh mati tahu tak?” tegas Fina sambil merenung tajam ke arah Fed.

Friday, June 10, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 07


CUPPIES 07


Bulan bertemankan bintang yang setia melatari malam yang gelap. Begitulah kehidupan. Saling lengkap melengkapi. Kelihatan Benjy sedang menikmati hot chocolate sambil merenung jauh ke arah kesibukkan Kota Singa yang boleh dilihat dari apartmennya. 

“Jauh menung bang. Teringat kat Kak Alys ke?” sapaan Afry menyedarkan Benjy dari lamunannya. Mug berisi hot chocolate di letakkan di atas meja.

“Eh, Afry. Abang tak perasan pulak kau ade dekat belakang. Zara dah tidur?” Soal Benjy. Afry hanya mengangguk lalu menghampiri abang kandungnya itu.

“Abang rindukan Kak Alys ke?” pertanyaan yang sama diulang Afry. Benjy hanya mendongak ke arah kepekatan malam.

“Siapa tak rindu isteri sendiri Afry. Kak Alys, first love abang. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Abang redha dengan segala yang sudah tertulis. Jodoh abang dengan Kak Alys tak panjang. Syukur ade Zara. Dapatlah abang melepaskan rindu pada Zara,” sebak hati Benjy mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.

“Afry kesian tengok abang dengan si Zara tu. Petang tadi, Zara ade cakap pasal mama die. Cikgu die dekat taska ade cerita pasal kasih ibu. Zara kate, die tak boleh nak cakap ape-ape bile cikgu die tanya pasal ibu. Kesian Afry dengan Zara. Abang tak nak cari pengganti Kak Alys ke bang,” soalan Afry betul-betul menyentak perasaan Benjy.

Friday, June 3, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 06


CUPPIES 06


Zara menggalas beg Barbie Doll bewarna pink sambil berlari menuju ke kaunter sebaik sahaja van sekolah menurunkannya di hadapan Cupcakes Princes. Langkahnya terhenti tatkala melihat Fina yang sedang leka mendengar lagu dari iPod miliknya. Mata Zara tidak berkelip melihat Fina. Fina baru tersedar yang dirinya diperhatikan oleh Zara.

“Hye adik comel. Adik ni mesti Zara kan? Anak Abang Benjy? Betul tak?” soal Fina. Zara hanya mengangguk. Kekeliruan muncul di dalam fikirannya.

“Kejap. Awak ni abang or kakak? Zara pening la,” rungut Zara meluahkan apa yang berada dalam fikirannya sebaik sahaja melihat wajah Fina.

“Saya abang la. Zara boleh panggil abang, abang Fin,” pantas Fina berdalih. Suaranya digaraukan. Bahaya jika pembohongannya ini terbongkar. Boleh hilang kerja aku! Getus Fina di dalam hati.

Wednesday, June 1, 2011

CUTI - CUTI MASAK: FETTUCCINE CARBONARA WITH HONEY LEMON MEATBALLS

As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:
Ok, untuk kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat FETTUCCINE CARBONARA WITH HONEY LEMON MEATBALLS, menu itali yang simple untuk disediakan oleh sesiape sahaje...kire pejam sebelah mate la boleh buat....-pejam 2-2 mate confirm xleh!


Resepi kali ni memang cukup mudah, as easy as abc! Okeh readers sekalian, jom kite tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan FETTUCCINE CARBONARA WITH HONEY LEMON MEATBALLS :

ShareThis